Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Dikesempatan ini aku, isteri, luqman dan pika ingin merakamkan ucapan terima kasih dan selamat hari raya kepada kawan2 dan pengunjung2 blog ini. sama ada kepada pengunjung tetap atau pengunjung yang tersesat masuk ke blog ini secara tak sengaja.

segala benda yang ditulis dan mendatangkan kesedihan atau kemarahan atau kekecilan hati kepada sesiapa sahaja, adalah mohon dimaafkan.

terima kasih pada blogger2 berpengalaman yang sudi menjadi sahabat aku terutamanya cendawanintim, mak su, ita.itu, lily.lulu, arsaili, marinahunny, nur a.k.a admansyah, awieworld, lawa dan lain2 lagi lah.

nak ajak datang rumah aku beraya di Pahang rasanya susah korang nak datang pasal jauh dan korangpun ada agenda masing2 di pagi raya, so aku ambik kesempatan ni untuk menyucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Ikhlas tapi Jauh :

IZMAN BIN PAUZI
NIK NORFAIZAR BINTI RAZALI
LUQMAN HAKIM BIN IZMAN
NORSYAFIQAH IZZATI BINTI IZMAN

Friday, September 26, 2008

Senarai Makanan Terlibat dalam Scandal Keracunan Dari China

For your information, the following items have been recalled due to China 's milk scandal:

1. M&M
2. Snickers
3. Mento's Yoghurt Bottle
4. Dove Chocolate
5. Oreo Wafer Sticks
6. Dutchlady Sterilised Milk
7. Wall's all natural mango
8. Mini Poppers Ice Cream
9. Cream Magnum Ice
10. Moo Sandwich Ice Cream
11. Mini Cornetto
12. Youcan Ice Cream

Stores have been asked by AVA Singapore to remove them. If u have any of these items at home, don't eat them.


Sumber : Mailinglist afdlinshauki@yahoogroups.com


izzi note :
Untuk maklumat lanjut atau kesahihan maklumat ini, sila berhubung dengan pengedar produk berkenaan atau kementerian kesihatan Malaysia.

Thursday, September 25, 2008

Spender Raya (Cis... tajuk kurang sopan)

semalam (24/9/08), lagi sekali buat tarawih 8 rakaat pasal nak gi tesco untuk membeli sedikit keperluan rumah. abis terawih dalam jam 920pm, so bergegas ke tesco klang yg jaraknya dekat je dari rumah aku. tesco macam biasa tak crowded dan selesa untuk membeli belah. masa lalu kat cosway dalam tecso, luqman mintak coklat cadbury. since checking sebelum ni cadbury bukan dalam senarai produk china aku beli jugak la.

masuk tesco agak meriah dengan stok pakaian raya. pakaian raya biasanya kami bli kat jusco atau the store. untuk anak2, biasalah mereka akan dapat kiko dan kiki lala. disamping tu dapat juga pakaian jenama anakku untuk berlasakan dihari raya. biasanya 4 pasang je aku mampu beli untuk anak2. untuk aku biasanya beli kat reject shop atau factory outlet sale (FOS). budget dah abis untuk anak2 dan keperluan lain termasuk servis kereta, duit raya dan sebagainya. jadi aku kena mengalah la. beli yg murah2 je. tiap2 tahun yg confirm beli untuk aku ialah t'shirt. seluar may be last minit cari kat bundle je. then beli kain pelekat dan sehelai kemeja. untuk papa dan mama serta adik aku, aku tengah pikir nak beli apa. asyik2 tudung, selendang, kemeja, t'shirt, kain pelekat je tiap2 tahun. apa kata aku beli tuxedo set pulak! mau kena halau aku dari rumah.

namun untuk malam tadi, seronok ada banyak pilihan seluan jenis cargo pants, so aku sambar sehelai. sesuai untuk gi mancing nanti. nak beli cargo pants jenama camel trophy, tak mampu la pulak. beli yg murah2 je la. ikut kemampuan. tak sempat nak terjah lain2 tempat sebab luqman nak kencing. kalau luqman sebut je nak kencing si adik pun mesti nak kencing jugak. sebab dua2 dah tak pakai drypers, aku ambik keputusan terus keluar je. malas la nak bawak turun gi tandas dan naik balik. lagipun dah dekat jam 11pm. so, dapatlah kat aku seluar utk mancing dan spender raya jenama hush puppies.

on the way balik perut mula menyanyi lagi rock. lapar la tu. so, sepakat semua nak makan burger. so, kami pusing satu taman, hampeh betul sorang pun tak meniaga. semua tunggu malam lailatul qadar kot. biasanya kat taman aku sahaja ada 7 orang jual burger setiap malam. ni sorang pun tak de. tak puas hati aku pusing kawasan berhampiran yg biasa aku tau ada jual burger. pun tak de. aku rasa dekat 20km aku pusing. ingat nak gi KFC atau McD port klang, tapi anak2 dah lena dan wife pun dah tak de selera nak makan. aku pun berhenti kat restoran india beli roti nan. kebetulan kuah ayam wife aku masak berbuka tadi banyak lagi, sebab dia saje spare utk aku lepas tarawih. balik rumah, siapkan tidur anak2. dan aku pekena roti naan. kemudian layan movie jab. dan tido la...

aku tido lewat takpe, nanti jam 5am gerenti bini aku kejut sahur. wife aku jam 4am dah bangun masak dan basuh pakaian. sian wife akukan! pengorbanan seorang isteri mithali. tu yang aku makin sayang kat dia. makin sayang, makin sayang.... nanti pika dapat adik baru pulak (belum lagi weiiii!).

