Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Buruh

esok dah 01 mei 2010, dan secara saintifiknya turut dikenali sebagai HARI BURUH. saintifik? apa yg ko merepek ni. pedulikanlah, tapi esok memang telah lama diishtiharkan sebagai hari buruh. opss... hari buruh nampak cam kelas rendah, ia dikenali sebagai Hari Pekerja sekarang. nampak lebih mulia sikit. apa2pun istilah mereka untuk sambutan pada 01 mei, sama ada hari buruh, hari pekerja, hari tenaga kerja, hari sumber manusia, hari manusia, berilah istilah apa saje, natijahnya ia sebenarnya suatu hari bagi kuli berehat secara rasmi.

keterlaluan ayat aku tu? so what? memang betul apa, kuli seperti kita yang dibayar gaji untuk bekerja akan dikerjakan secukupnya dan diberi cuti umum sehari dalam setahun untuk menunjukkan kita dihargai. sehari dalam setahun sahaja!. kalau bekerja 35 tahun, cuma 35 kali kita akan diberi cuti untuk mengembangkan bontot yg menyatakan kita dihargai. majikan pula merayakan setiap hari.heh!!

pun begitu, kita masih perlu bersyukur sebab masih diberi peluang bekerja dan dibayar gaji. bayangkan kalau kita tak mampu menjadi majikan, dan tidak bekerja, lagi terukkan. teruk juga kalau bekerja dan tidak dibayar gaji. jadi usaha gomen memberi satu hari untuk meraikan kuli seperti kita patut dihargai. kalau kerja, yg ada overtime tu akan seronok dibayar lebih. yg tak bekerja tu akan ada masa bersama keluarga atau yg tersayang.

rasanya bagi hari buruh tahun ini yang paling seronok adalah pengawal2 keselamatan. ye lah gaji mereka akan dinaikkan pada rm700 sebagai gaji minimum mulai june 2010. aku tumpang bangga. ye lah, bila baca akhbar tengok berita ada pengawal keselamatan dibunuh dalam rompakan, terasa kesian betul. dah la rata2 tua2, bila kena rompak tu teruk benar mereka diperlakuakan sampai ada ditembak mati atau dijerut. gaji dah la tak seberapa, perlindungan insurans aku tak pasti berapa banyak, seringkali kena kerja sampai 12 ke 24 jam untuk gaji sekitar rm800 sebulan. lagi sedih rata2 syarikat mereka jenis celaka tak carum kwsp walaupun caruman itu dipotong dari pekerja setiap bulan. bukan semua la, tapi memang ada, dan banyak. berboraklah dengan mana2 pengawal keselamatan berhampiran kamu. aku percaya kamu semua akan dengar tentang dunia gelap syarikat kawalan keselamatan. kalau korang rasa syarikat2 bayar ciput hingga gaji pengawal keselamatan juga bayar ciput pada pengawal mereka, kamu silap! kalau ciput, tak delah syarikat keselamatan terlalu banyak dipasaran.

oklah, dah gomen bagi cuti umum untuk raikan. jomlah kita raikan. Selamat hari buruh kepada semua. moga hari2 kedepan kita lebih beruntung dengan jaminan kerja berterusan, jaminan keselamatan ditempat kerja, jaminan faedah2 kerja, jaminan peningkatan kerjaya dan jaminan2 lain yg setaraf.

Thursday, April 29, 2010

Pendidikan Seks Di Sekolah Dibatalkan

Akhirnya polemik tentang pembelajaran seks disekolah telah diumumkan sebagai dibatalkan. bagi aku, sama ada aku rasa syukur atau tidak atas pembatalan mengajaran seks disekolah ni akupun tak pasti. kalau aku yg jadi student dan belajar pelajaran seks tu, may be aku rasa kecewa. ye lah, selalunya budak2 sekolah bab2 seks ni adalah taboo, dan dilarang. bezanya jaman aku dulu belum ada internet, so subjek seks tu diketahui dari senior2 kampung yg baik untuk bertanya. kalau idak pun melalui tape vhs (opss!).

kalau difikirkan sekali macam ahli2 politik kita berfikir, aku rasa tindakan mengajar pelajaran seks disekolah adalah wajar. ye lah, sekarang ni banyak sangat kes2 buang bayi. kalau diajar pelajaran seks, diyakini gelaja buang bayi dapat dibendung. tapi bila fikir kali kedua sebagai manusia normal, memang gejala buang bayi dapat dibendung sebab semua pelajar dah expert tentang seks. mereka dah khatam bab lapan dalam buku teks pendidikan seks iaitu cara mencegah kehamilan. mereka yg didedahkan dengan cara merancang kehamilan dengan penggunaan pil perancang, kondom, kondom wanita, iud, kiraan kitaran selamat dan termasuk ejuksi luar akan mengaplikasikan dalam hubungan luar nikah mereka. so, anak haram dapat dibendung. yang menjadi2 cumalah persetubuhan haram.

bila berfikir sebagai seorang bapa, akupun tak leh fikir apa aku nak jawab jika suatu hari anak yang baru belajar bab seks disekolah dan tak faham akan bertanya bab2 seks dirumah. contohnya "ayah, cikgu cakap kalau tak nak anak atau takut penyakit aids, kena pakai kondom. macamana rupa kondom tu ayah. cara pakai dia macam mana?".

aku tak tau macamane orang putih, dan hitam ajar anak2 mereka tentang seks; disekolah atau dirumah. aku manalah tau sebab aku manalah pernah duduk kat negara kulit putih atau kulit hitam tu. yg aku tau kalau kat malaysia ni, menda2 berkaitan seks, even menyebut organ seks sahaja cukup untuk menyebabkan ibubapa menyental anak mereka yg cabul tu dengan cili.

aku secara peribadi sampai sekolah menengah masih tak tau apa itu 'payu dara'. aku ingat payu dara tu tempat tersimpannya dara. bila bersekolah, bercampur dan terdedah dengan perpustakaan barulah aku tau apa maksud sebenar menda tu. apa kejadahnya lari jauh maksudnya tu. satu kat atas, satu kat bawah, sapelah yg bagi nama tu, menyusahkan betul (opss... terlebih sudah).

aku malas nak ulas tenttang nama2 alat sulit dan kenapa ia diberi pelbagai nama untuk tujuan pertuturan agar nampak atau kedengaran lebih sopan. kalau aku ulas mau 32 muka surat, aku ni bekas pelajar subjek bahasa, budaya dan masyarakat masa di uum dulu.

even sampai sekarang, aku secaraa peribadi masih lagi bertabiat seperti budak kampung yg sangat naif (tolong percaya). memang sukar nak berbincang nak bercakap bab2 seks dengan aku, walaupun aku ada buat part time jual ubat seks keluaran bio asli marketing. aku juga yakin hampir semua orang yg normal macam aku akan rasa janggal bila bercakap tentang seks dikhalayak ramai.

aku ada satu kisah. kisah pelajaran seks la. ni masa aku kerja disuatu syarikat lama aku dulu. semasa bercakap mengenai sesuatu persoalan, kita kena menjawabnya dengan kritis. GM aku masa tu bertanya seorang senior manager 2 soalan.

