Wednesday, June 23, 2010

Toys Story 3

kisah ni dah agak basi jugak sebenarnya. kisah toys story 3. dah janji dengan anak2 nak bawa mereka tengok wayang tengok toys story 3, eveen bizi dengan urusan bangla masuk wad tu, aku penuhi jugak.

kes bangla aku masuk wad tu dah abis. lepas masukkan ke wad, aku datang balik paginya untuk melawat. sampai jam 1pm jugak le. janji ngan anak2 nak tengo movie jam 11 pagi, tak tertunai. lepas jumpa dengan doktor tanya perkembangan bangla tu, aku balik dan singgah jab kat jusco bukit tinggi beli tiket. Alhamdulillah, ada tiket jam 310 petang.

balik rumah jab, makan dan bersolat. pstu bawa anak2. girang sungguh mereka. mulanya masa aku sampai mulut sorang2 panjang benar muncungnya. semua buat muka merajuk, ajak makan pun tak mau. ajak makan pun tak mau. bila aku tunjuk tiket barulah semua bersemangat dan makan.


aku dengan 2 orang anak je pergi; luqman dan pika. ummi diorang dan baby kecik tak bawak. seronok benar mereka layan movie tu. ye lah, yang pertama dan kedua mereka dah khatam. yang ketiga ni cukup menghiburkan mereka.

cerita sikit menganai toys story 3? malahlah. nak tengok pegi la tengok sendiri. sedap woo. err... sape yang sebenarnya nak tengok ni? anak2 atau si ayah? eerrr... no komen.

Monday, June 21, 2010

Kemalangan Kereta

hari ni (21/6/10) mood aku agak down. ini gara2 cik KIAh aku terlibat dalam kemalangan. siapa cik kiaH? kereta aku daa....

camaner boleh kemalangan?

begini. kang sorang pekerja bangla aku kena stroke dan dimasukkan ke wad hospital klang hari ahad (rujuk entry lepas). so hari ni, aku nak pi melawat. dalam jam 230 petang, aku kesana. kebetulan ada sorang pekerja nak ikut aku sebab dia nak uruskan pekerja yang sakit tu mintak balik bangla berubat. bising benar pesakit tu, katanya duduk spital malaysia tak bagus. ubat langsung tak diberi. malas aku nak layan kerenah dia, dah duduk spital, tak kan aku nak pandai2 tanya doktor kenapa tak bagi pesakit makan ubat. gile ke hape.

baru je gerak dalam 5 minit, tiba dipersimpangan simpang 4 menghala ke kesas, lampu merah. so semua kenderaan berhenti la. kereta depan berhenti, kereta didepan kereta depan berenti, tak kan aku nak jalan pulak. akupun berenti sama la. sambil tunggu lampu hijau, aku borak2 la dengan bangla yg ikut aku tu. tiba-tiba....

dummm! kereta aku dilanggar dari belakang. terkejut aku. aku toleh belakang melalui cermin, dan mak aikkk... lagi terkejut bila kenderaan dibelakang aku menghentam kereta aku lagi sekali. dan kali ini membuat kereta aku melanggar kereta didepan aku. aku keluar dengan perasaan agak marah, nak bunuh aku ke hapa sebab dua kali langgar. lori pulak tu. aku bukan ahli politik palestin yang sesuka hati boleh dilanggar atau dibom oleh tentera yahudi.

pemandu lori turun, aku pun memang keluar kereta aku menghala ke lori. pemandu lori, lelaki melayu dalam umur 30an segera menyapa aku "sori bang, saya salah".

aku : "kamu langgar memang la kamu salah, tapi kenapa sampai langgar 2 kali?"
orang belakang :"saya tak sempat brek bang. oklah bang, abang cakaplah kalau nak reeport saya report. kalau nak kena bayar, saya bayar".
aku : "kalau nak bayar kamu mampu bayar ke?. lampu depan sebiji dah harga rm2000. yang lain2. kamu jangan cakap pakai sedap mulut je?"
orang belakang : "mahal tu, tak mampu saya bang"
aku : "saya tak nak gaduh, menda dah jadi. kita report je lah. (sambil ke depan ke arah kereta depan yg aku langgar)
orang belakang : ok bang, saya report.

