Thursday, May 29, 2008

Berakhirnya kes buruh

Alhamdulillah, hari ni perbicaraan kes buruh berakhir sudah. dan alhamdulillah, pekerja menarik balik pertuduhan ke atas syarikat dan memohon maaf. Pada aku syukran. semua dh berakhir, tak perlulah aku ngadap labor office lagi dan berdebat.

Pada aku ni kes very simple je. 33 orang pekerja bangladesh mengadu pekerja mereka tak dibayar selama 3 bulan. Isu dia sebab ada orang luar yg jolok mereka dengan pelbagai cerita yg kononnya kalau kes menang setiap seorang dapat RM2000 walaupun kes tidak benar.

resit pembayaran ada, slip gaji ada. so, apa nak takut. kesilapan syarikat ialah tidak membayar gaji melalui bank sebab pekerja yg minta gaji tunai sebelum ni. jadi, next month byr melalui bank la. worker admit mereka terima gaji setiap bulan. Isu sebenarnya timbul sebab semua pengurusan pekerja asing syarikat ni di uruskan oleh satu agensi (yg sah le) bagi pengurusan dan pembayaran gaji. So, ada ketidak puasan tentang bayaran.

abis kes, ajak pekerja tu minum2 dulu dan baru balik office. Semua happy. kadang2 aku nak hempuk jugak mereka kerana buat laporan tak berasas dan aku terheret sama. tapi aku mula berfikir secara waras, mereka ni bukan semua educated mcm kita di malaysia. ada yg eja nama sendiripun tak reti. mereka pun bukan orang senang, rata2 terpaksa berhutang lebih RM12 ribu untuk bekerja di malaysia. aku nampak pressure mereka, ditambah pula ada orang luar yg mengadu domba mereka untuk dapat duit mudah.

cuma yg aku happy sangat ialah semasa kes berlangsung, semua wakil pekerja akan bangun bila aku datang. mereka akan diam bila aku bercakap dan memberitahu labour bahawa mereka percaya kata2 aku (ohh... sayunya). so, tadi kes ditarik balik setelah aku berjanji akan memantau gaji mereka secara peribadi dan mereka boleh jumpa aku bila2 masa kalau ada masalah. aku harap kes2 macam ni tak berulang lagi.

Kesimpulan. Kes tamat.

Monday, May 26, 2008

Kopitiam Pak LI dan Durian

Ari ni kureng proudctive sket psl masa terbuang diluar pejabat. awal pagi dah gi pejabat buruh sebab ada kes buruh. tapi takat ni rasanya boleh menang sebab hujah2 pekerja dapat dipatahkan. pada aku, aku tak aniaya pekerja sebab aku pun pekerja @ kuli macam mereka jugak. tapi kalau mereka saman syarikat dan lebey2, aku fight la.

abis bincang dlm 12pm. group sykt aku gi makan jab kat "Pak Li' kopitiam kat bandar bukit tinggi, klang. Ini kali pertama aku makan kat sini. saje tukar selera sebab tak de selera nak makan nasi. Aku order hokkien char kuey teow. OK lah sedap. dapat lak dengan lada burung, pehhh! untuk hilang kepanasan berhujah, aku pekena ais durian cendul. teringin nak makan durian sebenarnya. Mak aikh... sedapnya durian walaupon cinonet dan dah blender.

Untuk pengetahuan korang, kopitiam pak li ni berkongsepkan kedai kopi cina kat kampung2. dengan bangku, meja, hiasan, memang klasik la. pernah keluar jalan2 cari makan kot psal ada gambar maria tengku sabri tengah makan kat situ di dinding kopitiam.

Crita pasal durian, macam nak pekena durian malam ni. sambil menaip ni pun air liur dah menitis2 atas keyboard. Aku bab makan durian memang tak tolak punya. kalau balik kampung musim durian, hampir tiap2 jam makan durian.

Untuk nak menyakitkan hati orang yg suka durian tentang betapa banyaknya durian kat area rumah aku, korang tengoklah gambar durian kat bawah ni. Tu takat area rumah aku jer, belum kat dusun buah2an aku, dusun datuk aku dan dusun arwah family in-law aku. Biasanya kalau musim durian, kalau kopek durian nampak terus biji dia, alamat buat lempok je la. Aku prefer durian chening dan durian bangkok. Kalau dapat durian tok merah itu kira bonus la.


Gambar : Aku sedang menikmati durian di rumah papa aku di kampung.

Sunday, May 25, 2008

Berakhirnya Akademi Fantasia 6


Gambar ehsan www.astro.com.my

Pehh! akhirnya Akdemi Fantasia dah berakhir malam tadi dengan kemenangan Stacy. Ikhlas kalau tak diberitahu oleh wife aku, aku tak tau pun mlm tadi dah finale. Mane la aku minat AF ni. Dulu2 ada gak layan sesekali masa zaman mawi dan faizal. Masa zaman milla aku tak minat langsung. Zaman AF 6 aku rasa tak pernah sekalipun aku tengok rancangan tu sampai habis.

Kenapa tak tengok habis? aku minat crita The Unit di TV9. So, aku bagi wife aku tengok pembukaan rancangan kejab pastu aku punya turn layan the unit. Ngam2 the unit abis, AF pun nak abis. Kalau sempat tengok pun penyingkiran. Maklumlah tv cuma ada satu.

The unit actally dh beberapa minggu lepas dh abis, so wife aku dpt la layan dgn aman. Aku layan computer atau gi mamak pekena ngan geng.

untuk finale malam tadi, aku dapat ingat sampai lagu ketiga je. lepas tu aku terlelap. sedar balik stacy nyanyi lagu akhir dia. kemudian aku sedar lagi sekali stacy dah menang dan nyanyi lagi baru dia.


