Tuesday, September 14, 2010

Kasih Sayang Ibu Bapa Pada Anak-anak

sebenarnya dah beberapa minggu aku agak sebak dan tersentuh bila mengenang bab2 anak ni. sejak dua menjak kebelakangan ni banyak sangat hal menyayat hati berlaku sepeti kes pembuangan anak, dera anak dan sembelih anak. lagi sayu bila ia terjadi dekat2 nak raya dan gambar2 mangsa sembelih itu beredar dengan sewenang2nya di internet.

semasa hari raya puasa beberapa hari lepas di kampung aku di batu balai, datuk tuan ibrahim bin tuan man dalam khutbahnya mengajak seluruh umat Islam agar menghormati ibu bapa semasa mereka hidup. memang sayu hati mendengar khutbah beliau.

aku setuju bahawa ibabapa tidak meminta apa2 semasa membesarkan anak2 mereka, tapi bila mereka sudah lanjut usia, sepatutnya anak2 membalas jasa ibubapa mereka. dikisahkan bahawa pada zaman dahulu di zaman khalifah, terdapat seorang anak yang bertungkus lumus menjaga dan mengendong bapanya. khalifah yang melihat perilaku si anak memanggil anak dan memujinya.

menangis anak muda itu sambil berkata bahawa dia tidak layak dipuji kerana ia sekadar berkhidmat untuk bapanya. katanya lagi, bapanya baru jatuh sakit dan buta matanya. kemana2 dia dikehendaki mengendong bapanya. bila terasa dia jauh, si bapa akan memanggilnya, dan dia akan segera menemui si ayah.

khalifah terus menerus memuji si anak muda tadi yang setia membantu ayahnya. menangis anak muda itu. katanya lagi, dia hanya mengendung si ayah baru dua minggu, tapi ayahnya mengendong dia selama dua tahun semasa kecilnya. banyak lagi yang diceritakan semasa khutbah itu, dan sedar tak sedar air mata berlinangan.

bercerita mengenai kasih sayang seorang ayah kepada anak2, memang tidak ternilai harganya. ayah mana yang tega melihat anak2 sakit, dan aku percaya semua ayah yang siuman akan berusah memenuhi segala keperluan anak2 mereka. semalam (13/9/10), tiba2 suhu badan anak aku luqman naik mendadak. terlebih main panas diluar rumah beraya mungkin. serta merta aku sumbat ubat bontot kerana suhu badannya sangat panas. kemudian bawa luqman ke klinik berhampiran.

since rawatan awal dan stabilkan demam, dirumah luqman dijaga rapi. aku keluar cari air penyejuk badan cap badak dan cool fever. sambil2 baring, aku sapukan air asam jawa kat kepala dan badan luqman. alhamdulillah, suhunya turun dan demam kebah dalam kurang 4 jam. syukurlah!.

dalam bercerita kasih sayang ayah kepada anak, kisah yang diceritakan datuk tuan ibrahim itu banyak kebenarannya.

tak perlu tengok jauh2, ambil masa renungkan diri sendiri dan tengok orang yang dekat dengan kita, adakah perkara begini berlaku atau tidak. kalau tak perasan ada ke takde, may be kita boleh renung2 perkara2 berikut :-

1) semua bapa akan berjaga, bersengkang mata, dan berhabisan wang untuk menjaga anak2 yang sakit. tapi berapa ramai anak yang sanggup menjaga ibubapa yang sakit.

2) ibubapa akan anggap menjaga anak2 sebagai tanggungjawab, tapi anak2 menganggap menjaga ibubapa yang tua sebagai beban.

3) ibubapa menganggap menjaga anak2 sebagai pelaburan, tapi anak2 akan menganggap menjaga ibubapa sebagai pembaziran.

4) ibu bapa akan berusaha menjaga anak2 walaupun salah seorang dari mereka meninggal dunia, tapi anak2 akan berusaha mengalih ibu bapa dari rumah ke rumah untuk mengurangkan beban menjaganya.

5) ibubapa tak kisah beli lampin pakai buang jenama mahal untuk keselesaan si anak, tapi anak2 akan rasa rugi dan membazir untuk membeli lampin pakai buang untuk ibu bapa yang uzur.

6) ibu bapa sabar jika anak2 membuat perangai seperti berak, kencing semasa mereka makan, tapi si anak akan anggap ibu bapa biadap jika terbuang air kencing dan berak semasa mereka makan.

7) ibu bapa akan membawa anak2 keluar berjalan2 atau bercuti walaupun anak2 mereka banyak kerenah, tapi anak2 akan mengurung ibubapa di rumah jika dah tua.

8) ibu bapa akan segera ambil cuti tanpa merungut jika anak2 sakit, tapi anak2 pakat berdalih tak dapat cuti jika ibu bapa sakit.

9) ibu bapa akan simpan makanan untuk anak2, tapi anak2 akan beri ibu bapa lebihan makanan mereka.

10) ibu bapa tidak akan berkira membesarkan anak2 even ada 10 atau 15 anak, tapi anak2 akan bertolak2 siapa yang sanggup jaga ibu bapa mereka.

aku tak kata perkara2 ini anda lakukan. tapi harap anda tak lakukan. aku pun harap aku tak lakukan. moga kita semua menjadi seorang anak yang soleh yang diredhai ibubapa dan mendapat keredhaan Allah.

1 comment:

eeeda said...

10 perkara yang disebut tu... hari nie memang berlaku.. sebagai orang tua.. dan bakal melalui semua tu..rasa takut untuk melaluiny.a