Sunday, August 8, 2010

Colmar Tropicale (Bukit Tinggi, Pahang) - Episod 1

Alhamdulillah, hari ni (08/08/2010) tercapai jugak hajat aku nak bercuti sebelum puasa. biasalah kerja bertimbun, kena curi2 masa untuk bercuti. bercuti ni bagus, hilangkan tekanan kerja dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. lagi bonus, kalau lepas bercuti isteri pulak ada hasil dan kemudian terpaksa cuti 60 hari (sape tak faham tu diam). untuk kali ni aku tak sempat nak plan. plan nak gi bali, indonesia dan langkawi asyik ditunda je. so, aku buat plan bidan terjun je. pegi dekat2 je.

aku ke negeri kelahiran aku, COLMAR TROPICALE, bukit tinggi Pahang. nak pegi hari sabtu, tapi hari sabtu aku ada hal di syarikat yang kena siapkan. err.. sabtu memang aku tak kerja sebenarnya sebab kami kerja 5 hari seminggu. so, aku tempah bilik untuk hari ahad. kami sekeluarga bertolak awal pagi (10 pagi tu masih awal pagi kan).

perjalanan ke colmar tropicale lebih kurang je jalan ke genting highland. err.. may be rendah sikit kot. cuma jalan ke colmar lebih kecik, selekoh lebih tajam dan risiko tanah/batu runtuh lebih tinggi. nak masuk area colmar kena bayar. ada gate sebelum masuk. bayaran dewasa rm12 seorang, kanak2 cuma rm8 seorang.bayaran di akan di refund jika anda menginap di colmar.

since check in lepas jam 3pm, aku sekeluarga jalan2 dulu la. kami ke colmar dan japanese garden. bab jalan2 tu aku cerita eposid akan datang sebab malam dah makin lewat dan anak2 dah tidur. aku cerita pasal bilik dulu.

aku tempah satu unit "one (1) bedroom suite". harga ok lah, masih dalam kemampuan untuk pelancung budget cam aku. berapa? korang check la sendiri kat colmar. masa aku nak sahkan bilik, akupun teragak2 nak ambik bilik menghadap bangunan colmar atau hutan rimba. dan aku ambik bilik yang ruang tamu menghadap colmar, dan master bedroom menghadap hutan. bilik tu benar2 memuaskan hati. dengan keluasan 69 meter persegi, dan kemudahan yg disediakan, aku cukup bersyukur. ye lah, kalau baca dalam internet dan dalam pelbagai review pelancong yg pernah menginap di colmar, kata mereka bilik2 sangat2 teruk. err.. may be taste diorang terlalu tinngi kot, pada aku sebagai pelancong budget, keadaan dan kemudahan ini sangat memuaskan.

antara kemudian yang disediakan ialah set sofa diruang tamu, 2 biji tivi dengan pelbagai channel (satu di ruang tamu dan satu dalam bilik), rak kasut, pantry, set meja makan, peti sejuk, set bilik tidur yang lengkap, bilik mandi yang selesa dan sebagainya. since aku ambik single bedroom suite, aku juga tambah extra bed untuk anak2 aku.




Wednesday, August 4, 2010

Kumpul Wang Kertas

dah lama aku tak cerita pasal hobi aku. apa hobi aku? dah berkahwin ni takkan nak hobi tambah makwe kot. hobi standard aku ialah kumpul syiling. ye duit syiling, kalau tengah2 bulan buleh korek duit syiling tu buat belanja. he.he.he..

oh ya, bercerita pasal hobi ni, antara hobi lain yang aku buat ialah baca novel, beli ikan, bela hamster, kumpul setem untuk anak2 aku dan sebagainya. tapi dalam masa terdekat ni rasanya hobi bela hamster akan jadi sejarah sebab aku dah sedekahkan hamster tu kat kawan aku. ia gara2 boboy (nama hamster) tu dah gigit jari anak aku, luqman. berdarah. biasanya ok je si boboy tu main2 dengan aku dan luqman. sama ada luqman picit dia atau boboy tengah marah sebab tak diberi pasangan, aku pun tak pasti. yang pasti dalam minggu ni pemilik baru akan ambik boboy. bagi free je, malas nak berniaga binatang ni. lepas kena gigit jari dek boboy tu cepat2 aku bawa luqman ke klinik berhampiran. kena inject bontot luqman.

