Monday, August 8, 2016

Nak sembuh atau nak MC?

nak sembuh atau nak MC?
dah masa bekerja, sesiapa yang gila main pokemon go tu tolong hentikan. samalah bagi pekerja yang main COC juga. saya alhamdulillah bukan salah seorang dari pemainnya, install kedua game itu pun tidak pernah sesekali. bukan soal haram, soalnya saya tidak berminat bermain permainan yang bersambung dan memeningkan kepala. gambar saya cuba menangkap pokemon pikachu dalam peti sejuk itu adalah parodi sahaja. full stop!
hari isnin adalah hari yang sibuk bagi HR, rata-rata pekerja suka cuti atau MC hari isnin, dan jumaat. ini boleh di agak sebab ia permulaan dan penghujung kerja mingguan bagi kami yang bekerja 5 hari seminggu.
saya selalu menasihati (dibaca : membebel dan memarahi) pekerja agar tidak kerap mengunjungi klinik dan bercuti sakit. ya, saya hormati hak pekerja untuk bercuti sakit dengan sijil cuti sakit (nota : lebih dikenali sebagai MC) kerana ia ditulis dengan jelas dalam akta kerja 1955. cuma saya kasihan kepada pekerja yang melebihi had tuntutan perubatan dan memaksa gaji mereka dipotong.
akta kerja 1955 jelas dalam menyatakan MC berbayar, tetapi tidak menyatakan berapa kos yang harus ditanggung oleh majikan. jadi majikan boleh berlepas tangan menanggung kos perubatan tersebut dengan meletakkan had perubatan yang dibenarkan. ada majikan hadkan rm20 untuk setiap sesi, ada yang rm100 sebulan, ada yang rm300 setahun dan ada yang tiada had. syukurlah bagi pekerja yang majikannya terlalu pemurah.
bagi syarikat saya, hadnya sedikit sahaja, cuma rm300 setahun. ianya tidak efektif bagi zaman sekarang namun itulah sahaja yang termampu oleh kami. apabila had tuntutan semakin menghampiri hujungnya, saya akan mencetak rekod tuntutan dan memberi kepada pekerja terbabit beserta nasihat, namun ia sering dianggap melawan fitrah.
"Encik Izman, sakit ni bukan saya minta, Tuhan yang bagi. tak kan saya nak marah kat Tuhan pula", kata salah seorang daripada mereka.
ya, saya yang salah sebab tanya.
biarpun saya di peringkat pengurusan dan tiada had tuntutan perubatan, saya sendiri lebih suka ke klinik 1 malaysia apabila saya demam atau selsema ringan. begitu juga untuk keluarga saya. jadi saya suka cadangkan pekerja saya juga ke klinik 1 malaysia.
secara peribadi saya katakan ubatnya berkualiti setanding ubat di farmasi swasta dan layanannya sangat baik. bayarannya cuma rm1.00 dan saya tidak pernah menuntutnya semula daripada syarikat. tidak keterlaluan saya katakan ini adalah polisi PM DSNR yang paling baik semenjak beliau duduk di kerusi itu.
"klinik 1 malaysia tu memang la bagus encik Izman, tetapi dia tak keluarkan MC", jawab kesemua mereka apabila saya mencadangkan mereka ke sana untuk mendapatkan rawatan bagi sakit mereka.
jadi saya membuat analisis mudah iaitu pekerja sebenarnya lebih perlukan sijil perakuan sakit/MC berbanding mengharapkan diri mereka sembuh.
semoga analisis saya silap.

Nota : dipetik daripada fb peribadi 'izman pauzi'

No comments: