Monday, September 27, 2010

Kita Sememangnya Hipokrit

dalam hidup ini ramai dari kita berharap dapat berkawan dengan orang yang tak hipokrit. kita nak kawan yang menjadi kawan sebenar tanpa peduli siapa kita, dan memberi nasihat jika kita salah.

dalam perhubungan terutama dalam perkahwinan, kita lagi perlukan pasangan yang tidak hipokrit. kita nak pasangan kita sentiasa berterus terang jika ada masalah, jika pernah buat salah, dan sebagainya. heh... dalam bercinta ramai yg hipokrit sebenarnya. tengah bercinta, semua benda baik je nak tunjukkan. yang teruk semua nak disorokkan. aku pernah dengar ada kawan pompuan cakap yang suami dia sekarang ni kuat betul kentut, busuk hanyir bau dia. tidur pulak kuat berdengkur dan mengigau. itu aku malas komen sebenarnya, tapi sebab kawan pompuan tadi minta pendapat aku, aku cakaplah begini. "sara, itu bukan hipokrit, atau laki kamu tidak jujur. iu biasa. semua manusia akan kentut, dan kentut dalam sejarah manusia ni memang berbau busuk. dalam kes kamu, sama ada masa kamu bercinta dulu, si dia tahan kentut, curi2 kentut di tempat lain, atau dia kentut macam biasa tapi kamu bau kentutnya wangi sebab kamu berdua sedang asyik bercinta". aku tambah sedikit lagi kepedihan hati dia dengan berkata "aku rasa dia pun tak menipu kamu pasal dia tidur mengigau dan kuat berdengkur. majoriti orang bercinta tak kan tanya pasangan dia tentang adakah dia berdengkur atau menggau malam. kalau tanya pun dia tak tau, sebab dia tidur. itulah sebabnya sebelum berkahwin siasat dan dekatilah keluarganya".

cukup bab kehidupan seharian dan perhubungan. sebenarnya aku nak cerita pasal kehipokritan dalam pekerjaan. ini kita biasa tengok dan dengar, sama ada kita peka atau tidak je.

1) hipokrit masa mintak kerja
2) hipokrit masa temuduga
3) hipokrit semasa bekerja
4) hipokrit masa berhenti kerja

malas aku nak ulas secara terperinci apa yg di hipokritkan masa nak mintak kerja, temuduga dan semasa bekerja. korang sendiri ramai yg bekerja, tentu tau. contoh? aduyai..... ala pura-pura meminati sesuatu kerja misalnya, even kelulusan bahagian lain. dah kerja susah, atau kerja yang dipohon lebih dekat dengan rumah, main belasah je. minat belakang kira, yang penting dekat. kes2 macam ni yg sering berlaku, kerana tak minat, setiap kali nak datang kerja diri rasa stress semacam je. bila waktu balik, itulah saat kebebasan sebenar.

aku nak cerita bab hopikrit masa nak berhenti kerja. aku biasa jumpa dan tau ramai kawan2 atau pekerja yang tak suka bos masing2. jadi kalau ada keluangan waktu, umpatan nista kepada bos masing2 menjadi modal. boss kedekut bagi overtime, bos asyik cari kesalahan, bos pilih bulu (err...bulu apa?), bos selalu bagi penilaian prestasi rendah, bos sengaja bagi kenaikan gaji rendah, bos tahan kenaikan pangkat, bos bodoh, tapi salahkan pekerja bodoh.

ye lah, semua salah boss! pekerja je betul. senario ni normal, nak salahkan siapa lagi, salahkan boss la senang. betul ke salah bos, mana ada orang nak tanya. tapi.... bila dapat kerja baru, terkeluarlah unsur hipokrit paling besar.

apa dia?

ish.ish..ish.... korang tak pernah berhenti kerja ke? atau memang kerja gomen? atau memang kerja sendiri? atau memang masih belum mumayyis untuk bekerja?

nak berhenti secara betul, kenalah tulis surat berhenti kerja kepada syarikat. biasanya semua surat berhenti kerja ditujukan kepada ketua jabatan masing2, dengan salinan kepada jabatan sumber manusia. surat berhenti kerja ni biasanya mengandungi nama pekerja terlibat, tarikh mula notis, tempoh notis dan sebagainya. biasanya untuk memudahkan urusan merekomenkan perberhentian kerja oleh jabatan, pekerja biasanya akan menulis alu-aluan dan puji-pujian kepada ketua jabatan mereka.

contoh ?
-------------------------------------

ali bin abu
kg batu balai
jerantut, pahang

mr. ken cheng quat
pengurus
syarikat ais krim ah kow
shah alam, selangor

perkara : Notis berhenti kerja

perkara diatas adalah dirujuk.

dengan ini saya, ali bin abu, yang berkhidmat sebagai ketua penolong kerani rendah ingin menamatkan perkhidmatan dengan syarikat ini berkuatkuasa mulai 01/08/2010 dengan notis satu bulan.

amat berat sebenarnya keputusan ini memandangkan saya sangat seronok bekerja dibawah pengurusan mr. ken cheng quat. gaya kepimpinan, nasihat, bimbingan dan teguran mr ken cheng quat adalah suatu motivasi dalam menjalankan pekerjaan saya seharian.

namun, saya terpaksa berhenti kerja kerana terpaksa mengikuti nenek sedara tiri kepada mak mertua saya yang berpindah ke papua new guinea selatan. segala tunjuk ajar mr. ken cheng quat akan saya kenang selama-lamanya dan menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya, dan akan digunapakai dalam pekerjaan baru saya di perkampungan kaum negrito disana.

sekian, terima kasih.

yang benar,

ali bin abu.

---------------------------------

heh...! nampak sangat hipokrit. dah kata benci bos, tulislah sejujurnya. ala, korangpun dah nak berhentipun.

aku? aku dah kerja di syarikat ke empat sekarang. so far surat2 berhenti kerja aku memang ditulis secara berhemah kerana aku memang berhemah tinggi (err..... wek). dalam ke tiga2 syarikat yang aku tinggalkan, hanya satu boss aku yang benci dengan aku. well, aku staff yang lebih cerdik dan sering dipanggil oleh ceo untuk sesuatu urusan berbanding managernya, tentu something wrong. boss bingai! (opss!). pun begitu, aku tidak hipokrit bila tulis surat resign. aku just tulis aku nak berhenti kerja dan telah mendapat kerja lain.

aku tak hipokrit, korang??

2 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

Aku lagiiiii Innocent! sbb aku x penah berenti. Dr lps grad.. sapai ler skarang... SATU CO. JER! kesian aku kan??? tingin nk benti tp... takde jodoh! ehh.. takde rezeki bro! (try x penah dpt..)

p/s: aku amik `surat contoh' hang tu yea? kotx2 sok lusa nk benti ker... ahaks!

administrator said...

Ada bos yang baik dan ada plak bos yang menyakitkan hati. Takpelah, kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’