Wednesday, September 22, 2010

Rindu Buat Jiwa Kacau

kerinduan pada yang tersayang memang boleh membuatkan seseorang lupa diri. ini fakta. perasaan cinta atau kasih pada seseorang kadang-kala membuat kita melakukan sesuatu dibawah sedar.

keadaan ini berlaku pada semua orang dan pada semua bangsa. kecintaan dan kerinduan ini bukan sahaja terbatas pada kekasih, suami/isteri, tetapi kepada ibubapa, anak2, anak dara jiran sebelah rumah, anak ketua kampung, dan sebagainya. yang kurang normal tu ada jugak yang rindu sangat kat kambing ayah dia.

pernah terjadi ada seorang pekerja asing syarikat aku minta balik negara dia kerana kerinduan pada emak. jangan tanya aku percaya ke tidak dia rindu emak atau rindu anak dara ketua kampung dia, aku tak peduli itu semua. tapi penyakit rindu ini telah menyebabkan pekerja terbabit selalu ponteng kerja, selalu berkhayal masa kerja dan menjadi tidak produktif. badan ada kat tempat kerja, tapi jiwa dah ada kat negara asal.

dalam kes2 sebegini, aku tengok dan timbang rasa jugak. pernah ada kes yang aku lepaskan mereka balik tanpa perlu membayar gantirugi kepada syarikat. cuma mereka kena tanggung tiket kapal terbang mereka sendiri. banyak cantik syarikat nak bayar tambang! dah ko kemaruk, ko bayar la tiket ko sendiri. orang macam ni senang je nak umpan, cakap kat mereka yang mereka akan dilepaskan balik jika bekerja dengan baik dalam sesuatu jangka masa. cam lipas kudung je mereka bekerja. bila masa dijanjikan sampai, jangan buat lembu bodo je, kena patuhi janji tu la beb.

aku juga pernah jumpa pekerja wanita yang meroyan nak balik negara asal kerana rindukan anak. err... dalam data masa nak kerja cakap belum kahwin, tapi dah ada nak? ini sama ada menyorok status kahwin sebab nak bekerja di luar negara, atau kes terlanjur yang dah jenuh kita dengar di malaysia sekarang ni. atau jenis nak anak, mereka beli je sperma kat internet. macam2 hal la dunia sekarang. risau jugak aku nak cari isteri yang baik sekarang ni. err.... maksud aku kawan2 aku tentu susah nak cari isteri yang baik sekarang ni. aku dah nikah kawin. terover pulak tadi. he.he.he...

cerita pasal kerinduan melampau ini, ada terjadi secara semulajadi atas sifat keibuan, kemanusian dan kecintaan. tapi ada jugak yang terjadi disebabkan faktor mistik seperti ilmu hitam atau sihir. tak faham? apa la bengap sangat ni, ala kes2 kena bomoh la ni. ingat hebat sangat permainkan perempuan ini, perempuan itu, last2 sendiri kena bomoh, jadi bodoh.

aku pernah kena kes mistik ini. kes ini berlaku of course masa aku bujang. aku dulu bukan playboy, apatah lagi berniat mempermainkan hati dan perasaan anak2 dara atau bini orang. aku dulu hati penuh cinta, bak kata orang nampak macam brutal tapi dalam hati ada taman. aku just nak berkongsi cinta dengan seramai orang yang boleh. ye lah, aku mengaku aku pasang ramai, tapi niat aku suci, aku akan pilih yang serasi sebagai isteri aku nanti.

tapi aku sudah silap percaturan. rupanya terdapat seorang wanita yang sebenarnya aku dah shortlisted kan dalam 2 terbaik untuk calon isteri aku telah menggunakan bomoh. ye, bomoh. bomoh berasal dari indonesia telah mengguna-gunakan aku dengan ilmu pengasih. serbuk pengasih itu telah diletakkan dalam makanan aku dan aku akhirnya ternoda. ishh... lorat la tu, maksud aku aku terkena ilmu pengasih itu. siang malam asyik teringat dia. masa kerja, terbayang dia. masa makan, tersuap kat hidung sebab terkenang dia. mandi teringat mandi bersama2 dia, err... maksud aku mandi tak basah sebab khayalkan dia. paling susah ialah tak boleh tidur kerana rindukan dia.

masa terkena ilmu pengasih tu, aku tinggal di sri muda, si dia kat KL. kalau rindu sangat, ia membawa aku ke depan rumahnya. call even depan rumah dia tak jawab, panggil tak menyahut. dengar2 kata semata2 untuk menguji kehebatan ilmu, biar lelaki tu tunduk dan patuh. kejadian kerinduan dan kebodohan itu berlaku beberapa ketika sehingga akhirnya aku dipulihkan oleh 2 orang alim/bomoh. satu di kuala terengganu dan satu lagi di pahang.

ye, begitulah tadi adik2 kisah dan contoh mengenai 2 jenis rindu. yang pertama, rindu semulajadi. dan kedua, rindu mistik. sila rujuk buku2 diperpustakaan jika memerlukan maklumat lanjut. jangan digunakan jenis rindu ini dimana2 peperiksaan awam atau swasta, aku jamin korang mesti failed punya.

moral of the story :
1) tiada ubat khusus untuk mengubati rindu, janganlah cuba2 nak cari di mana2 farmasi.
2) kerinduan kepada Allah adalah kerinduan yang paling agung dan terpuji.
3) rindu tu rindu jugak, tapi masa kerja kena la buat kerja. kang kena buang kerja kang ada pulak buah hati yang lari. zaman sekarang ni 'no money, no love'.
4) kepada yang bujang tu, kalau rindu dah terlebih2 tu jangan tunggu lama2, nikah je.
5) kepada yang dah ada suami isteri tu, jangan dok rindu kat jiranke, staff sebelah ke, anak makcik kantin ke, ingat sikit keluarga kat rumah. sedar diri sikit.

11 comments:

jejakalkindi said...

bahaya ye rindu2 ni..memang kacau..

julietchun said...

tak sangka ko pun buleh terkena rindu mistik ye.

julietchun said...

tak sangka ko pun buleh terkena rindu mistik ye.

umi ameer said...

rindu rinduan ek..
parahlah kalu rindu sampai tak buleh buat keje..

KSWSK said...

mak saya ckp thn lepas imam solat terawikh tgk mabuk cinta..makanya asyik rindu-rinduan la..smpai solat terawikh pun tersalah2...

mokjadeandell said...

En Izman,
rindu mistik ni tak dapat di jelaskan dgn kata kata.Org yang terkena saja yang tau.Dari benci boleh jadi cinta bagai nak gila.
Jadi berhati hatilah semua agar tidak terpedaya dan juga diperguna.Sengsara.
Semoga terpelihara dari segala amalan durja.
Salam.

Nur a.k.a admansyah said...

izman, it had happened to us last year! err baru sedar last year tp dh bertahun ilmu tu `melekat' kt ny hubby! Alhamdulillah... syukur jodoh kami masih panjang. Aku pi berubat dgn Hj Lokman yg kt Gombak tu... ala series kt Astro tu!

Hanya aku di hati suami sekarang! ewaaahhh...Aku rindu dia hariX2 beb mcm aku lak yg kena `pengasih' hehehe

rayz said...

uwek! uwek! uwek!.. x tau rasa x sedap badan jer bile baca 'post' kali ni. Ni mesti pasal statement dia ni kot?

Nek Cun said...

Penyakit rindu yang semula jadi kalau dah terkena memang susah nak ubat!... tapi yang mistik tu lagi terok kalau tak dapat bomoh yang betul-betul boleh melawan 'source' yang asal!... oleh itu, berhati-hatilah kalau dengan orang seberang ni.... Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dari mainan syaitan dan iblis itu!...

Daddy Zuki said...

sy rindu kat isteri la...kerana tuntutan tugas, dia di KL n sy di Kelate...2x sebulan je leh jumpa...huwaaaaaaaa

Mak Su said...

masyallah.... nauzubillah ler bab bab ilmu pengasih penunduk ni :(