Tuesday, May 14, 2013

Al Fatihah untuk Arwah Papaku

TERIMA KASIH  aku ucapkan kepada Jee Fairuz Joe ( http://jeefairuzjoe.blogspot.com/ ) kerana follow blog aku. 

semalam (13/5/13) genap 40 hari papa aku PAUZI BIN MUHAMMAD meninggalkan aku dan keluarga. papa kembali kerahmatullah pada 04/4/13 (hari khamis malam jumaat) mengadap ALLAH.

siapa tak sedih bila ayah tersayang meninggal dunia dan hilang dipandangan kita buat selamanya. pun begitu aku redha pemergian papa sebab papa dah terlalu menderita akibat sakit kencing manis dan kanser paru-paru.  pemergian papa aku terima aku masih di pejabat. biasalah kerja terlalu jauh dari rumah membuatkan aku terpaksa tunggu lepas maghrib sebelum bertolak pulang. siapa di lembah klang tau lah keadaan jem antara kota damansara dan shah alam. jadi aku selesa solat maghrib dulu dan balik, sebab pernah beberapa kali aku terponteng solat maghrib kerana terperangkap dalam jem (err.... aku ganti balik ye). bayangkan keluar opis jam 6pm, tapi jam 8pm masih di atas jalan.

pada 4/4/13, sementara menunggu solat maghrib, akak aku call bagitau 'papa dah takde, balik cepat". aku rasa jiwa aku kosong. aku seolah terpaku dan kemudian terpana di sejadah. dah la mami aku dah meninggal dunia masa aku darjah 3, ini papa pula tinggalkan aku. aku tak tau nak menjerit atau menangis. memandangkan akak aku dah pesan untuk beritahu adik2 dan saudara2 yglain, aku cuba kawal emosi dan menelefon mereka untuk balik ke kampung menguruskan dan menghormati jenazah.

dalam jiwa yang kosong, aku menedah jalan yang masih jem untuk balik ke port klang. biasanya jika lepas maghrib, jem tak teruk sangat, perjalanan biasanya cuma 45 minit. aku sengaja tak mahu call wife untuk berkemas sebab wife akan terkejut dan menjadi kelam kabut. cuma aku pesan kat wife agar makan malam dulu dengan anak2 sebab aku balik lewat sikit. dah sampai rumah, solat isyak dan baru aku cerita. wife memang terkejut dan bila dah ok sikit baru berkemas pakaian mana yang sempat. aku memang dah takde selera makan, cuma nak balik kampung je.

pun begitu kerana mengejut, adik aku esam masih bekerja diluar kawasan, sepupu aku faizal yg masih sakit nak balik sama tapi tak daya nak drive. sepupu aku najib terpaksa balik sorang dan nak tumpang kereta. adik aku izwan ditugaskan ambik kereta dan drive. kami konvoi dengan berjumpa di tol gombak. hari hujan lebat dan tak boleh speed, lagipun akak aku dah pesan jangan bawa laju sebab jenazah akan dikebumikan jam 11am jumaat.

dengan hujan, kesedihan, terkejut..... banyak kali juga kami berhenti rehat. sekadar berhenti minum teh dan merokok (bukan aku la...). kami sampai di kampung di batu balai dah jam 12 malam. setiba sampai aku terus mencari papa, sebab itulah perkara pertama sejak berpuluh tahun dulu aku buat bila balik kampung, menyalami papa. aku menghapiri jenazah papa yang kaku di ruang tamu. tanpa mempedulikan beberapa ahli keluarga lain yg sedang mambaca Yassin, aku mencium wajah papa yang pucat dan kaku. pun begitu aku masih mampu mengawal tangisan,cuma air mata yang keluar tanpa henti. aku mengambil wudhu dan membaca Yassin.

seusai bacaan Yasin kali pertama, aku keluar menjenguk anak2 dan mengambil barangan dari kereta. anak2 aku terutama Luqman terpancanr kesedihannya, biasanya Luqman yang suka menemani Tokpa menonton bola live di astro bila kami balik kampung. heh... aku memang tak suka bola.

dah selepas bawa barang masuk dan mengurus tempat tidur anak2 aku kembali ke jenazah menghadiahkan Yassin disebelah aruah. jika ramai orang membaca Yassin, aku turun ke dapur seketika melayani saudara mara yang sudah sampai dan bertandang. bila ramai dah mengundur diri untuk pulang dan tidur, hanya aku dan ma (emak tiri aku) yang berada disisi jenazah. aku biarkan Ma tidur disisi jenazah, aku tau ma sangat sedih walaupun redha dengan pemergian papa. aku mengulangi bacaan Yassin sehinggalah azan subuh. selepas azan, aku solat disisi papa dan menyambung surah Yassin. dalam keluangan waktu terutama selepas membaca Yassin, akan aku kucup wajah dan dahi papa. aku tau selepas ini, dah tiada lagi peluang untuk aku mengucupinya.