Wednesday, September 24, 2008

Kad Raya Klasik dan Elektronik

bukak blog abis meeting tadi ada pelawaan ambik kat raya kat blog nur a.k.a admansyah so, aku gi ambik la. dah orang bagi kan. nanti kata sombong pulak. lagipun tahun ni tersangat la kurang dapat kad raya. yang ada cuma dari kawan2 atau sedara mara yang lebih suka cara kad raya berbanding kad electronic. ni rupanya kad dari nur a.k.a admansyah :-



tiba2 teringat aku tak balas lagi kad raya dari puan mahyuni @ cendawanintim. aduiisss! mau tahun depan tak anto dah kad raya kat aku lagi dah. lupa la.. sori la puan cendawan bukan aku lupa, aku tak ingat je. sori yer cendawanintim; tahun depan aku kirim kad raya dua keping kat kau yer. siap dengan resepi tat nenas sekali. kalau nak bagi tat nenas takut hancus pulak, maklumlah tat nenas tu halus mulus bangat. tapi ko jangan sedih pasal jangankan untuk ko, untuk papa aku pun aku belum beli kad. padahal hari ahad ni dah nak balik kampung. mau di sound aku nanti sebab aku je anak yg tiap2 tahun bagi kad raya. err... so tahun ni kena tukar strategi; bagi by hand je. atau pakai courier. nak lagi syahdu, aku buka kad raya tu depan papa aku dan baca secara bersajak atau dengan linangan air mata. sure gempak punya. kang kalau papa aku tak dapat kad raya, mau dia bagi aku lecture 3 jam tak abis. adusss...pening2.

kepada supplier, training provider yg bagi kad raya kat aku sama ada kat opis atau rumah, biasa memang aku tak balas. gile ke ape nak balas, banyak siot. lagipun diorang pakai kad raya dan setem guna duit company, aku pakai duit sendiri. apa2 pun terima kasih atas ingatan mereka, ada jugak yg masih hantar kad raya walaupun aku dah tukar tempat kerja. yg call nak belanja berbuka tahun ni mintak maaf sebab niat aku nak sempurnakan solat terawih sebanyak mungkin. mcm tahun lepas aku leka berbuka bersama supplier, gomen, kawan2 dan sebagainya di klang executive club (kec), nyonya kitchen, crystal crown hotel, concorde hotel, bagan seafood, muara seafood dan sebagainya dan akhirnya aku tewas. tak gi terawih akibat kekenyangan atau berborak sakan sampai lupa diri. Maafkan aku sekali lagi. nak makan, bila2 boleh makan kan?

bercerita pasal kad raya, tahun ni wife aku nampak sangat dia malas nak hantar kad raya pasal kad raya dia hantar kat kawan2 baik dia banyak tak berbalas. aku dah cakap, hantar kad biar ikhlas. orang tak balas biaq pi lah depa. sepatutnya tahun ni hantar lagi sekali, harap2 mereka malu sendiri atau teringat balik bahawa mereka ada kawan2 yg masih ingat kat depa. kalau mereka dah sedar diri tapi masih sayang nak hantar kad raya, depa hantar sms raya pun syukur alhamdulillah. maknaknya mereka masih ingat juga kat kita atau kita masih tau mereka masih bernyawa atas dunia ini.

Beli Barangan Cosway

Alhamdulillah kerja2 payroll utama aku dah siap, dah hantar bank dah. tunggu masuk gaji jer. semalam (23/9/08), masa gi onto surat gaji kat maybank, pegawai tu check salary tak de problem sebab duit syarikat dah ada. Harap2 tak de masalah. mau gaji tak masuk pd masa ditetapkan mau mengamuk semua pekerja kat aku. so far, alhamdulillah.

sekarang boleh tumpu sikit pada payroll syarikat gabungan pulak. sikit je, pejam mata boleh buat (eksennye!). semalam final discussion dengan GM pasal sedikit berita baik untuk pekerja sempena hari raya (diulangi...pekerja. management staff mcm aku mmg tak merasa la). rasanya tak de masalah kot. cuma wait and see.

balik kerja semalam, wife ajak gi beli barang2 cosway. tak de yg istimewapun, tiap2 bulan beli. beli sebab keperluan dan sebab nak dapatkan bonus. kang tak maintain, sia2 je tak dapat bonus. lagipun aku kena renew keahlian bulan ni. macam biasa menda yg aku beli termasuklah vitamin anak, spirulina, air jus buah2an untuk raya ni (termasuk rumah papa aku). tak lupa kek lapis perisa original. biasnya kat rumah aku ni selalu ada untuk tetamu dan tuan rumah. kalau bukan bulan puasa, wife aku akan potong kecil2 dan aku bawa gi opis. sedaaap! untuk raya, selected tetamu je dihidangkan, mahal tu. siapa pernah raya mesti tau kesedapannya.

untuk perjalanan balik kg, aku beli auto max. mula2 tak berani jugak, tapi ramai kawan2 pakai, aku pakai la sejak februari lepas. nampak mcm jimat. untuk kali ni aku beli 12 botol sebab ada promosi. bukan utk aku semua, kawan2 order. dapatlah duit tol balik kampung. servis kereta pulak may be hari jumaat ni. jumaat aku dah start cuti panjang. cuti tahunan aku banyak lagi. tengah pikir nak servis kat kia ke kat workshop kamal motor yang famous tu.

