Tuesday, May 4, 2010

Jangan Malukan Universiti Anda

tah ape aku nak berblog ari ni. so, dari aku mengarut lebih2, baik aku cerita perkaara berkaitan kerja aku. salah satu kerja aku iaitu menemuduga.

ada orang kata menemuduga orang senang, yg payah ialah orang yang ditemuduga. benarkah? entahlah, pada aku sama je. pada aku penemuduga ni payah jugak kerjanya. apa korang ingat syarikat2 akan bagi sape2 je untuk interview dan pilih siapa2 je yg diorang suka ke. no way man! penemuduga ada peranan dan tanggungjawab besar kepada syarikat bagi memilih bakal pekerja yang berkualiti. HR kena faham spec kerja berkaitan, perlu tau apa yg nak ditanya dan kena jawab apa yg bakal ditanya oleh calon.

orang yg ditemuduga memanglah agak susah jugak sebab majikan akan memilih. nak kena tengok kelulusan calon, nak tengok jantina bagi sesetengah kerja (err... tapi kami tak le suruh londeh seluar sebab nak tengok organ jantina mereka ye). calon juga dinilai dari tahap kesihatan, dan kadang-kala tahap kecantikan. opss,.. maksud aku personaliti. kepada calon yg bersedia, baguslah. mereka tahu apa yg mereka mahu.

masalahnya, ada calon interview tak tau apa yg dicari. dah la datang interview berlenggang tak bawak sijil, pakaian macam nak pergi pasar pagi. lagi teruk nak kerja apa pun tak tau.

aku ada satu cerita. biasanya calon2 akan jumpa staff aku untuk isi borang dan bila dah siap akan panggil temuduga. ini antara isi utama interview.

penemuduga : encik kamarul nak apply jawatan apa?
ditemuduga : apa2 je la.
penemuduga : encik kena spesifik nak kerja apa
ditemuduga : apa2 je la..
penemuduga : ye la, jawatan ape? department ape?
ditemuduga : bahagian admin ada kosong?
penemuduga : admin? spesifiknya department apa?
ditemuduga : admin la, tak kan awak tak tau admin
penemuduga : encik, admin tu pengertiannya berbeza ikut syarikat. kat sini, admin tu just kerani despatch je. nak kerja tu ke?
ditemuduga : oo... tak mahu. jawatan lain?
penemuduga : untuk jawatan pengurusan atau bukan pengurusan?
ditemuduga : saya tak kisah, mana2 boleh.
penemuduga : kelulusan tertinggi encik?
ditemuduga : penting ke? saya nak kerja biasa2 je.
penemuduga : ada bawa sijil atau apa2 surat sokongan?
ditemuduga : tak de, saje nak interview dulu, nanti dapat saya bawak la.
penemuduga : encik, kalau nak jawatan pengurusan, atau jawatan dengan gaji lebih baik kena la tunjukkan bukti. apa kelulusan terakhir kamu ni? jangan buang masa saya.
ditemuduga : saya ada ijazah sarjana muda.
penemuduga : beginilah encik, kalau rasa nak kerja, datanglah dengan buat persediaan. jangan datang bawa telur je. tak belajar ke dulu kat universiti kamu tu? baliklah, jangan buang masa kamu, dan buang masa saya. terima kasih!


dalam kerjaya aku ni, manusia yg katanya berkelulusan tinggi tapi berkelakuan macam budak darjah 3 anggur masa nak cari kerja memang sering terjadi. kadang2 aku rasa taraf ijazah universiti tempatan kita ni macam surat dari estet je. aku memang malas nak layan manusia yg tahap intelektual mereka setaraf dengan kepala lutut mereka ni. nak kerja, carilah kerja dengan cara yang sepatutnya. kalau rasa kerja setaraf tidak dapat kerana pelbagai faktor tetapi masih perlu menyara hidup, pergilah mandi bunga atau mandi 7 kolah masjid bagi buang bala. he.he.he... aku lawak je tu. kalau nak sangat kerja yg tidak setaraf dengan ketinggian pengajian anda, apa salahnya cakap terus terang dengan HR tu. HR pun manusia, orang cam aku ada belas ehsan. kat kilang akupun ramai orang ada diploma tapi kerja sebagai operator atau line leader. so what?


IZZI ADVERTIZING--------------------------------

6 comments:

pye:rudz said...

berkelulusan tinggi tak semestinya mempunyai daya fikir yang tinggi.

Yunus Badawi said...

seronok baca cerita2 mcm ni. Dulu masa saya interview lepasan uni tempatan dulu, cakap org putih pun berterabur. Suruh cakap Melayu, tapi keyakinan diri masih rendah.

Habis camno?

PnConfused said...

hahahaha... rmi jumpa macam tuh.... haihhhhhhhhhh.............

Mak Su said...

tu namanya akal kosong.... huhuhu

Nek Cun said...

Izman... nekcun faham benar tension nya jadi penemuduga!... kekadang bukan calon yang pening, tetapi penemuduga pulak yang migraine dibuatnya!...

arsaili said...

salam bro..apa kabar...email kan ur hp no boleh...number you all hilang masa hp rosak..tade backup plak....uiksss bestnya interview cam tu...tak prepare tak apa....haihhh...saya dulu masa interview gomen..siap gaduh ngan interviewer ahahaha....interview paling lama dan suara kedengaran sampai kat luar...tapi dpt gak kerja.