Gambar : Wajah juara AF6, Stacy. Ehsan www.astro.com.my

Kemudian aku rasa perut lapar sebab tertidur. mintak wife aku masak mee sedap. then, aku layan crita tamil dari pukul 1am sampai 3pm. so, layan la crita tamil sorang2.

Moral of the story :
1) Hidup kena tolak ansur. tak minat biar yg minat layan.
2) minat setiap orang berbeza, dan tak harus digaduhkan.
3) Beli la tv satu lagi.
4) Ada moral ke???

Wednesday, May 21, 2008

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Sumber : Mailinglist [selambakodok]

Nota Kaki : Aku seratus peratus sokong '7C' ni. Namun aku harap suami pun ikut sekali. Baru Adil.

Nak Berhenti Kerja?

Semenjak dua menjak ni, otak belah kiri mula menghasut otak sebelah kanan untuk berhenti kerja. Ye... berhenti kerja!

Ye lah. dari graduate sampai sekarang aku cuma makan gaji dgn syarikat swasta. Ada kala aku terfikir dan sebenarnya dah berapa ratus kali papa aku nasihatkan aku supaya apply jawatan gomen. Tapi aku degil. Tapi kali ni aku mula berfikir tentangnya secara serius.

Wife aku tak kisah aku kerja kat mana. "terpulang pada abang lah" itu jelah jawapan kalau aku tanya. Pada aku aku selesa kerja dan menetap di port klang. takde jam, masa kerja agak flexible, rumah tak sampai 5 minit dan aku kadang2 makan tengahari kat rumah.

Namun.... pressure kerja swasta korang kena faham sendirilah. Kerja swasta walaupun katanya gaji agak lumayan, benefit agak bagus; aku mula tolak tepi. Tak larat kalau hari2 kena ayat 'f**k' dari boss. memang bukan aku sorang kena, hampir semua orang. tapi sampai bila aku nak cam ni. setiap kali kena ayat 'f**k', aku yg rasa bodo 2-3 hari.

Entahlah.. otak tengah serabut. kena fikir baik2 sebelum buat keputusan berhenti kerja. Kena fikir layakkah aku kerja gomen? bila nak apply SPA8? sanggupkah aku kalau kena gi sabah sarawak? sanggupkah aku 3 bulan pertama tak dapat gaji? Arghhh... peningnya.

Macam mana kalau aku tukar je kerja kat syarikat lain. may be cari kerja syarikat2 lebih kecik. jadi HR officer dah ler. nak minta HR assistant atau HR clerk memang tak patut ler. memalukan universiti yg aku belajor. takat keluar u jadi clerk, baik aku jadi petani berijazah. ,lebih mulia dan lagi banyak masyuk. tapi aku bertani pun tak reti, cam no? buat malu je jadi orang kampung.

kesimpulan dia?
Nantilah aku fikirkan semula. (err... macam nak berhenti la...)

Friday, May 16, 2008

Senaman untuk lelaki

Satu kajian telah mendapati senaman otot pelvik dapat membantu lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk. Senaman ini juga diketahui mampu membantu mereka yang menghadapi masalah cepat diranjang kerana tidak dapat menahan mani.

Senaman ini dilakukan umpama anda menahan kentut. Otot yang terasa adalah pada bahagian pelvik berhampiran dengan dubur. Sewaktu melakukan seperti menahan kentut pastikan tidak mengerakkan bahagian otot lain seperti otot perut dan otot peha.

Cara senaman adalah dengan tahan selama tiga saat dan lepas. Lakukan sebanyak sepuluh ke lima belas kali.

Senaman perlu dilakukan pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Contohnya waktu pagi senaman ini dengan cara baring selepas bangun tidur. Waktu tengah hari lakukan senaman ini dengan cara duduk dam waktu malam lakukan dengan cara berdiri.

Senaman ini perlu dilakukan dengan tetap dan berterusan. Kesannya hanya akan dirasa 3 ke 4 minggu senaman dilakukan dengan tetap dan berterusan dan teruskan senaman tanpa berhenti.

Setiap kali bangun pagi. Apabila buang air kencing. Cuba keluarkan sedikit dan kemudian tahan untuk sepuluh saat. Bagi yang baru mula lakukan ia mungkin menimbulkan kesakitan namun lama kelamaan ia akan hilang.

Lakukan sehingga boleh menahan 10 saat tanpa rasa sakit dan anda mungkin mengambil masa berminggu untuk mencapai tahap tersebut.

Senaman tahan dan lepas serta pendek dan panjang dilakukan 30 hingga 40 sehari. Bahagikan kepada 3 masa latihan dan setiap satu 10 ke 15 kali tahan dan lepas serta pendek dan panjang. Senaman ini boleh dilakukan pada waktu pagi, tengahari atau malam. Setiap satu dengan cara duduk, berdiri atau baring. Jika baru mula senaman ini, lakukan dahulu dengan cara baring. Setelah agak mahir barulah dengan posisi yang lain mengikut keselesaan.


Sumber : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

Selamat Hari Guru

Hari ini (16/05/08) adalah Hari Guru. Aku rasa ramai yg dah tau. Tapi berapa ramaikah dari kita yang hargai guru kita?

Aku dulu seminggu sebelum hari guru rajin jugak pos kan kad ucapan kepada sekolah2 yang pernah aku belajar. Tapi malangnya dah lbh 3 thn dah tak teruskan. Apalah aku ni....

Dikesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru disekolah2 berikut :-

1) Sekolah Tadika Damak, Jerantut
2) Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut
3) Sekolah Menengah Damak, Jerantut
4) Sekolah Menengah Padang Saujana, Jerantut
5) Sekolah Menengah Jerantut, Jerantut
6) Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia, Kedah

Nak aku sebutkan nama mereka yang pernah ajar aku semuanya, aku pun tak ingat. Tapi cukuplah aku katakan aku sangat berterima kasih atas jasa2 mereka pada aku.

terima kasih pada Cikgu Izman bin Idrus yg suka sangat rotan aku double kalau buat silap dlm subjek perdagangan. Alasan dia orang nama Izman harus cerdik macam dia. Alhamdulillah, cerdik la jugak aku ni sebab lulus universiti.

