Monday, March 17, 2014

MEE JAWA @ Kedai Makan Barakah, Batu 7 Sijangkang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Emm.... kali ni kita bercerita pasal pasal mee jawa. area selangor ni memang ramai orang jawa, dan tentulah mee jawanya sangat sedap.

tempat makan yang aku nak promote ni tak jauh dari rumah aku sebenarnya, dlm 10 minit berkereta je. pada aku yg dah biasa ke sana hampir 2 minggu sekali, biasa2 je lah. tapi kalau nak tau sedap ke tidak makanan di sini..... cer datang tengok! berjanggut la korang tunggu sebab meja penuh.

antara menu paling laris dan sedap disini mengikut tembolok perut aku ialah mee jawa, sate dan nasi lemak. makanan lain pun ada, tapi pada aku ia takat biasa2 je lah.

sebab dalam stok gambar aku cuma ada gambar mee jawa, aku promote mee jawa je lah.

ni rupanya mee jawa tersebut...


mee jawanya memang asli. aku dah bawa ramai orang jawa makan sini, dan mereka confirm kembali kerahmatullah... opsss, salah, mereka confirm kembali lagi makan disini. lagi jahanam, mereka datang tak ajak aku.

alamat :


KEDAI MAKAN BARAKAH SATAY DAN KATERING
Jalan Besar, Taman Sijangkang Jaya
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat, Selangor
En. Sharil Dasuki 012-3226448
Pn. Zurina Zaidun 012-2786554

Thursday, March 13, 2014

KOLEKSI GELAS FRESH & WHITE (BINATANG LIAR)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ini adalah antara koleksi mug, gelas dan cawan kepunyaan saya. ia adalah freegift jika membeli ubat gigi jenama FRSH & WHITE. tapi sebab saya bukan pengguna ubat gigi ini, saya membelinya di kedai runcit apabila melihat cawan2 ini dijual. 

saya tidak pasti ada berapa jenis dalam siri gelas bercorak binatang buas ini, saya cuma mendapat 3 jenis sahaja iaitu gajah, singa dan leopard.





Jika ada peminat gelas ini, saya tiada masalah untuk menjualnya. ia adalah set baru dan tidak pernah digunakan. sila whatapps saya di 018-2678719 jika berhajat.

RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Masih lagi nak update bab2 makan yang actually dah agak lama. tak kisahlah, blog aku. aku nak update jugak. char keoy teow ni antara kegemaran aku (semua aku gemar sebenarnya). So, since ada kawan rekomen restoran char keoy teow yang katakan agak famous amos kerana dimiliki oleh artis  terkenal dan anak chef terkemuka di malaysia, akupun berminat.

so, pada 18/9/2013, aku dan 2 kawan sepejabat iaitu saiful nizam dan hadi telah ke RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI yang terletak tak jauh dari opis kami. tapi area tu masa hari bekerja memang lahanat punya parking. dapat parkingpun terpaksa menapak 300 meter.


masuk restoran... memang nampak menarik. orang tak ramai. sistem order agak kelainan, pergi order di kaunter, bayar dan tunggu. siap dia panggil ambik yg dipesan. kalah foodcourt!

aku tertarik dengan crepe durian. aku memang peminat crepe durian sampai sekarang, tiap2 minggu makan crepe durian. so, order satu crepe durian.


rasa crepe duriannya menarik. teksturnya menarik, isinya sedap, kulitnya lembut. well said... patut cuba crepe durian kat sini.

sekarang kita rasa main course pulak..... char koay teow.






Moment of truth......
1st impression masa tgk char koay teow tu... mmm... tak mengghairahkan naluri pemakanan. warnanya merah sangat. try kuah dia... failed! try... udang dia... failed! udang berbau. campur lada jeruk dan makan..... mmm..... failed! not my taste. kombinasi dan rasanya memang tidak menyelerakan.

dari pandangan aku, berdasarkan apa yang aku dapat dengan mengeluarkan duit.... this is 1st and last
 aku datang sini makan. may be selera tekak aku bukan high taste yang orang kata makan kat famous amos chef... kalau ini tarafnya, aku pilih makcik tepi jalan je. more value for my money.

pun begitu, selera aku may be berbeza dengan anda semua. just come and have a try. aku yakin ramai akan kata sangat sedap. selera manusia mana sama dengan selera gajahkan? aku selera gajah, so datanglah.

Alamat :
RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI
No, 13-G AEncorp Strand, Jalan PJU5/20A
Dataran Sunway, Kota Damansara
Selangor Darul Ehsan
(Seberang jalan & Menghadap Tune Hotel Kota Damansara)

Wednesday, March 12, 2014

BURGER BAKAR ABANG BURN @ Bukit Tinggi, Klang


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ahh.... cerita makan2 lagi. kali ni makan yang ringan2 je iaitu burger bakar. burger bakar abang burn ni memang favourite aku, dah berpuluh kali aku cuba, tapi di cawangan kota damansara. ni kali pertama aku cuba di cawangan bukit tinggi, klang.

25/2/14 lepas, aku dan kawan aku si khairul azman ada urusan tune talk tone excel yang kami usahakan di shah alam. balik tu dah agak lewat tp perut pulak kebulur. so.. burger time.


aku cam biasalah.... cari burger kambing.


 lokasi burger bakar abang burn cawangan bukit tinggi, klang.



Tuesday, March 11, 2014

JM BARIANI @ Giant Kota Damansara

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

pada 10/3/14, aku dan 2 rakan sekerja iaitu saiful dan hadi berkesempatan ke giant kota damansara. untuk makan tengahari je. mula2 tu kami nak gi makan nasi arab taif, tapi tutup. so.... gi giant je lah.

terpandang restoran JM BARIANI..... fikiran pertama ialah.... mamak lagi. tapi dah masuk dalam kedai, baru tau ia kepunyaan orang muar, Puan Jamilah Mohammad. dari berita2 akhbar yg diframekan besar gedabak di dinding restoran, macam tersangat famous amos di muar. so, kami cubalah.

mmg dah niat dari awal nk makan daging kambing, tapi menu yg dihajati hanya ada hari sabtu. aduyai...... so, next menu ialah KAMBING BARIANI. ketiga2 makan menu yg sama.





1st perseption.... biasa je ni. nasi sikit, acar jeruk, kuah dhal dan kambing.

kesimpulan :
kombinasi kambing dan biryani dia mmg sedap. tak keterlaluan aku katakan ini antara daging kambing yg paling sedap aku pernah makan. acar jeruk/buah.... takat biasa2 je. dhal pun boleh tahan je. kombinasi semua? terbaik.

alamat :
JM BARIANI HOUSE
Lot  F-17, Giant Kota Damansara
Petaling Jaya, Selangor
03-6142214

Monday, March 10, 2014

CENDOL PAK AKOB @ Seksyen 16 Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kita berjumpa lagi dalam ruangan Berkongsi cerita Dan RASA. kali ni aku nak stori pasal cendol. dalam pemakanan ni, antara makanan aku paling suka ialah nasi lemak, roti telur, cendol dan seafood.

episod makan ni dah agak lama, sebab aku dah lama tak update blog, dan aku takde idea baru, aku publish jugaklah.

aku dan keluarga telah ke Gerai Cendol Pak Akob pada 11/07/2013 yang dulu. memang dah agak lama, tapi gambar tak basi... so belasah je lah.

perjalanan dari port klang ke seksyen 16 shah alam ni takdelah jauh benor, tapi kenalah jugak dua tol kesas Rm2 hengget dan tol LKSA rm1.20. 

aku ngan gerai pak akob ni dah lama, zaman aku bujang lagi, dan kerja kat seksyen 15 shah alam. biasanya aku suka singgah sorang2, since anak2 nak berjalan sambil2 cari goreng pisang azmi, kita pergilah ramai2.

landmark dia senang je. cari seksyen 16, cari karangkraf, cari umw toyota assembly, cari bank negara malaysia (kilang duit syiling). ada roundabout dan jumpa shell. depan shell ada masjid, depan masjid tu lah. heh... cam lahanat punya direction. kalau orang shah alam, may be boleh cari. cer orang afrika utara nk rasa cendol ni, mampos tak jumpa cari jalan.








