Monday, June 17, 2013

Selamat Hari Bapa - part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semalam (16/6/13) adalah HARI BAPA. sebelum tarikh ini, hari bapa pada aku adalah sama dengan hari2 yang lain even aku dah 9 tahun bergelar bapa.

sambutan hari bapa bagi aku tahun ini sangat berlainan. selepas subuh, aku dengar cd ustaz azhar idrus, dan kemudian aku menyambung tidur. sedar2 aku dikejutkan oleh anak2 yang mengajar bersarapan. biasanya aku suka membeli sarapan berupa roti telur atau murtabak daging, tapi kali ini sarapan istimewa dari isteri tersayang. apam bakar dengan kelapa. mhh.... memang favourite aku sejak kecik. aku bersarapan dengan anak2 dan isteri.

lepas makan, aku cuma berlingkar melayan anak2. semalam sudah seharian berjalan membawa anak2 yang ingin membeli hadiah untuk aku. kami ke shah alam ke pusat ikan hiasan xiang leng. anak2 menyuruh aku memilih pam ikan memandangkan pam aku rosak 2 bulan lepas bila elektrik terputus (letrik putus ye, bukan kena potong letrik). kesian masa tu, habis ikan ikan aku bela bertahun2 mati. kebetulan masa tu aku balik kampung. rasa nak nangis tengok semua ikan dah timbul. nasib baik ikan di akuarium di dapur dan kolah diluar rumah tak mati sebab memang tak pakai oksigen. kura2 pun selamat. arnab pun selamat (heh... apa aku mengarut ni). aku memilih pam dan aku serahkan pada isteri dan anak2 utk pilih ikan emas. aku minta beli dalam gandaan 3. kenapa 3? biasalah melayu... 3 abdul, madu 3, tualang 3, jula juli bintang 3.

mm.... malas pulak nk cerita apa kami buat sepanjang hari, cukuplah sepanjang hari hingga malam, senak perut aku asik makan hidangan isteri tersayang.

bukan aku tak bersyukur apa yang isteri dan anak2 aku buat termasuk beli pelbagai hadiah dan buat kad ucapan, tapi sebenarnya dalam bergembira, ada duka dihati ini..

sebelum2 ini, boleh dibilang berapa kali aku pernah ucap selamat hari bapa kepada papa aku. ye lah, papa ada bila aku perlukan, papa yang suka call aku. semua aku ambil mudah. sekarang papa dah tiada lagi di dunia ini.

setelah anak2 tidur, aku berteleku di sejadah. menadah tangan pada Allah agar papa diberi kedudukan mulia disisiNya. dalam air mata yang berderai, aku bercerita kepada Allah betapa besarnya makna papa dalam hidup aku. betapa banyaknya jasa papa pada aku. betapa berharganya aku pada papa, dan begitu juga berharganya papa pada aku.

aku setuju, sebagai anak lelaki tertua (selepas kematian abang sulung aku), akulah yang menjadi harapan papa. semua ditimbun atas bahu aku, sehingga kadang2 aku rasa sangat rimas. masalah tentang adik beradik aku, aku menjadi mangsa leteran dan kemarahan papa.

kalau aku lama tak balik kampung, ada utusan beritahu papa marah aku tak balik kampung. bila aku balik kampung, tiba je di rumah, papa mencengil bertanya kenapa aku balik kampung. memang aku baran. baran yang diwarisi dari datuk aku yang juga guru silat, dan baran dari papa aku sendiri (heh... alasan). bila datang gila aku, hari yang sama juga aku balik semula ke klang. emak aku memujuk agar tak ambik hati, tapi jenis aku keras kepala, aku balik jugak. akibatnya berbulan juga hubungan aku dan papa renggang dan tidak bercakap. hanya emak aku menjadi penghubung dan tidak putus2 mengatakan bahawa papa sebenarnya rindu kat aku tapi cara digunakan sangat kasar. dalam keras kepala, aku juga balik kampung menjenguk papa. walaupun tidak bercakap, aku tidak pernah lupa menyalami papa setiap kali tiba di kampung. papa sekadar bersalam, tapi matanya terus di astro melayan bola sepaknya. aku peduli apa, sebagai anak, aku dah ambik peluang untuk menjenguk papa dan berbaik.

aku dan papa sama2 keras kepala. kalau aku menonton tivi, papa lebih suka di dapur. aku ke dapur makan, papa makan di beranda. mujurlah anak aku luqman hakim yang tidak terjebak dengan perang dingin ayah dan datuknya. bila papa aku menonton siaran langsung bola, luqman tanpa suruhan dan malu akan duduk disebelah papa aku dan bertanya pasukan mana lawan, berapa kosong, dan meminta berkongsi air nescafe kegemaran mereka berdua. papa melayan luqman dengan baik, berkongsi gelas nescafe dan berborak pasal bola. perang dingin dengan aku langsung tidak menjejaskan hubungan datuk dan cucu ini. berbanding aku yang keras kepala, aku akan duduk dibilik melayan internet atau berborak dengan makcik aku dirumah sebelah.