ok tamat flashback, kita berbalik pada cerita wang kertas pulak.

sebenarnya hobi kumpul duit syiling pelbagai negara ni dah makin kurang kick. kebanyakkan syiling aku dah dapat kecuali duit yg rare atau memang mahal. tak mampu aku wei. just hobi, bila ada duit lebih. sekarang since duit syiling dah slow, aku kumpul wang kertas pulak. masih sedikit yang terkumpul, kurang dari 100 keping dari pelbagai negara. sebab budget kecik, aku kumpul yang nilainya murah je dulu.

hari ni (4/8/2010) balik kerja tadi aku dah terima wang kertas yang aku order beberapa hari lepas. ala yang nilai kecik2 je seperti congo, honduras, peru dan seangkatan dengannya. beli harga kawan2 je. tak sampai rm200 pun.

duit kertas ni aku kumpul sebab aku suka keunikan gambarnya. ada gambar orang, bangunan, haiwan dan sebagainya. lagi best sebab ia colourful.

errr... ada sape2 yang nak sedekahkan coins atau wang kertas untuk aku? atau nak jual dengan harga kawan2, sila email aku.

ni hah, koleksi terbaru aku.

Tuesday, August 3, 2010

Ditinggal Kereta, Kejar Bas

esok (4/8/10) audit ts16949 dah bermula kat tempat aku. department aku kena hari kedua. so, esok mana2 bahagian yang belum kemas tu buleh la kalau nak touch up sikit2. cam tak biasa pulak buat kerja last2 minit ni. inilah bahananya kalau tak tepati masa. ye lah, process audit tu setahun, sebenarnya memang cukup masa kalau buat dari awal, tapi dah kerja lain pun menimbun, adalah kerja yang diketepikan. pokok pangkalnya kita kena tepati masa.

bercakap pasal menepati masa ni, aku ada satu cerita.

masa aku sekolah rendah dulu, dalam darjah 4, aku tinggal dengan datuk dan nenek aku di batu balai. datuk aku polis pencen, dan tentunya sangat menepati masa dan sangat garang.

setiap pagi datuk akan menghantar adik beraadik aku ke sekolah di damak. kat batu balai masa tu cuma ada sekolah cina je. awal2 pagi kami dah mandi, bersolat subuh dan ke sekolah dengan kereta datuk bernombor bbp 4152. kereta toyota corolla putih rasanya. datuk sangat mementingkan disiplin dan ketepatan masa. awal2 datuk dah panaskan enjin keretanya, sementara kami bersiap. sikap datuk yang kami faham ialah kalau kami kena masuk kereta kalau nak berkereta ke sekolah. lambat kalu, kena tinggal le.

dah nama budak, err... degil sikit kot, tambahan pula suasana sejuk dikampung, memang pergerakan agak lambat. sejuk! so, dari nak mandi, nak pakai seragam sekolah, nak solat subuh, semua ada berenti rehat.

pernah sekali tu (penipu la kalau sekali, sebenarnya berpuluh2 kali) aku terlewat sedikit bersiap. aku lihat datuk dah menuju kereta. aku cepai2 capai beg sekolah, berlari mencari kasut dan ........ "tok ayah, tok ayah,tunggu.....! akak, tunggu....! aku menjerit sambil mengejar kereta yang dah keluar pagar. aku nampak kakak menyuruh datuk berhenti, tapi dah perangai datuk yang sangat menepati masa, ditinggalkan jugak aku, walaupun jarak kami cuma 10 langkah je. waa.... datuk jahat!

dah terlepas kereta, memang kena naik bas la. bas pahang lin siong. dengan ah kow si ronggak tu jadi kelindannya. lagi sadis, kat area rumah aku tu cuma ada dua tempat bas itu berhenti; satu kedai wan yaakob yang terletak kira2 500 meter dari rumah, dan satu lagi kat kedai cina batu balai, kira2 100 meter. biasalah, bas ni kadang2 cepat, kadang2 lambat jugak. masa hari kejadian tu, dari kejauhan dah nampak bas, aku terpaksa berlari 100 meter ke hentian berhampiran.