aku : sori boss langgar you, lori belakang hantam saya dua kali, itu pasal langgar you.
orang depan : ok. saya tau, saya nampak.
aku : boss, kita report saje lah. apa you mau details saya kasi.
orang depan : tak payahlah, saya tak mau report. saya punya kereta saya sendiri repair. you punya depan, you claim kereta belakang lo.. ok, saya jalan dulu.
aku : ups... ok (sambil melihat kereta harrier lelaki cina yang aku langgar tu agak teruk pecah bumpernya.

setelah mengambil detail pemandu lori, aku membiarkan dia pergi. akupun tak sanggup tengok anak perempuan dia yang berada dalam lori menangis ketakutan dan kesakitan. aku yakin anak dia tu terpelanting langgar dashboard sebab kuat dia hentam kereta aku, dua kali pulak tu.

aku kemudian meneruskan perjalanan ke depan sedikit dan kemudiannya berhenti mengambil gambar kereta aku yang tercedera. oh ya, Syukur banyak2 kepada Allah sebab aku, pekerja aku, orang yg langgar aku, dan orang yg dilanggar aku tiada yang cedera. anak pemandu lori may be sakit kot, tapi ayah dia kata tak de apa2.

sambil2 tu aku call beberapa kawan polis dan awam tanya apa patut dibuat. kena report dalam 24 jam. malas nak fikir, aku terus report di balai trafik klang. kebetulan memang laluan aku ke hospital klang. aku just dropkan pekerja aku dihospital dan aku terus ke trafik. proses agak cepat dikaunter dan sesi soal jawab bersama pegawai penyiasat. cakap yg betullah, nak tipu buat apa.

kereta aku rosak apa? tak teruk sangat sebab tak remuk. lampu depan kena tukar sebijik, lampu belakang kena tukar, bumper kena tukar, bonet depan kena tarik sikit. yang pecah kena tukar ialah nombor plat depan belakang. aku saje tak nak publishkan gambar kereta aku disini, malas nak tunjuk plat aku. nanti ada je mamat beli nombor. dosa. apa yang aku bangga dengan cik kiaH ialah ketahanan dia. dengan hentaman depan dan belakang, cuba nombor plat je yang pecah, yang lain cuma terperesok ke dalam sedikit atau patah tempat pemegang skru. bumber depan dan belakang kukuh, aku yakin kalau kereta malaysia, heh.... expecially proton, memang bumber londeh punya, bonet depan mesti jadi huruf V, bonet belakang mesti terangkat dan tak boleh tutup, lampu memang bersepai. yang lagi syukur, orang turut terselamat.

No, No, No..... aku tak kata kereta luar hebat, atau kereta malaysia teruk, atau brand luar lain terbaik. cuba sendiri mau ingat le. kalau kereta hebat, bersepah pekerja proton dan perodua, even boss2 depa pun pakai kereta oversea. kenapa? akupun kalau ada duit, aku tak pakai kia, aku pakai VOLVO. Volvo for life.

Sunday, June 20, 2010

Kerana cerita House

sekarang dah nak 7.00 pagi ahad (20/6/10), mata aku masih cerah. tidak! tak de masalah apepun. tak de pertengkaran, tak de masalah kesihatan, dan takde masalah dengan keluarga aku. ini gara2 pekena kopi arabica dan set sarapan mcdonalds jam 5.00 pagi tadi.

actually, aku dah tidur. tiba2 wife kejutkan sebab henset aku berbunyi banyak kali. aku saje letakkan phone luar bilik, faktor gangguan dan radiasi. tapi dah banyak kali bunyi, wife kejutkan aku risau ada apa2 kecemasan. heh! pekerja bangladesh aku yg call. dalam muka masih mood tidur, rambut tomahawk, dan suara masih tone donald duck, aku menjawab.

ada kecemasan di asrama pekerja bangladesh. salah sorang pekerja sakit. tangan kanan dan kaki kanan tiba2 tidak bergerak. masa tu baru jam 2.00 pagi. even mamai, dengan sedikit ilmu yang ada hasil melayan dengan tekun cerita house, scrub dan ER; aku bertanya beberapa soalan berbentuk objektif kepada pekerja yang menelefon aku. antara :

1) adakah tangan kiri dan kaki kanan pesakit serentak lumpuh?
a) ya
b) tidak

2) suruh pesakit gengam salah satu jari anda, ada rasa kekuatan tak?
a) ada
b) tiaada