Pada cikgu matematik aku masa di tingkatan dua dulu, terima kasih asyik dende aku berjalan dalam longkang keliling bangunan. Walaupun masa tu aku sumpah seranah dia, namun akhirnya aku bersyukur aku reti mengira. Korang bayangkanlah org HR macam aku asyik silap bayar gaji kerana tak reti mengira. Bodoh namanya tu...

Terima kasih pada prof Nawi kerana luluskan aku masa final semester setelah berhempas pulas belajor statistik gunaan. Sebelum tu dua semester aku drop paper sebab asyik bertekak ngan lecturer dan confirm failed punya.

terima kasih Tn Hj Abdul Halim, lecturer HR kat UUM yang byk bimbing aku sepanjang aku kat sana.

Terima kasih buat ustaz dan ustazah kerana ajar aku tentang sembahyang dan mengaji. Tak de lah aku jahil tentang ilmu agama.

Terima kasih pada Allahyarham Lebai Husin (Damak) dan Cik Aji (Bt Balai)kerana ajar aku mengaji quran.

Terima kasih pada papa aku, Pauzi dan Allahyarhamah mami aku, Samsiah kerana menjadi guru pertama aku tentang ilmu dunia dan akhirat.

Terima kasih pada saudara mara, dan rakan2 kerana manjadi guru dalam pergaulan dan mengenali hidup.

Sebagai ucapan terima kasih aku kepada semua guru, aku siarkan sebuah karya Allahyarham Usman Awang berjudul 'Guru Oh Guru" (korang bacalah dengan penuh perasaan):-

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Kepada semuanya, terima kasih atas tunjur ajar sehingga menjadi aku sekarang.

Thursday, May 15, 2008

Ilmu Hitam

Malam tadi layan rancangan 360 kat TV3 mengenai ilmu hitam. Secara peribadi aku yakin menda ni wujud dan masih diamalkan oleh segelintir manusia untuk mengenakan orang lain. Ilmu hitam ni tak semestinya dilakukan oleh orang hitam atau kepada orang hitam yang lain, tapi ia berselindung oleh ilmu setan.

Aku cakap cam ni kerana aku dulu kira2 5 atau 6 thn lepas turut dikenakan dgn ilmu hitam ni. Masih bujang masa tu. Aku mulanye tak tau aku kena ilmu ni, cuma orang yg rapat dgn aku perasan perangai aku berubah dan suka termenung dan bersendiri. makan x banyak seperti kelaziman, dating pon balik awal bukan 12-1 pagi seperti kelaziman.

Aku tak rasakan aku dikenakan dek ilmu hitam ni, tapi cuma ku rasa jiwa kacau. Aku kemudian ambik keputusan bcuti dan gi terengganu umah makcik aku. Pakcik aku masa salam dgn aku rasa lain mcm, dia ajak aku jumpa satu ustazah utk tengok2 ada kena buatan orang tak.

Ustazah tu duduk tak jauh dari umah dia, sebelum dtg rumah ustazah tu dah suruh bawa limau nipis dan air minuman beberapa botol. Gi umah dia, dia cuma tanya nama aku, nama mak aku, tarikh lahir dan suruh balik. lepas asar suruh dtg balik.

Lps asar aku ngan pakcik dtg, dia ceritakan ttg background aku dan macam mana aku kena ngan black magic women. Biasalah, kalau nama jantan, yg mengenakan tentu pompuan. Dia letak dlm makanan. ustazah tu ada bagitau nama dan bila dia buat camtu, aku heran jugak. tapi apa ustazah tu ceritakan semua betul, hebatkan kurniaan Allah pada orang yg dikehendaki. Dia boleh tengok kehidupan aku, kemaluan betul aku masa tu. Dia cakap bykkan ibadat, disamping mandi dan minum air perahan limau nipis sampai habis. "Jangan jumpa pompuan tu lagi" kata ustazah sblm aku balik utk elak dikenakan lagi.

dah nama jantan, dan aku masih sayang pd minah ni aku jumpa dia lagi. padan muka! dikenakan sekali lagi, kali ni lagi byk. Asyik makan je, muntah. kurus kering aku masa tu, sampai aku masuk wad di Selangor Medical Centre (SMC) masuk air 6 botol dlm 24 jam. Dpt cuti seminggu aku balik pahang. Atas nasihat nenek aku (kini arwah) aku gi jumpa seorang bomoh indonesia.

Dgn bomoh indonesia tu 2-3 mlm jugak aku gi dapatkan rawatan. satu lagi aku diberitahu macammana aku dikenakan. Dlm minuman pulak.. suwey betul lah. Cuma aku sejuk sikit sebab kedua2 org pengamal perubatan melayu tu kata pompuan tu buat sebab sgt sayangkan aku dan tak nak aku terlepas ke org lain (aku ada pasang ramai makwe ke masa tu?? aku pun dah lupa. Takut nk tulis sebenarnya, takut wife aku baca. ha.3x).

Alhamdulillah selepas beberapa rawatan yg pelik dan mistik aku ok lah. Yg paling aku tak boleh lupa ialah aku kena makan sirih sebanyak 7 malam berturut2. Punya la tak sedap. Bila mkn sireh terakhir yg jatuh pd mlm jumaat, aku muntah keluar air tanah. Busuk mcm bangkai.

