Sunday, June 14, 2015

Kacang Tak Lupa Kulit.

Kacang tak lupa kulit.
Biarpun isteri berpuasa, dia tak pernah lupa menyediakan juadah untuk mengekalkan kegebuan perut suami.
Kacang kuda rebus.
Sambil makan bersama anak-anak, aku teringat seorang sahabat baikku masa belajar dahulu.
Ayahnya berniaga kacang kuda rebus di pekan sari damak dengan motorsikal roda tiga. Biarpun dia hidup susah dan ramai anak, dia seorang yang amanah dan suka bersedekah.
Biarpun hidup serba kekurangan, anaknya yang sekelas denganku tidak patah semangat dan menjadi graduan universiti.
Kami terputus hubungan namun aku tahu perkembangannya melalui anak-adiknya yang agak rapat denganku.
Aku ingin berhubung semula dengannya dan mengutus 'friend request'. Dah bertahun tetapi tidak di'accept'. Pm dan whatsapp dengan memperkenalkan nama penuh dan alamat rumah juga dipandang sepi.
Aku memujuk hati, barangkali dia malu untuk bersahabat dengan aku yang belum berjaya sepertinya.
Tak mengapa, aku yakin suatu hari kami akan berkawan jua. Aku tahu dia bukan Kacang lupakan kulit (kacang kuda memang ta ada kulit).



Petikan facebook peribadi Izman Pauzi

Saturday, June 13, 2015

Sumpit Kacang Hijau

Sumpit kacang hijau.
Sambil memilih bahan-bahan untuk keperluan puasa, tertengok kacang hijau.
Teringat kecil-kecil dulu inilah peluru untuk berperang semasa cuti sekolah dengan jiran sekampung. 
Untuk memulakan perang, ambil segengam kacang hijau, masukkan dalam mulut. 
Ambil straw letak dibibir dengan mode macam beruk penuh makanan dalam mulut.
Cari musuh yang keseorangan, dengan tenaga perut, sumpit kearahnya. Jangan bagi dia bersedia. Serang hingga habis stok peluru dalam mulut.
musuh akan berlari ke markas mencari senjata dan peluru. Jaga-jaga kita akan diburu hingga ke lubang cacing.
Jangan risau, selepas dendam terbalas, kedua musuh ini akan berdamai dan akan menyerang musuh lain pula.
Perang akan mewujudkan peperangan antara kelompok (clash of clan) dan berlarutan hingga maghrib.
Namun kebiasaannya peperangan akan terbubar secara automatik apabila ratu england datang menarik telinga warlord yg rancak mengatur strategi.