3) adakah mulut atau bibir dia senget?
a) ya
b) tidak

4) suruh pesakit sebut nama penuh dia, jelas tak pertuturan dia?
a) jelas / faham
b) tidak jelas / tak faham

dan, seperti dijangka jawapan yg diberi menjurus kepada tanda2 strok. aku suruh dia bersiap dan berpakaian sesuai. ala korang tau la bangla ni selalunya ngan sarung dan singlet je. dalam jam 2.15 aku dah ada di asrama mereka. korang tau la rumah aku ngan tempat kerjapun dekat je. aku bawa dua pekerja bangla lain untuk papah pesakit. aku dah jadi driver, biarlah orang lain papah pulak. sebab kecemasan dan nak kepastian; (err.. sebab tau kalau pergi hospital tentu lambat) aku bawa ke klinik 24 jam di bandar port klang. dan setelah pemeriksaan, confirm dia ada simtom2 strok. aku minta doktor buat surat refer ke hosptal klang. apa lagi, kita ke klang!

ne.no.ne.no..... opss! aku bawak kereta sendiri, bukan ambulan. he.he.he... aku daftarkan di kecemasan. serta merta dibawa ke unit rawatan separa kritikal. dan cam biasa, dah tu dibiarkan menunggu. biasalah, orang2 dalam unit kecemasan ni dah lali dengan cemas. tak kisahlah, diorang tau apa dia nak buat, aku menunggu disebelah pesakit. akhirnya ada la doktor datang dan buat beberapa ujian, nasib baik sebenarnya ada surat refer, so diorang dah tau apa nak buat.

since lama menunggu, aku bawa 2 lagi bangla yg mengikut aku ke kantin hospital utk minum. makanan takde. kelaparan, aku ke mcdonalds andalas. since kedua2 bangla tu tak lapar sebab risaukan kawan dia, aku makan sorang. set sausage egg muffin dan black coffee memang sedap. since pihak hospital masih nak buat scan otak dia, dan masa diambil tidak pasti, aku hantar 2 bangla tu balik, dan aku balik jugak la. lepas solat subuh, aku stay di channel axn layan movie 'stranger than fiction'. so, entry kali ni lama sikit la nak abis sebab aku tulis masa iklan je. nak pulak anak perempuan aku pika yang baru sedar lepas aku balik tadi enak tidur diribaan aku. biasalah, anak pompuan.

kejab lagi dalam jam 9am, aku akan ke hospital lagi. uruskan kemasukan ke wad pulak. sebelum tu nak ke opis ambik dokumen dia dulu sperti passport dan juga sedikit pakaian dia.

apa2pun kerja HR ni cam nilah. buleh mengelak kalau aku nak, sebab aku dah beritahu pekerja kalau ada kecemasan tak perlu tunggu aku, call je polis atau ambulans atau bomba. since aku dah tau, aku lebih suka ambil tanggungjawab itu. aku yakin kalau kita buat ikhlas, Allah akan membalasnya dengan kebaikan juga disuatu hari nanti.

pengajaran yg aku dapat simpulkan disini ialah:-

1) semua orang perlu tau sedikit sebanyak tentang simtom penyakit dan rawatan awal. kebanyakkan risiko maut dapat dielakkan kalau kita tau apa jenis sakit dan cara menanganinya.

2) sakit tidak kira bila datangnya, even kita sihat. pesakit bangla ni baru lepas tonton bola masa kena strok. jadi, lebih baik kita menabung untuk masa sakit, membeli insurans dan medical card jika berkemampuan.

3) mononton tivi tidak salah. jadi tivi addict juga tak salah, tapi kalau dapat tengok cerita yang beri ilmu sekali sekala apa salahnya.

oklah, cerita stranger than fiction juga dah abis, anak akupun masih lena diribaan. aku nak masuk rehatkan badan kejab.

Friday, June 18, 2010

Kawin Mesti Masa Bulan Menurun

sekarang cuti sekolah dah nak abis, tapi majlis kawin masih menjadi2. sape tak nak kawin oi...! sama macam manusia normal lain, akupun dapat jugak undangan kawin. err.. maksud aku pergi kenduri orang lain kawin. tak kan aku nak berbini muda kot.

dalam memilih tarikh majlis kawin ni macam2 cara digunakan. kalau orang bukan Islam, biasalah... mereka akan menilik tarikh bersatu yg sesuai berdasarkan tarikh dan masa yg sesuai. biasanya mereka akan matchingkan tarikh lahir kedua2 pengantin. yang kelakarnya, kadang2 tarikh bersama yang pertama tu kadang2 kena masa tengahari, tetamu tengah ramai tu. kerana adat, pengantin kena bersama. kalau tetamu datang dan tanya pengantin, ibubapa akan cakap "ala, kamu makan je la dulu, pengantin tengah bercumbu dan menikmati nikmat bersama tu". he.he.he.... tak nyempat2 nye.