Then, aku mula berhati2 berkawan dgn pompuan. Kalau pompuan bagi bekal, aku tak makan. Akhirnya, setelah kenal hati budi pompuan2 yg aku berkawan, aku kahwin dgn pompuan yg famili aku berkenan. Sebab dia semua aku berkenan, aku takut nak lukakan hati mereka. "Memang Patut la ko kena bomoh" itulah kata2 orang yg rapat dgn aku termasuk org yg baca ni. Aku nafikan dan berkata "Dah jodoh aku".

Pengeras? dalam kedua2 rawatan di atas, semua ikut ikhlas. Aku hulur RM50.00, diorang tolak. Dia cakap terlalu byk, RM20 bagi, dia hulur balik RM10. Ada jugak pergi diorang tolak masa aku bg duit. So, aku belikan gula dan biskut utk famili dia. Aku rasa kat area KL, kalau korang hulur RM10 tentu biru mata depa. Aku pernah dengar ada bomoh yg perlu booking RM500 utk jumpa.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 13, 2008

Kenduri Adik Bertunang

Hari sabtu dan ahad lepas (10-11/5/08) aku balik lagi ke JErantut, Pahang. Kali ni sebab adik pompuan aku bertunang. Ala dgn orang Jerantut jugak, pakwe dialah. Semua budak sekarang semua pakwe, tunang dan suami cari sendiri. dalam family aku, aku je yg family aku carikan jodoh. Biasalah aku jenis pemalu.

Majlis bertunang hari ahad, persiapan kebanyakannya hari sabtu dh ready. Cuma utk makanan disiapkan hari ahad. Aku ditugaskan utk kelancaran keseluruhan majlis, maklumlah abang sulung. So, kenalah pasang khemah, susun kerusi meja, susunatur dapur dan sebagainya. Then aku jugak kepala untuk bancuh air sirap.

Alhamdulillah majlis b'langsung dgn lancar. Gambar aku payah nk mskkan psl gunakan kamera SLR. kamera digital biasanya utk rakaman suka2 je. nantilah kalau lps cuci dan terajin nk scan, aku akan mskkan (jgn harap la...).

Penat gak, dari klang aku balik jerantut dlm jam 930am. Bhenti tunggu adik aku sekeluarga kat hentian temerloh. Dia dari kuantan. Kemudian kami lintas melintas sampai jerantut dlm 12 tengahari. sampai je, trus pasang khemah dan susun kerusi. kemudian baru boleh makan nasi. Kemudian aktiviti bebas sambil mengumpat bersama adik beradik dan kaum kerabat yg datang.Malam pun aktiviti bebas, so aku ambik kesempatan gi ziarah saudara mara yg dekat. Kakak ipar aku siap gali ubi malam tu untuk aku bawa balik sebab dia tengok anak aku si luqman hakim suka makan lepat ubi dan sayur pucuk cemperai dengan ubi masa makan malam.

Hari ahad, turn aku bermula. bangun 630am lepas subuh aku bawa mak aku gi ambik daging ayam dan barang2 lain yg dipesan. Sejuknya.... maklumkan suasana kampung aku masih banyak hutan. tentulah sejuk dan nyaman. jaraknya dlm 30km. Sebab bw mak dan makcik, aku bawak slow je, tak sampai 100 kot. ye lah awal pagi kat kampung kena hati2 sbb banyak binatang suka tido atas tar spt lembu dan kerbau balar. Yg paling aku takut ialah cikbi (nama manja bagi babi la tu..) melintas.

Lepas semua settle, balik umah dan siapkan kerja2 lain. kerja potong ayam (dh potong 16 dah), siang bawang tu kerja pompuan. Aku kena kacau gulai. Perh... penatnya.. berpeluh ketiak, tu yg tambah masin kot..(err... tak senonoh betul la).

Kerja bancuh air senang je, letak sirap, air gula dan air then tambah air baru. Ada masa aku masukkan trus dlm cawan susun atas meja senang org ambik, masa aku buat menda lain, sedara mara ramaai, diorang la tuang sendiri. Kenduri btunang tak de la besar mane pun, pihak lelaki dalm 70 lebih datang, belah aku 100 lebih. So, anggaran jemputan dlm 200 orang je termasuk kariah surau.

Lepas asar semua majlis tamat. yg datang lambat makan dlm rumah je sebab aku dan adik2 aku dah runtuhkan khemah. tak kan nak biarkan papa aku buat kot sbb anak2 kena balik isnin keroje. Lepas solat asar dlm 5PM bertolak balik klang. Singgah jab rumah abang ipar aku sebab dia suruh ambik buah jambu air dan mangga muda.

Ingatkan dah siap bungkus buah2nya tapi kena ambik sendiri. nasib la sebab wife aku nak makan kan. Jangan salah sangka cendawanintim ye, belum ada yg ke3 lagi. tak perlu panjatpun nk ambik buah semua rendang. penuh bonet aku dengan bekalan buah dari family abg ipar aku ni. bukan takat buah jambu air dan mangga muda; siap ada pisang beberapa sikat, budu, dan petai sekali. nasib baik lembu dia dah besar, kalau tak bawak balik anak lembu dlm bonet la aku.

Badan penat so bawa kereta slow je, dan banyak kali berhenti rehat dan minum2. Nak makan tak larat sebab masa kenduri dua tiga kali makan. Sambil bancuh air, rasanya lebih 20 gelas aku try rasa manis ke tak, perot pun moncet lain mcm je. Sampai rumah dlm 9PM. Sebelum sampai singgah kedai jab beli mee sup dan mee goreng mamak utk mkn malam.

Monday, May 12, 2008

Pappa Kopitiam

Tengahari ni rasa nk makan western, so ada kawan recommended gi Pappa Kopitiam. So, gi lah outlet dia di Bukit Tinggi 2.

