Monday, August 3, 2015

DUIT DERMA

Duit derma.
Sambil menulis bab 13 novel terbaru aku, seringkali aku berdehem agar anak-anak sedar aku sedang memerhatikan mereka belajar untuk peperiksaan sekolah agama.
Sesekali juga aku berpesan bahawa aku tiada wang berjuta untuk mereka berjoli. Jika nak merasa macam orang ada-ada, mereka harus menabung dari kecil. Mmm... patut mulakan dengan duit raya yang orang bagi.
Duit dalam akaun ayah? 
Ayah belum gaji, nanti dapat gaji kena tolak duit 'advance' yang ambil untuk raya tempohari. 
Hari ini dah 7 kali ayah 'check' maybank2u kalau-kalau duit menokok lagi, hampa. Ayah bukan tunggu duit derma sebab ayah bukan siapa-siapa. Tapi ayah tunggu kot-kot kawan-kawan yang dah berbulan minta nombor akaun akan memasukan duit pesanan buku. ayah dah bagi nombor ni, 162049690476 atas nama izman bin pauzi. Bukan mahalpun, buku cuma rm15 dan poslaju rm6. Jumlah rm21 sahaja, tu pun ramai ligan minta percuma. Sesekali ada sahabat 'bank in' lebih, ayah anggap itu duit raya, bukan derma. Derma ni untuk si fakir dan hamba sahaya. 
Tapi jika ada yang sayu baca 'posting' ni dan nak menderma, aku sanggup terima. Seeloknya whatsapp ke 0182678719 agar aku tau dah ada duit belanja. Aku akan namakan ia 'tabung derma bulan madu cameron Highland'. Dah lama aku tak ke sana. Mana tahu muncul anak kelima pula.

No comments: