Wednesday, July 31, 2013

Aku & Nikah Mutaah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kebelakangan ni kita memang tak boleh lari dari mendengar orang memperkatakan tentang ajaran syiah. buka tivi, syiah. pasar ramadhan, syiah... dari org tak nak ambik tau, kini semua dah suka google tentang syiah. bila cakap pasal syiah, kita dikhabarkan tentang nikah mutaah.

nikah mutaah atau kahwin kontrak ni menda yg sangat penting dalam ajaran syiah yg sebenarnya menarik hati ramai org termasuk org melayu mengikuti ajaran songsang ini. heh.... sebagai lelaki normal, bila disuakan wanita cantik untuk dinikmati secara PERCUMA dan ikut suka nak kawin berapa lama.

aku ada sedikit penglaman peribadi mengenai syiah dan nikah mutaah ni.

ishh..... jangan buruk sangka pada aku dulu. baca biar habis dulu. biar muka buruk, jangan buruk sangka.

sebelum aku serita bab nikah mutaah, aku cerita bab syiah ni dulu. apa maksud syiah, apa yg dia menyimpang tu korang tanyalah pejabat agama (aku sebenarnya yakin, ramai org pejabat agama pun tak tau banyak pasal syiah kecuali mereka tengok tivi).

aku sebenarnya asyik google pasal syiah ni sebelum puasa lagi. aku secara jujur di usia 37 tahun ni baru tau pasal syiah. bila orang doq cerita psl syiah, akupun nak tau betulkah seperti yg diwar2kan oleh pejabat agama tu. ye lah, dah besar2 cam ni sebanarnya baru aku banyak tau sebenarnya yg banyak ustaz2 kita di sekolah dan dimasjid tu sebenarnya banyak cerita yang bukan ikut Al Quran dan As Sunnah. mereka mengajar agama Islam ikut kefahaman mereka. cerita bab puasa contohnya, baru2 ni je aku tau rupanya korek hidung dan korek telinga tu sebenarnya tak batalkan puasa. aku dari darjah 1 hinggah anak 4, kalau gatal telinga puaslah menahannya. garu dari luar je. salah siapa, salah aku yang jahil. ustazpun salah jugak sebab ajar tak boleh korek even sikit pun. BATAL POSE!

ok... sambung balik. aku sebenarnya was2 dengan apa yg orang agama cakap pasal syiah sebab kenapa baru akhir2 ni cakap pasal syiah tu sesat dan menyesatkan padahal dan puluhan tahun mereka sesat dan pejabat agama tau mereka sesat. fatwa pun dah lama ada, siap ada pindaan lagi. kenapa kita yang jahil ini tak diberitahu. mana ustaz2 yg dibayar gaji itu? makan gaji buta ke? atau setakat ajar agama untuk mengikut sukatan pelajaran.... entahlah.

aku sebenarnya yakin pejabat agama terpaksa keraskan dan umumkan pasal syiah ni sesat sebab apa yang terjadi pada umat Islam ni syria. regim celaka bashar yg berfahaman syiah menyembelih dan membunuh saudara Islam kita yang berfahaman Sunnah. untuk orang yang jahil macam aku, aku fikir kenapalah bashar yg Islam bunuh orang Islam lain, rakyatnya sendiri. rupanya ia syiah laknatullah!

jadi media kita hebahkan bahawa bashar al syaitan itu syiah. jadi kita diberitahu bahawa syiah itu musuh Sunnah, musuh Islam kerana mereka meyimpang dari Islam. Iran juga menyimpang sebab mereka adalah pendokong syiah terbesar. padahal sebelum ini, kita diberitakan dalam berita jam 8 malam bahawa khomeini itu contoh pemimpin Islam yang hebat kerena ia berani melawan amerika. bila ahmad ahmadinejad naik jadi presiden iran, kita di malaysia dihebohkan bahawa beruntungnya kita sebagai umat Islam adanya pemimpin yang zuhud, baik dan berani melawan amerika seperti ahmadinejad. bila ahmadinejad tak sambut salam pemimpin wanita yg bukan muhrim, kita siarkan hari2 ttg bagusnya beliau. tapi bila beliau peluk mak hugu chavez, tak de media semasa kita tunjukkan. jadi yang salah dan menyebabkan pengaruh syiah di malaysia, aku rasa jabatan agama dan media.

dalam doq mencari pengertian syiah, aku browse macam2. tengok youtube, baca artikel dan sebagainya. malah aku terkejut rupanya syiah dah kebal di malaysia ni. ye lah, dah ada pertubuhan sendiri. kalau dah fatwa haram dan sesat, pemimpin utama mereka pun dah menunjukkan diri, kenapa tak tangkap dan tarbiahkan mereka je macam yg dibuat kepada pemimpin al arqam ?

sambung lagi. nak dijadikan cerita, suatu hari semasa aku berbuka puasa di sunway hotel pada 19/7/13 aku terserempak dengan penganut syiah. ye lah dah berbuka sekadarnya, aku dan sahabat aku, saiful gi solat maghrib di bilik yg hotel khaskan. ada 2 bilik yg bersambung. ramai jemaah, biasalah bulan puasa, yang jahil pun terpaksarela solat. aku dan saiful masuk ke bilik solat pertama dan ambik wudhu'. kemudian aku cari ruang2 untuk solat sebab semua orang memang susah nak jadi imam, semua solat sendiri. memang bilik pertama tu hanya ada 3 orang termasuk aku, semua solat jauh2. saiful tiada, mungkin memerut atau solat di bilik kedua. lantaklah!

aku mula tu nak jadi makmum pada sorang brader depan aku, sebab brader satu lagi memang cari port dinding dan nak jd makmum mmg tak boleh. tapi aku rasa pelik dengan cara solatnya. kebetulan masa tu hamba Allah tadi sedang duduk antara dua sujud. aku pelik kenapa masa sujudnya, dia asyik gerakkan kaki ke dalam dan keluar beberapa kali sebelum bangun untuk rakaat seterusnya.

aku tak jadi berimamkan beliau. aku hanya berdiri dibelakangnya dan memerhati. ya, aku jahil, tapi akupun tak pernah tengok stail solat sebegitu dimana2. cara tangan tak macam syiah. ha.... bila sujud, duduk dua sujud dan tahyat akhir, nampak macam syiah mengikut sumber bacaan aku di internet. malahan di tempat sujudnya diletakkan sapu tangan dan dibawahnya ada sesuatu. takpe aku tengok je. maghrib masa tu panjang lagi dan ketika itu hanya ada aku dan hamba Allah itu je. brader solat sorang2 tupun dah keluar.

tiada bagi salam kiri dan kanan. dia hanya tepuk pahanya. tah la 2-3 kali aku tak pasti. berderau gak darah aku kalau inilah syiah yg Allah tunjukkan depan mata aku. doanya aku tak dengar, tapi dia doa pendek2 dan banyak kali. lepas tu diambil sapu tangan dan menciumnya. macm ada benda didalam sapu tangan. munkin itulah batu karbala. dia juga mencuim batu itu (dlm sapu tangan) dan turut meletakkannya di kedua2 mata.

akupun tak pasti kenapa aku tak ambik video syiah tu. adakah sebab aku terlalu asyik memerhati ataupun sebab henpon 3310 aku takde format video.

dihari lainnya, aku ceritakan kisah syiah tadi kepada saiful. dia terkejut. dia kata bilik pertama yg kami masuk itu sebenarnya penuh sangat orang, itu yang dia masuk bilik kedua. penuh? padahal aku dan saiful sama2 masuk bilik itu, hampir sama siap ambik air sembahyang, takkan bilik itu jadi bilik yang tiba2 ramai orang? pelik bin ajaib. atau saiful nampak jin Islam turut solat? atau Allah sengaja nak tunjukkan aku rupa orang syiah? hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

opss..... dah panjang sangat ni. bab nikah mutaah belum cerita. aku sambung esoklah.