gm : chia, kalau you punya anak balik dari sekolah dan tiba2 tanya "ayah, saya asal dari mana. apa lu jawab?
sm : biasalah. cakap dia jadi bila papa mama kawin. tidur sama, dan lepas beberapa bulan, you lahirlah.
gm : salah. itu budak you cerita you kawin, seks, mengandung, bersalin semua, dia tak faham. you cakap saje " ah fatt, lu asal jinjang kuala lumpur. dia sudah faham, dan itulah jawapan yg dia mau dengar:.
gm : lagi satu. kalau you sedang kencing berdiri di tandas terbuka, tiba2 ada lu punya kawan kencing sebelah lu tanya "eh chia, apasal lu punya 'bird' sangat kecil?
apa lu mau cakap?
sm : lu apa peduli.
gm : salah. lu mesti mau jawab "ini 'bird' dia punya main function ialah masa 'make love'. so, masa kencing apa guna mau besar2. nanti show time baru tunjuk besar loo...

itu adalah 2 contoh biasa, dan sebenarnya kamipun malu2 alah mendengarnya. sambil2 malu tu, ketawa sampai mengalir air mata jugak aku menggelakkan si senior manager tu yg dikenakan oleh general manager aku tu.


izzi note :
entry ni kelihatan agak lucah? bukan, otak korang yg lucah sebenarnya.

Sunday, April 25, 2010

I-City Shah Alam

hari sabtu (24/4/2010), lepas solat maghrib dan makan malam, aku tetiba je terasa nak bawak keluarga ke I-City Shah alam. ye lah, rata2 kawan2 kata best suasana malamnya dengan lampu2 pelbagai warna.

so, kami pergilah. masa sampai area tol batu 3 shah alam, dah nampak pokok2 yang berwarna warni. anak2 dah excited. masa kami sampai agak awal dan orang tak ramai lagi. parking kat dalam bangunan.

kami parking agak strategik, just menapak satu tingkat je dah sampai. anak2 seronok la sebab tengok lampu2 berwarna warni. serata tempat kami pergi, termasuk pameran didalam ruang pejabatnya. manusia semakin lama semakin ramai, terutama couple2. tak ketinggalan keluarga membawa anak masing2.

banyak jugak gambar aku ambik, dan cam biasa gambar aku memang takde la. oklah, akupun bukan suka bergambar, tak fotogenik, fotogedik may be. ha.ha.ha...

secara keseluruhannnya, OKlah. pada aku pertunjukan lampu2 tu adalah marketing games. developer saje nak bagi orang datang tengok kawasan. ye lah, kalau ada pameran percuma dengan sesuatu yg baru dan menarik, sape tak nak datang. anak2 akan memaksa ibubapa ke sana sini melihat seluruh kawasan termasuk ruang pejabat. iklan percuma beb! selain pertunjukan lampu yg dihias berwarna warni dengan bentuk2 pokok, binatang, bangunan dan sebagainya; turut disertakan dengan penjual2 yg menjual pelbagai jenis cenderahati, makanan dan sebagainya. ok la tu...



aku tak pasti sampai bila akan ada lampu warna warni tu. berterusan, diberhentikan bila seluruh kawasan diduduki atau akan dikenakan bayaran kelak. pada aku secara logiknya, jika semua ruang pejabat diduduki, aku yakin ramai penghuni pejabat akan terpaksa stay di pejabat jika ada urusan, dan kedatangan pengunjung yg memenuhkan ruang parking diluar dan dalam akan cukup menyeksakan. rimas! aku rasa lambat lain, free show tu akan ditutup. tengoklah kat uptown damansara, mulanya peniaga2 ditawarkan berniaga dan bila keadaan dah penuh, semua peniaga dipindahkan ke tempat lain yg lebih tersorok. uptown kota damansara oklah, takde orang nak kacau sebab ia cuma kawasan2 kilang.

apa2pun, aku ucapkan syabas kepada developer I-City shah alam. peta shah alam berubah lagi. dari kawasan estet midlands suatu ketika dulu, kita menjadi bandar pintar dan berteknologi canggih. pertujukan free lampu2 anda juga boleh dipuji walaupun aku secara peribadi tidak berminat, anak2 aku terhibur disana. kepada sesiapa yg ingin membawa anak2 berjalan2 tanpa duit yg banyak, datanglah ke situ.

Saturday, April 24, 2010

Restoran Cina Muslim Kita (Tmn Sri Andalas, Klang)

sebelum aku mengarut lebih panjang, ni hah aku saje nak berlagak dengan award yg minggu lepas aku dapat. lupa nak pamer kat sini. mulanya malu gak nak tampat sini sebab takut dikatakan mat bunga, tapi sebab takut classmate aku masa sekolah ni merajuk hingga menyebabkan dia tak mau balik dari jepun, aku tampal je la. e-na, lain kali nak bagi something, bagilah yg real dari jepun tu. ala, macam yg aku mesej ko dulu. poskan aku 2 orang awek jepun yg tengah hot tu. nak buat bini? mana ada la, pembantu rumah. aku kan ada 3 anak, so sorang jaga satu. he.he.he.... ni hah award si e-na http://e-nalovelykitchen.blogspot.com tu.



yg aku tak tahan gelak dengan kawan aku sorang ni ialah award tu sempena hari pertunangan dia beberapa tahun lepas. err... dia sekarang dah kawin dan beranak pinakpun, tapi masih menyambut hari pertunangan. err... sori e-na sebab gelakkan ko yer. aku macam ko kenal dulu2 la, memang suka nyakat kawan2 sekelas kita. kepada kawan2 yg suka mencuba resepi tu aku cadangkan korang melawatlah blog sis e-na ni, hampir 98.321% enty dia memang menngenai makan. tapi badannya sekepeng jugak.

oklah, dah bercerita pasal makan ni, aku tiba2 teringat pasal ada beberapa gambar mengenai restoan yg aku dan kawan2 terjah sepanjang minggu lepas.

cakap pasal makanan cina ramai yg teringin sebenarnya. tapi mengenangkan bila terbayang binatang hidung petak dan ekor bersimpul tu, semua tak selera makan. bagi aku yg bertahun2 kerja dengan company cina ni, kekadang memang suka layan makanan cina. tapi bukan ba alif ba ya. kalau korang suka makanan cina yang HALAL dan tinggal area klang/pelabuhan klang, aku cadangkan korang pergilah ke Restoran Cina Muslim Kita yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang. lokasi dia belakang klinik bersalin razif norana yg lama. kedai dia nampak macam tersorok sikit, tapi kalau pegi masa makan tengahari, memang sesaklah beb.

restoran ni memang kepunyaan orang cina betul, tapi cina muslim la. ia dikunjungi bukan saje oleh orang melayu/jawa yg kepingin nak makanan cina tulen dan halal, tapi rata2 yg makan ramai cina. aku dah menjadi pengunjung restoran ni sejak 4 tahun lalu, dan bila kawan aku si saiful dan azmir kata teringin makan makanan cina halal, terus aku cadangkan kat situ. Alhamdulillah mereka berdua puas hati.

bagi aku, kalau datang tengahari atau malam aku memang suka fried char kuey tiew cantonese style dengan cili potong dan kicap. kalau pagi aku suka steam bread dengan kaya, air kopi kaw dan 2 biji telur ayam masak separuh. kalau tak de nak makan apa2 aku suka layan ais krim goreng dia. setakat yg aku makan sini rasanya tak pernah mengecewakan. ala biasalah kalau korang pergi restoran tertentu kata makanan cina tulen, tapi resepinya dah diubahsuai jadi makanan cina style melayu, style jawa dan sebagainya. restoran ni memang resepi cina asli. kalau cuba nasi ayam dia pun dah tau ia berbeza dengan nasi ayam stail melayu dan mamak.

ini gambar kami hari tu. gambar si saiful takde sebab ambik gambar guna henpon baru dia. nampak gambar sedikit kabur, ye lah.... henpon baru beli 2 hari masa tu. function pun belum mahir lagi. kamera aku tak bawak, henpon aku pulak jenis cap ayam.


