Kuasa beli.
Sebentar tadi aku sekeluarga ke pasaraya besar untuk membeli barangan dapur. Sempat juga kami ke bahagian 'Back to school' untuk membeli pembalut buku, botol air dan tudung. Sepatutnya tudung wajib beli di sekolah, malangnya tiada stok. Jadi ibubapa dibenarkan beli di pasar kapitalis berGST.
Sedang isteri ralit memilih bahan mentah di bahagian 'fresh market', aku menyertai beberapa susuk sasa kaum bapa memilih barangan sekolah anak. Inilah masa memilih tanpa perlu melayan cerewetnya isteri. Lagipun kami yang akan mengeluarkan belanja, jadi kuasa beli di tangan spesis kami.
Aku memilih dengan senang hati. Sesekali mengangkat tangan atau sekadar menggerak kening kepada bapa-bapa lain sebagai tanda muhibbah, dan sesekali menggesel badan di rak sebagai penanda sempadan.
Aku lihat bapa-bapa itu sangat bertegas dengan anak-anak mereka. Dalam bertoleransi menggunakan kuasa demokrasi memenuhi keperluan anak, si bapa seringkali menggunakan kuasa monarki apabila pilihan tidak disepakati. "Garangnya", bisik hati kecilku. Namun aku setuju bahawa si ayah mesti ada 'otoriti' untuk terus dihormati.
"Walid, ummi tak suka bekas pensil ni. Ummi suruh ambik yang lain", kata si anak kepada bapanya. Si bapa sekadar menggangguk kepala. Aduh, rupanya si isterilah yang mempunyai kuasa beli sebenar, dia punyai kuasa veto PBB.
"Heh, tengok misai dan lagaknya tadi persis panglima terracota dinasti china, rupanya hang cangkul di studio doremi", kata aku sendiri.