Memikirkan hari esok
aku jadi takut menghabiskan hari ini
kerana untuk menemui hari esok
terpaksa melalui kegelapan hari ini
Sepatutnya memikirkan hari esok
aku ingin segerakan hari ini
kerana kegelapan hari ini akan berakhir
pabila muncul sinaran hari esok
Nyatanya hari ini dan hari esok sama sahaja
kerana hari ini akan diganti hari esok
dan hari esok bertukar menjadi hari ini
saling berganti dan melengkapi
Wahai hari ini
permudahkanlah segala urusanku
agar aku tenang
untuk menghadapi hari esok
Duhai hari esok
perlahankanlah langkahmu
agar aku cukup bersedia
untuk menghadapi cabaran baru
Sebagai seorang hamba
aku sentiasa memikirkan hari ini dan hari esok
kerana aku perlu sempurnakan hari ini
takut-takut Tuhan tidak lagi memberikan hari esok buatku.
Nukilan :
Izman bin Pauzi
19/03/1998
10.05PM
No comments:
Post a Comment