Monday, September 8, 2008

Award daripada @LiyanNuar

Gi blog @LiyanNuar tadi, terperasan ada pesanan ambik tropi. ni ropanya anugerah tu :-



Ucapan berangan :-
Saya mengucapkan terima kasih atas anugerah ini yg kali kedua saya terima dalam tahun ni. Ini adalah suatu penghormatan kerana terima 2 tropi yg sama bermaksud blog saya ni dah mencapai tahap kreatif kuasa dua (bukan kera aktif ye tuan puan). Saya bertuah menerima tropi ini kerana tropi ini hanya untuk rantaian bloger yg kreatif, meskipun presiden amerika dan presiden afrika selatan beria2 nakkan tropi ni, diorang tetap tak dapat kerana diorang tak de blog sendiri dan tak berkawan dengan
@LiyanNuar yang bagi tropi ni kat saya.

Saya akan raikan penerimaan tropi ni dengan membelikan diri saya sebiji murtabak ayam dan cendol satu plastic. kalau ada duit lebih, saya akan buat stiker tropi gambar tu kat baju raya tahun ni untuk sekeluarga, biar semua orang kampung saya tau saya termasuk dalam senarai ke 13 juta orang yg kreatif dan menerima tropi ni. Sekian.

2 comments:

arsaili said...

salam...wah tu baru bertapa appreciate nya..ahahaha...cam ne puasa so far? ada yg dah rongak

izman said...

arsaili,
alhamdulillah setakat ni puasa semua OK. tak taulah kalau ada ujian Allah dikemudian hari.

harap arsaili pun lulus cemerlang ujian puasa ni. duduk oversea lg byk cabarannyakan? kalau makan kat public pun tak de yg heran.