Aku mcm biasa makan chicken chop. menda lain sgt kureng aku nk order. Biasalah jenis setia pada yg satu. Air aku balun carot susu. carrot susu dia mmg best. Kaw giler.


Gambar : Inilah rupanya chicken chop Pappa Kopitiam. Ehsan pappakopitian.com.my

Ulasan :
Chicken Chop dia pada aku biasa je, kelebihan pada sos dia yg menarik. cuma secara peribadi aku tak suka makan chicken chop bersama nasi sekali. aku lebih suka cc dgn carrot cincang dan jagong. What ever it is, ini trade mark cc kat sini, nak makan dipersilakan. nasi disediakan sekali may be nk sesuaikan dengan selera org malaysia yg makan nasi.

Since ini kali pertama aku dtg, aku cuma boleh komen psl cc je. lain kali aku kena datang lagi utk cuba kopi dia yg dikatakan sangat seddap dan harum. telor masak separuh dia pun kawan aku kata best jugak sebab pure telur ayam kampong. Tambah madu lebih, pehh! gerenti terangkat. (apa yg terangkat, korang rasalah sendiri).

Info lebih lanjut korang layarilah web dia www.pappakopitiam.com.my

Untuk Renungan Bersama

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


Sumber : [selambakodok] mailinglist

Thursday, May 8, 2008

Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Utama SM Nasimuddin


Gambar : Dipetik daripada www.thestar.com.my

Rasanya masih tidak terlewat untuk aku rakamkan ucapan Takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Utama SM Nasimuddin SM Amin diatas kepemergian allahyarham ke rahmatullah pada 02/05/08.

Pemergian allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara dan orang Melayu. Aku secara peribadi menganggap allahyarham sebagai ikon businessman Melayu yang berjaya dan tiada tolok bandingnya; sebaris dengan Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Azman Hashim dan Tan Sri Mustapha Kamal.

Tambahan pula, aku nampak dengan jelas bahawa tiada businessman Melayu lain yang mampu menandingi businessman bukan Melayu yang menguasai industri automotif di Malaysia kecuali allahyarham. Kelahiran jenama 'NAZA' adalah suatu yg amat dibanggakan.

Kemurahan hati allahyarham dalam menderma semasa bencana tsunami, aktiviti sukan seperti menaja KM Naza, menaja Myteam2 dan sebagainya harus dicontohi. Kegigihan allahyarham dalam berusaha membangunkan empayar Naza sehingga membentuk konglomerat yang meliputi pelbagai industri seperti automotif, perhotelan, perladangan dan sebagainya sangat aku kagumi.

Apatahlagi aku yg bekerja di syarikat yg menjadi vendor kepada Naza. Aku dapat melihat kegigihan allahyarham membentuk jenama Naza. Aku juga sempat bersama meraikan pelancaran kereta jenama 'Naza Sutera' semasa pelancaran kereta tersebut oleh Pak Lah di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 22/04/2006 dahulu.


Gambar : Semasa menghadiri pelancaran kereta Naza Sutera di Bertam, Kepala Batas, P.Pinang.


Gambar : Bersama rakan sekerja di pelancaran Naza Sutera. Aku ke 5 dari kiri.


Gambar : Bergambar dengan kereta Naza Sutera. Aku ke 2 dari kanan.

Aku berdoa agar legasi Naza akan terus hidup dan berkembang. Aku sedih kerana legasi DRB-Hicom yang dahulunya gah dengan empayar syarikat2 seperti Proton, EON, Intrakota, dan beratus sykt lain menjadi agak malap dan beralih tangan kebanyakkannya setelah pemergian Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad.

Al-Fatihah.

Sajak : Menangislah Anakku

Menangislah anakku
kerana tangisanmu memberitahuku
- kau mungkin lapar
- kau mengkin sakit
- kau mungkin tak selesa
- kau mungkin ingin perhatian
walaupun tangisanmu seringkali memeningkanku
sekurang-kurangnya ku tahu
kau berinteraksi denganku
melalui bahasamu

Menangislah anakku
kerana tangisanmu memberitahuku
kau telah muncul
setelah sembilan bulan 10 hari dalam kandungan ummimu
kau selamat dilahirkan

Namun, kawallah tangisanmu
kerana tangisanmu boleh mengganggu lena tidur
ayah dan ummi yang risaukan dirimu.


Gambar Hiasan : Luqman Hakim sedang menangis.



Nukilan :
Izman bin Pauzi
P.Klang, Selangor
25/01/2005
10.05 PM

Makan Char Kuew Teow di Jalan Meru

Malam tadi (07/05/08), sebab lama dh tak pekena char kuew teow yg sedap, aku, en. Rusli dan Tee ke Restoran Char Kuew Teow yang aku rasa tersedap di area klang/Shah alam di Jalan Meru. Nama restoren tu aku tak tau, signage nama restoren pon tak de. dah lepih 4 thn aku menjadi peminat setia char kuew teow dia. Kuah dia mmg power.

Kat area port klang pon byk restoren char kuew teow, tapi tak sesedap kat sini. Dah tu ada juga disediakan otak2 dan sate. Macam biasa kami akan bedal otak2 dan char kuew teow. memandangkan tak berapa lapar, satu pinggan sorangpun dah cukup. biasanya aku makan dua. Buruk melantak? tak de lah, sebab piring dia kecik. dah menda sedapkan...

Landmark dia? Korang carilah JAlan Meru kalau dari bandar Diraja Klang, Selangor; korang akan lalui Parksan Klang disebelah kiri. Jalan terus dlm 1 KM lagi. Restoran tu di sebelah kiri sebelum trafic light, betul2 sebelah 88 Snooker.

Cuma yg x bestnya tempat ini ialah is bersebelahan longkang besar yg kdang kala semerbak bau dia. tapi tepi restoran tu ada gak meja lain kalau nak duduk.