Sunday, July 21, 2013

Berusaha lebih baik daripada meminta-minta

Edisi : berusaha lebih baik daripada meminta-minta.
Dalam panas terik tghari tadi, terlihat sorang india cacat dan anaknya mnyelongkar sampah untuk mencari bahan kitar semula untuk di dijual. Aku berhentikan kereta & minta anakku memberi mereka rm20. Dengan hormat dia menolak dan berkata kalau rajin kerja satu hari boleh dapat rm10-50. Dia cakap " terima kasih abang. Saya masih sihat. Tak mau minta duit worang, mau makan musti kerija". 

Aku berlalu dengan perasaan hormat kepada 2 beranak itu.


Catatan :
Dipetik daripada facebook peribadi Izman Pauzi.

Monday, June 17, 2013

Selamat Hari Bapa - part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semalam (16/6/13) adalah HARI BAPA. sebelum tarikh ini, hari bapa pada aku adalah sama dengan hari2 yang lain even aku dah 9 tahun bergelar bapa.

sambutan hari bapa bagi aku tahun ini sangat berlainan. selepas subuh, aku dengar cd ustaz azhar idrus, dan kemudian aku menyambung tidur. sedar2 aku dikejutkan oleh anak2 yang mengajar bersarapan. biasanya aku suka membeli sarapan berupa roti telur atau murtabak daging, tapi kali ini sarapan istimewa dari isteri tersayang. apam bakar dengan kelapa. mhh.... memang favourite aku sejak kecik. aku bersarapan dengan anak2 dan isteri.

lepas makan, aku cuma berlingkar melayan anak2. semalam sudah seharian berjalan membawa anak2 yang ingin membeli hadiah untuk aku. kami ke shah alam ke pusat ikan hiasan xiang leng. anak2 menyuruh aku memilih pam ikan memandangkan pam aku rosak 2 bulan lepas bila elektrik terputus (letrik putus ye, bukan kena potong letrik). kesian masa tu, habis ikan ikan aku bela bertahun2 mati. kebetulan masa tu aku balik kampung. rasa nak nangis tengok semua ikan dah timbul. nasib baik ikan di akuarium di dapur dan kolah diluar rumah tak mati sebab memang tak pakai oksigen. kura2 pun selamat. arnab pun selamat (heh... apa aku mengarut ni). aku memilih pam dan aku serahkan pada isteri dan anak2 utk pilih ikan emas. aku minta beli dalam gandaan 3. kenapa 3? biasalah melayu... 3 abdul, madu 3, tualang 3, jula juli bintang 3.

mm.... malas pulak nk cerita apa kami buat sepanjang hari, cukuplah sepanjang hari hingga malam, senak perut aku asik makan hidangan isteri tersayang.

bukan aku tak bersyukur apa yang isteri dan anak2 aku buat termasuk beli pelbagai hadiah dan buat kad ucapan, tapi sebenarnya dalam bergembira, ada duka dihati ini..

sebelum2 ini, boleh dibilang berapa kali aku pernah ucap selamat hari bapa kepada papa aku. ye lah, papa ada bila aku perlukan, papa yang suka call aku. semua aku ambil mudah. sekarang papa dah tiada lagi di dunia ini.

setelah anak2 tidur, aku berteleku di sejadah. menadah tangan pada Allah agar papa diberi kedudukan mulia disisiNya. dalam air mata yang berderai, aku bercerita kepada Allah betapa besarnya makna papa dalam hidup aku. betapa banyaknya jasa papa pada aku. betapa berharganya aku pada papa, dan begitu juga berharganya papa pada aku.

aku setuju, sebagai anak lelaki tertua (selepas kematian abang sulung aku), akulah yang menjadi harapan papa. semua ditimbun atas bahu aku, sehingga kadang2 aku rasa sangat rimas. masalah tentang adik beradik aku, aku menjadi mangsa leteran dan kemarahan papa.