ni produk yg baik untuk sape2 yg ada masalah perut. jeli gamat. 2-3 thn lepas aku pernah dimasukkan ke wad kerana ulcer perut. dah beberapa kali sakit, aku kena admitted kat subang jaya medical centre (sjmc) dan lepas x-ray, ultra sound tak berjaya kesan sakit, mereka masukkan kamera kecik tu dalam perut aku. walaupun cuma 12 saat, ngilu dan sakit dia memang Allah saje yg tahu. ada ulcer dlm perut aku. antara sebab musabab dia kemungkinannya ialah faktor pemakanan, tidur tidak ikut kitaran masa yg tetap, dan stress. doktor cadang operate kalau ubat tidak berjaya. keluar wad aku buang semua ubat dan makan jeli gamat atas cadangan seorang kawan. alhamdulillah, selepas check sekali lagi, ia sembuh. korangpun tau kan, gamat memang bagus. aku pernah cuba gamat dr. hassan (healin), cuma aku tak mampu... mahal. gamat cosway ni diiktiraf asli oleh dr. ridzuan iaitu salah seorang pakar kajian gamat.

anak2 paling suka dapat vitamin, tablet susu kambing, dan semestinya coklat. manakala wife aku makan beberapa jenis vitamin dan jamu martina. jamu ni keluaran indonesia, tapi kalau di pasaran malaysia sebenarnya salah satu cawangan syarikat bos aku punya hak pengedar tunggal. jenama2 sari ayu dan martha tilaar adalah keluaran martina berto. syarikat bos aku ialan martina berto (m) sdn bhd. mcm aku dapatlah staff price tapi bukan semua barang la. biasanya banyak jugak diskaun hebat untuk staff dari syarikat2 Kumpulan TKH seperti greatpac (produk plastik jenama "JASA"), kosmetik sari ayu, penjagaan rambut jenama "ARIMINO", dan pakaian dalam jenama "XIXILI".


izzi note : gambar2 adalah ehsan www.cosway.com.my

Tuesday, September 23, 2008

Koleksi Beg Hari Raya (Limited Edition)

Aku yakin kawan2 kita yang pompuan semua dah siapkan kuih raya, baju raya, tudung raya, kasut raya. namun, harus diingat beg raya juga harus ada untuk meningkatkan penampilan diri kepada bakal2 mak mertua, atau sekadar ingin kelihatan berbeza dari jiran2 setaman.

Aku difahamkan stok2 beg tangan ni adalah terhad. may be satu je untuk setiap jenis. pada gambar beg tersebut ada satu email yang aku yakin pembuat beg tersebut atau jiran pembuat beg tersebut. korang emailkanlah segera sebab raya pun dah dekat. beg tersebut khabatnya sangat popular untuk digayakan di pagi raya oleh masyarakat di afrika barat, bangladesh utara, india timur dan papua new guinea selatan. mereka bukan sahaja meletakkan henpon, lipstik, duit, kunci ke dalam beg tangan tersebut; ada sesetengah wanita turut meletakkan anak mereka didalamnya memandangkan saiznya yang besar dan selesa.

apa-apapun terpulang pada korang nak percaya ke tidak tulisan aku kali ni. pada aku, aku langsung tak percaya. senang2, korang layanlah gambar2 beg tangan ni.


















izzi note : Terima kasih azrin atas kiriman gambar2 ni. Saya yakin pilihan kamu mesti yang corak bunga2 tu kan.

September Bulan Penuh Suka Duka

Nampaknya bulan September dah nak sampai ke penghujung. tak lama lagi umat Islam akan beraya. bagi aku, bulan september ni adalah bulan yang terlalu banyak peristiwa suka duka. Salah satu yang utama ialah pada 05/09/2003 aku telah diselamatkan dari dunia kebojanan setelah mendidikan rumahtangga. apa hadiah special yg aku beri pada isteri sempena ulangtahun perkahwinan kami, biarlah rahsia. yang nyata, kasih pada isteri sentiasa bertambah tahun demi tahun.

bulan ini juga menyaksikan aku kehilangan nenek yang aku sayangi. Ia berlaku lapan hari setelah aku selamat diijabkabulkan. Aku ni diketegorikan sangat rapat dengan nenek aku. maklumlah papa dan mama aku (mak tiri) sering berpindah randah akibat kerja papa aku yg tak menentu dan datuk aku garang gile. mami (mak kandung aku) meninggal dunia masa aku darjah 2. so, dengan nenek la aku bermanja. nenek la selalu nasihat aku itu dan ini.

masa aku baru kawin, minggu pertama selepas akad nikah aku tak bawa wife aku lagi sebab rumah sewa yg bakal aku duduki masih belum dikosongkan. minggu kedua baru kosong. so, lepas kawin, 2-3 hari jugaklah aku duduk rumah bujang lagi. masa dulu kawin aku dah abis dan aku nak berangkat balik ke klang (belum bawa wife), nenek aku seperti tak nak lepaskan tangan aku. nenek asyik nasihat aku suruh jaga isteri baik2. nenek nasihat aku cukuplah pakai rantai dan gelang. bukan emas pun. jenis tali atau silver je. awal2 kawin pun aku masih pakai walaupun wife agak tak suka. susahlah la nak tinggalkan habit tu, dah serasi.

kerana hari dh semakin lewat dah nampak mcm nak hujan, aku beransur ke kereta. nenek masih mengekori aku, biasanya nenek ikut sampai pintu rumah je. aku cium tangan nenek dan kucup dahi dia seperti biasa dan aku tengok mata nenek berkaca. aku tau nenek menangis dan seperti nak bagitau aku sesuatu. dan aku tak faham.