papa memang garang dengan aku. dari kecik aku memang takut dengan papa. papa akan libas aku dengan tali pinggang bila aku malas ke sekolah atau mengaji. malah aku pernah diikat dalam guni tepung kerana aku ponteng sekolah. pernah dirotan sampai berbirat kerana mandi sungai damak bersama kawan2 lain. itu masa kecik. masa menginjak remaja pun papa masih merotan aku jika aku tak dapat mengenal huruf2 al quran semasa mengaji. merotan aku bila lewat solat. dari kecik, jika papa batuk sebelah pagi aku akan segera bangun dan solat subuh sebab papa akan panggil hanya sekali. jika masih tidur, rotan atau air sebaldilah hukumannya. pernah setelah ada anak 3 dulupun, aku yang tidur bersebelah bilik papa, terus bangun mencapai tuala untuk mengambil air sembahyang dan solat subuh bila papa batuk. akibatnya isteri yang terkejut menegurku dan berkata waktu itu baru jam 2 pagi. dan papa batuk kerana papa tidak sihat.


bersambung.................................





Monday, June 10, 2013

Kebab @ Restoran FC (Shah Alam)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari isnin terutama hari pertama lepas cuti sekolah ni memang mood kebanyakan kita agak down. ye lah, sibuk dengan urusan anak2 dan urusan sendiri. so, aku mulakan dengan sesuatu yang mengiurkan air liur. kita makan dulu.....

kali ni aku nak cerita pasal makanan kesukaan aku iaitu KEBAB. heh.... semua makanan aku suka sebenarnya, terutama nasi lemak, roti canai, goreng pisang, chicken chop dan sebagainya.

kebab ni dah banyak aku cuba, pantang ada kata sedap aku mesti nak gi cuba. kebab yang kat restoran makanan segera tu tak payah la nak promote, memang aku rasa bukan selera tekak aku. aku suka yang sedap je. setakat ni, aku paling suka kebab kat RESTORAN F.C. di kompleks PKNS Shah Alam.

aku dengan restoran ni dah lama kenal. kenal restoran ye, bukan kenal tokey dia. ye lah, pekerjaan aku pertama dulu di seksyen 15 shah alam, aku selalu la makan kat sini. aku memang suka kebab dan chicken chop di restoran ni. hari ni aku cerita kebab je.

ni hah kaunter kebab di dalam restoran tu.


ni dia rupa kebab daging kesukaan aku. yang best ialah dagingnya yang banyak, masak sekata, dan ditambah dengan mayonis dan sos yang mmm..... yummy. memang berbaloi2 beli dan makan kebab ni. ada kebab ayam dan kebab daging. kebab ayam RM3.50, kebab daging Rm3.50 dan kebab campur (ayam/daging) RM4.00. kalau aku ke imigresen/kompleks PKNS, memang WAJIB aku beli even perut dah macam nak pecah kekenyangan. kalau aku pergi time kerja, kurang-kurang 5 biji aku beli untuk kawan2 sepejabat.



alamat restoran ni :-

CERIA SEAFOOD & CATERING
c/o RESTORAN FC
Lot G-60M, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55121937


.............................................................................................
Penafian :
Aku tidak ditaja atau disuruh untuk makan/promote mana2 restoran/kedai/produk. semua yang disiarkan atas perbelanjaan duit aku sendiri. cerita yang aku buat ini sekadar berkongsi cerita & rasa yang pada hemat dan mulut aku sangat berbaloi. sedap atau tidak sedap adalah berdasarkan citarasa aku sendiri dan ianya boleh jadi betul atau langsung tidak betul. jadi, kalau sangsi, sila pergi rasa sendiri.

Saturday, June 8, 2013

Dapur Lelaki : Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

di hari cuti ni, sambil2 nak memikir nak makan apa, apa salahnya cuba resepi senang gile ni. ini lebih sesuai untuk orang bujang yang nak makan sedap dan banyak tapi tak reti masak.

aku sendiri kalau nak makan sizzling sedap, aku gi makan kedai cina muslim, tapi kalau kemalasan melanda dan rasa nak masak makan bersama keluarga, aku masak sendiri je.

ok, kita mulakan dapur lelaki yang sempoi mempoi ni dengan resepi 'SIZZLING YEE MEE'. walaupun bahannya agak banyak, tapi ia still ringkas dan senang dimasak.

ini antara bahan utama yang diperlukan:-

1) 2 sanggul Yee Mee, 5 ulas bawang putih (dipotong nipis) & 2 biji cili kering (dipotong).