Thursday, April 22, 2010

Kisah Anne Jual Susu Lembu

terlanjur bercerita kisah ali baba dan suparman baba ni, aku cerita pasal kaum india sekali. ye lah, kitakan konsep satu malaysia. org melayu dan cina selalu kita dengar kisahnya, tapi orang tamil ini bagaimana?

aku rasa ramai yg perasan bahawa kat negara kita ni jurang kekayaan org india sangat ketara dengan org cina dan melayu. malah sesama kaum dia pun sangat ketara. ye lah, kalau yg kaya tu, terlampau kaya sampaikan satelit kat angkasapun dia punya jugak, sedangkan yg miskin terlalu miskin hinggakan nak makan roti kosong dengan kaya pun tak mampu.

aku ada satu kisah. pada suatu hari aku berkereta dengan sahabat aku si saiful, ada tugas rasmi diluar (sila percaya). aku tanya saiful;

aku : pul, ko kenal tak india bawa motor tu?
saiful : tak. india jual susu tu ke?
aku : ko rasa2, dia kaya ke miskin?
saiful : kaye ke benda, jual susu kambing la.
aku : tu la, ko silap. kaya tu.
saiful : banyak le ko dia punya kaya. roti kaya ada la dia. motor pun buruk.
aku : pul, ko tau tak, harta dia aku rasa lebih banyak dari harta ko campur dengan harta aku.
saiful : he.he.he... banyak la harta dia
aku : pul, anne tu kaya. percayalah cakap aku. dia tu ada ladang lembu tenusu, ada kambing tenusu, ada lembu, ada ayam.
saiful : mane ko tau ni?
aku : tu lah ko, katak bawah tempurung. dia tu tokey lembu dan kambing. lembu dia ada lebih 30 ekor. lembu susu dia lebih 12 ekor. kambing dewasa dia lebih 50 ekor. kambing tenusu dia berpuluh ekor. kuli bangla dia ada lebih 6 orang. dia buat hampir semua kerja sendiri.
saiful : abis apa yg kayanye?
aku : tu la ko, matematik failed. lembu dewasa seekor dalam rm1500, kalau 30 ekor dah beraapa? ko kira la sendiri. tu belum campur lagi kambing. kambing dewasa seekor tak kurang dari rm600 seekor.
saiful : ye la. kaya la dia. bawak motor buruk je tu. dia sendiri yg hantar susu ke kedai2 tu.
aku : india ni pandai, dia sorok2 je kumpul harta. orang melayu? heh.. baru ada duit sikit, berlagak nak mampos.
saiful : ko ni macam tau semua ni, betul ke? kelentong la
aku : aku kan pernah bawak bangla yg nak beli lembu masa raya haji dulu, tu yg aku tau.
saiful : ye la, ko ni semua benda ko tau la.
aku : biasa la...(sambil hidung kembang kempes menahan rasa bongkak)

Tuesday, April 20, 2010

Budaya Suparman Baba dalam Bisness orang kita

sebelum aku mengarut lebih panjang, aku mengambil kesempatan ini untuk meminta mana2 sahabat yang telah terpengaruh dengan promo entry aku yg lepas mengenai duit mudaah USD1.00 bagi setiap referrer justin tu agar tidak lagi terpesong jauh. berita terbaru yg aku dapat dari kawan2 internet dan setelah mengesahkan sendiri; ia terbukti si justin ni dah terlebih sudu dari kuah. dia tidak akan membayar mana2 referrer dari malaysia yg dikatakan banyak membuat fraud, penipuan dan sebagainya. yg aku emo sangat tu sebab dari link aku dah dekat 24 orang join. barua betul si justin ni. kalau dia datang malaysia, nak aku sontot buah pingang kiri dia. dan pada kawan2 yg telah terpengaruh dengan aku tu aku MINTAK MAAF banyak2. ala toksah marah2 la, bukan kena bayar yuran pun korang masuk tu. anggaplah itu sebagai asam garam duit internet.

ok, berbalik ke dunia nyata. sabtu lepas saluran air direct paip rumah aku terlalu perlahan. memang mengalir sepoi2 bahasa je, kalau nak banding dengan air kencing anak aku, air kencing anak aku lagi laju. bezanya air kencing anak aku tak le bukak tutup, dan warna dia tak secoklat air paip syabas/puas.

aku panggil sahabat aku manager engineering, dan seorang lagi pegawai plant engineering untuk memeriksa meter air aku tu. setelah memeriksa dan menyiasat lanjut termasuk post mortem paip air utama, ada masalah pada saluran utama paip syabas. mereka menasihatkan aku agar menelefon syabas untuk memohon pertolongan kerana mengikut undang2, tanggungjawaab membaiki dan mengenyelenggara paip air dari meter ke saluran paip bawah tanah adalah milik syabas. so, hari senin aku call syabas dan mereka barjanji akan menghantar orang untuk membaikinya. ye lah, kalau air kecik, syabas jugak yg rugi kan. banyak laju air paip, semakin lajulah duit mengalir ke kantung mereka. itu basic matematik kelas 3 anggur la.

alhamdulillah, servis syabas memang cepat. Syabas SYABAS! bila orang syabas datang aku balik dan tunjuk pandai dengan orang syabas tu. he.he.he... aku dah tau apa patut aku cakap sebab manager dan pegawai engineering dah ajar aku. orang syabas tu mulanya cakap ia berpunca dari masalah tangki air aku. aku smack down hujah dia dengan menyatakan ia tiada kaitan sebab aliran air dari direct paip aku kecik, jadi aku kata tak berkaitan. akhirnya setelah meneliti hujah dan menyiasat, diputuskan bahawa masalah itu berpunca dari paip utama syabas. bravo..... memandangkan aku tak perlu membayar, aku setuju dengan kesimpulan syabas.

petang itu, aku diberitahu sebuah lori, sebuah jentolak (back hoe), dan 5 org kontraktor syabas dah ada depan rumah aku, mereka call aku maklumkan mereka akan mula kerja atas arahan syabas. free punya pasal, aku kata "just go ahead". bila aku balik kerja dlm 6 pm, mereka tengah menukar paip2 lama. bagus.

