Thursday, December 31, 2015

Tanya Sekadar Tanya

Tanya Sekadar Tanya.
Semasa urusan persekolahan anak tadi, aku terjumpa ramai kenalan. selain bertanya khabar, mengutuk polisi Barisan Nasional, mentertawakan YB Ahmad Maslan, mereka juga bertanya mengenai buku karanganku (Nota : aku tidak mengutuk, aku sekadar mengiakan sahaja).
"Eh Man! bila buku kedua kau nak keluar?", soal mereka.
"Belum lagi. Ada perancangan nak keluarkan buku kedua sebab manuskrip dah hampir siap. Cuma aku nak ambil masa nak semak semula, kemaskan bahasa dan tunggulah buku aku laris sikit. buku akupun baru dipasarkan Julai lepas", terangku panjang lebar.
"Aduyai... lama tu. Sementara nama kau tengah 'panas' ni, terbitlah buku baru. Kami kawan-kawan 'support' kau punya", kata mereka memberi semangat.
"Buku kedua ye... buku pertama dah beli belum?", soalku lantang.
Mereka diam seribu bahasa.
"Gampang betul la korang ni!", kataku lagi. mereka terus tunduk dan menghisap rokok (nota : vape dah hukumnya haram).
Nota : Gampang mengikut kamus kampung aku ialah celaka, malaun, binawe, lahabau, babi dan anak haram. Ia adalah kata-kata kejian atau hampuran kepada kawan-kawan yang rapat dan tidak bermaksud menghina. Ia diguna secara meluas di pedalaman Pahang.

No comments: