Thursday, April 17, 2014

KAFE MAKAN TIME @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

pada 16/4/2014, aku menjengah ke satu lagi restoran yang ada disekitar kota damansara ini. ia tidak jauh dari opis aku. mmm... dalam 5 minit berkereta. kalau jalan kaki, 45 minit.

aku biasa lalu depan restoran ni tapi tak pernah masuk sebab selalu tengok takde orang. so, semalam kami singgah la. ini dia restoran yang dimaksudkan. KAFE MAKAN TIME.


 betulla.....  tiada pelanggan lain. hanya ada pelayan restoran je. orang kata.... restoran yang takde orang memang tak sedap makanannya. hmmm...

dah masuk, dan tertarik dengan docoration dan susunan kedai yang menarik tertarik. kami buat keputusan untuk mencuba makanan disitu.

ini antara keadaan dalam restoran tersebut:-






tengok menu. memang takde nasi hidang kat sini. nasi goreng2 pun takde. aku tengok menu macam aku tengok majalah kartun gila-gila je. cuma ada roti, kuih. makanan berat cuma ada laksa siam dan nasi lemak. kawan aku si saiful nizam pilih laksa siam. ini orangnya dan hidangannya.



memandangkan aku kelaparan, aku ambik nasi lemak. dua pilihan lauk disediakan iaitu rendang dan ayam pandan. cer teka aku pilih lauk ape?

jeng, jeng, jeng.......



ok kita kasi close up sikit hidangan aku tu.




kesimpulannya ialah...... hidangan disini memang sedap. sambal nasi lemak dia cukup rasa. nasinya enak. yang terbaik adalah ayam pandan dia. apsal aku tak ambik lebih akupun tak pasti. cuma rm4 je seketul ayam pandan tu.

 alamat, korang tengok je kat resit tu yer.



selamat menjamu selera.

2 comments:

marinahunny said...

Kalu sedap ok la. Aku pon sokmo risau kalu g kedai mkn x penah g tp xde org tp dh masuk dlm kedai segan nk kuar hahaha

izman said...

maninahunny :
xde org bukan bererti x sedap. hehehe