bagi yang melayu, ada gak ilmu2 gitu. guna tajul muluk, guna makrifat, guna kiraan tarikh lahir pun ada. yang aku baru dengar minggu lepas ialah tarikh ikut kiraan bulan penuh. aku pun tak ingat banyak, ala... dah umur makin lanjut ni, memori kepala otak pun dah agak sendat. kalau tak silap tarikh kawin yang baik mestilah masa bulan jatuh, err... lepas bulan mengambang penuh tu ia akan menurun le. kalau pulan penuh tak bagus sebab orang melayu yang percaya tahyul ni akan cakap bahawa banyak syaitan bergentayangan.

bila bulan tengah naik hingga bulan penuh tak sesuai. jodoh tak panjang, dan ada je halangan dalam rumahtangga. tapi sekarang aku rasa tak tak ramai yg ikut adat2 kuno tu. majlis kawin ikut tarikh cuti sekolah. rasionalnya ramai sedara mara dan kawan2 boleh datang. kalau kebetulan dapat musim hujan itu kira bonus, tak de la bunyi riuh sangat.

pada aku, tak kisahlah kalau sape2 nak buat majlis kawin masa bulan naik ke, bulan penuh ke, bulan menurun ke. sama je. tapi tolong, sekali lagi aku ulangi, tolong jangan buat masa pengantin pompuan datang bulan. kesian pengantin lelaki tu. peluk bantal golek je 2 minggu. kuang.kuang.kuang........

Tuesday, June 15, 2010

Mesir Ibarat Kambing

puh... bersawang kejab blog aku ni. bizi dengan keje dan cuti balik kampung. kat kampung aku di batu balai, durian dah mula belajar gugur, buang buruk kata orang kampung aku. insyaallah, minggu depan rasanya dah meriah le berpesta durian. sape nak gi kampung aku berpesta durian?? biar panas badan pekena durian.

panas? dalam beberapa minggu ni kita kita didedahkan dengan kepanasan berita kapal kemanusian lifeline for gaza. peristiwa serangan zionis keatas mavi marmara dan rachel corrie mendedahkan kepada kita bahawa selain israel yg memang dasar zionis, rupanya ada lagi yg sama zionisnya. mesir. kita dari kecik disogokkan oleh ustaz dan ustazah kita bahawa kalau boleh belajarlah di mesir. nak jadi ulama, pergi mesir. tapi, rupanya mesir yg tempat ulamak tersohor dunia dan tempat pengajian Islam ini jugalah tempat zionis bersarang. pada aku mesir tak ubah macam kambing; janggut panjang macam alim, tapi telur tersembul kat luar. baik turki, negara sekular tapi sanggup mati memperjuangkan umat palestin. mesir? heh.... darah firaun dah bersebati dalam diri mereka.

kepada mereka yg terkorban atas tujuan murni tu, aku doakan mereka ditempatkan di syurga jannah. yang selamat tu aku doakan agar rahmat Allah merahmati usaha murni kalian. sukarelawan dan wartawan malaysia yg terlibat aku cukup bangga, even tau pergi ke gaza seolah2 membeli tiket sehala yang tak pasti boleh balik atau tidak, tapi kalian berani.

palestin pun pada aku satu hal. muslim dengan muslim pun nak bergaduh, nak berbunuhan. ada puak fatah, ada puak hamas, dan berpuluh cabang lagi. bodoh! bunuh yahudi sekor dua je, tapi bunuh sesama palestin beratus2. heh! macam mana nak tadbir negara sendiri.

apa2pun aku syukur atas nikmat Islam dan keamanan di bumi Malaysia ini.