2-3 hari aku balik klang, awal2 pagi adik aku call bagitau nenek aku meninggal dunia akibat sakit tua. masa tu aku dalam perjalanan ke tempat kerja di APM port klang. then, papa aku call bagitau menda yg sama dan minta aku jemput adik aku dan sepupu aku yg akan balik sekali. so, aku rushing ke sana dan ke sini menjemput adik aku dan sepupu aku. then, ada saudara terdekat yg di KL call minta tunggu balik convoi. sedihnya, masa aku sampai nenek aku dah dikebumikan. nenek meninggal awal pagi dan papa aku minta pengkebumian arwah nenek disegerakan. makcik aku kat terengganu juga tak sempat tengok wajah arwah nenek buat kali terakhir.

arwah nenek lah antara yang perkenalkan aku dengan hobi mengumpul duit syiling. nenek ada banyak koleksi duit syiling pelbagai negara. mana nenek dapatpun aku tak pasti. arwah nenek pernah cakap, kalau dia takde, koleksi tu dia bagi aku. namun, dah ada orang sebat dulu. biarkanlah, bukan rezeki aku dan koleksi aku lagi banyak.

nasihat nenek supaya aku tak pakai rantai dan gelang aku tunaikan. walaupun sesekali gatal pakai gelang buat hilang gian. pada aku aku selesa pakai menda2 alah tu. may be aku selesa kot. masa gi thailand beberapa tahun lepas, aku ada jugak beli 2-3 gelang thailand yg cantik2 utk diri aku, tapi kejab je ilang. koleksi aku yg lain2 hilang termasuk rantai batu air yg aku beli masa gi sabah, gelang tiger eye. aku yakin bini aku hilangkan ni sebab dia tak suka aku pakai. bila aku tanya dia kat simpan. puas aku cari tak jumpa sampai sekarang. simpan kat tong sampah kot! apa2 pun biarlah, masa muda tu dah berakhir. Sekarang aku adalah ketua keluarga, suami dan ayah kepada dua orang anak yang comel.


Gambar Hiasan : Aku dan keluarga masa bercuti di Cameron Highland pada Februari 2008

Monday, September 22, 2008

Tukar nama Melayu ke nama Jepun

masa jalan2 kat blog marinahunny ada menda alah ni, tukar nama kita ke bahasa jepun. aku tak tau menda ni betul ke lawak je. tapi aku cuba la jugak sambil2 tak de keje. ni lah hasil dia.

My Japanese name is Eizan Mizumaki.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Majalah 3 & Masjid Sultan di Singapura

Macam biasa tiap2 hari sabtu aku akan layan majalah 3 di TV3. walaupun tibe berbayor ada, majalah 3 tetap dihati. kerana nurul syuhada? tak jugak walaupun aku suka tengok muka dia yg comel dan berlesung pipit tu (astarafirullah... sempat jugak menggatal tu..). aku suka majalah 3 dari zaman wan zaleha radzi, norzie pa' wan chik dan lain2 lagi. Yg utama selain pengacara yg comel ialah content rancangan tu yg menarik.

pada sabtu lepas (20/09/08), ia mengenai berpuasa di singapura. lebih spesifik suasana di area masjid sultan dan arab street. aku biasa je, tapi anak2 aku; luqman dan pika siap tunjuk kat tivi bila tv3 tunjuk tempat tersebut dah kami pernah sampai. kebetulan kami sekeluarga baru mengunjungi singapore pada bulan julai 2008, sempena perkahwinan kawan disana. Kunjungan ke Masjid Sultan sebenarnya tidak dirancang. kebetulan pada hari ke 3, iaitu hari terakhir di singapura, lepas check out hotel di geylang serai, masa masih panjang. dan kebetulan bas yg kami nak naik masih lambat. kebetulan masjid tersebut terletak tidak jauh dari hentian bas di Textile centre. setelah bertanya beberapa orang, Alhamdulillah masa sampai kat area masjid sultan. kebetulan azan zohor berkumandang dengan nyaring. aku minta ummi (istri aku da..) untuk tengokkan anak2 sementara aku solat berjemaah. Dalam hati aku bersyukur bahawa syiar Islam masih utuh di sini. Azan masih berkumandang dengan kuat walaupun singapore diperintah oleh bukan Islam.

Selepas solat, kami bersiar2 disekitar masjid sultan melihat istana kampung gelam yg terletak bersebelahan dengan masjid sultan. inilah benteng terakhir orang melayu dan akhirnya diambilalih kerajaan untuk dijadikan muzium (harap2 di Malaysia, raja2 melayu tak dijadikan begitu kelak). lama jugak kami di area istana tu, sambil berehat2. ini Diantara bangunan lama yg masih dijaga dikawasan masjid :-


dalam majalah 3 tu diceritakan juga psl kawasan utama melayu di singapura iaitu geylang serai. masa di singapura, kami menginap di hotel di geylang serai. kosnya lagi murah dan lebih selesa kerana majoriti penduduknya melayu. senang nak makan sebenarnya. cuma, geylang serai dianggap kawasan miskin dan kawasan pelacuran. betul ke tak aku tak pasti, tapi kehidupan malam dia mmg happening. sebelah hotel aku duduk tu penuh ngan pub. jam 6pm je, berduyun2 pompuan2 sampai dan air liur aku meleleh sampai basah baju (astarafirullah!). mau tidaknya, hampir semua pakai tutup sikit2 je, dah la saiz 33C. tu lah sebabnya, tiap kali malam aku nak keluar hotel nak ambik udara malam atau beli air kat 7-11 ke restoran, mesti wife nak ikut (wa... sedihnya). Alhamdulillah, terselamat iman aku dari digoda masa kat sana. Terima kasih ummi kerana selamatkan iman abang.

