Friday, January 8, 2016

Dilwale

Dilwale .
Lagu tema filem hindi 'Dilwale' menjadi lagu terakhir sebelum aku matikan enjin kereta pagi tadi .
Sejujurnya dahulu aku adalah peminat SRK dan Kajol (nota : Preity zinta lebih digilai kerana lesung pipitnya).
Sebut apa sahaja filem SRK, pasti aku hafal lakon layarnya. Malah aku membeli vcd/dvd originalnya di pasaraya mydin. 
Namun semua kegilaan itu berakhir apabila gadis yang sering menyokong minatku itu meninggal dunia (nota : meninggalkan aku). Filem SRK terakhir sebelum kami berpisah adalah Kabhi Kushi Kabhi Gham (KKKG) .
Semenjak itu aku tidak pernah menonton apa-apa filem hindi lagi . Tidak sesekali!
Ya, Aku tidak tega mengenang saat ditinggal kekasih . Jika disaat aku masih tidak bersedia diikat aku ditinggalkan, aku pasrah . Tapi ia terjadi setelah aku tinggalkan semuanya untuk dia . Pelamin anganku musnah . Benarlah kata scorpions; "what you give , you get back " .
Mujurlah ada si model sambilan dan promoter pasaraya itu terus disisi . Jika tidak, tentu aku kesunyian.
Rasanya ia berlalu lebih 10 tahun aku tidak pernah menonton apa-apa filem hindi lagi . Kali ini aku nekad untuk menonton Dilwale. Bukan untuk mengenang cinta lara, tidak pula menagih kasih arwah yang telah tiada. Ia sekadar belajar berkasih untuk dicurahkan pada isteri tersayang.
Lagipun aku dah lama tak menangis tengok filem.

No comments: