Monday, July 30, 2012

Imam Zuhud atau Jemaah Jahil?


  • alhamdulillah, setakat ini Allah masih mengurniakan kesempatan masa dan kesihatan untuk aku berpuasa dan bertarawih di masjid. bukan nak riak tunjuk kat satu donia bahawa aku ke masjid dan bertarawih, tapi sekadar berkongsi cerita mengenai peristiwa di masjid yg membuat aku sedikit ralat.
  • sebenarnya dah 3 malam berturut2, golongan muda yang tidak berjubah dan berserban ditarbiah secara terbuka (diserang?) oleh imam masjid berkenaan. adegan teguran terbuka ini dibuat oleh imam selepas solat isyak. imam ke depan dan memberi sedikit tazkirah dalam 10-15 minit. 
  • dalam tazkirahnya 3 malam yg lepas, imam menegur secara agak keras mengenai para jemaah yg tidak memakai jubah dan serban. emmm.... yg pakai baju melayu pun kena! aku setuju bahawa memakai jubah dan serban itu sunnah Nabi, dan alangkah baiknya jika dipakai untuk beribadat dan berjemaah. tapi, janganlah terlalu rigid wahai pak imam. 
  • malam seterusnya, masih ada yg masih tidak berjubah dan berserban. pak imam sekali lagi bertazkirah. imam memberi pelbagai contoh. pada sesetengah orang, ia biasa. tapi bagi yg terkena, ia agak keras. kebetulan malam tersebut aku juga memakai t'shirt. aku terasa jugak tapi aku ambil positif. aku lihat anak2 muda yg dah kelat hari sebelumnya kelihatan lebih keruh mukanya. ye lah, bila ditegur, jemaah2 lain mula memerhatikan mereka. 
  • sekali lagi aku setuju dengan teguran. tapi perlukah keras teguran itu. aku yakin anak2 muda, even aku yg tak berana nak muda ini setuju dengan teguran tapi biarlah berpada. aku lebih kurang mereka yang lain ingin ke masjid bertarawih berjemaah even kami tahu terawih tu tak wajib pun. kami datang, dan aku yakin even sejahat manapun mereka, kalau bab nak sembah Allah, di Rumah Allah, mereka akan tutup aurat, berpakaian bersih dan dalam keadaan suci dan berwuduk. itu perkara basic. 
  • tapi yang tak tahan, bila hari ketiga, pak imam yg sama itu masih bertazkirah tajuk yang sama. tentang jubah dan serban. kali ini lagi panjang dan lagi keras. sebelum tu dah dapat lihat bahawa orang muda yang hati kecil dah tak kelihatan lagi. aku takut malam ini dan malam2 selepasnya langsung tak kelihatan. 
  • mungkin pada pak imam, kehadiran golongan muda yang tak berjubah dan berserban ini tidak bermakna apa2. mungkin ketidakhadiran mereka juga tidak menjejaskan majlis. ye lah, golongan muda tidak berjubah dan berserban ini mungkin bukan perhafaz Quran, mungkin bukan orang alim, mungkin tiada kerja, mungkin solat tonggang langgang dan sebagainya. tapi aku suka melihat orang2 muda ini datang memeriahkan majlis. aku yakin mereka dah ada sedikit sinar iman dengan datang berjemaah dimasjid. aku yakin datang sukarela, emmmm.... takkan dah besar nak kena rotan baru nak datang masjid. tapi kehadiran mereka tidak dialu2kan, malah dicerca. aku yakin sinar iman yg sedikit itu akan layu dan mereka akan menjauhi masjid. 
  • ya, lagi2 aku sokong bahwa pak imam memang tinggi agama, even bila ceramah  lepas isyak beberapa hari sebelum tu, penceramah tanya ketiga2 imam masjid tu cara nak keluar saf bila batal solat, semua imam tak tau jawab. alasan, tak pernah terjadi. opss.... terover pulak. 
  • malam ini aku yakin lagi ramai orang muda yg tiada jubah dan serban dah tidak lagi datang berjemaah. emm... aku cam biasalah, kejab dengan baju melayu, kejab dengan t'shirt.... aku nak solat, so what! baju aku bersih, baju aku sopan. dan ikhlas aku memang takde jubah dan serban. adakah dengan tiada jubah dan serban aku dinafikan hak solat tarawih berjemaah?
  • malam ni kalau teguran lagi keras, may be aku pun akan ke masjid lain yang lebih mesra jemaah. tak guna kalau nak solat kena perli. hatipun tak tenteram nak solat kalau hari2 kena tiaw je. 
  • aku bukan nak kutuk pak imam, aku sekadar nak luahkan rasa terbuku dihati tentang cara orang2 masjid nak mengajak orang ke masjid. ini orang dah datang, macam nak halau pula. kalau nak berdakwah, berdakwahlah dengan hikmah. sunnah kalau dapat diikuti sangat baik, tapi kalau boleh biarlah lepas yang fardhu dulu. 
  • dalam kes ini, aku rasa ada dua kemungkinan je iaitu sama ada imam itu terlalu zuhud (atau jumud?) atau jemaah terlalu jahil. 

3 comments:

ku-cit said...

niat utk menegur dah baik...tp cara menegur plak da salah...last2 saper yg rugi???

pB said...

garangnya tok imam

NURAZZAH8 said...

Salam, dah lama tak tinggal jejak kat sini, tapi kali ini topik dan cerita di entri ini menarik perhatian akak.
Sebelum akak komen apa-apa, akak nak ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK buat Izman sekeluarga ...Semoga kita sama-sama berlumba-lumba merebut BONUS-BONUS yang terlalu banyak Allah SWT sediakan buat hamba-hambaNya di bulan yang Mulia dan barakah ini...

ok..komen akak untuk entri ini: pertama nak tanya, Imam ni orang "M" ke? bukan apa..mmg banyak dah kita dengar, inilah mentaliti kebanyakan orang M ini...ilmu baru sedikit (wallahu'alam lah mungkin ilmu Imam tu dah tinggi melangit) tapi sudah menunjukkan lagak ...

Sebenarnya mungkin kena bagi kursus motivasi/kaunseling/psikologi kpd Pak imam, bgmn hendak menarik minat orang ramai kepada Islam ... Imam itu sepatutnya lebih menitik beratkan soal AQIDAH , pegangan agama , daripada memberatkan soal pakaian..bukanlah kata pakaian tidak penting, tapi selagi pakaian itu menutup aurat, bersih dari najis, pakailah apa sahaja...boleh saja solat..TIDAK semestinya memakai jubah dan serban ...buat apa memakai jubah dan serban jika Akidah goyah, ...

begitu juga cara teguran dibuat...mmg sah Imam tu kena ambil kursus motivasi/psikologi terlebih dahulu ...
Anak-anak muda yg berambut panjang dan berseluar jeans hendak datang ke mesjid bersolat pun sudah patut diucapkan syukur ALHAMDULILLAH ... hendak juga mereka ke mesjid/surau ... sepatutnya imam itu hendaklah cuba mengambil hati anak-anak mud aini terlebih dahulu..apabila mereka sudah mulai jinak hendak ke mesjid, baharulah dalam cara yang bijaksana baharulah berdakwah dalam hal yang lain pula ...
ini tidak..terus di serang kpd cara berpakaian, yg mana ini bukanlah perkara pokok... memang betul lama-kelamaan nanti terus tak datang anak-anak muda tu...