Petikan facebook peribadi Izman Pauzi


Hati-hati Bermimpi

Hati-hati bermimpi.
Pagi ini aku bangun dengan rasa pedih di selangkangku, mmm.... ada kesan merah.
Aku bertanya isteri, 'ayang ada cubit abangke? Jangan tipu nanti sia-sia puasa.'
'Habis tidur sebut nama perempuan lain, nurul asyikin. Siap sebut, nurul jangan tinggalkan abang nurul'. Isteri menjawab bersahaja. Jawapan yang menghalalkan tindakannya.
'La.. kan abang tengah cuba siapkan novel, abang cuba selami watak. Tu yang mungkin terbawa-bawa dalam mimpi. Ayangkan tau.', aku membela diri, dan membunuh persepsi aku suami yang curang.
'Ayang tau tu, tapi sebut nama perempuan lain walau tau dalam mimpi, geram juga.' Isteri juga tidak mahu mengalah.
'Itukan cuma dalam mimpi, kenapa nak cubit betul-betul', Aku menyoal geram.
'Biarpun mimpi, sakit hati ni tau. Lelaki dipelukan kita bermimpi orang lain', jawabnya lagi.
'Itukan namanya mimpi!', aku menghambur kata geram.
'Ia memang mimpi. Tapi kita kena hati-hati dalam bermimpi, takut mimpi menjadi realiti.', ujarnya sayu.
Aku memeluk erat isteri. 'Insyaallah sayang, abang berkarya ini sebab abang memang mempunyai mimpi kita sekeluarga hidup bahagia di kampung dikelilingi pokok-pokok hijau, dengan kolam ikan dan taman arnab. Tiada lagi hidup dalam tekanan seperi di kota ini.'
Isteri hanya memeluk erat dan mencium dahiku.
'Tapi kenapa ayang cubit 2 kali?', aku menyoal. Mematikan suasana romantis itu.
'Satu untuk Nurul, satu lagi untuk Ain', isteri menjelaskan.
'Kan Ain tu nama watak anak Haikal', aku menghambur rasa tak puas hati.
'Tak kira, anak perempuan pun, kira sebut nama perempuan juga'. Katanya lanjut.
Aku ke dapur dengan rasa marah, dua cubitan di paha kiri dan kanan semata-mata bermimpi. Jika ini natijahnya, aku tak ingin bermimpi lagi.
'Bang, bangun. cukuplah tidur tu'. Laung isteri.
Aku bingkas bangun. ku buka saji, cuma ada lebihan nasi goreng.
Isteri berkata, 'itu lebihan sahur tadi, abang tidur balik tadi, anak-anak habiskanlah. Kalau abang nak makan, abang gi mamak ye'.
Mmm.. patutlah Nabi tegah tidur semula selepas subuh, hilang punca rezeki rupanya.
Nota : buku pertama aku 'jangan sentap. Okey! Akan berada dipasaran tidak lama lagi. Whatapp 0182678719 untuk dapat terus daripada aku.



Petikan daripada facebook peribadi Izman Pauzi


Thursday, June 4, 2015

Cemerlang atau gagal, tetap anak kita.

Cemerlang atau gagal, tetap anak kita.
Teringat anak-anak di rumah, jadi teringat juga satu kisah mengenai report card.
Setiap kali ada ujian, anak-anak akan membawa balik report card untuk ditandatangani oleh ibubapa.
Tengah asyik melayan hobi radarku, isteri menyuakan report card anak-anak.
Aku tengok dan menyerahkan kembali report luqman kpd isteri. Aku cuma meneliti report card anak kedua, pika.
Isteri rasa geram dan fikir aku lebih sayangkan ank kedua kerana keputusannya lebih baik. Dia berkata 'abang tak boleh beza-bezakan anak. Memanglah pika keputusan periksanya lebih baik berbanding luqman. Abang kena adil, sign lah dua-dua report card tu. Ini pika, abang sign. Luqman, ayang pula kena sign. Kecil hati dia nanti.'
Aku buat muka tak bersalah, 'oh, ini tak adilke?. Masa ujian lepas kenapa ayang yang sign untuk luqman? Sebab ada subjek yang rendah? Bila result baik, abang kena sign. Bila buruk, ayang sorok-sorok sign. Bila tanya, cakap belum dapat.'.
Isteri diam.
Aku meleter lagi, ' abang tak bezakan anak, cerdik atau tidak, mereka tetap anak-anak kita. Mungkin belum capai potensi mereka. Abang ok. Marah tu biasalah'.
Memanggil luqman dan pika.
'Mulai hari ni, report card ayah sahaja boleh sign. Kalau markah bagus, kena kekalkan. Kalau markah merosot, kena lebih tumpu perhatian dalam kelas.'
' Ayah boleh masukkan tusyen tapi ayah tak nak anak-anak ayah lebih teruk dari robot. 730am sampai 630pm sekolah. Malam tusyen. Sabtu ahad tusyen. Bila nak main? '
'Ayah tak nak banding anak-anak ayah dengan anak orang lain. Mereka berjaya, baguslah. Tapi kesian.... tak ada masa bermain'.
'Faham ayah cakap apa.... siang tumpu pelajaran di sekolah. Malam... berehat dan bermain-main dengan adik-beradik'.
Mereka mengangguk.
'Sekarang pukul 830pm, kena buat apa?', aku menyoal.
Mereka menjawab serentak, 'main dengan adik- beradik'.
'Bukan main, buat kerja sekolah.' Aku mengarah.
Mereka berlalu dengan muka masam dan menyiapkan kerja sekolah.
Life is always unfair.