Selain attend majlis kenduri kawan aku kat area masjid al-falah dan gi kenduri di restoran garuda di tengah2 kota singapura. aku tak ingat tempat dia, tapi dekat2 orchard road la.. plan kami yg utama ialah bersuka ria di Sentosa Island. Hampir satu hari iaitu hari kedua, kami kat pulau sentosa tu. yg plg best disitu ialah underwaterworld dan dolphin park. budak2 memang seronak giler la. macam2 ada. Semasa kat singapore lebih kurang 300 keping gambar aku ambik. biasalah! ambik pakai digital camera, then masukkan dalam laptop. laptop aku usung merata2, best sebab hampir semua tempat aku connection internet, free je. sambil layan anak2 berehat aku bukak laptop la..

Ni antara gambar2 masa di sentosa island. nak masuk semua, menangis aku. 2-3 keping dah la yer. keseluruhannya trip tu best, rasa nak gi lagi sebab tak berkesempatan gi jurong bird park, muzium duit singapore, china town, little india dan lain2. yg tak bestnya duit dia mahal, setiap satu dollar singapura, duit malaysia ialah rm2.43.




Saturday, September 20, 2008

Nukilan Jiwa : Batu dan air


Gambar Hiasan : Kawasan Hutan Lipur Lentang

Beruntungkah batu
Kerana tenggelam di air
Sedangkan memang fitrahnya
Beratkan tenggelam

Begitulah nasib batu
Hanya gah seketika
Dan akan terus sepi
Dilitupi tenangnya air

Jadi wahai manusia
Jadilah seperti air
meskipun tenang
mampu mengatasi kekerasan batu

kalaupun menjadi seperti batu
biarlah batu yang timbul
kekerasan untuk kesejahteraan
disanjung selalu


Nukilan :

Izman bin Pauzi
15/12/97
10.45pm

Thursday, September 18, 2008

Orang Tak Puasa & Restoran Tandas

dalam bulan2 pose ni, tak dapat lari dari kita dengar orang Islam yang tak pose dan makan disiang hari. lagi haru bila kena tangkap dengan jabatan agama Islam, pastu depa pakat pi usung keliling bandar guna kereta mayat. biaq depa insaf sikit. tapi kalau dah muka tebai, buat apa pun depa tak kisah. nanti2 depa gi makan lagi. orang Islam macam ni buat malu orang Islam saje. Sebab tu dari satu segi aku setuju kalau kes orang bukan islam masuk Islam dan murtad, bila depa nak mohon masuk keluar Islam, aku sokong kalau depa diberi keluar Islam serta merta. Duduk jadi Islam apa ke jadahnya. Buat malu kita orang Islam je. apa2pun biarlah ulamak2 kita putuskan apa hukuman dan tindakan pada mereka yg murtad.

Berbalik pada kes tak puasa, kalau korang biasa masuk tandas2 awam (lelaki terutamanya), korang dapat lihat pelbagai kotak rokok, air kotak, jajan, bungkus nasi lemak, mc D, kfc, dan sebagainya. tak jijik kah mereka makan dalam tandas?

Atau mereka dah terlalu maju sehingga tahap macam gambar2 kat bawah ni. mengikut cerita terdapat restoran bernama "Modern Toilet" di negara Taipei. Ia boleh memuatkan 100 orang pelanggan dalam satu2 masa. yang mempopularkan restoran ini ialah ia berkongsep dalam tandas, tiada yang tiada tandas, melainkan tandas belaka.

Aku yakin, kalau ada francais restoran tandas ni kat malaysia, tentu ramai pelanggan tetapnya ialah orang Melayu yang tak posa dan makan dalam tandas disiang hari di bulan pose. Kalau aku? mau muntah hijau 7-8 kali sebelum makan.

















izzi note : thanks azrin untuk email gambar restoran tandas ni.

Duit Raya Minimum US1.00 Setiap Sorang

Sesambil bukak email, ada email dari geng2 usahawan internet iaitu Bitol. aku biasa dapat email dari mereka sebab join group mailing diorang. Lain2 group yang aku masuk termasuklah mailing Dr. Irfan khairi, mazri zaini dan banyak lagi. Kalau sesiapa biasa dengan internet marketing, nama diorang ni biasalah. Melalui diorang, dah banyak kali aku dapat peluang untuk dapat duit percuma, dengan cara yang mudah iaitu daftar untuk download ebook percuma dan perkenalkan kepada kawan. tahun lepas aku pernah dapat lebih US100 untuk just kenalkan kawan2 downloadkan ebook. Ni dia link dia untuk dicuba:-

http://www.lemonadehere.com/cmd.php?af=840952

Sebenarnya kat internet menda ni dah biasa. sesetengah peniaga ingin menjual barangan mereka secara online, jadi mereka menawarkan ganjaran wang kepada sesiapa yang mempromosikan ebook mereka. cara itu pada mereka lebih baik daripada mempromosi melalui iklan yang jauh lebih mahal dan biasanya tak dapat sampai terus ke golongan sasar.

Untuk kali ni, promosinya lebih hebat. US1.00 (RM3.50) bagi setiap ebook yang di downloadkan oleh rakan yang diperkenalkan. email je link kita pada kawan2 atau mana2 yahoogroup dan kalau sape masuk, kita dapat duit lah.

Promosi ini sah dari 16/09/2008 hingga 30/09/2008. Bayaran akan dibuat ke dalam akaun paypal pada 31/10/2008. So, kalau yang tak de akaun paypal tu boleh register terus kat sini.