Ha... ini untuk aku. sempoi je aku makan. cendol dengan tapai semangkuk. dan sepinggan rojak.
cendol pa akob memang terbaik. cenadol biasa, cendol pulut, cendol tapai.... semua terbaik. cukup lemak, cendol nice takde terlebih kapur. anak aku order cendol semanggok sorang, ada 3 mangkok. luqman abiskan sendiri, yg pika dan mira.... memang aku yg abiskan.

rojak? ikhlasnya...... bukan selera aku. 2 kali suap dan can not go boh!

Alamat? la tadi dah bagi direction....

CENDOL PAK AKOB
Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
(Hadapan Masjid Seksyen 16 Shah Alam)

Friday, March 7, 2014

HYDERABAD BIRYANI @ Restoran Subaidah Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kita crita pasal makan lagi. kali ni kita makan makanan India. makanan india ni dah biasa untuk tekak aku. korang cakap la tamil nadu, punjab, new delhi, uttar pradesh, kashmir.... semua aku pernah cuba. tapi bila terpandang hidangan hyderabad ni, aku tak pernah cuba.

So, pada 05 februari 2014 aku cuba makan Hyderabad Biryani di Restoran Subaidah di Kota Damansara.

inilah rupanya hyderabad biryani. dia menggunakan beras basmathi. diberikan ayam, telur rebus, acar dan kuah.



rasa? campuran beras basmathi, dan lauk ayam serta kuah memang terasa macam dalam restoran kat hyderabad India. tambahan pula bila pekerja india lalu, terbau kari dari badan mereka. heh.....


 pada aku, hidangan yang puas hati. sedap dan mengenyangkan.

Rating : 7/10

nak cuba? pergilah ke :-
RESTORAN SUBAIDAH KOTA DAMANSARA
No. 35 Jalan Cecawi 6/33, Kota Damansara PJU5
47810 Petaling Jaya, Selangor
(Sebaris Dengan Restoran Ayam Kampung)

Monday, March 3, 2014

MEE UDANG @ Warung Warisan Bonda Katering, Sek.6, KD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
puh..puh..... bersawang blog aku ni sbb lama tak update.

ok... aku mengaku salah aku tak update, aku mengaku aku ambik duit buta2 tapi tak buat kerja. ye lah, duit iklan asyik masuk, tapi tak buat entry baru.

ok, kalau aku, biasalah..... cerita pasal makan yg utama. sebab lama dahaktif, aku pelan2 dulu. buat yang tak panjang. entry pemanas badan kata orang.

28/2/14 baru ni aku ada makan kat warung di area seksyen 6 kota damansara. kebetulan ia tak jauh dari opis aku. area sini actually banyak yang sedap2 seperti nasi ayam warisan, coconut shake tanjung minyak dan sebangainya. aku cerita pasal mee udang dulu.

ha.... ni dia gambar mee udangnya.




nampak menyelerakan. 

ya betul..... memang sedap. kalau makanan berkuah ni, kita just rasa kuah dia dulu. kalau sedap kuahnya. Insyaallah sedaplah semuanya.

Kuah cukup rasa. ramuan cukup. 4 ekor udang juga besar2 dan fresh. tapi aku rasa mee yang tak cukup. rasanya baru suap 6 kali dah abis. he he he.. sebab sedap la tu. 

harga? tak mahal. semangkuk cuma RM7.00 sahaja.

kat mana ?

WARISAN BONDA KATERING
Seksyen 6, Kota Damansara
(Berhadapan 7-11 Seksyen 6, bersebelahan Nasi Ayam Warisan)