Friday, June 11, 2010

Piala Dunia 2010 Dah Bermula

sekarang aku tengah layan pembukaan piala dunia 2010 antara afrika selatan dengan mexico. mexico dah kena titik satu kosong. heh! aku sebenarnya memang bukan kaki bola. tak minat mana pun. tapi kerana promosi yang hebat, terpengaruh jugak la sikit.

dalam meraikan pesta bola ni kaki2 bola termasuk papa aku akan mengambil masa menonton perlawanan tersebut even lewat malam atau awal pagi. kalau dulu masa piala dunia rata2 awal pagi, ramailah kawan2 kita yang terlewat ke tempat kerja. dan ramai jugaklah yang dapat surat chenta dari HR. sebut pasal surat chenta aka surat disiplin dari HR ni, hari ni je aku keluarkan 6 surat pagi tadi. saje aku datang awal pagi dan spot check, ramailah kena dengan aku atas pelbagai kesalahan. yang terlebih kena semburan aku ialah pengawal keselamatan. bukan setakat muka merah padam dan telinga berasap, matapun dah merah berair. rasakan, buat kerja sambil lewa lagi! sekali lagi kena dengan aku, alamat bye-bye je la.

ok, sambung balik bab piala dunia. aku masih ingat masa aku kerja kat company kedua dulu, masa tu ada piala dunia jugak. yeaahh.... mexico samakan jaringan.

opss... sambung balik. masa tu aku masih ingat, bulan puasa. syarikat tu kebetulan akan adakan annual dinner. sebelum annual dinner dan bersempena piala dunia, pekerja2 buat permintaan pada boss aku untuk buat perlawanan bola sepak. sebab bulan puasa, boss HR aku tak bagi. pekerja terus jumpa pengarah urusan, dan perlawanan bola dibenarkan. pergh! main bola masa bulan puasa tu, siang hari lagi. sebab kilang tu ramai pekerja asing, mereka buat pelbagai nama pasukan berdasarkan nama negara asal mereka atau negara yang bermain di piala dunia.

macam2 pasukan ada. malaysia, bangladesh, vietnam, indonesia, india antara negara yang dipilih berdasarkan nama negara asal pekerja. ada jugak letak nama negara2 yg lain seperti brasil, spain, belanda, perancis dan sebagainya. banyak betul pasukan bertanding. aku jadi urusetia je. even bukan perlawanan pro, tapi nak main bola siang hari selama 4 hari berturut2, tak payah ler! sabtu ahad isnin dan selasa, heh... aku yg tengok pun rasa nak muntah. yang main tu tok sah cerita lah, berbotol2 dan bertong2 air sirap bancuh diminumnya. muslim dan tak muslim serupa je, aku yg jadi urusetia pun sama je dapat dosa subahat walaupun bukan aku yg bancuh air.

yang seronoknya ialah semangat bola tu. mereka siap beli jersey bola. err... jersey pasar malam je la.

err... untuk piala dunia kali ni, macam aku tulis awal2 tu la, bukan minat aku. kalau mood aku nak tengok, aku tengok la. siapa aku jangka jadi juara piala dunia tahun ni? entah! aku jangankan nama pemain, nama pasukan yang bertandingpun aku mana tau. tapi aku nak tengok argentina jadi juara.

Tuesday, June 8, 2010

Bini Yang Sama Bertahun-tahun;Tak Kisahpun!

dalam sesebuah perhubungan, kita kena menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita. lebih2 lagi kalau sebuah perkahwinan. ya... tiada yg sempurna, dan kita kena akui kekurangan diri, dan kena perbaikinya.

ye... akupun sama. dalam perhubungan aku juga ada kalangan terlalu berlebih2, dan ada kalanya terlalu berlembut. dulu masa bercinta bolehlah undur diri atau melarikan diri (opss!!)

emmm.... just nak kongsi satu kelemahan aku (tabiat??) yg sering ditegur wife.

isteri : abang... cuba la pakai baju lain. asyik pakai baju tu je.
suami : la.. apa salahnya.
isteri : tak salah, tapi warna dia dah luntur. baru basuh, belum lipat lagi dah pakai balik.
suami : dah basuhkan? dah bersih, pakai je lah.
isteri : memang bersih, tapi baju lain kan banyak lagi.
suami : dah baju tu selesa, abang suka. abang pakai je la.
isteri : ye la, tapi pakai la baju lain jugak. tak malu ke nanti orang cakap asyik pakai baju sama je
suami : apa nak malu pulak. abang hari2 dengan bini yang sama dah 6-7 tahun ok je. tak de fikir pun nak tukar bini baru.
isteri : Ee.... susahlah nak cakap. orang cakap lain, abang cakap lain.
suami : kalau susah, diam. pegi dapur buat cucuk kodok ke hape, kacau la abang nak layan cerita 'house' ni.