dah berlari, habis lencun baju aku dddek peluh. bedak yang aku tempek dimuka untuk menekel awek kelas sebelahpun dah tah kemana. aku gagau poket, syukurlah ada lebihan syiling yang aku simpan nak beli komik. buleh buat tambang bas. duit belanja sekolh biasanya datuk akan bagi lepas kami bersarapan pagi di kedai kak som pok wel di pekan damak. ala kedai ni dulu sebelah rumah lama kami di damak sebelum berpindah ke batu balai. nostalgia betul sebab disinilah aku dilahirkan dan membesar.

dah kerana tertinggal kereta dan naik bas, bermakna tiadalah duit belanja aku pada hari tu. waa... kena makan pucuk kayu la aku nanti. nasib baik kakak aku datang cari aku masa rehat, belikan aku nasi dan air. kemudian beri duit belanja, kalau akak aku tak bagi, memang sah aku kena minum air paip.

lepas kejadian tu, aku tekad, aku kena patuhi masa yang ditetapkan oleh datuk aku. aku berjanji! selepas kejadian tu, hanya beberapa puluh kali je aku ditinggalkan datuk. bukan salah aku. salah datuk aku yang beli tanah dan buat rumah jauh dari sekolah. kalau buat rumah sebelah sekolah kan senang, tak perlu susah2 hantar aku ke sekolah.

sekarang aku dah bekerja. dan kerja aku menjaga pekerja agar menepati masa. datang lambat, aku bagi surat. balik awal, aku bagi surat. adakah aku masih lewat? gile ke hape tanya soalan tu kat aku. mestilah aku menepati masa, dan semestinya ikut masa aku. ha.ha.ha......

Monday, August 2, 2010

Terima Kasih Kerana Tak Bagi Kerja

Biasanya seseorang akan ucap terima kasih bila diberi sesuatu. tak kiralah diberi hadiah, perkhidmatan, pertolongan atau sebagainya. tapi amat ganjil jika ada seseorang mengucapkan terima kasih sebab tidak diberikan sesuatu itu.

ada beberapa kemungkinan untuk ucapan tanpa pertolongan tu, sama ada ucapan memerli atau memang jenis orang tu skru tercabut. tapi tak dinafikan ada juga orang yang semua benda dia akan ucap terima kasih, even orang berbuat tidak baik kepadanya. orang jenis ini aku gelarkan sebagai pelajar yang berpengetahuan tatarakyat yang tinggi.

berbalik pada tajuk aku tadi. kisah ni dah agak lama berlaku, dah beberapa kali bulan puasa rasanya. nama orang tu pun aku dah lupa, tapi aku nak namakan dia sebagai puan "annakovic" untuk lebih glamer setaraf dengan nama artis2 kita. heh, nama elok2, peegi tukar jadi nama jadi nama yang sebut pun rasa nak muntah.

perbualan ini terjadi disuatu tempat tanpa disengajakan. aku telah disapa oleh puan annakovic(puan anna):-

puan anna : err... ni encik izman kan?
izman : err... ye.
puan anna : tak cam saya? saya anna, annakovic!
izman : err... sorri, tak cam la.
puan anna : emmm, tau. saya pun tau en izman tentu dah tak cam saya.
izman : dulu kerja sekali dengan sayake?
puan anna : tak. tak sempat kerja dengan en izman. tapi en izman yang interview saya.
izman : oo... ye ke..
puan anna : itu lah, dah terjumpa ni, saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada en izman kerana tak ambik saya kerja dulu.
izman : err... ni ucapan ikhlas ke, perli ni?
puan anna : saya ikhlas. mula2 tu saya marah jugak sebab tak dapat kerja tu, siap sumpah2 en izman lagi. tapi kemudian saya cuba cari kerja lain.
izman : oo... saya interview ramai, tentulah tak semua dapat. kadang2 nasib!
puan anna : saya setuju. kerana tak dapat kerja tu, saya rasa nasib saya buruk sangat. ye lah syarikat tu kan dekat ngan rumah saya, jalan kaki je. pastu ada sedara mara saya kerja situ, benefit pun ok. dah en izman tak pilih saya, nak buat camaner.
izman : so, lepas tu dapat kerja mana?
puan anna : tu lah saya nak cerita ni. saya tekad cari kerja lain. alhamdulillah dapat walaupun agak jauh, dan gaji dia tak le besor mane.
izman : syukurlah.
puan anna : yg lagi bagus tu kan, saya kerja kena naik bas, kadang2 bas lambat. nasib baik ada satu orang tu tumpangkan saya. kemudian kami kawin. alhamdulillah, dah 2 anak dah, suami sayapun dah jadi manager sekarang. suami sayapun bagi galakan saya belajar, saya dah abis diploma, dah kerja pun.
izman : ye ke, baguslah.
puan anna : tu lah, tu yang saya niat, kalau terjumpa en izman suatu hari nanti, saya nak ucap terima kasih banyak2. kalau en izman ambik saya bekerja masa tu, mungkin sekarang saya masih jadi operator kilang lagi.
izman : syukurlah, kita berusaha, Allah jua yang mengatur rejeki.
puan anna : ok lah, en izman. nak shopping kejab, suami saya tentu tengah tunggu tu. ni card saya, kalau senang datanglah raya rumah nanti.
izman : Insyallah.

moral of the story :-
1) jangan menyumpah orang HR cam aku ni, berdosa. kalau ramai menyumpah, tak larat korang nak cari aku mintak maaf kat padang mahsyar nanti.
2) jangan marahkan takdir atas naasib buruk, mungkin Allah merencana nasib yang lebih baik untuk kita dikemudian hari.
3) terima kasih je? alang2 nak balas budi tu, hulur la kasut adidas ke, spender hush puppies ke, kek la bahome ke.



IZZI ADVERTIZZING---------------------------------------

Friday, July 30, 2010

Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah

hari ni (30/7/10) aku bercuti separuh hari. urusan perbankan. even gaji belum masuk tapi hutang2 kena bayar jugak. terlepas bulan kang kena bayar interest pulak. lepas selesai urusan bank di bandar klang yang aku rasa kesesakannya lebih teruk dari bandaraya bangkok atau singapura. siapalah arkitek yang buat plan laluan kenderaan kat klang ni, konon buat jambatan dan lorong sehala tu untuk jalan lebih lancar dan selesa, tapi cam haram. korang fikirlah mana satu bandar dalam dunia ni yang jalan utama melalui bandar tapi nak masuk bandar kena patah balik. jangan kata rakyat malaysia pelik dengan sistem jalanraya tu, pemandu kereta lembu dekat barat daya uganda selatan pun ketawa dengan jaringan jalan2 kat bandar klang tu. tapi lantaklah, aku rasa kalau diteruskan macam ni, jadi bandar berhantu bandar klang nanti. semua orang lebih suka bershopping dan berurusan di bandaraya shah alam atau pergi ke bandar bukit tinggi klang je.

since aku dah niat nak sampaikan sedikit wang zakat kepada Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, aku rushing balik ke johan setia. kalau ikut geografi dekat je dari rumah aku tapi aku tak perasan kewujudannya. ala, lalu area tu 3 tahun sekalipun payah, camane nak perasan. aku cuma perasan kewujudannya selepas melihat di rancangan 'sehiris peria secawan madu' yang dipengacarakan oleh ustazah comel tu. dalam episod tu dibawa penuntut rumah kebajikan tersebut bersama penasihatnya iaitu Al-fahdil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani. ustaz dasuki ni memang dah tersohor, dan aku tumpang bangga je sebab dia sekampung dengan aku. aku kecik2 dulu mengaji dengan mak ustaz dasuki la.

ape? aku hulurkan bantuan ke Al-Munirah sebab ustaz dasuki sekampung dengan aku? oh tidak! aku bukan arab jahiliah yang mementingkan kesukuan. lagipun siapalah aku nak banding dengan ustaz dasuki, aku ni banyak jahil lagi bab2 agama ni. aku sebelum ni lebih suka berzakat terus pada orang yang aku yakin susah. ala zakat kecil2an je. zakat gaji, campur sedikit2 duit hasil blog dan internet, campur duit2 berniaga kecilan yg lain.

berbalik kita ke pangkal jalan. kita cerita balik pasal Al-Munirah. aku sampai kat rumah tu sebelum jam 5pm. sebelum tu aku dah call tanya jam berapa tutup sebab aku tak mau menyusahkan orang. kedudukan rumah tu betul2 tepi jalan di kampung johan setia, klang.

aku menyusuri bangunan baru yang sedang dalam pembinaan sebelum sampai ke pejabat dan kawasan asrama al-munirah. sebaik keluar dari kereta, salah seorang penghuni disitu yang kebetulan berada disitu menghampiri aku, menyalami dan mencium tanganku. argh... sayu betul aku. aku kemudiannya ke pejabat al-munirah bersama seluruh keluarga aku. aku menyampaikan hasrat nak hulur sedikit zakat. sambil2 tu aku tanya keadaan rumah dan penghuni disitu. kalau tak silap aku terdapat lebih kurang 47 orang penghuni. penguni disitu rata2 aku lihat masih bersekolah rendah dan beberapa orang mungkin sudah di peringkat menengah. ada juga yang masih kecil dan membuat aku lebih tersentuh. budak2 sekecil itu sudah berjauhan dari kasih sayang ibu dan ayah lantaran kemiskinan atau ibubapa mereka sudah meninggal dunia.
meskipun zakat aku kecil, tapi itulah sahaja aku mampu. cuma disini aku nak mengajak mana2 sahabat yang singgah atau tersinggah disini agar sama2 membantu mereka. mana2 sahabat yang sering berzakat tu, elok juga kalau dizakatkan sahaja ke sini. mereka juga layak menerima zakat, malah setiap sumbangan tuan/puan dikecualikan dari cukai pendapatan. zakat yang diberi kepada mereka juga diiktiraf jabatan agama islam selangor. yang penting, kita membantu walaupun sedikit. Allah akan mengurniakan pahala yang besar, insyaallah.

apa? aku riak sebab bercerita aku bagi zakat? buleh jadi kot! argh... akupun tau bahawa lebih elok kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. tapi niat aku ialah kita sama2 membantu. kalau riak aku ini dapat membuka hati orang lain untuk berzakat atau bersedekah kepada al-munirah, aku tak kisahpun kalau amalan aku kali ini tidak diterima. aku yakin Allah itu maha mengetahui.




nak tau lanjut mengenai rumah kebajikan ini, layarilah http://anakyatim.com.my atau hubungilah di alamat berikut :

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH, KLANG SELANGOR
Lot 15772, Jalan Johan SetiaOff Jalan Langat
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3324 7758

Thursday, July 29, 2010

Simpan Duit Dalam Stokin

petang tadi (29/7/10), aku dan seorang lagi staff telah membawa seorang pekerja vietnam ke lcct. nak hantar dia balik vietnam. baru je masuk malaysia bekerja dengan kami 29/6/10, genap sebulan dah kena hantar balik.

biasalah 'unfit' untuk bekerja, kena hantar balik la. kalau nak diikutkan dalam kerjaya aku ni dah banyak aku buang atau aku nasihatkan berhenti, tak de kesan dihati aku kalau orang berhenti (ye la tu!!!). kali ni aku agak sayu. even mamat vietnam ni aku tak pernah berbual dengannya sebab dia memang tak faham sepatah haram cakap inggeris. cakap melayu lagilah tak faham. so, camne nak berbual.