2) 10 biji cendawan shitake (yang telah direndam agar lembut) dan dipotong 4. cendawan shitake aku suka letak banyak2 sebab ianya sedap.

3) sayur sawi. dibasuh dan dipotong.

4) hirisan dada ayam yang dipotong nipis2. ikut suka hatilah nak banyak mana.

5) Bahan2 lain : 
sos tiram (2 sudu), kicap pekat (1 sudu), kicap cair (3 sudu), hirisan halia (1cm), minyak bijan (3 titik), garam (secubit), tepung jagung (1 sudu, bancuh dengan air), serbuk lada hitam, air (2 cawan) & minyak masak (untuk menumis).

Cara Membuatnya:
a) Panaskan minyak masak & tumiskan bawang putih, cili kering dan halia. biarkan sampai naik baunya dan jiran sebelah perasan anda sedang memasak.

b) masukkan hirisan daging ayam dan biarkan sampai daging ayam itu masak dan empuk.

c) masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. gaulkan. kalau anda suka kuah banyak, lebihkan air.

d) masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, garam dan serbuk lada hitam (aku guna aji shio). gaulkan dan biarkan sampai mendidih.

e) masukkan cendawan shitake dan sawi.

f) masukkan campuran tepung jagung (tepung jagung campur air) dan kacau. tepung jagung untuk memekatkan kuah.

g) letakkan minyak bijan. 2-3 titik cukup. kalau banyak nanti mee anda rasa semacam je.

h) masukkan yee mee, gaulkan. bila yee mee dah mesra dengan adunan, tutup api dan boleh dihidangkan.

i) kalau anda suka masam, perahkan nimau nipis.


taraaa.... dah siap pun sizzling yee mee aku. aku tak suka sangat kuah, so aku kurangkan air. yang penting aku suka rasa yee mee dengan cendawan shitake.

inilah dia sizzling yee mee kering kontang ala-ala chef fara quinn (aku suka tengok dia masak. tapi wife aku kata aku suka tengok orangnya. gile kau, sesak nafas aku nanti. ha.ha.ha...). bukan, ini bukan resepi chef fara quinn, ini resepi tah mana aku jumpa.

Wednesday, June 5, 2013

XPDC Kuala Gandah (Pahang)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

sekarang masa cuti sekolah, so xtvt aku update berkisah masa cuti sekolah jugaklah.

aku mula bercuti dari 31/5/13 hingga 03/6/13. takde nak gi cuti mana2 pun sekadar cuti nak balik kampung ahli keluarga berkahwin. cadang balik awal nak tolong mana termampu sebab 01/6/13 tu ada 2 ahli keluarga terdekat yg berkahwin; satu di Kg Damak dan satu lagi di Kg Batu Balai.

apakan daya kerja sebagai kuli ni memaksa aku menangguhkan balik kampung sehingga lepas solat jumaat. ini kerana aku terpaksa datang sekejab ke kilang atas urusan kerja.

01/6/13 tu mmg aku kerja membantu di majlis kawin. so malas nak ceritalah.

02/6/13 - mengikuti konvoi pengantin perempuan ke majlis perkahwinan di pihak lelaki di Jengka 7, Pahang.

03/6/13 : hari aku balik semula ke port klang.

pada 3/6/13 tu awal2 pagi lagi aku dah gerak balik, tapi singgah di bandar jerantut sebab wife aku nak cabut gigi. wife aku asal nak buat rawatan gigi je mesti nak balik jerantut buat. nak kata harga murah tu, biasa2 je. kalau aku, aku gi klinik pergigian jerantut je, sbab akak aku kerja situ.

siap cabut gigi, anak2 dah buat muka toye. ye lah cuti balik kampung dengan aku sibuk dengan kenduri. di jerantut aku sempat beli kfc untuk berhenti makan dimana2. nak makan di kfc tu anak2 belum lapar.  kesian anak2 yang kebosanan, aku rahsiakan rancangan aku ke kuala gandah.

memasuki lebuhraya pantai timur melalui temerloh. sempat singgah jab beli kuih akok sebelum simpang tol temerloh yg disukai oleh wife. mmm... pada aku kuih akok situ takat biasa2 je. dari temerloh, aku masuk exit lanchang. anak2 bersorak gembira bila tengok signboard kuala gandah. mereka nampak pusat konservasi gajah dan deerland.

dari exit lanchang ke kuala gandah, aku rasa dalam 17-20 km. jalan memang jalan kampung dan asyik mengelak ayam, anjing, lembu dan kambing. nasib baik takde babi hutan. destinasi pertama kami ialah deerland.

ini antara gambar di Deerland, kuala gandah, lanchang pahang darul makmur.












 sedikit gambar di pusat konservasi gajah di kula gandah.