sambil2 tu aku layanlah berborak dengan kontraktor berkenaan. ha.... ini sebenarnya tajuk utama aku nak cerita hari ni. biasalah bila siap satu2 fasa kerja, mereka akan mengambil gambar dengan white board yg ada surat khabar pada hari berkenaan dengan nama kontraktor, dan jenis kerja dibuat. aku tak tertarik pasal mereka ambil gambar sebab itu mereka nak claim upah dari syabas, bukan aku dapatpun. aku keseronokan sebab nama kontraktor tersebut adalah nama orang sebangsa dengan aku. err... maksud aku serumpun dan seagama dengan aku. nak kata sebangsa tak berapa tepat sebab nama dia mengonfirmkan dia jawa tulen, sedangkan aku melayu tulen (dengan campuran darah palembang, tokseh golok, dan lain2. may be ada darah campuran india jugak kot).

yg aku bangga tadi ialah kontraktornya jawa, dan kuli2nya ialah orang2 cina, bangla dan melayu. biasa kita lihat ialah tokeynya cina, dan kulinya orang kita (termasuk jawa). tapi hidung aku tak sempat kembang sangat sebab rupanya bila borak2 rupanya cina tu yg tokey, melayu dan abangla (bangla) tu kuli dia. nama kontraktor jawa tu rupanya atas kertas je. lahabau betul. ini kes ali baba lagi lah. err... ali baba untuk melayu, kalau jawa nak panggil ali baba jugak ke? may be buleh disebut suparman baba, atau wagiman baba agar melambangkan ia dibuat oleh orang jawa, bukan orang melayu sebab 'ali' tu untuk melayu.

heh..... inilah bangsa aku: ada permit, pajakkan. ada maruah, gadaikan.

Sunday, April 18, 2010

Penjual Nangka; Upahnya lebih dari gaji pegawai

hari ni cam biasa hari bermalas-malasan dan bersama keluarga. tapi nak kata aku jadi malas dan lepak2 goyang kaki kat rumah tu tak betul jugak. selain melayan kerenah anak2, rutin hari ahad memandikan boboy the hamster, cuci akuarium, membeli barangan dapur, mengurus tempahan business kecil2an aku dan sebagainya. meniaga ape? ala bisness kecik2 aje. setakat nak beli jajan anak2.

cam biasa jugak, lepas makan tengahari tadi bawa keluarga jalan2. saje pusing2. nak ternampak jugak gerai2 ditepi2 jalan. antara gerai yg kami selalu singgah ialah gerai nangka. nangka ni memang sedap dimakan begitu saje. sesekali wife akan buat pengat nangka.

sesekali wife aku tengok cam kesian je dengan penjual nangka tu sebab terpaksa berniaga di tepi jalan untuk sesuap nasi. dan, aku cam biasa menceritakan kisah sepenuhnya.

aku dulu banyak kali jugak terlalu kesian kepada peniaga2 tepi jalan ni dan hingga pernah berbelanja diluar keperluan dengan membeli lebih banyak dengan niat membantu peniaga tersebut. tapi atas beberapa inisiatif aku bertanya dan bermanis mulut, rupanya aku silap. tak keterlaluan kalau mungkin pendapatan mereka lebih mahal dari gaji aku.

macam mana aku tau? begini, suatu masa beberapa minggu lepas aku membeli nagka ditempat kegemaran aku. dan aku tengok peniaganya lain. lantas aku bertanya

aku : kak baru meniaga sini ke?
akak nangka : takde lah. dah 3 tahun dik.
aku : rasanya kalau saya datang sini orang lain, budak lelaki.
akak nangka : o... tu anak2 akak la.
aku : tapi saya tak pernah nampak akak, memang anak akak je ke meniaga sini?
akak nangka : biasa memang dia yg jaga sini, akak jaga kat T**T, suami akak kat T**T, anak perempuan akak pulak kat T**T.
aku : woi... banyaknya tempat
akak nangka : ada 5 tempat dik, cari rezeki begitulah.
aku : oklah tu kak, semua tempat dekat2 je
akak nangka : akak bukan orang sini, akak ulang alik dari kajang.
aku : kajang? jauh tu kak.
akak nangka : suami akak turunkan akak kat sini, pastu petang nanti datang ambik la.
aku : ok lah kak.

camaner kisah aku tu, percaya tak? kalau tak percaya korang buatlah siasatan csi sendiri.

kisah ni bukan bermaksud aku nak suruh korang jngan beli nangka kat mana2 peniaga, atau percaya bahaya semua peniaga boleh buat duit. mmg ada peniaga yg setakat cukup2 makan je.

moral of the story :
1) nangka masak memang sedap dimakan begitu sahaja.
2) nangka juga boleh dibuat pengat nangka.
3) penjual nangka juga mampu beranak ramai.
4) walaupun tinggal dikajang yg terkenal dengan sate kajang, masih ada penduduknya yang reti berniaga nangka.
5) jangan berlagak hebat dengan pengjual nangka kalau setakat kerja makan gaji, pendapatann mereka may be buleh bayar gaji kita sebulan untuk jadi pembantu mereka.

Thursday, April 15, 2010

Duit Mudah; download buku dapat duit

mencari wang sampingan? aku rasa ramai dari kita melakukannya. ada yang bekerja secara rasmi dengan membuat part time di restoran makanan segera, menjadi jaga, bawak teksi, berniaga pasar malam, jadi gro (opss!) dan sebagainya.

itu kalau kerja secara fizikal. ada juga yang cari pendapatan sampingan dengan medium internet. ye lah, kat internet pelbagai cara mendapatkan duit boleh dipelajari. yg haramnya termasuk skim cepat kaya, scam tipu orang, panduan proses dadah, pornografi dan sebagainya. yg haram tu tak yah la ikut, berdosa.

yg halal jugak melambak, tapi biasalah ramai suka yang haram sebab yg haram lebih cepat kaya dan lebih syiok. yang halal dan juga buat duit di internet termasuklah program referrer, affiliate, pay per lead, survey dan sebagainya.

apa aku buat? ala, akupun bukan pandai mana sangat bab2 cari duit internet ni. kalau aku pandai cari, dah lama aku berenti kerja. sekadar cari duit2 untuk beli jajan anak2 bolehlah.

oh ya, panjang benor mukaddimah aku ni. aku sebenarnya ada menerima tawaran baru daripada seorang usahawan internet tersohor iaitu justin michie. aku kalau nak diikutkan adalah subcriber dia, dah beberapa kali aku ikuti offer dia. mamat ni kalau offer sesuatu memang jenis muntah darah punya. dah alhamdulillah, dia jenis tak mungkir janji. yang lepas2 dia janji sape download report/ebook dia, dan sebarkan pada rakan2 akan diberi USD $. dia memang bagi melalui paypal seperti dijanjikan bergantung kepada usaha yg dibuat. jangan mimpi la nak dapat banyak kalau usaha kureng.

dah la, itu kisah sejarah 3 anggur. menda dah lepas. terbaru, bermula 15 april 2010 hingga 30 april 2010, justin sekali lagi buat gile. err.... maksud aku buat tawaran gila2. kali ni dia offer USD 1.00 (RM3.60) bagi setiap download melalui link yang kita daftarkan. tak faham? aduii.... ok aku cerita dalam bahasa pasar mini mudah seperti dibawah :

1) klik link berikut http://www.internetmarketingbook.com/cmd.php/?af=1167978

2) daftar je details di website tersebut. download report yg diberikan percuma tu nanti. baca kemudianlah... he.he.he..