kalau aku lama tak balik kampung, ada utusan beritahu papa marah aku tak balik kampung. bila aku balik kampung, tiba je di rumah, papa mencengil bertanya kenapa aku balik kampung. memang aku baran. baran yang diwarisi dari datuk aku yang juga guru silat, dan baran dari papa aku sendiri (heh... alasan). bila datang gila aku, hari yang sama juga aku balik semula ke klang. emak aku memujuk agar tak ambik hati, tapi jenis aku keras kepala, aku balik jugak. akibatnya berbulan juga hubungan aku dan papa renggang dan tidak bercakap. hanya emak aku menjadi penghubung dan tidak putus2 mengatakan bahawa papa sebenarnya rindu kat aku tapi cara digunakan sangat kasar. dalam keras kepala, aku juga balik kampung menjenguk papa. walaupun tidak bercakap, aku tidak pernah lupa menyalami papa setiap kali tiba di kampung. papa sekadar bersalam, tapi matanya terus di astro melayan bola sepaknya. aku peduli apa, sebagai anak, aku dah ambik peluang untuk menjenguk papa dan berbaik.

aku dan papa sama2 keras kepala. kalau aku menonton tivi, papa lebih suka di dapur. aku ke dapur makan, papa makan di beranda. mujurlah anak aku luqman hakim yang tidak terjebak dengan perang dingin ayah dan datuknya. bila papa aku menonton siaran langsung bola, luqman tanpa suruhan dan malu akan duduk disebelah papa aku dan bertanya pasukan mana lawan, berapa kosong, dan meminta berkongsi air nescafe kegemaran mereka berdua. papa melayan luqman dengan baik, berkongsi gelas nescafe dan berborak pasal bola. perang dingin dengan aku langsung tidak menjejaskan hubungan datuk dan cucu ini. berbanding aku yang keras kepala, aku akan duduk dibilik melayan internet atau berborak dengan makcik aku dirumah sebelah.

papa memang garang dengan aku. dari kecik aku memang takut dengan papa. papa akan libas aku dengan tali pinggang bila aku malas ke sekolah atau mengaji. malah aku pernah diikat dalam guni tepung kerana aku ponteng sekolah. pernah dirotan sampai berbirat kerana mandi sungai damak bersama kawan2 lain. itu masa kecik. masa menginjak remaja pun papa masih merotan aku jika aku tak dapat mengenal huruf2 al quran semasa mengaji. merotan aku bila lewat solat. dari kecik, jika papa batuk sebelah pagi aku akan segera bangun dan solat subuh sebab papa akan panggil hanya sekali. jika masih tidur, rotan atau air sebaldilah hukumannya. pernah setelah ada anak 3 dulupun, aku yang tidur bersebelah bilik papa, terus bangun mencapai tuala untuk mengambil air sembahyang dan solat subuh bila papa batuk. akibatnya isteri yang terkejut menegurku dan berkata waktu itu baru jam 2 pagi. dan papa batuk kerana papa tidak sihat.


bersambung.................................





Monday, June 10, 2013

Kebab @ Restoran FC (Shah Alam)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari isnin terutama hari pertama lepas cuti sekolah ni memang mood kebanyakan kita agak down. ye lah, sibuk dengan urusan anak2 dan urusan sendiri. so, aku mulakan dengan sesuatu yang mengiurkan air liur. kita makan dulu.....

kali ni aku nak cerita pasal makanan kesukaan aku iaitu KEBAB. heh.... semua makanan aku suka sebenarnya, terutama nasi lemak, roti canai, goreng pisang, chicken chop dan sebagainya.

kebab ni dah banyak aku cuba, pantang ada kata sedap aku mesti nak gi cuba. kebab yang kat restoran makanan segera tu tak payah la nak promote, memang aku rasa bukan selera tekak aku. aku suka yang sedap je. setakat ni, aku paling suka kebab kat RESTORAN F.C. di kompleks PKNS Shah Alam.

aku dengan restoran ni dah lama kenal. kenal restoran ye, bukan kenal tokey dia. ye lah, pekerjaan aku pertama dulu di seksyen 15 shah alam, aku selalu la makan kat sini. aku memang suka kebab dan chicken chop di restoran ni. hari ni aku cerita kebab je.