Rating : 4/5 Bintang (categori Char Kuew Teow)

Wednesday, May 7, 2008

Tak takutke orang ciplak sajak?

Lepas aku masukkan entry sajak aku, ada sahabat yg email aku kat damak_76@hotmail.com nasihatkan aku jangan publishkan sajak untuk elak ia di ciplak oleh malaon tertentu. Ye lah, sekarang ni banyak kes macam ni.

Kalau kat Universiti dulu pon ada, kes plagiat namanya. Secara peribadi aku memang tak suka ciplak dan aku pun tak mau orang ciplak karya original aku. Kata sahabat aku ni, mereka boleh ambik 100% sajak tu jadikan lagu atau masuk pertandingan sajak dan sebagainya.

Sekarang ni pun masih hangat tentang pencipta asal lagu 'Lagu dari penjara' yang tengah meletop kat Youtube.com. Ada orang kata pencipta dia a.k.a. penyanyi lagu tu yg buat sendiri. dan dah meninggal dunia akibat dihukum gantung kerana membunuh tunangannya. Lagu tu khabarnya dicipta untuk Arwah tunangnya yang dibunuhnya. Ia dicipta semasa ditahan di penjara sehingga dihukum gantung sampai mati. Satu versi lagi ialah ada satu orang mengaku lagu tu dia punya. dia masih hidup. Aku tak pasti siapa punya.

Aku ada proof karya tu aku punya, sajak tu aku tulis tangan dalam buku latihan lagi. kalau diorang buat lagu ke hapa dengan karya aku atau alter sikit jadikan karya mak bapak diorang, aku saman je la. Bila lagi nak kaya. Sekarangkan trend saman menyaman. Bayangkan aku saman diorang RM100 juta, kalau court proof tulisan dakwat tu dah usia dia lebih 5 tahun dan award aku RM1 juta. Gila babas aku. Malaysia ni kecik aje, tentu aku tau punya.

Tapi kalau ada mana2 penulis lirik tersesat ke blog aku ni dan berkenan dgn sajak aku ni nk buat lirik, dipersilakan (Wife aku confirm gelak kalau betul ada orang minat kt sajak aku. dan aku sendiri pun rasa sajak aku ni taraf sajak budak darjah 5 Anggur je). Anyhow, contactlah aku untuk deal harga.

Sajak : Hari Ini dan Hari Esok

Memikirkan hari esok
aku jadi takut menghabiskan hari ini
kerana untuk menemui hari esok
terpaksa melalui kegelapan hari ini

Sepatutnya memikirkan hari esok
aku ingin segerakan hari ini
kerana kegelapan hari ini akan berakhir
pabila muncul sinaran hari esok

Nyatanya hari ini dan hari esok sama sahaja
kerana hari ini akan diganti hari esok
dan hari esok bertukar menjadi hari ini
saling berganti dan melengkapi

Wahai hari ini
permudahkanlah segala urusanku
agar aku tenang
untuk menghadapi hari esok

Duhai hari esok
perlahankanlah langkahmu
agar aku cukup bersedia
untuk menghadapi cabaran baru

Sebagai seorang hamba
aku sentiasa memikirkan hari ini dan hari esok
kerana aku perlu sempurnakan hari ini
takut-takut Tuhan tidak lagi memberikan hari esok buatku.

Nukilan :
Izman bin Pauzi
19/03/1998
10.05PM

Sajak : Lenyapkanlah Rindu Ini

Oh Tuhan!
jatuh cinta lagikah aku
atau aku gila sendiri
pada seorang gadis
yang pernah bertahta dihatiku

aku tak pernah minta
dan tak daya ku tolak
perasaan aneh ini - c.i.n.t.a.

Oh Tuhan!
tolonglah aku kali ini
lenyapkanlah rindu ini
tak sanggup ku tanggung lagi

Bukan aku pengecut
untuk menerima pautan rindu
tapi ku tak yakin pada diri
takut melukakan hatinya
buat kali kedua.

Nukilan :-Izman bin Pauzi (izzi)
24/12/1997

Sajak : Bicara Untuk Sahabat

Kita masih disini sahabat
di daerah permainan kita
berlarian tanpa pakaian
zaman hingusan kita dulu

Kita masih disini sahabat
di daerah persekolahan kita
susah senang bersama
zaman remaja mencari diri

Kita masih disini sahabat
di daerah kedewasaan kita
tapi kita bukan kita dulu
mencari arah masing-masing
setelah menemui sebuah diri.


Nukilan :
Izman bin Pauzi (izzi)
Kg. Batu Balai, Jerantut
23/03/1998
9.33 AM

Tuesday, May 6, 2008

Nostalgia lama-Koleksi Sajak/Puisi

Memandangkan sepanjang minggu lepas termasuk hari sabtu aku jd batman dan asyik berjalan, hari ahad aku berkurung kat rumah sampai petang. Cuma keluar beli newspaper.

Since aku bukan jenis manusia tidur siang, aku main games komputer dan mengemas fail2 dlm stor. Tengah2 kemas, terjumpa pulak buku latihan yang aku suka coretkan perasaan hati aku since masa universiti dulu. nak kata sajak, macam gurindam, macam syair pun ada, seloka ada jugak sikit2. Lantaklah dah nukilan hati aku, apa orang lain peduli.

Aku ni dulu kira sentimental jugak, suka luahkan perasaan dengan kata2. Kata2 dlm buku je, namun aku bukan orang yg guna ayat power nak mengorat. Aku sedar siapa aku... ishh!..3x.

coretan aku ni berhenti lepas dapat anak pertama. Mungkin idea dh kureng dan masa lapang aku utk bersendirian cipta sajak dah tak de kot. maklumlah anak selalu nak dokong. macam2 tajuk ada, kecintaan aku pada Allah, perasaan aku pada keluarga, cinta yang hilang, azam tahun baru dan macam2 lagi. Nantilah, aku add-on kan sikit2 dlm blog ni.