Oh ya! berapa kos nak promote menda ni? PERCUMA! FREE OF CHARGE! Kita nak tolong promote ebook dia, apa ke jadahnya kita nak kena bayar. Dia bayar kat kita la.

ebook yang hendak dipromosikan tu bertajuk "Traffic Tips Report". Ia memberitahu kita 247 cara bagaimana kitaboleh meningkatkan traffic ke website kita. Pada aku tentang report ini ialah penerangannya straight to the point dan mudah difahami. Ebook ini juga memperoleh reputasi yang tinggi oleh Internet Marketer yang terkenal.

http://www.lemonadehere.com/cmd.php?af=840952

Kalau korang rajin dan ramai kawan, lebatlah sikit duit raya korang. Duit ni ramai kata payah nak keluarkan, tapi pada aku aku selalu belanjakan kat internet untuk beli barang kat ebay.com dan beli ebook2 yang aku suka. kalau nak cash out pon boleh, tapi melalui debit visa yang melambak dipasaran kita sekarang. terpulang kat korang nak ambik peluang ni ke tak nak. BAyangkan kalau korang ada 10 kawan, dah dapat US10 (RM35). tak kan ada 10 kawan je kot?? mangkak betul hangpa ni, kawan pun tak dak!



Belum jadi ahli paypal lagi? daftar PERCUMA di sini :

https://www.paypal.com/row/mrb/pal=RUGXW96DCHQ48

izzi note : Dapat ke tak dapat bergantung pada usaha korang yer. Nak duit jatuh dari langit, pi main jauh2.

Nuzul al-Quran

PERISTIWA Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Bermula dengan peristiwa inilah, zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah Yang Esa.

Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat.

Allah berfirman bermaksud: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." (Surah al-Anbia, ayat 108)

Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, melalui utusan Nabi Muhammad yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul, Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera.

Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.

Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad.

Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah dalam menghadapi cabaran ketika menyebar dan menegakkan syiar Islam.

Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang suatu ketika dulu hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran.

Peristiwa Nuzul al-Quran perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam.

Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

Al-Quran pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia.

Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu, terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muammalat dan sebagainya.

Peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.

Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Firman Allah bermaksud:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "

Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran seharusnya dihayati oleh umat Islam. Ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat sebagai asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan Islam itu agama benar, satu-satunya agama yang diredai pada sisi Allah.

Dengan berlakunya Nuzul al-Quran, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.

Banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman ke arah mencapai darjat muttaqin, iaitu orang yang bertakwa.

Firman Allah bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan sempurnanya) ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Al-Quran diturunkan oleh Allah bukan sekadar untuk dibaca atau dilagukan semata-mata, malah apa yang lebih utama menjadikannya sebagai panduan dan pedoman sepanjang hayat. Itu sebabnya al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam.

Al-Quran, di samping membawa maksud kitab bacaan, dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan sebagainya secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Justeru, bagaimana seharusnya sikap kita agar al-Quran itu boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza antara hak dan batil serta memberi peringatan?

Bolehkah al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya?

Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya.

Demikian juga penghambaan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan selepas difahami dan diamalkan kehendak-Nya kerana semua kehendak Allah itu tercatat dalam al-Quran.


izzi note : Terima kasih azmir atas kiriman email ini.

IKLAN BERBAYAR----------------------------------------------------




Cuti Nuzul Quran

Semalam (17/09/08) adalah hari cuti umum di Selangor. bestnya dapat bermalas-malasan dirumah bersama keluarga. dan lagi malas bila nak kena kerja hari ni. selepas sahur semalam, aku gagahkan tunggu solat subuh dan terus bum. aku saja tak beritahu wife pasal cuti umum tu. macam biasa wife kejutkan untuk gi kerja. aku cakap malas dan tidur balik. dan kemudian dia kejut lagi jam 7am, 7.30am, 8am. aku buat tak tau je. so, dia ingat aku saje ambik cuti annual leave dan dia biarkan. jam 10am baru aku bangun, itupun sebab anak2 dah asyik kacau aku nak ajak main games.

bila bangun wife tanya, apsal tak keje,cuti ke? stress kerja ke? aku cakap saje malas. so, aku bermalas-malasan la gi tengok tv, layan anak2 main mainan diorang. then, gi kedai beli newspaper. saje beli the star sebab surat khabar melayu banyak sangat mengarutnya sekarang ni. baik aku baca iklan the star lagi ada faedah. err... kerja kosong pun banyak.

then petang sebab leka kat rumah, dalam 630pm baru gi bazar ramadhan. yg ada kuih2 yg tak best dan tak menepati standard tekak aku. aku beli 2-3 benda termasuk roti jala dan tau fu fah. Tau fu fah aku tak suka, beli untuk wife je. wife kata tak sedap. so, gerai tu blacklist! setakat ni dah 3 gerai aku blacklist ;-
1) roti john
2) onde-onde
3) tau fu fah

solat terawih rasa malas, ingat nak buat 8 rakaat je. dalam hati ingat nak mintak wife goreng mee sebab macam lapar je. tapi masa solat aku dapat saf depan sekali. dan masa rakaat ke 8, rasa sayang pulak nak tinggal. teruskan je lah. Alhamdulillah, siap terawih dan witir ada jamuan nasi minyak. dah pack siap2. aku ambik satu dan balik. sampai rumah, tengah jamu mee goreng. Alhamdulillah! kenyang betul aku. cam ne nak kurangkan berat badan ni. asyik makan sedap je.