ni hah kaunter kebab di dalam restoran tu.


ni dia rupa kebab daging kesukaan aku. yang best ialah dagingnya yang banyak, masak sekata, dan ditambah dengan mayonis dan sos yang mmm..... yummy. memang berbaloi2 beli dan makan kebab ni. ada kebab ayam dan kebab daging. kebab ayam RM3.50, kebab daging Rm3.50 dan kebab campur (ayam/daging) RM4.00. kalau aku ke imigresen/kompleks PKNS, memang WAJIB aku beli even perut dah macam nak pecah kekenyangan. kalau aku pergi time kerja, kurang-kurang 5 biji aku beli untuk kawan2 sepejabat.



alamat restoran ni :-

CERIA SEAFOOD & CATERING
c/o RESTORAN FC
Lot G-60M, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55121937


.............................................................................................
Penafian :
Aku tidak ditaja atau disuruh untuk makan/promote mana2 restoran/kedai/produk. semua yang disiarkan atas perbelanjaan duit aku sendiri. cerita yang aku buat ini sekadar berkongsi cerita & rasa yang pada hemat dan mulut aku sangat berbaloi. sedap atau tidak sedap adalah berdasarkan citarasa aku sendiri dan ianya boleh jadi betul atau langsung tidak betul. jadi, kalau sangsi, sila pergi rasa sendiri.

Saturday, June 8, 2013

Dapur Lelaki : Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

di hari cuti ni, sambil2 nak memikir nak makan apa, apa salahnya cuba resepi senang gile ni. ini lebih sesuai untuk orang bujang yang nak makan sedap dan banyak tapi tak reti masak.

aku sendiri kalau nak makan sizzling sedap, aku gi makan kedai cina muslim, tapi kalau kemalasan melanda dan rasa nak masak makan bersama keluarga, aku masak sendiri je.

ok, kita mulakan dapur lelaki yang sempoi mempoi ni dengan resepi 'SIZZLING YEE MEE'. walaupun bahannya agak banyak, tapi ia still ringkas dan senang dimasak.

ini antara bahan utama yang diperlukan:-

1) 2 sanggul Yee Mee, 5 ulas bawang putih (dipotong nipis) & 2 biji cili kering (dipotong).


2) 10 biji cendawan shitake (yang telah direndam agar lembut) dan dipotong 4. cendawan shitake aku suka letak banyak2 sebab ianya sedap.

3) sayur sawi. dibasuh dan dipotong.

4) hirisan dada ayam yang dipotong nipis2. ikut suka hatilah nak banyak mana.

5) Bahan2 lain : 
sos tiram (2 sudu), kicap pekat (1 sudu), kicap cair (3 sudu), hirisan halia (1cm), minyak bijan (3 titik), garam (secubit), tepung jagung (1 sudu, bancuh dengan air), serbuk lada hitam, air (2 cawan) & minyak masak (untuk menumis).

Cara Membuatnya:
a) Panaskan minyak masak & tumiskan bawang putih, cili kering dan halia. biarkan sampai naik baunya dan jiran sebelah perasan anda sedang memasak.

b) masukkan hirisan daging ayam dan biarkan sampai daging ayam itu masak dan empuk.

c) masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. gaulkan. kalau anda suka kuah banyak, lebihkan air.

d) masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, garam dan serbuk lada hitam (aku guna aji shio). gaulkan dan biarkan sampai mendidih.

e) masukkan cendawan shitake dan sawi.

f) masukkan campuran tepung jagung (tepung jagung campur air) dan kacau. tepung jagung untuk memekatkan kuah.

g) letakkan minyak bijan. 2-3 titik cukup. kalau banyak nanti mee anda rasa semacam je.

h) masukkan yee mee, gaulkan. bila yee mee dah mesra dengan adunan, tutup api dan boleh dihidangkan.

i) kalau anda suka masam, perahkan nimau nipis.


taraaa.... dah siap pun sizzling yee mee aku. aku tak suka sangat kuah, so aku kurangkan air. yang penting aku suka rasa yee mee dengan cendawan shitake.

inilah dia sizzling yee mee kering kontang ala-ala chef fara quinn (aku suka tengok dia masak. tapi wife aku kata aku suka tengok orangnya. gile kau, sesak nafas aku nanti. ha.ha.ha...). bukan, ini bukan resepi chef fara quinn, ini resepi tah mana aku jumpa.

