Friday, May 21, 2010

Kenapa Aku Berblog?

dah lebih 2 tahun aku berblog, dan ada kawan bertanya aku "izman, apa faedah ko selalu update blog ko tu?".

kepada yg bertanya dan kepada yg tertanya2 kenapa aku berblog dan kenapa kawan2 lain berblog, jawapannya mungkin lebih kurang aku (ye ke?).

1) mengisi masa lapang.
kalau aku tak berblog, mungkin aku akan lebih gemar lepak kat kopitiam (kalau kata lepak kedai kopi, nampak sangat aku dah orang tua. lepak kedai kopi sambil tengok gusti. heh!).

2) mengata orang.
mana lagi aku nak mengata secara langsung. dalam blog aku mengata, dan impak dia lebih besar. ye lah, seluruh dunia tau (eleh... macam la seluruh donia baca blog ko ni).

3) cari duit lebih.
sambil2 mengata tu, aku selitkan iklan dan berdoa agar ada mana2 orang click dan beli ebook contohnya. so, dapatlah aku sedikit duit untuk membayar duit internet aku. err.. selalunya dapat beli kuaci je.

4) berkongsi ilmu.
entahlah, kadang2 bila aku baca balik entry aku tu, nampak macam berlagak je. lantaklah, blog aku. kalau korang jenis orang yg positif, korang akan nampak sisi baik aku je. tapi kalau korang rasa aku berlagak macam bagus sangat dalam berkongsi ilmu, korang dalam golongan yang berfikiran negatif (dan berhati busuk).

5) tunjuk kasih sayang.
suatu hari nanti, aku akan tua dan may be akan nyanyuk (kalau umur panjang). kalau anak2 aku fikir aku menyusahkan mereka bila dah nyanyuk nanti, dengan membaca blog ni dan menilai kasih sayang aku pada mereka, sekurang2nya aku harap mereka tak campak aku ke rumah orang2 tua. kalau campakpun, sekurang2nya hari minggu mereka akan datang melawat aku membeli majalah gila-gila kegemaranku.

5 comments:

relevan said...

Teruskan berblog..hehe! selagi termampu..

E-na Zarina said...

salah satu cara utk berkongsi ilmu kan...keep it up!

Mr PenyuBiru said...

alasan kita sama aaa.hehe

PnConfused said...

aku ske alasan nak mengata org tuhhh...




hahahahha.......

eeeda said...

he he he lucu lah pulak bila baca sebab berblog...nak kena jugak buat
entry nie..supaya org tak tanya kita knp kita rajin update....jimat masa nak jwb soalan sama....
Kenapa ko nie??? baca kat blog...
Knp ko tu??? baca kat blog...
Akhir sekali tak payah tanya dia...tengok kat blog...