3) promotelah kat kawan2 lain melalui blog, facebook, tweet, email, forum dan sebagainya. duit beb! gile ape kalau tak mau duit semudah itu. err..

4) sesekali tu pegilah ruangan member untuk tengok berapa banyak duit dah masyuk. selepas ia tamat pada 30 april 2010. justin janji akan buat bayaran selepas 7 hari kemudiannya. jangan mungkir janji justin, masuk neraka jahanam ko nanti.

La.... tunggu apa lagi. klik la http://www.internetmarketingbook.com/cmd.php/?af=1167978

Wednesday, April 14, 2010

Perlukan sebab untuk mencintai seseorang?

pagi tadi (13/4/10) terdengar topik mengenai apa yg menyebabkan kita menyukai seseorang. ye lah, ada orang mula menyukai seseorang kerana kecantikan, ada suka yang bodi solid molid tu, ada yg suka kekayaan, ada yg suka budi bahasa, dan pelbagai lagi.

bagi aku, apa yang menyebabkan kita menyukai seseorang adalah subjektif. aku may be suka yang kurus, berkulit cerah (ada jugak makwe aku dulu kulit gelap, err... jumpa dalam panggung wayang la ni. he.3x). ada orang yang tengok pompuan bibir tebal je dah jatuh cinta, ada yg suka perempuan big size (Uu.. seleraa besar ni. opss terlebih sudaah), ada suka perempuan hidung mancung(ada ke yg suka yang hidung belang?).

wife aku bila aku tanya kenapa suka aku, korang rasa apa dia jawab. ish.... "ingat abang ni jenis takde makwe. biasa tengok serius je.". jawapan wife aku tu bukan salah, tapi kurang tepat je. aku memang la dah tak de makwe lain sekarang. masa dia jumpa aku tu takyah cerita la. bujang lagi masa tu, dan saham tengah laku. sapu je la yang ada, bujur lalu melingtang patah. he.he. he..

nak kata dah kawin ni aku dah tak tengok perempuan lain tu memang pembohong besar la. kalau pompuan depan mata aku tengok je. lagipun camaner aku nak interview dan buat kerja aku jika tak tengok pompuan lain. tapi aku faham dah status suami orang ni aku dah tak leh jeling atau toleh tengok perempuan cantik dan seksi buat kali kedua lagi. kalau tengok perempuan cantik dan seksi tu aku terus tengok tak toleh kiri kanan lagi. terus tengok sampai tak sedar air liur meleleh puntak sedar. curang? takdelah, tengok je. free show apa. lagipun aku masih lelaki normal.

cerita pasal sebab menyukai seseorang tu, aku rasa kekadang ia datang tanpa kita rancang. aku masih ingat suatu ketika masa aku tinggal dibandar kuantan, pahang dan bekerja di sebuah kedai makan dulu. balik kerja biasanya kawan aku, along akan ajak gi cyber cafe chatting. duduk rumah bosan beb. lagipun masa tu main chatting tgh top, mirc.

suatu malam, awal malam l sebab aku kena shift pagi dan balik jam 6pm. aku dan along lepak di cyber cafe berhampiran rumah sewa kami. along main online game, jauh sikit dari aku la. sebelah aku ada sorang budak perempuan, dah baligh la. sesekali aku perasan yg perempuan tu terkial2 nak buka internet dan main chat sebab kawan yg bawak dia tu macam marah je bila pompuan tu asyik bertanya. ni tentu budak2 baru berkenalan dengan internet ni. dah nama lelaki budiman, akupun dengan selamba badak air dan tak malunya menghulurkan bantuan. aku tolong buka laman mIRC untuk si dia.

si dia tersipu dan mengucapkan terima kasih. jejaka budiman sekadar senyum dan meneruskan berchatting. sebelum si gadis balik, dia meninggalkan secebis kertas atas meja komputer aku. opss... nak suruh bayar bill dia ke? bancau... aku gaji pun belum dapat, dapat makan megi pun dah kira bagus. aku mencapai dan membacanya.

"terima kasih.nur ain. 09-xxxxxx."

lepas bosan berchatting, kamipun balik. sebelum sampai rumah along cam biasa akan bergayut di public phone berjam2. bosan menunggu, dan nak balik sorang jauh giler. aku tumpang motor along. aku seluk poket dan saje2 dail nombor nur ain. belum tidur lagi la. family dia dah tidur. line clear.

dari hari ke hari perbualan telefon yg sekadar nak hilangkan bosan menunggu along bergayut dengan makwe dia bertukar menjadi call wajib. masa tu masa ada henpon lagi la. dan lama kelamaan hubungan kami dapat dihidu emaknya. busuk sangat ke sampai dapat dihidu emak dia ni. confius aku, rasanya aku mandi 2 kali sehari dah. may be aku lupa pakai sabun kot.

emak nur ain menghalang hubungan kami. ye lah, ain masih bersekolah. masa tu baru nak ambik spm. dan taulah dengan status sebagai waiter, manalah calon mak mertua nak setuju. lainlah kalau aku doktor, majestrit, atau tuan punya restoren tempat aku kerja tu. aku redha. ain minta jumpa buat kali terakhir, kami jumpa di terminal makmur. budget takde la ni... ain beritahu suruh tumpukan pada pelajaraan dan kemudian barulah boleh bercinta. dan yang menghiris saluran tali pusat aku ialah bila emaknya cakap ain kena cari teman lelaki yang setaraf, yang berpelajaran. setaraf? kami sama 2 orang la, bukan orang dengan orang utan. aku tak setaraaf dengan anak dia? tolong sikit makcik, anak makcik tu yg tak setaraf dengan saya tau! anak makcik tu spm pun belum lepas tau, sedangkan saya ni mahasiswa universiti.

terkejut beruk ain bila aku saje cakap aku sebenarnya pelajar 'u' yang bekerja untuk mencari duit poket semasa cuti semester. dia tak percaya, tapi dia terpaksa percya bila aku suakan kad matrik universiti aku. dia yang mulanya seperti bersetuju memenuhi permintaan emaknya untuk menuntut cerai talak 3 dari aku mula memgang erat tangan aku. aku menepis, haram! he.he.he.....

aku beritahu ain, ikutlah cakap emaknya. syurga itu dibawah tapak kaki ibu dan memang benar pelajaran lebih penting dari bercinta. aku berlalu meninggalkan ain yang berlinangan air matanya. hati aku juga sedih, tapi aku sedar aku telah membuat keputusan yang betul. bukan jodoh kami, lagipun makwe aku kat universiti tu nak letak kat mana kalau aku meneruskan hubungan dengan ain. kuang.kuang.kuang......

err.. apa kena mengena cerita panjang berjela ni dengan tajuk dan penjelasan di permulaan entry blog ni? entah, aku cerita je apa aku suka. ini blog aku, suka hati aku la nak cerita apa. kalau aku tipu pun bukan korang tau (ayang, ini kisah rekaan je. percayalah.....)