Wednesday, June 5, 2013

XPDC Kuala Gandah (Pahang)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

sekarang masa cuti sekolah, so xtvt aku update berkisah masa cuti sekolah jugaklah.

aku mula bercuti dari 31/5/13 hingga 03/6/13. takde nak gi cuti mana2 pun sekadar cuti nak balik kampung ahli keluarga berkahwin. cadang balik awal nak tolong mana termampu sebab 01/6/13 tu ada 2 ahli keluarga terdekat yg berkahwin; satu di Kg Damak dan satu lagi di Kg Batu Balai.

apakan daya kerja sebagai kuli ni memaksa aku menangguhkan balik kampung sehingga lepas solat jumaat. ini kerana aku terpaksa datang sekejab ke kilang atas urusan kerja.

01/6/13 tu mmg aku kerja membantu di majlis kawin. so malas nak ceritalah.

02/6/13 - mengikuti konvoi pengantin perempuan ke majlis perkahwinan di pihak lelaki di Jengka 7, Pahang.

03/6/13 : hari aku balik semula ke port klang.

pada 3/6/13 tu awal2 pagi lagi aku dah gerak balik, tapi singgah di bandar jerantut sebab wife aku nak cabut gigi. wife aku asal nak buat rawatan gigi je mesti nak balik jerantut buat. nak kata harga murah tu, biasa2 je. kalau aku, aku gi klinik pergigian jerantut je, sbab akak aku kerja situ.

siap cabut gigi, anak2 dah buat muka toye. ye lah cuti balik kampung dengan aku sibuk dengan kenduri. di jerantut aku sempat beli kfc untuk berhenti makan dimana2. nak makan di kfc tu anak2 belum lapar.  kesian anak2 yang kebosanan, aku rahsiakan rancangan aku ke kuala gandah.

memasuki lebuhraya pantai timur melalui temerloh. sempat singgah jab beli kuih akok sebelum simpang tol temerloh yg disukai oleh wife. mmm... pada aku kuih akok situ takat biasa2 je. dari temerloh, aku masuk exit lanchang. anak2 bersorak gembira bila tengok signboard kuala gandah. mereka nampak pusat konservasi gajah dan deerland.

dari exit lanchang ke kuala gandah, aku rasa dalam 17-20 km. jalan memang jalan kampung dan asyik mengelak ayam, anjing, lembu dan kambing. nasib baik takde babi hutan. destinasi pertama kami ialah deerland.

ini antara gambar di Deerland, kuala gandah, lanchang pahang darul makmur.












 sedikit gambar di pusat konservasi gajah di kula gandah.




Thursday, May 30, 2013

Dapur Lelaki : AisKrim Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

TERIMA KASIH Pn. Khadijah Firdaus (www.neskopi.com) kerana follow blog ni.

sekarang ni memang musim panas. bukan tengahari je panas, memalam pun panas. so, aku ada resepi untuk menyejukkan badan. tapi cam biasalah, resepi dapur lelaki cam aku ni, memang tahap sempoi mempoi je la. bagi dah tau tu, baguslah. bagi yang jantan cam aku, senang je kalau nak cuba. terutama bapa2 yang saje nak menunjukkan kehebatan dengan skill memasak yang hebat depan anak2.

resepi aku sempoi je, AISKRIM GORENG. aku mula2 kenal dan makan aiskrim goreng ni dah berzaman dahulu, masa muda belia lagi. first time aku makan aiskrim goreng ni kat pantai batu buruk terengganu. masa tu punya la jakun tengok penjual tu goreng aiskrim dan serve kita tanpa cair.