Wednesday, September 17, 2008

Tag dari @Liyannuar

Bukak blog hari ni ada paksaan dari @Liyannuar untuk ambik tag. So, gi lah ambik. sambil buka bloq dia hati gundah gulana sebab terfikir ape lagi nak kena jawab ni. tapi alhamdulillah just copy gampor je dan tag balik 5 orang. bab ambik gambo cepat je, tapi nak tag orang tu nantilah aku fikir ye.

Ni lah rope eh gambor yg di tag aku tu. pose2 jugak, kawan2 dan bloq kena tengok jugak. takkan asyik tido je.



Terima kasih ye @Liyannuar. ucapan je ke, kuih berbuka atau kuih raya ko tak nak bagi samo ko?

Personaliti berdasarkan Huruf Pertama pada Nama

Pemilihan huruf pertama pada nama anda. Berikut sebagai sedikit panduan.

A = Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B = Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C = Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D = Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E = Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F = Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar
memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G = Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.
Tekun belajar
ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H = Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I = Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J = Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K = Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L = Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak
menepati masa.

M = Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N = Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O = Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P = Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q = Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R = Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S = Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T = Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U = Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V = Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.
Tidak suka
berterus terang.

W = Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X = Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y = Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z = Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Sumber : afdlinshauki@yahoogroups.com

Ape jenisnya blog aku dan award

Masa jalang2 gi bloq cendawanintim, tersuka pulak nak try menda alah ni. so, nilah hasilnya. rasanya macam betul je.... ah! korang layan je la.




Your Blogging Type is Logical and Principled



You like to voice your well thought out opinions on your blog.

And if someone doesn't what you write, you really don't care!

Serious and blunt, sometimes people take your blog the wrong way.

But you're a true and loyal friend to those who truly get you.




pastu cendawanintim suruh ambil award. dari dia lagi. orang lain tak nak bagi award kat aku ke. Ni la ropenya award tu. betul ke bloq aku ni cun belakang kira, dah orang bagi, aku sebat dulu. err.. terima kasih puan cendawan yer. kalau ada lagi, bagi lah lagi.

Tuesday, September 16, 2008

Ada apa pada 16 September?

Banyak sebenarnya aku nak mengarut dari semalam tapi mood tak de. tambahan pula handphone aku gile sikit. suka2 hati dia je pilih nak terima call atau sms. nak kata aku setting apa2 idak juga. sampai GM aku panggil aku kenapa tak respond sms dia. aku kata tak terima, siap dia tunjuk copy sms dia lagi. aku cakap "i'm not received any sms from u". tak puas hati depan aku dia forward sms kat aku, pun aku tak dapat. alangkah baiknya kalau semua call dan sms yg kita tak nak terima discreen oleh handphone melihat mood kita. contohnya, kalau boss kita call nak marah, semua call tersebut dihalang secara automatik atau didivert ke nombor isteri boss. so, bos yg kena marah balik. semua boss takut bini (aku yakin).

alhamdulillah, hari ni handphone aku dah ok. aku sebenarnya tak berapa serasi ngan samsung ni. silap tekan je terus dia masuk browser internet. aku lebih suka motorola. wife aku suka nokia. luqman suka motorola dan pika suka motorola. memang la suka, dapat phone sorang satu. actually phone lama-lama aku, dah aku pakai samsung, motorola L6 aku bagi luqman. si pika asyik berebut. so, aku bagi motorola C series kat pika. semua pakai prepaid maxis. aku je pakai line maxis. luqman kalau tak de kerja memang suka call aku, kalau dia tak de credit dia pakai ummi dia call aku. biasanya call untuk order makanan. kalau luqman tanya pukul brapa balik confirm ummi dia suruh tanya tu...

hari ni (16/9/08) aku tertunggu2 bila kerajaan Pakatan Rakyat nak memerintah. tapi bila baca utusan online, DSAI beri pak lah 2 minggu untuk serah kerajaan secara aman. tak paham aku. since aku bukan ahli mana2 parti, aku just tunggu dan lihat. kalau betul DSAI dapat bentuk kerajaan biarlah dia buat dengan aman. rakyat macam aku cuma nak keamanan. nak politiking lebih2 aku tak mau, aku cuma rakyat marhaen yang perlu bekerja untuk menyara hidup.

semalam (15/9/08) beberapa orang wakil pekerja tanya aku sama ada 16/9/08 cuti umum selangor atau tak? aku cakap aku ada keluar memo? tak de. so, tak de cuti la. 17/9/08 aku ada keluarkan memo sempena cuti nuzul Al-Quran. sebab ramai tak puas hati 16/9/08 tak cuti tapi diorang bagitau semua kerajaan PR umum cuti sempena Hari Malaysia, aku call pejabat SUK selangor. yang bestnya, staff situ siap tanya sapa cakap cuti? diorang staff SUK dan pejabat MB selangor pun tak tau apa2. so, confirm kerja la hari selasa. kuang.3x.

yang pasti pada 16 september setiap tahun adalah sambutan hari angkatan tentera malaysia (ATM) dan hari penubuhan Malaysia selepas kemasukan singapura, sabah dan sarawak ke dalam persekutuan tanah melayu. kepada wira2 negara dari ATM, bakti korang pada Malaysia tiada ternilai harganya. aku yakin mereka tidak memihak kepada mana2 parti atas dasar mereka berkhidmat untuk negara dan menerima arahan daripada YDP Agong.