Friday, June 4, 2010

Sudoku, Mari Belajar 1 - 9

malam2 ni just layan tivi ngan anak2. mula tu aku layan cerita tamil, tapi wife tak mau sebab tak de subtitle. aku? dah sebati dah tamil nadu ni. tak yah subtitle pun selamba badak air je. lagipun jothika yang berlakon. kalau tak fahampun takpe, tengok dia je. muah.muah.muah.....

dah tak dapat layan jothika, aku bagi je remote control kat wife. kejab dia layan imam muda, kejab dia tukar akademi al-quran. pening aku. aku layan hobi baru aku, sudoku.

ala, aku tau aku ulu, baru tau psal sukodu ni. selama ni aku banyak sangat hobi lain, hobi mengenal nombor ni aku maleh, math failed! tapi lepas satu peristiwa, aku rasa macam best pulak main sudoku ni. err... aku main yg beginner level la. baru belajo la katakan.

sedang asyik bersudoku, anak aku si luqman tegur.

luqman : ayah buat ape?
ayah : ayah main sudoku.
luqman : sudoku tu ape ayah?
ayah : ini main susun nombor 1 sampai 9 dalam kotak-kotak ni.
luqman : kenapa ayah belajar sampai nombor 9 je. luqman pun pandai, luqman pandai tulis nombor 1 sampai 9. nombor 20 pun luqman tau.
ayah : ye la. dah jangan kacau ayah.

oh ya... esok hari keputeraan SPB YDP Agong, Tuanku Mizan. sebagai hamba rakyat yang menjunjung pemerintahan beraja, aku turut menjunjung kasih atas pemerintahan baginda. Allah lanjutkanlah usia baginda tuanku. Daulat Tuanku!

Thursday, June 3, 2010

HR Memang Tak De Kerja

entahlah, kebelakangan ni badan agak capek. kepenatan. may be kerana kerja menimbun nak disiapkan. 5 syarikat nak diuruskan bahagian HR nya, sangat penat! ye, pekerja tak le ramai mana, tapi bila dipecahkan kepada 5 syarikat, bebannya agak besar.

ye, aku setuju yang kerja HR tak banyak. setuju sangat, sampai rasa nak tampar jer orang yg kata HR tak de kerja nak buat sampai cari kesalahan orang je. mencari kesalahan tu adalah kerja HR yg penting, jadi KPI.

aku pernah pergi satu kursus, dalam kursus tu penceramah tu buat joke mengenai cara nak letakkan orang dengan kerja yg sesuai. tak pernah dengar? ish.ish.ish... ulu betul la kalau cerita tu pun tak tau. ala,.... kisah letakkan calon2 pekerja di dalam bilik dengan batu bata. kalau calon tu jual batu bata tu, letakkan mereka di bahagian sales. kalau dipecahkan bata tu, letak je kat bahagian maintenance, dan banyak lagi lah. ada kat top mgmt, purchasing, production dan sebagainya. itu kalau calon2 tu ada ubah batu bata tu. kalau ada calon yang ditinggalkan bersama2 bata tu tapi langsung tak usik bata tu malah hanya merenung sahaja, letakkan calon tu kat bahagian HR (sumber manusia). nampak sangat orang yg cipta joke tu memang benci orang HR. may be pernah kena buang kerja kot.

ye, may be aku sekarang agak kepenatan dengan kerja rasmi dan kerja2 aku buat sendiri. ye lah, nak hidup kenalah buat kerja2 sambilan. nak jual burger tepi jalan, tak de masa, ada la business kecik2. ala cukuplah buat beli jajan anak2.

kadang2 melihat kawan2 yang dah melompat ke kerja gomen atau syarikat2 lebih besar; ada terfikir nak melompat sama. entahlah, inilah bahananya jika dah rasa terlalu selesa di tempat sekarang, rasa malas nak cuba cabaran baru.

dengki sikit2 kat kawan yg dah beralih angin tu memang ada. tengok kawan dah tukar kereta besar, rasa nak kereta besar juga. tengok kawan dah bergaji besar, rasa nak gaji besar juga. tengok kawan dah pangkat besar, nak pangkat besar jugak. tengok kawan bini dah makin besar, err.. aku nak bini kurus. tak sampai tangan nak peluk kalau gemuk sangat.

sampai bila aku mampu bertahan di syarikat sekarang akupun tak tau. may be bertahan sampai aku pencen. may be bertahan sampai mereka masih sayang kat aku (kena ada imbuhan lebih baik la..). atau sampai tahap aku dah tak larat menanggung kepenatan ini.