Bahasa aku nanti janganlah korang kritik macam pengkritik akedemi fantasia pulak, aku ni novice lagi bukan professional. Gaya bahasa, maksud yg sebenar mmg aku je yg faham 100%. Segalanya 100% aku cipta sendiri, ciplak tak main dan kalau aku publishkan nanti ini adalah kali pertama aku tunjukkan pd orang bukan family aku. Cuma aku tak leh bagitau kepada siapa ia ditujukan secara khas utk elak ada yg terluka. Dlam buku aku tu mmg ada la aku catatkan ia utk siapa.

Apa2 hal korang tunggulah nukilan aku tu.

Mencari Keropok di Bandar Pusat, Pahang

Sambung sket lagi pasal perjalanan aku ke Jerantut hari sabtu lepas (03/05/08). Walaupun Jerantut tu tempat aku, balik hari sabtu tu aku tak balik rumah keluarga aku. Dh tumpang kereta orang, kena la sedar diri. Lagipun aku akan balik kampung 10/05/08 sebab adik aku nak bertunang. So, balik jerantut diam2 je, kalau bapak aku tau aku balik jerantut tak singgah rumah mau kena pelangkung aku (nasib baik ayah aku tak layan internet).

sampai mana crita tadi... Oh ya, memandangkan hari hujan lebat aktiviti naik kanopi terpanjang didunia tak jadi. Jadi kami bertolak balik ke Klang. Kerana masa masih panjang, kami singgah jab kat bandar Jengka, Pahang untuk membeli keropok leko yang dikatakan dibawa terus dari terengganu.

Gambar : Kedai Keropok Lekor di Bandar Jengka, Pahang.

Mak ai.. banyak gile keropok kat situ. dari keropok losong, keropok kering pelbagai perisa dari pelbagai jenis ikan. Kat sini keropok boleh juga dibeli ikut suka hati, maksud dia korang pilih dan timbang sendiri. Ada keropok ikan tamban, ikan parang dan sebagainya. namun keropok ikan kekek dan ikan keli belum ada jual kat sini.

Setelah puas memilih, aku pon belilah 2 bungkus keropok leko (dua jenis), sebungkus keropok segera berlada dan sebotol sos keropok jenama kak wan. Rega dia RM11.60, setelah puas tawar menawar, tokey dia bagi kurang RM0.60 je. So, kena bayar Rm11.00 je. Syukurlah!


Gambar : Yg aku beli cuma 4 barang je. Yang lain orang lain punya.

Sampai rumah jam 9PM tu, sambil aku mandi manda, wife aku goreng keropok tu. Ok jugaklah. Tapi tak sesedap keropok terengganu asli a.k.a keropok losong. Tapi, sos keropok cap kak wan tu memang sedap bagi aku. Wife aku pon suka. Siap suruh singgah beli bila balik kampung minggu ni.

keropok losong yang aku suka tentunya di losong haji su. masa kawan aku gi teganu bulan lepas dia ada belikan aku keropok losong 2 bungkus. Keropok Losong Kak Yah nama dia. Kalau nak yang tersedap kat teganu mungkin cendawanintim boleh story kan.


Gambar : Keropok Losong kak Yah

Sehari di Taman Negara (Jerantut, Pahang) pada 03/05/08

Pada hari sabtu lepas (03/05/2008), aku bersama 2 orang kawan; En. Rusli dan Hasmadi telah ke Taman Negara di Jerantut, Pahang. Perjalanan berkereta mengambil masa 3 jam dari Klang ke Bandar Jerantut. Kemudian kami ke Padang Piol untuk ke Taman Negara melalui jalan darat. Kalau sape yang minat adventure dan banyak masa terluang, aku cadangkan korang ikut jalan sungai.

Perjalanan dia dalam 2-3 jam sahaja menaiki bot. Yang best bangat kalau guna bot ialah suasana dia yang nyaman, boleh tengok pemandangan pokok2 yg menghijau, kehidupan orang kampung di tepi sungai seperti menjala, membasuh kain dan mandi manda. Dulu2, sambil berbot dapat tengok awek2 mambasuh baju, kadang2 tu ada gak yg lawa2, berkemban lagi. Tu dulu masa aku budak2, sekarang mana dapat tengok lagi scene tu. Semua dah pakai mesin basuh. Rumah walaupon nampak macam nak runtuh jangan terkejut kalau tengok ada piring astro.

Lagi best kalau gi time air surut, dapat la korang rasa pengalaman menolak bot yang tersangkut dek kerana air cetek. Kalau gi time air besar, korang dapat rasa simbahan air dan keganasan jeram. Peh!!! cakap pun tak guna, korang rasalah sendiri. Adventure gile. Aku tau la sebab aku dah banyak kali mengalaminya. Aku kan orang Jerantut!

Aku sebenarnya dah mencoret pasal journey aku ke Taman Negara dalam blog interestinghobby, jadi aku tak mau crita panjang2. Menda yang sama. kalau korang ada masa, jenguklah blog tu. Confirm korang meleleh air liur nak gi sana.


Gambar : Bot yang lalu lalang.


Gambar : Suasana Sungai Pahang di Kuala Tahan.


Gambar : Salah satu restoran terapung di Taman Negara, Kuala Tahan. Pekena teh sambil restoren bgerak2 slow2, memang best.