Monday, April 12, 2010

Pilih kerja biar ikut minat

dalam kerjaya HR ni pelbagai gelagat pekerja yg dapat dilihat. ada yg baik, ada yg kureng baik dan ada yg memang jenis cap hape2 entah.

disiplin tu kalau sikit2 aku rasa mana2 HR akan bertoleransi. kalau hari2 asyik2 muka mamat yg sama je buat onar, memang rasa nak penerajang jugak. opsss! maksud aku nak bagi tarbiah sikit. ye lah, HR kan tempat dihumbankan budak2 bermasalah untuk diperbetulkan. ala itu bahasa mulia, kalau bahasa kasarnya ialah orang yg dirujuk ke HR oleh department mereka sendiri sebenarnya minta HR buat sesuatu sebab mereka dah tak tahan, kalau boleh buang kerja je.

tapi orang2 HR macam aku ni biasanya baik2 (uweekkk). kami bukan sengaja menghukum, kami sebenarnya dengan tidak sengaja membuang kerja orang. he.he.he.... kalau kesalahan kecik2 tu, kami nasihat. kalau degil lagi, kami kaunseling. degil lagi kami bagi surat amaran. terlebih degil jugak, kami gantung kerja. tapi kalau dah jenis bebal, kami gantung kerja dan buat domestic inquiry. kalau didapati bersalah... Bye2x je lah.

tapi dalam banyak2 kes disiplin, ada jugak manusia yg aku masa tu rasa dah tak boleh jadi orang. jenis bebal. asyik2 muka dia je buat salah. jenis hati kering pulak tu, selamba badak air je mengaku salah dan sanggup hadapi hukuman.

aku ada suatu cerita. masa ni aku kat company lama. ada seorang pekerja, aku namakan dia sebagai ali (memang nama dia ali).

ali kerja sebagai QA (quality assurer). nak kata pandai tu tidak, sebab kalau dia pandai dia jadi qa manager. kuang.3x... opss! dari mula kerja, dia memang selalu buat masalah. datang lewat, cuti tak apply lebih awal, kacau budak pompuan, keluar rehat masuk kerja lewat, pemalas dan sifat2 negatif yang lain.

aku kalau boleh nak buang dia awal2 dengan tidak mengesahkan jawatannya dlm tempoh percubaan. tapi manager QA sayangkan dia, maksud aku kerja si ali ni memang bagus. yg tak bagus cuma perangai dia yg sebijik memerang laut cina selatan.

ada orang sayang ni oklah, tapi lama kelamaan dengan perangai camtu, orangpun benci. dari nasihat, surat amaran akhirnya aku panggil dia untuk perhitungan terakhir. aku panggil dia untuk sesi ceramah akhir.

aku nak mukaddimah panjang2 malas, kalau untuk pompuan muda cantik belum kawin ok la. jantan kalu, bagi ayat2 pedas2 je la. tapi dalam penas itu ada nasihat dan panduan. antara perbualan yg masih aku ingat ialah :-

HR : ali, saya tau kamu bekerja dengan baik. manager kamu selalu puji kerja kamu. malah dia yg selalu desak saya jangan ambik tindakan pada kamu. tapi saya pelik sebab sikap kamu sebaliknya. kamu rebel.
ali : rebel?
HR : ye, rebel. jiwa kamu sebenarnya memberontak. jasad kamu bekerja disini, tapi jiwa kamu sebenarnya cenderung kearah lain. apa pendapat kamu?
ali : mungkin jugak betul cakap en izman tu. saya rasa setiap kali nak datang kerja sini, saya rasa tak de mood.
HR : saya tak boleh agak apa minat kamu, tapi kamu seolah2 terpaksa bekerja sini.
ali : betul, saya terpaksa. abang saya paksa saya kerja sini, cari pengalaman. saya nak lari tak boleh sebab abang saya tu kawan baik dengan manager saya.
HR : ali, ali..... dalam hidup ni, kita kena fikir diri kita dulu, baru fikir orang lain. kadang2 kita kena selfish. buat apa jaga hati orang lain jika jiwa kita memberontak, kita jadi tak ikhlas bekerja.
ali : entahlah.....
HR : saya nak kamu balik nanti kamu fikir masak2 apa yg saya dah cakap dengan kamu dari awal tadi. cari kerja yg kamu minat, dan kamu gembira melakukan kerja itu.
ali : terima kasih en izman. saya akan fikir balik apa yg kita berborak tadi. terima kasih banyak2.

keesokkan harinya. jeng, jeng, jeng.................

jeng,
jeng,
jeng.......

ali : en izman, ini surat perletakan jawatan saya.
HR : letak jawatan? kamu dah abis fikir ke ali?
ali : dah. saya dah tak mau menyusahkan en izman lagi.
HR : ali, ali.... kamu bukan menyusahkan saya, tapi kamu menyusahkan diri kamu sebanarnya. saya jumpa kamu, bagi kaunseling pada kamu, bagi surat amaran pada kamu itu tidak menyusahkan saya. memang saya dibayar untuk kerja2 itu. kamu yg menyusahkan diri kamu dengan membuang masa dengan kerja yg kamu tidak suka.
ali : ye saya setuju.
HR : saya tak suruh kamu berhenti ye ali?
ali : tak, saya yg rasa jiwa saya memang bukan disini. saya nak cari kerja lain yg sesuai dengan jiwa saya.
HR : jiwa kamu tu rock sangat ali. harap kamu jumpa yg kamu boleh bekerja sambil melayan jiwa rock kamu tu.
ali : saya rasa saya akan jumpa nanti.
HR : oklah ali, saya akan bincang dengan manager kamu pasal surat ni, kamu kerjalah baik2 hingga akhir notis tu ye.
ali : ok boss.

selepas 2 tahun. ali dah berhenti kerja,akupun dah kerja tempat baru. suatu hari masa membeli sarapan pagi dikedai mamak.

seorang mamat yg agak familiar mukanya menghampiri aku dan bersalam. "bang izman, saya ali la". ish.3x, kecilnya dunia.

aku : kamu kerja apa sekarang ali?
ali : bawa lori kontena bang (sambil menunjukkan lori yg dipandunya)
aku : mak ai... besornya lori. kamu tu keding ali, boleh ke bawak lori tu?
ali : boleh bang. lori tu yang bawa saya bang, bukan saya yang kena bawak lori tu.
aku : (cis, terkena aku). oklah ali, selamat berbahagia dengan bawa lori kamu.
ali : memang bahagia bang. bawa lori ikut suka saya, diorang bayar ikut trip. kalau saya rajin, banyaklah saya dapat. dalam lori saya boleh pasang lagu rock atau nyanyi kuat2, tak de siapa nak marah. terima kasih atas nasihat abang dulu.
aku : saya bagi nasihat je, yang berusaha kamu. oklah ali, jumpa lagi (sambil bersalam).
ali :ok bang.