dah lama2 rupanya senang je nak buat. aku sebelum2 ni kalau nak makan atau anak2 nak makan, aku pergi je restoren area bukit tinggi klang, memang ada jual aiskrim goreng. macam2 perisa. cuma harganya memang la agak mahal, dalam RM3-5 satu. kalau makan sorang, oklah. ini aku sendiri makan 3 ketul, anak2 lagi....... memang senyum lebar je la tokey kedai.

oklah, ini antara bahan2 dan langkah2 utk buat aiskrim goreng stail dapur lelaki:-

1) Pergi beli dulu bahan2 untuk buat aiskrim goreng iaitu Roti keping dan aiskrim. bahan2 lain yang diperlukan ialah scop aiskrim atau sudu untuk ceduk aiskrim, pinggan atau alas untuk letak roti dan plastik makanan (plastic foil).


( Nota : aku suka tukar jenis aiskrim tertakluk kepada pilihan anak2. tapi hanya roti gardenia pilihan hati. tak semestinya roti plain, roti serat hi fibre pun boleh jugak.)


 2. Skopkan aiskrim dan letakkan atas roti. jangan banyak sangat. tengah2 je dah cukup. kalau nak sedap lagi, taburkan kacang tumbuk, kismis, hirisan badam dan sebagainya. aku suka rasa 'plain' je sebab anak aku suka cam tu.

3. Ambik satu lagi roti dan letakkan atas roti pertama yang diisi aiskrim. kemudian tekap dan tekan dengan cawan/gelas plastik dengan kuat sehingga bercerai jasad dan badannya. maksud aku, sampai putus dan berlubang ditengahnya.

4. Inilah hasil dari tekapan menggunakan cawan plastik. pastikan tiada aiskrim terkeluar agar memasaknya dapat hasil yang menarik.

5. Gunakan plastik makanan untuk bungkus roti aiskrim tadi.

6) Inilah hasil pembungkusan roti aiskrim. dah bungkus tu cepat2 letak dalam peti sejuk (bahagian beku).

(Nota: kalau dah kebulur sangat atau anak2 dah menangis meraung nak makan aiskrim goreng tu, tak payah la nak bungkus dengan plastik makanan tu, cukup sekadar goreng terus. even rasanya tak hebat sangat, itu lebih baik dari dengar anak2 meraung).


7) Simpan dalam peti dalam 3-4 jam, atau setahun, tengok yang masa anda suka. opss.... terlebih sudah!. tujuan letak dalam peti supaya aiskrim dalam roti tu membeku dan tak terlalu cair dan meleleh keluar dari roti. dalam sains, aiskrim bersifat pepejal dan akan menjadi cecair akibat proses pemejalwapan dan keluar sebagai air melalui partikel2 roti yang tidak tumpat (woi... apa kau merepek ni setan!).


8) Goreng sekejab je, sekadar bagi nampak roti menjadi kekuningan. roti dan aiskrim tukan dah masak dan boleh dimakan terus. fungsu goreng nak bagi roti jadi garing. taraa..... inilah hasilnya.

(Nota : kalau aku, memang cam giliah aku hidang dan makan. tapi kalau campurtangan wife aku dan anak jantan aku, macam2 dihiaskan. hirisan strawberri, hirisan pisang, tabur kacang dan pelbagai lagi. heh... tak kuasa mak, nyah!).

9. Aiskrim goreng ni sedap dimakan panas2. rasa diluar agak2 panas dan didalamnya sangat sejuk memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan (belilah aiskrim goreng keluarga pakcik izman sekeluarga).


Nota Nasihat : 
kalau buat aiskrim roti ni memang akan ada banyak lebihan roti sebab kita cuma ambil roti yang ditengah2 je. aku memang tak suka membazir apatah lagi membuang lebihan roti dan kulit roti. kulit roti dan lebihan roti tu aku cicah dengan aiskrim yang aku cairkan atau pergi kedai mamak beli kuah hari RM2, cicah kuah je. memang sedap dan tidak membazir.