production kat kilang ni semakin banyak tapi pekerja dah sibuk nak apply cuti raya. kat meja aku bertambun borang cuti. yg recommend cuti ialah immediate HOD. aku cuma sahkan cuti je. kalau yg dah abis cuti tahun atau dah banyak unpaid leave, aku panggil la. bagi psyco sikit. nanti gaji sikit bising kat HR. masa cuti tak ingat, buat OT malas. aku kalau dengar orang mengata department aku kat belakang, memang nahas la diorang. aku panggil dan sound direct je. silap gaya ada yg kena suspend gaji.

aku tak psti nak berbuka ngan ape hari ni. asyik2 agar2, kuih pelita, popiah, bubur jagung, pengat pisang.... kuih pelita dan pengat jagung tu sebenarnya untuk luqman dan pika. tiap2 hari nak. aku heran, apsal tak bosan ke? ingat hari ni nak cari kebab kot. tapi jauh sikit la kena cari, kat port klang. nak gi bazar andalas jauh sangat. roti john kat bazar area rumah aku, dah serik rasanya, langsung tak sedap. roti jala dah kerap sangat. may be nasi kerabu kot hari ni. dapat pulak campur solak lada dan daging bakar. perh! sedapnya. budu dia pulak best sebab dah dimasak. wife aku tak kisah. cis... air liur dah meleleh ni. baik aku jalan2 tengok pekerja kat production line jab. kalau rajin boleh skodeng mana tau ada budak2 melayu tak pose. so far belum ada kes lagi. aku dah cakap, kalau ada sape makan dikhalayak ramai aku bawak gi pejabat agama. naik van jenazah la bagi orang2 tak puasa. kalau makan dalam tandas ke celah pintu ke, hanya Allah yang tau.

Monday, September 15, 2008

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran "Drama Cinta Madinah" yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya
masih ada. "

Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya.

Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.


"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa."....

izzi note :
Terima kasih Puan Zuraidah atas kiriman email kejadian buah kurma ini.

Sunday, September 14, 2008

Tips Kejutkan Sahur

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang ana k jari kiri/k ana n sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak KFC ke McD ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.


izzi note :
terima kasih azrin untuk tips kejut bersahur ni. Err... boleh pakai ke? kalau sapa nak cuba, tanggung jawab sendiri ok!

Saturday, September 13, 2008

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

Puasa dah hampir separuh bulan, rasanya semua orang dah start projek buat kuih raya, tempah kuih kalau malas (macam aku), shopping baju raya, follow up baju di tempah dah siap ke belum, cari mercun (opss! salah disisi undang2 tau!), hias rumah dan sebagainya. Namun, satu menda yang kita jangan lupa iaitu bayar ZAKAT FITRAH.

Aku tak pasti kat mana sebenarnya kita mesti bayar zakat? di tempat kita cari makan atau kawasan kelahiran kita? Bagi aku, aku lebih selesa membayar zakat di negeri kelahiran aku; PAHANG. jadi setiap kali balik kampung untuk beraya, aku akan pastikan aku akan bayar zakat di Kampung batu Balai melalui amil yang ditauliahkan kerajaan Pahang. Pernah dulu, aku bayar zakat kat Selangor, tapi bila balik Pahang, aku bayar sekali lagi.

Tahun ni untuk negeri Pahang, kadarnya ialah RM7.30 seorang. bagi aku bayarannya ialah RM29.20 bagi bayaran zakat diri aku, ummi, luqman dan pika. biasanya untuk papa, mama dan adik2, papa aku akan bayar. Insyallah, tahun ni harap2 aku dapat bayarkan buat mereka.

Untuk cuti raya, awal2 aku dah siapkan jadual cuti. syarikat aku kerja pada masa ni production sangat tinggi, so kami akan hanya shutdown pada hari Jumaat (03/10/08). Itu dengan mengambil kira kalau hari raya pada 01-02/10/08. Ada juga meramalkan raya jatuh pada 30/09/08. pada aku secara peribadi, aku awal2 dah apply cuti. dan dah approved dah. start cuti mulai 29/09/08 hingga 05/10/08. so, ada masa nak buat last minute shopping. wife aku tak kerja, so kami boleh balik bila2 masa. yg penting, aku kena pstikan department aku siapkan gaji awal. benci betul, supervisor dan workers ada increment bulan ni, management staff macam aku tak dapat apa2. asyik kena double standard je, memang patut la ramai management staff berhenti.

untuk giliran balik kampung beraya, kali ni giliran rumah family aku. biasanya tiap2 kali raya memang rumah family aku. rumah family wife? tak kot. lagipun parents wife aku dah meninggal dunia, cuma tinggal adik beradik dia je. kalau dia nak stay kat rumah parent dia yang sekarang dihuni oleh adik lelaki dia, aku hantar la dia. bukan jauh. dalam 5 minit je. muah.3x. itulah bestnya kawin orang sekampung.

Tahun ni suasana pasti lebih meriah sebab semua adik beradik aku akan beraya di rumah papa aku. moksu dan poksu aku yg tinggal kat teganupun akan balik, seronoknya. dah lapa dia tak balik raya. kalau dia balik, anak2 mereka pasti ikut. Perh! meriah la raya ni. aku dan family moksu aku sangat rapat, masa aku duduk dan kerja kat teganu dulu aku doq rumah mereka. tentu banyak kuih dia bawak nanti termasuk kuih tat nenas kegemaran aku. moksu aku ni pembuat kuih frozen sepenuh masa seperti kuih batang keramat, samosa, karipap dan sebagainya. kuih2 ni dipasarkan secara tetap di pasaraya2 di area batu 6 dan kuala teganu, termasuk emporium hock kee seng (HKS) yang aku pernah keja dulu2.

so, jangan lupa bayar zakat ye.