Tuesday, May 11, 2010

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah (Lanchang, Pahang)

pada sabtu lepas (8/5/10) aku dah keluarga balik kampung. since tak de menda urgent, kami singgah sekejab kat National Elephant Conservation Centre di Kuala Gandah, di lanchang pahang. kami pergi 2 buah kereta termasuk satu lagi kereta adik aku imran.



since kami dari area klang/gombak, kami melalui exit lanchang ke pusat konservasi gajah kuala gandah. perjalanan terpaksa melalui jalan kampung yang berliku2. agak jauh kedalam jugak kawasan tu sebab takkan kawasan penjagaan gajah nak letak tepi hiway pulak kan. sepanjang perjalanan dapat dilihat pemandangan kampung yang masih tebal hutannya dan juga perkampungan orang asli yang masih kekal keasliannya. tak membosankan.

tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung. bagaimanapun pengunjung digalakkan menderma wang untuk tabung pemuliharaan gajah. since kami pergi tak plan awal, peluang nak bermandi bersama gajah tak kesampaian. ia gara2 tiket untuk mandi bersama gajah cuma terhad kepada 120 orang pengunjung awal sahaja. so, kalau sape2 nak pergi mandi ngan gajah, sila call mereka untuk tempahan.



even tak tempah awal, aktiviti bergajah masih boleh diteruskan. kami melihat gajah-gajah disekitar kawasan itu. mengikut penerangan petugas disitu, gajah2 disitu kebanyakkannya dibawa dari kawasan lain setelah habitat gajah tersebut diambil alih oleh manusia untuk dijadikan kawasan pertanian atau petempatan. atas nama pembangunan, gajah yang menjadi penduduk asal kawasan tersebut akhirnya dianggap mengancam nyawa manusia dan jabatan perhilitan akan dipanggil untuk memindahkan gajah tersebut ke kawasan lain. terdapat juga gajah disitu yang cedera dan ada yg putus kaki akibat angkara manusia. kijam betul manusia!




sambil2 melihat gajah, pengunjung juga boleh membeli makanan yang disediakan dan memberi gajah2 tersebut makan. antara makanan yang boleh dibeli dan diberi kepada gajah termasuklah ubi dan kacang tanah.


dah jalan2 tu, nak balik tu jangan lupa beli cenderahati. ye lah, nak bawa balik gajah hidup confirm tak boleh, so aku cadangkan korang belilah ccenderahati gajah. ala murah2 je, dalam Rm5.00 ke rm 10.00 satu je.



sebenarnya dunia ni kecik je, kat kuala gandah tu aku terserempak dengan member sekelas kat sekolah menengah jerantut dan uum dulu. sabrihidin dan keluarganya sama je ngan aku, datang nak bawa anak2 tengok gajah. kalau jaman tok nenek kita, kalau takat nak tengok gajah jenguk je belakang rumah. kini kita dari bandar termasuk ke zoo atau pusat pemuliharaan gajah untuk tengok gajah. entahlalh kalau 30-40 tahun lagi, agak2 anak2 cucu cicit kita dapat ke tengok gajah secara real, atau sekadar tengok dalam buku geografi je.

bagi ibubapa yang teringin nak bawa anak2 tengok gajah disini, aku nasihatkan tempah awal. ini sedikit maklumat mengenainya:-

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Jabatan Hidupan Liar & Taman Negara
Kuala Gandah, 28500 LAnchang
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-27903911

7 comments:

Ms.Lilies said...

aku asikla baca pasal tempat ni....ntah bilala nak bawak anak2 ha...tp bestkan sini...byk aktiviti ngan gajah bleh buat..budak2 mmg suka

Mak Su said...

alahai, hari tu (masa kat gua senyum) mmg nak gi tapi cuaca mendung, trus ujan.... tak kesampaianlah

Nek Cun said...

Hai Izman, berani main ngan belalai gajah... tak takut gajah naik angin ke?... hehehe...

TayarGolek.Com said...

will be the next destination's ride soon..

si Merah JamBu said...

kite baru plan nak ke sana.buat aktiviti untuk organisasi..tq 4 suggestion

Anonymous said...

Sy nk pegi hujung minggu ni. Nak mandi dengan gajah2. Harap2 kesampaian dna cuaca baik :).

Catatan yg bagus!

Zulkifli Ayob said...

As salam, Ni blog terbaru untuk gajah di Kuala Gandah
http://gajahkualagandah.blogspot.com

Terima kasih.