dlm jam 7am, imam masjid kampung aku datang dan memaklumkan bahawa urusan pengkebumian terpaksa dibuat selepas solat jumaat kerana terdapat dua kematian untuk diuruskan. kami setuju, apatah lagi mendapat makmum yang ramai untuk solat jenazah sebab memang solat jumaat bilangan makmunnya sangat ramai.

dlm jam 10am, jenazah papa dimandikan dan dikapankan oleh pihak masjid dan kami adik beradik diberi peluang memandi dan mengapankan bersama2. selepas dikapankan iaitu sebelum wajah ditutup, kami diberi peluang mengucup wajah papa buat kali terakhir. aku orang pertama mengucup papa. diikuti dengan ahli keluarga yang lain termasuk juga anak2 aku. kemudian, jenazah papa disembahyangkan oleh ahli keluarga diketuai oleh pakcik aku, ustaz shaari, yang juga imam masjid kg damak. pakcik aku terpaksa membuat solat jenazah bersama kami dirumah kerana beliau terpaksa memberi khutbah dan imam solat jumaat di kampungnya.

jenazah papa kemudiannya dibawa dengan van jenazah, aku dan adik aku imran mengiringi jenazah ke masjid. jenazah kemudiannya diletakkan dibahagian saf belakang bersama2 satu jenazah lain. aku setia menunggu disisi jenazah semasa kutbah dibaca. selepas solat jumaat, jenazah disembahyangkan serentak dan kemudiaannya dibawa ke kuburan berhampiran. jenazah papa dikebumikan dahulu.

alhamdulillah, sebagai anak lelaki paling tua, aku diberi penghormatan untuk memangku kepala papa didalam liang lahad. sementara adik2 aku dan pakcik aku memegang badan dan kaki. memang aku tak pandai, tapi imam masjid batu balai yang berada di luar liang lahad sentiasa memberi tunjuk ajar. aku buka pengikat kepala papa, menyelak muka supaya pipi papa mengentuh liang lahad bila diletakkan. kemudian kami meletakkan ketulan tanah agar jenazah tidak bergolek dan kemudian menutup lahad dengan papan. kemudian barulah ditimbus tanah sehingga permukaan. selepas itu dibacakan talkin dan doa.

aku dan adik2 antara yang paling lewat meninggalkan kuburan. serasa tidak sanggup meninggalkan papa. apakan daya, dunia kami dan dunia papa sudah berlainan. papa sudah memasuki alam kubur sedangkan kami masih dialam duniawi.

balik kerumah, aku bersihkan diri, dan solat asar. selepas solat, semasa ditikar sembahyang, semasa berdoa itulah baru aku mula mengalirkan air mata dan menangis. papa dah tak ada lagi untuk menasihati aku, untuk memanjakan aku. aku dah jadi anak yatim piatu. aku menangis semahu mahunya. isteri dan anak2 memeluk aku dan menangis sama. jiwa aku benar2 kosong. aku beritahu pada isteri aku rasa kosong dan aku nakk tidur. aku nak rasa semua ini adalah mimpi, dan bila aku sedar nanti papa masih ada. melayan aku berbual setiap kali aku balik kampung. aku minta isteri kejutkan aku sebelum maghrib sebab aku perlu ke surau untuk mengajak jemaah ke rumah untuk majlis tahlil. sebelum itu aku dah minta adik dan ma aku uruskan membeli barangan untuk majlis tahlil. aku dapat tidur dengan jiwa aku yang kosong. biasanya aku memang tidak boleh tidur siang, kecuali jika aku sakit.

bila sedar, aku mencari papa. aku kehulu kehilir didalam rumah, sehingga ditegur. aku bergegas mandi dan ke surau untuk solat maghrib dan isyak, kemudian balik ke rumah untuk tahlil. malam itu aku menghadiahkan Yassin, dan akhirnya aku tak sedar bila masa aku tertidur.

kami membuat tahlil 3 malam berturut2 memandangkan aku masih bercuti. adik2 aku ada yang terpaksa balik ke rumah masing2 atas desakan kerja. syukurlah aku masih dapat lama dirumah sebab syarikat memang memberi cuti ehsan.

kepada rakan2 beragama Islam yang singgah disini, sudilah kiranya turut sama menghadiahkan Surah Al Fatihah kepada arwah ayahanda saya Pauzi bin Muhammad. semoga arwah diampunkan segala dosa semasa hidup didunia, dan diberikan kelapangan di alam kubur. moga-moga arwah dilimpahi dengan rahmat Allah untuk ditempatkan di Syurga pada hari akhirat kelak. Insya Allah.

AL-FATIHAH.