Sunday, April 11, 2010

Kutip Sampah untuk kitar semula; melarat atau pendapatan lumayan?

cam biasa hari ahad adalah hari keluarga, hari membeli barangan dapur, hari jaga haiwan peliharaan dan hari membersih rumah. bersih rumah memang kerja wife aku, cuma bab nak bersihkan bilik stor adalah kerja aku. biasalah sebab yg memenuhkan stor tu majoritinya barang2 aku. dengan pelbagai buku rujukan, novel, komik, tools dan sebagainya. tidak terkecuali berkotak2 surat. err... bukan surat2 chenta, surat kredit card, surat utiliti, bil dan sebagainya. masa aku rajin aku terus failkan ke fail masing2. tapi bila malas kalu, aku masukkan ke kotak dulu, bercampur aduk.

hari ni agak senang, tak de banyak hal. lepas beli sarapan, lepak2 baca surat khabar, layan blog, layan anak2, layan ikan, layan hamster. pastu keluar shopping barang dapur, hari ni aku gi sorang je. kalau aku pegi sorang lagi cepat. bahaya sekarang ni sebab virus H1N1 mula menular balik, bahaya wooo!

lepas makan tengahari aku memulakan operasi bersihkan dan kemaskan stor. kertas2 surat khabar lama, risalah promosi pasaraya, majalah2 astro lama, cosway, dan sebagainya aku kumpulkan satu tempat. bekas simpanan barang kitar semula yg aku khaskan juga aku keluarkan. bekas simpanan ini aku saje beli yg besar dan berpenutup untuk galakkan anak2 dan keluarga simpan barang2 yg boleh dikitar semula disitu seperti tin susu anak, bekas milo, botol mineral, botol 100 plus, botol yakult/vitagen/solivite, dan sebagainya.

sambil menyisih surat2, sampul surat tu aku asingkan, surat tak berguna aku asingkan dan bertambun jugak sampah kitar semula aku. anak2 cam biasa membantu. aku asingkan sampah2 itu dan masukkan dalam kereta. aku bawa ke kedai kitar semula berhampiran dan guess berapa ringgit aku dapat? rm13.80 beb!

ye lah, ia tak banyak dan duit2 tu cam biasa aku bagi anak simpan dlm tabung mereka. tapi aku terfikir bahawa orang yang kutip brg kitar semula yg kita nampak saban hari tu sebenarnya may be diorang memang tak nak bekerja makan gaji. anggapan aku sebelum ini bahawa mereka tiada pekerjaan kerana tidak diterima adalah salah. bayangkan dengan sedikit ilmu menebalkan muka, mereka cuma perlu ke tempat2 awam atau tepi2 jalan atau kalau yg lebih berinisiatif akan menyelongkar sampah di rumah2 orang. ya.... aku dah banyak kali tengok ada beberfapa orang yang menyelongkar sampah di rumah2 orang untuk habuan sampah kitar semula. ada yang bagus, mereka memanggil tuan rumah dan meminta kebenaran. mereka akan rabakkan plastik sampah asal, mencari sesuatu yg boleh dijual dan memasukkan semula ke dalam palastik sampah baru yg mereka bawa.

entahlah, pada aku kerja menyelongkar dan mencari sampah di tempat2 awam nampak hina, tapi bagi yang nampak ia sebagai punca rejeki may be pandangannya berbeza. ye la, apa peduli apa orang kata jika dapat duit yg banyak darinya.

aku kutip sampah dari tempat buang sampah orang atau public ??? errr...err..... belum tebal lagi kulit muka aku untuk itu.

Tuesday, April 6, 2010

Pecah Tabung Anak

err.... bunyi cam dah desperado kan? yup aku memang minat desperado. lakonan antonio benderas memang hebat. lagi buat mata aku tak berkelip dan air liur tak berhenti meleleh ialah keseksian salma hayek. eee... geram betul!

opss... dah terlebih pulak. cerita pasal pecah tabung anak tu memang ia kisah benar aku semalam (5/4/10). since semalam aku cuti mengantor luqman ke klinik kerana dah nak selsema. klinik kegemaran kami sekeluarga cam biasa klinik nor azian di taman sri andalas. so, aku ambik cuti sehari, cuti banyak lagi. balik klinik cam biasa duit2 syiling tu aku bagi kat anak2 untuk simpan dalam tabung mereka. tapi anak2 kata tabung dah penuh. ye la dah berat la..

apa lagi, pecahkan la tabung tu. oh ya, untuk tabung anak2 ni aku lebih suka tabung seramik yg ada bentuk binatang dan buah. lubang masuk duit sempit, so susah aku nak korek tabung anak kalau kesempitan duit. opsss!!

dah pecahkan dua2 tabung, wife dengan rajinnya mengira satu2. aku malas, aku layan boboy the hamster je. dah banyak kali pecah tabung, bawa je ke bank dan pekerja bank akan kira. senang!

macam aku dah bagitau, aku bawa kedua2 buntil duit yang wife aku dah asingkan. satu buntil dari tabung luqman, dan satu buntil lagi dari tabung pika. aku cam biasa tak mau tau duit sape banyak. aku bawa ke bank berhampiran dan minta mereka kira syiling tersebut. arahan biasa "campur kedua2 bekas syiling tu dan bahagi dua". setelah mendengar bunyi mesin pengiran duit syiling tu membuat bising membuat kiraannya dan berulang2 kali pegawai tu masukkan duit yg reject ke dlm mesin.

dah asyik2 ada yg tidak dapat dikira, aku minta pegawai tu stop kira. ye lah, ramai orang lain menunggu kat luar. selepas dikira dapatlah setiap orang rm67.40. tak banyak, tapi ok lah buat menyemai tabiat menabung mereka. tabung tu aku start 01/01/2010. duit tabungan tu pulak adalah duit lebihan aku berbelanja setiap hari. setiap kali membeli jika ada syiling aku tak akan belanjakan, aku bagi kat anak2 suruh tabungkan. duit tabungan tu pulak aku akan masukkan ke dalam akaun simpanan mereka. oklah, buat tambahan tabungan selain simpanan untuk mereka setiap bulan.

berbalik pasal duit yg direject mesin pengira tu, banyak jugak. dan macam biasa sebab untuk reject may be duit palsu. duit yg direject tu pulak duit 50 sen, banyak tu. rugi beb kalau betul ia duit palsu. memang tak dapat dinafikan duit 50 sen banyak dipalsukan. cuma agak sukar nak kenal ia tulen atau palsu. macam kebanyakkan wanita jugak. dah banyak kali kita lihat sekarang, nampak ayu gile, dada pergh, bumber sporty, tapi rupanya jantan. eee.... nak lawan pedang ke hape!