yang aku sedih ialah even dia tak faham bahasa kita, dia faham bila kami suruh bekerja. tak suka curi tulang (atau curi isi), tekun dan takde karenah. kerana gagal alam pemeriksaan fomema, kami kena hantar dia balik. sakit ape tu, biarlah aku je tau. semalam semasa aku brief dia dengan perantaraan jurubahasa, nampak sangat dia kecewa, sedih, tertekan dan sebagainya. aku memerhati dia dengan teliti,takut jugak dia terjun dari tempat aku tu, ye lah tingkat atas. kalau tak mati, aku yakin mau patah riuk jugak.

tapi aku cakap kat dia teruskan kerja sampai habis hari semalam, dia kerja. cuma pagi ni masa aku panggil staff aku ambik punch card dia, takde! teruk jugak security guard aku hamun, punch card pun tak boleh jaga. terkebil2 guard tu, nak lawan aku, aku yakin dia takut aku hantar dia balik sama. so, mengaku salahlah yang terbaik. memang salahpun! aku panggil mamat vietnam tu dan jurubahasa tanya kemana perginya punch card dia. korang tau apa jawapan dia yang membuatkan darah aku mendidih. jawapan dia setelah dialihbahasa "saya sudah takde kerja sini, jadi saya sudah koyak itu punch card kecik-kecik, dan saya buang". woi samdol, aku nak kira gaji kau la.

nasib baikla keteroran aku menyusahkan pelbagai department dan orang berkaitan berjaya mendapat semula butiran hari bekerja dan jumlah overtime dia. banyak jugak mamat ni kerja, yang sedihnya duit tersebut digunakan untuk beli tiket kapal terbang dia balik. kalau nak diikutkan memang duit dia tak cukup sebab dia dah buat 2 kali advance gaji kat syarikat. tapi atas dasar perikemanusiaan aku beri jugak duit poket untuk dia balik. kang takde duit langsung, terpaksa la dia menapak dari airport saigon tu ke rumah dia. khabarnya kalau naik bas pun 2-3 hari baru sampai rumah dia, kalau aku tak bagi duit poket dan dia jalan kaki, aku yakin raya puasa ke 5 baru dia sampai rumah dia.

masa nak hantar dia ke airport tadi aku yg hantar. tengah tak banyak kerja, dan kalau aku biarkan staff yang sorang lagi buat, mau tak naik flight la mamat tu. dari percakapan aku dengan jurubahasa, dikhabarkan bahawa setiap pekerja yang nak datang malaysia terpaksa belanja wang yang banyak untuk membayar agen mereka. kurang2 rm6000. itu belum kira kena buat passport, kena medical check up dan beli tiket kapal terbang. ramai yang berhutang dengan ceti atau gadaikan tanah. yang sedih bila baru datang dah kena hantar balik, hutang menimbun kena bayar jugak. itulah sebab ramai pekerja asing tak mau balik dan ada yang sanggup bunuh diri bila kontrak kerja tak disambung.

berbalik pada pekerja tadi, awal pagi2 sebenarnya adaa beberapa kawan si vietnam beri aku duit minta tukar ke duit vietnam. dengan wang saku syarikat sebanyak rm100 dan duit derma kawan2 vietnam rm60, bila aku tukarkan dapatlah kira2 sejuta dong. kira jutawan la tu. aku serahkan pada dia dan salah seorang pekerja vietnam perempuan disitu telah mengambil duit tu, melipatnya dengan kertas surat khabar dan menyuruh mamat yang balik tadi meletakkan didalam stokinnya. untuk keselamatan kata si perempuan tu. ramai orang jahat divietnam, tambahan pulak mamat yg kena hantar balik tu jenis lurus bendul dan pendiam. lantak koranglah. ramai jugak yang menangis mengiringi kepemergiaan sahabat mereka tu.

sampai lcct, satu lagi masalah besar. macammana nak bawak mamat tu masuk kapal terbang. dia memang confirm ulu banat betul. baca signboard pun tak reti. aku tanya kaunter sini, ditolak ke kaunter sana, ditolak ke orang sinun. pergi kaunter mab nak ambik pass harian nak masuk sampai aircraft, tapi diorang tak bagi. kata mereka tak perlu sebab ada orang yang akan bawa dia masuk. ok, kita tengok siapa yang kena!

seperti diduga, pekerja airasia yang menjaga boarding pass kata memang takde service hantar ke pesawat tu. mamat tu kena naik escalator sendiri dan kemudian masuk flight sendiri. heh, bancau! tapi alhamdulillah brader airasia tu sedia membantu sehabis dayanya. dia meminta kami tunggu ditepi sementara dia dapat mana2 vietnamese yang baik untuk ditumpangkan ke dalam pesawat. dan alhamdulillah setelah beberapa ketika, adalah satu vietnamese yang nak naik pesawat yang sama telah diminta oleh kakitangan tadi agak membantu pekerja aku tu. dan sebab orang satu vietnam dan semangat "SATU VIETNAM" yang teguh, dia dengan relahati membantu mamat tadi. dengan senyum yang paling manis, aku mengucapkan "Thank you very2 much sir". pergh... selesai kerja aku.

apa moral cerita ni? moral kehape benda. O.... jangan tipu laporan perubatan. sekali mungkin lepas, tapi dua kali sangkut. kalau sape2 nak jadi jutawan, dengan rm200 tu tukarkan ke duit vietnam, kaya korang.

Wednesday, July 28, 2010

Dasar Pengemis

sekejab tadi, aku ke pasar malam berdekatan. pegi sorang je. aku bukan kaki pasar malam, nak beli lauk pauk dan sayur dari pasar malam memang jauh panggang dari ikan panggang buat aku. leceh! kalau membelipun setakat mencari sayur kampung seperti petai, jantung pisang dan pucuk paku. ala, akukan orang kampung, memang kena cari sayur mayur kampung jugak perut aku ni.

cam biasa, hari ni cakap kat wife tak perlu masak. aku pergi cari nasi kerabu, laksam, taufu fa, jagung dan seangkatan dengannya. ala beli sikit2 je, budget la katakan.

dah namapun orang HR, memang suka tengok perangai orang. sambil2 membeli tu aku tengok makin meriah pengemis di pasar malam ni. adakah sebab ekonomi semakin teruk sehingga ramai mengemis. atau sebab dah nak puasa. argh... lantaklah. yang aku tau, aku sangat jarang nak bersedekah pada pengemis ni, aku suka bagi kat orang yang sepatutnya. pengemis ni pada aku banyak yang ada sindikit, ada orang disebalik kegiatan mengemis itu.

kebetulan aku menunggu disebuah gerai membeli, aku perasan seorang pengemis lelaki sedang mengemis. dah pengemis mestilah mengemis, takkan menjual murtabuk pulak kot. dah adat orang melaysia, asal ada pengemis mesti ada yang berhati mulia menghulurkan sedekah. dan seperti kebiasaan, duit RM1.00 diberikan. err... aku bukan pertikaikan sedekah rm1.00, ala cam tak biasa majoriti sedekah di masjid hari jumaatpun rata2 rm1.00 jugak.

yang aku meruap ialah sikap pengemis yang tidak tahu diuntung itu bersyukur atas pengemisannya itu. sedekah rm1.00 yang diterima, diangkat, ditelek2 dan diihempaskan ke mangkuk pengemisannya. bukan takat menghempas, siap dibebelkan pulak "heh, seringgit". bukan sekali, berkali2. setiap kali orang bersedekah seringgit, itulah dibuatnya. kalau ikut hati aku, mau je aku terajang pengemis tak sedar diri tu. woi mangkuk, dah la mengemis duit oraang, orang bagi seringgit tu bersyukurlah. nak banyak2, ko pergi kerja kilang. kalau masih nak mengemis tapi nak duit rm1.00, pergilah mengemis di amerika. kat amerika diorang tak bagi rm1.00, diorang bagi paling cikaipun usd1.00. kalau nak duit lagi banyak, pergilah mengemis kat indonesia, sekali diorang bagi mau juta2 rupiah, jutawan ko nanti.

apa2pun, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. kalau ada duit tu sedekahkanlah atau berzakatkanlah. lebih baik kalau sedekah atau zakat tu diberi kepada yang layak, berbanding beri kepada pengemis yang anda tak pasti ia dapat pada pengemis atau sekadar memberi kepada sendikit.