Wednesday, March 26, 2008

Koleksi Lawak

Prasejarah
Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,
Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Komeng menjawab;
Komeng: Satu juta tahun empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

-----------------------------------------------------------------

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!


----------------------------------------------------------------------
Meniru
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk di sebelah Azim.
ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!
cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
ayah: ape buktinya?
cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.
soalan pertama:siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
ayah: memanglah jawapan mereka sama. macam mana cikgu kata anak saya meniru?
cikgu: sabar encik. cuba encik lihat soalan kedua.
ayah Naim melihat soalan kedua ada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 ogos 1957.
Ayah Naim sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga:siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
azim menulis: maaf, saya tak tahu
Naim menulis: kalu kau tak tahu aku lagi tak tahu!!

Sumber :
Coretan Maksu

4 comments:

Mak Su said...

hai izman..maksu singgah di sini

izman said...

maksu,
mekacih singgah. rajin2 singgah le selalu. bawa kawan2 sekali.

Stok biskut dan kopi radix banyak disediakan untuk tetamu2 yg datang. kalau beritau nk dtg awal, sy cari keropok leko losong.

cendawanintim said...

Kopok leko losong????hikhik

izman said...

cendawanintim,

Jgn la gelak. kite dh jadi org lembah klang sekarang.

takat nak makang kopok losong; makcik kite pos dgn bas je.

kalau kopok keping, stok tok penoh putuh. ade sokmo kak umoh.