Monday, April 5, 2010

Jalan-jalan ke Pulau Carey (Selangor)

hari ni (ahad) adalah hari dengan keluarga dan berhobi. awal2 pagi lagi aku dah tawaf beberapa kedai ikan dan pets. biasalah kalau dah bela ikan dan hamster, kenalah uruskan apa yg patut.

untuk ikan emas aku tu aku dapatkan mereka beberapa ekor kawan baru. ada yg mati baru2 ni kerana bergaduh dengan ikan bandaraya bertompok tu. sayang betul, bukannya kecik punya ikan emas tu. lagi sayang yang besar2 yg mati tu. mahal woo... sekor2 dah berapa belas hengget tu. udang untuk makanan ikan masih ada, so tak yah beli. filter span, makanan, dan sebagainya masih ada. aa... aku tambah sedikit hiasan je. ala murah2 je.

untuk hamster, aku belikan dia set tidur dia. cari bekas untuk dia tidur dan habuk kayu import. ingat nak carikan dia teman tidur, maksud aku carikan dia girlfriend. tapi memikirkan malas nak menguruskan anak2 dia nanti, rasa biarlah dulu. lagipun boboy tu belum akhir baligh, mimpi basah pun belum tu. he.he.he...

dalam mengusha beberapa kedai ikan tu nak tak nak aku terpaksa lalu beberapa kedai nombor ekor. dan macam biasa, orang sebangsa dan seagama dengan aku yang paling ramai memeriahkan majlis tu. tua muda, lelaki pompuan pakat ramai2 beratur beli nombor setan tu. ada yg lepas membeli tu duduk bersibai tepi kedai tu atau kedai2 kopi berhampiran berbincang dan menunjuk2 kad setan yg mereka beli. dan lagi sedih, rata2 yang tak sedar diri itu dah tua bangka.

aku setuju bahawa tua muda bukan ukurannya, tapi kalau yg tua masih tak sedar diri, korang sendiri mau ingatlah macamane yg muda nak insaf. apa aku buat? buat bodo je la... aku yakin kalau aku pergi tarbiahkan pakcik2 tak sedar diri itu, bukan mereka akan dengarpun. silap2 aku yg kena belasah. jabatan agama tu pantau2 lah kegiatan mereka ni. aku faham sabtu dan ahad gomen tak kerja, tapi untuk jalan Allah tak kan nak berkira kot?

belah petang, lepas mandikan boboy the hamster. tukar span akuarium, dah tak tau nak buat apa. anak2 ajak jalan2. Ok. kami jalan2 ke telok panglima garang. wife kata tak pernah sampai pulau carey. akupun menghala ke pulau carey tu.

pulau carey ni tak de menda menarikpun. ia pulau kepunyaan sime darby plantation. penduduk dia rata2 orang india, orang asli, sedikit melayu dan ramai orang seberang. wife nak tengok pantai disitu. jenuhlah nak sampai sebab nak pergi pantai dia kena merentas satu pulau tu. pemandangan sepanjang jalan langsung tak menarik. yang ada cuma kelapa sawit, kilang sawit, rumah peneroka. yg berselisih di jalanan cuma beberapa orang asli, orang india cari pisang, dan beberapa kawanan beruk.

dalam 10 minit camtu, dah sampai pantai dia. memang tak menarik. pantai dia pendek, ombak yg sangat kuat. tak sesuai untuk mandi manda. pantai dia agak berselut. kaki2 pancing ramai la datang. kami kat sana tak lama, cuma menghayati suasana matahari terbenam. romantik jugalah suasananya. since situ end road dan memang tersorok, kami tak menunggu lama. maghrib pendek masanya oi... since rumah aku dan pulau carey kurang 20 minit, baliklah. solat maghrib dan ajar anak2 mengaji Quran. ajar sendiri je dulu, yang basic tu rasanya aku bolehlah. akupun tak le jahil mana. kecik2 dulu aku mengaji Quran.

esok dah kerja balik, eee.... rasa sekejabnya cuti.

Friday, April 2, 2010

Hari sabtu, Hari Tanpa Beg Plastik selangor

sekarang masa rehat2. baru balik dari shopping sedikit barang dapur dari pasaraya berhampiran. sebenarnya boleh pergi beli esok atau lusa, tapi sementara ada kelapangan, pegi je lah. kalau esok (sabtu) memang tak pegi la sebab pengguna terpaksa membayar dua posen untuk setiap beg plastik yang digunakan untuk membungkus barangan yang dibeli. dua posen beb, nampak macam murah tapi kalau sekali aku beli mau 12 beg plastik, dah berapa hengget tu.


Poster : ehsan www.selangor.gov.my

kedekut? bukan kedekut la... aku prihatin pada alam sekitar sebenarnya. sebab gomen selangor isytihar hari sabtu hari tanpa beg plastik, aku kena ikut la. kalau hari jumaat malam sabtu tak payah ikut. err... buleh ke cam tu??

secara peribadi aku setuju dengan langkah kerajaan selangor mendera rakyat selangor dengan memaksa mereka membayar untuk beg plastik dipasaraya2. biar pengguna juga sedar bahawa mereka terpaksa membayar harga yang mahal untuk kos mencemarkan alam sekitar. err.. kalau harga nak memulihara alam sekitar? sendiri mau ingat la.

langkah kerajaan memulakan dengan plastik pada aku sangat bagus. plastik adalah sesuatu yg dah jadi habit. kita gunakan plastik terlalu banyak, dan plastik inilah yang sebenarnya banyak mencemarkan alam sekitar. korang tau lah, plastik ni even plastic bag akan ambik masa beratus-ratus tahun untuk hancur dan terurai.

masa mula kerajaan selangor laksanakan bayaran dua posen untuk beg plastik ni aku marah jugak. ye lah, dah la barang mahal, nak kena bayar untuk beg plastik pulak. kemarahan aku itu kalau boleh diterjemahkan sebagai ingin memangkah kertas2 undi pilihanraya. kalau ada je calon kerajaan selangor dari pakatan rakyat, aku akan pangkah. itulah bencinya aku pada dasar meletakkan harga pada beg plastik ini. mau tak marah, satu beg plastik yg ada 70 keping baru berharga 80 sen, tapi dia charge pengguna 20 sen satu, yahudi punya kerajaan. tapi menimbangkan pangkah kertas pilihanraya bukan bermaksud tak suka atau salah seperti yang cikgu aku masa kelas 3 anggur ajar dulu. pangkah maksud dia suka calon tersebut, kalau aku jumpa cikgu aku dulu, nak aku sontot tali pusat dia. berani tipu aku dulu.

tapi balik rumah aku rilek2 aku buat ilmu matematik mudah (kalau matematik susah, memang susahlah aku nak menjawabnya). ini hasil saampah plastik keluarga aku dalam sebulan :-

beg plastik pasaraya 6 kali sebulan X 12 keping/trip = 72 beg plastik
beg plastik nasi lemak/sarapan = 8 beg plastik
beli jajan/burger/brg runcit = 12 beg plastik
bekas plastik vitagen/solivite/yakult = 60 botol plastik
botol vitamin/baby oil ect.. = 3 botol plastik

itu secara kasar, belum perincian kecil2. banyak sebenarnya kita menyumbang kepada kerosakan alam sekitar. so, aku menyokong penuh langkah menyelamatkan bumi melalui kaedah mendera pengguna mendapatkan beg plastik percuma pada setiap hari sabtu.

tapi, gomen selangor kena pantau jugak kedai2 yang kenakan harga dua posen untuk beg plastik pada setiap hari sabtu ni. kang tujuan murni, tapi alih2 tokey2 kedai yang buat untung jual beg plastik. kena ada audit, biarlah duit untuk kegunaan alam sekitarini digunakan untuk manfaat alam sekitar.