Wednesday, May 19, 2010

Malang Tidak Berbau

tengahari tadi (19/5/10) masa keluar makan tengahari dengan 2 orang sahabat seopis aku, tiba2 kawan aku perasan ada asap tebal disalah sebuah rumah dihadapan gerai sup yang kami pergi. masa tu baru sampai, tengok orang ramai kelam kelibut, kami pun turut meramaikan majlis.

mashaallah! rumah terbakar la. cam biasa, orang bizi bodi macam aku segera mencapai telefon dan mendail 999 dan melaporkan kejadian tersebut. kemudian kami bertiga meramaikan majlis ke rumah yg terbakar dengan niat nak membantu mana patut. rumah terbakar, dah tak ada benda boleh kami bantu sebab api dah penuh rumah, dan orang2 situ beritahu jangan rapat takut tong gas meletup. rumah2 dikiri kanan juga dah terjejas dengan api dan asap. ada beberapa orang masuk nak membantu dan keluar semula tanpa apa2 barang, asap tebal.

semasa tu orang terlalu ramai, menjadi penonton. budak2 sekolah lagi la ramai sebab masa tu time budak balik sekolah. aku cam biasa jugak jadi kaki bizi bodi, mengarahkan budak2 balik rumah. dan minta pemilik motor dan kereta berhampiran mengalihkan kenderaan mereka bagi memudahkan kereta bombarapat ke rumah terbakar.

sebab aku rasa bomba lambat sangat, aku call bomba port klang. biasalah orang HR, semua nombor ada. bomba bertugas cakap 2 kereta bomba dah keluar ke tempat kejadian. so, tunggu je la...

dalam kesibukan aku menelefon pihak berwajib, menyuruh budak2 bersurai dan kerja2 menyibuk yang lain, aku perasan 2 orang sahabat aku tadi tiada. aku jenguk2 rumah sebelah takut2 mereka membantu disitu. tak ada! harap2 mereka tau apa mereka buat, dan mereka selamat. bomba masih belum sampai, aku rasa bomba terlalu lambat. ye lah, kecemasaan, semua nak cepat dan aku rasa mereka lambat.

oh ya... aku teringat aku ada kawan pegawai di bomba, aku call henset dia. barangkali dah lama tak dengar suara aku, dan dia masih menympan nombori aku, meriah perbualannya. err... tapi sebab kecemasan, aku terus terang cakap aku nak tau tentang bomba dah keluar dari balai ke tidak sebab masa tu masih belum sampai. dia cakap dah. aku cakap aku ditempat kejadian cuba membantu apa yg patut. dan syukur masa tengah bercakap, aku nampak 2 buah kereta bomba sampai. kami guide bomba ke tempat kejadian. bila bomba dan beraksi, aku meninggalkan tempat kejadian. biarlah orang yang pakar dan lengkap kelengkapan memadamkan api.

sambil melangkah aku menoleh mencari 2 orang kawan aku tu. dan..... cilampret betul. dua orang tu sedang syiok makan sup. ish.ish.ish..... sanggup diaorang makan tak tunggu aku. memang tak patut. pastu? aku makan jugaklah. lapar la.

moral of the story :-
1) jangan tinggalkan masakan didapur tanpa pengawasan even sekejab je. kebakaran dipercayai berpunca dari tuan rumah tidak menutup api dapur semasa meninggalkan rumah bagi mengambil anak di sekolah berdekatan.

2) rumah perlu ada pemadam api. aku berani cakaap hampir 98.37% rumah di malaysia memang tak ada alat pemadam api. lagi haru kalau aku katakan rata2 tak tau ape ke jadahnya pemadam api tu dan macam mana nak guna. orang melayu terutamanya kalau beli emas ribu2 memang sanggup, nak beli firee estinguisher harga dalam seratus hengget pun kedekut. ye lah, fire estinguisher tak boleh gadai kalau sesak2 kan?

3) belajarlah ilmu kebombaan dan kecemasan. percayalah ia berguna dalam keluarga dan masyarakat. aku secara peribadi ada la sikit2 ilmu kebombaan ni. sekolah dulu aku pernah jadi kadet bomba, pastu aku pernah pergi kursus memadamkan kebakaran dan menyelamat kelolaan bomba. berbaloi belajarnya.

4) ibubapa sila didik anak tentang bahayanya kebakaran. didik mereka jangan suka main api. jangan manjakan sangat anak2 tu. ini tidak, anak main bakar kertas dalam rumah pun buat bodo je. bodo punya bapak. kalau terbakar rumah tu nanti sape yg susah. ingatlah peribahasa komik cina "bila keranda diusung kekuburan, barulah bercucuran air mata".

5) bila ada kebakaran atau kecemasan tu, aku harap orang ramai tak le berkerumun dan jadi pemerhati jarak dekat sahaja. kalau boleh tolong, tolonglah mana patut. kalau tak boleh tolong, jauhkan diri anda. kang gas meletop, rumah runtuh dan sebagainya dan menimpa anda bagaimana? jadi manusia bbq la.

2 comments:

PnConfused said...

org kite nih rmi ske tgk dr menolong...


kannnnnnnnnnnnnn

Mak Su said...

stujus, kat umah kena ada gaks pemadam api dan semua rakyat kena diajar ttg bahaya kebakaran dan cara nak tangani