Nak baca lanjut tentang perjalanan aku ke Taman Negara dengan gambar2 yang menarik, lawatilah :-
Journey to Taman Negara

Monday, May 5, 2008

Sambutan Hari Pekerja di Restoren Yuen Buffet Steamboat

Sempena menyambut Hari Buruh pada 1 Mei 2008, aku dengan few friends gi makan kat Restoren Yuen Buffet Steamboat kat Mentari, Bandar Sunway, Selangor. Lagi best sebab kali ni bukan giliran aku yg belanja. Giliran member sorang lagi, Taufiq. Aku cuma sponsor pengangkutan awam.
Gambar : Restoren Yuen yang kami melantak tu..

kami sampai sana dh agak lewat kerana tunggu bebudak lain dtg umah aku dan ada yg berjemput di rumah. Tak kisahlah sebulan sekali group aku gath makan sesekali. Sampai sana, Mak Aii! ramainya orang sampai terpaksa tunggu turn dapat seat. Gambar : Sebahagian kecil makanan untuk dipilih. Tempat tu je kosong utk ambik gambar. Tempat lain punye ramai manusia sedang pilih makanan.

Alhamdulillah dalam kureng 15 minit dah dapat seat kat tingkat satu. Perut pun sedang menyanyi reggae, kamipun start operasi melantak. Aku macam biasa ketam dan udang. Rekod aku yg lepas ialah 14 ekor ketam, menda lain tak sempat kira. Yang lain2 pun aku bedal jugak. Cuma yang top menu sini ialah ayam goreng dia. Memang power lah! ini biasanya aku makan dalam 7-8 ketul drumstick atau wing. Yang lagi best untuk makan ayam ni ialah kita mesti berebut. Pat pat nyer, sape dapat dia punya. Orang yang paling teror dalam bab berebut ayam ni ialah K-rool dan Taufiq. Dah berebut 3 kalipun masih mampu berebut lagi tanpa rasa malu, Salute la kat budak dua orang ni.
Gambar : Antara makanan yang aku ambil. (Jangan tertipu, itu cuma yg aku ambil. Yg 4 org ambil belum kira. Itupun baru first trip sebagai warm-up perut).


Selepas makan a.k.a mengumpat, kami sudahi dengan membasuh tangan. Memandangkan ais krim scoop dah memanggil2, kami makanlah ais krim dulu. Majlis tamat dalam jam 1230 pagi kot. Memandangkan perut sendat, aku terpaksa serahkan kunci kereta pada Tee utk drive balik. MAsa datang turn dia bawak, aku janji nak bawak masa balik, tapi janji tinggal janji. Kesian Tee.... dah la perut dia besar, makan pulak banyak, Rapat betul perut dia ngan steering.
Gambar dari kiri sambil mengelilingi meja : K-rool, Rusli, Izman dan Tee. Mana si Taufiq? Tentulah dia yg kena ambik gambar, hayun la soalan tu...


Gambar dari kiri : Rusli dan Izman (Aku belum start melantak lagi masa ni, tu muka boleh control ensem)


Gambar dari kiri : Tee dan Taufiq (Taufiq yg kena belanja mlm ni, korang tgk sendiri la muka dia ikhlas ke tak)

Alhamdulillah.. semua selamat sampai rumah dlm 30 minit kemudiannya. Balik ingat nak bongkang terus, tapi bukak Astro ada crita Tamil yag menarik, layan je la.... pada aku crita tamil 100 kali lebih best dari crita Melayu yang kosong tanpa pengajaran dan merapu2.












Dikemaskini 10/4/2014 :
Telah berbindah alamat. sila rujuk website untuk alamat terbaru


Friday, May 2, 2008

Isu Bil Telefon Melambung

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga termasuk bibik (maid Indonesia) untuk berbincang;

Suami / Ayah : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri / Ibu : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!....


Sumber : Email dari Phantera (phantera_83@yahoo.com)

Nota Kaki :
kerana ada ramai macam keluarga ni lah bil telefon syarikat meningkat. Tapi, itulah pembalasan yang adil. Tapi aku yakin maid tu kalau tak kena terus hantar balik Indonesia tentu gaji dia kena potong.

Cari duit lebih

Hari ni baru hari Jumaat, tapi terasa malas sangat nak kerja. Itulah bahananya jadi 'batman' hampir setiap malam. Ye lah tiap2 malam balik umah paling awal 2 pagi.

Clubbing? Tak de lah. Dah insaf dah (Opss! macam penah pegi pulak. Aku tengok muka pun orang tau budak baik).

Saje ikut kawan sembang2 nak buat projek cari duit lebih sket. Mana larat beb asyik harap duit gaji. Wife aku full time house's wife, anak 2 orang makin membesar, nak bayar kreta, umah, astro, credit card, loan, bil2 utiliti, security fees, entertainment, henpon, saving, insurans, keperluan dapur dan sebagainya. Mana nak cekau duit.

Projek ape? Kecil2lan je, may be tanam cendawan, atau pokok jarak, atau serai. nak buat sendiri modal memang tak de sebab skala agak besar, so cari funder la...

Itu yang kejab ada kat Syed Bistro kat Taman Permata, esoknya kat Nasi Kandar Pelita Ampang. Esok lagi kat mane pulak aku pon tak tau. Funder ni biasalah batman type. Siang tido malam berjaga. Nasib baik idola aku memang batman, dan biasa practice tido lewat teman anak layan kartun; so mata boleh tahan la kalau drive memalam. tapi biasanya gi ngan kawan la teman. Takat ni hampa sebab pembahagian untung tak bagus.

Selain tu tajuk2 lain nak dapat extra income ada jugak la seperti jadi broker tanah. Mana la aku ada tanah nak jual. Tanah aku ada cuma dusun buah2an dan bakal tapak rumah aku kalau pencen nanti. So, dengar je la orang poket tebal crita. orang lain bukak crita juta2, aku ????

Itu projek besar, aku pun payah nak start. Yang kecik2 aku buat ada la sikit2. Nak crita pun malu. NAntilah kalau ada untung baik punya aku crite.