Sunday, February 28, 2010

Mengajar Atau Mendera?

beberapa hari kebelakangan ini di surat khabar, tivi, dan kedai kopi kita dihidangkan dengan kes dera anak kecil berusia 3 tahun yang akhirnya meninggal dunia. lebih mengejutkan ia didakwa dilakukan oleh teman lelaki ibunya yang khabarnya turut menghasilkan anak luar nikah dan sekarang sedang mengandung anak luar nikah lagi.

aku tak nak bercakap pasal isu moral dan agama berkaitan bersekedudukan dan anak luar nikah. pada aku itu harga yg perlu dibayar untuk sifat individualistik dan tidak peduli masyarakat dan tok-tok guru kita. mustahil seorangpun tidak tahu, dah mengandung dan bersalin, tak kan klinik dan hospital tak tau. argh... biarkanlah.

aku nak bercakap mengenai budak kecil berusia 3 tahun. aku yakin ramai dari orang yg membaca blog aku ni dah beranak pinak dan ada yg dah anak besar2 pun. apa kerenah budak sekecil itu sampai dia didera sekejam itu. tiadakah sekelumit sayang pada seorang budak kecil. anak kedua aku juga berusia 3 tahun lebih, dan juga seorang budak perempuan. budak2 memang lumrahnya bermain, degil, bergaduh adik beradik, petah dan suka melakukan sesuatu even kita tidak suka. itulah sifat budak kecil, apa yang kita kata 'tidak' dan 'jangan', itulah yang suka dibuatnya. tapi apakah hukuman untuk kesilapan dan kedegilan mereka? di sepak, ditampar, dicucuk api rokok atau lebih sesuai di pijak perutnya dengan kasut bola?

celakalah orang yang mendera anak sebegitu kejam! jika anak aku berbuat kesalahan malah bergaduh adik beradik; memarahi mereka dan membuat mereka takut dan menangis sudah cukup membuat aku tidak lena tidur. rasa sesal memandangkan mereka masih kecil dan mereka tidak tau apa yang mereka lakukan. kemarahan atau meninggikan suara dihadapan anak2 hanya sekadar menunjukkan bahawa aku sebagai ayah serius mengajar mereka. sekadar untuk menunjukkan bahawa aku ayah yang tegas.

mendengar rajuk dan tangisan mereka, luluh hati aku. tapi sekadar menunjukkan ketegaasan diharapan mereka. dibelakang anak2, aku minta isteri memujuk mereka dan kadangkala mengalir air mata aku sendirian. siapa yang tidak sayang anak wooi....

apa2pun mengajar anak dengan sedikit kekerasan dan ketegasan pada aku tak salah. yang salah ialah bila menyakitkan dan mendatangkan kecederaan pada batang tubuh anak2. jangan jadikan anak2 tempat melepaskan geram. lagi salah kalau memang jenis suka-suka hati mendera anak2. orang yang suka mendera anak2 ni pada aku memang jenis manusia bersifat haiwan dan SAKIT OTAK.

Al-Fatihah untuk adik Syafiah Humairah Sahari. Moga Allah menjadikan Allahyarham sebagai bidadari di syurga kelak.

Friday, February 26, 2010

Selawat & Salam Untuk Nabi Muhammad S.A.W.

hari ini adalah Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. yang kita sayangi. aku yakin semua orang tau hari ni hari keputeraan baginda, even cleaner india kilang akupun mampu menyebutnya dengan baik. ye lah, semua tau sebab mereka tau pada tarikh itu semua orang di malaysia diberi cuti public holiday. sape yg kerja pulak akan dibayar 2X hingga 3X gaji.

aku seperti keluarga lain duduk dirumah sepanjang hari. dari pagi kami layan astro oasis tengok siaran langsung sambutan tersebut. kemudian layan cerita melayu (yang aku rasa dah berbelas kali tayang). kemudian kami ke paasaraya beli laukpauk, sekarang dah tak mau beli belas hari sabtu lagi sebab beg plastik kena bayar. 20 sen satu wooo... kalau orang cam aku sekali membeli, mau 20 beg plastic. dan daraplah dengan 20 sen, woo... rugi wooo. so, aku suka beli hari lain, biasanya hari ahadlah.

berbalik kita ke jalan benar, aku nak stori kisah hari keputeraan junjungan besar kita. saban tahun, di tivi, ceramah agama dan dimana saje, kita dihidangkan dengan cerita kemukjizatan kelahiran junjungan besar kita itu. kita diceritakan bahawa Baginda adalah seorang manusia yang membawa rahmat kepada seluruh alam. dan aku yakin, ianya sangat benar. selain sebagai seorang Nabi dan Rasul, antara peranan yang dimainkan oleh baginda termasuklah :-

1) Ketua negara
2) panglima perang
3) pendakwah / guru / ustaz
4) pendamai

dan banyak lagilah. walaupun kita dihidangkan kisah itu, berapa ramai dari kita yang insaf? ada kita peduli? bunyinya macam kasar, tapi itulah realitinya. kehidupan Nabi yang dari kecilnya yang mengembala kambing, kemudiannya diberi peluang berniaga barangan dagangan milik Saidatina Khadijah bte Khuwailid yg akhirnya menjadikan Nabi sebagai suaminya melihat kebaikan dan keluhuran hati budi Baginda. Mendapat wahyu, dan meyebarkan Islam walaupun pernah diancam bunuh oleh kaumnya. Baginda berhijrah ke kota madinah, membentuk kerajaan Islam dan kemudiannya manawan semula kota mekah dengan kemuliaan Islam dan keperibadian Baginda. dengan kuasa yang ada, Baginda tak pernah riak, malah bertambah zuhud mengembangkan Islam. berapakah harta yang Baginda tinggalkan setelah baginda wafat? Baginda tidak meninggalkan apa2 harta, kecuali kesempurnaan Islam sebagaimana dengan ucapan terakhir baginda dalam khutbah terakhir baginda. apa kandungan khutbah terakhir tu? ala korang carilah, pergilah cari sendiri.

cuma aku harap, ditahun2 akan datang tu bila ada ceramah mengenai Baginda, harap diceritakan keperibadian Nabi sebagai ketua keluarga. nampak macam remeh, tapi sebenarnya akhlak dan segala yang baik itu bermula dari rumah. ceritalah akhlak Nabi sebagai suami, menantu, ayah dan datuk. ye lah sekarang ni macam2 akhlak anak2 muda diluar sana, aku bukanlah baik mana pun, tapi tak le jahat manapun jugak. sekuraang2nya jika diceritakan akhlas Baginda dalam lingkungan keluarga, aku rasa sedikit sebanyak ianya dapat dijadikan panduan untuk suami2 untuk membimbing isteri (dan isteri2), anak, cucu dan sebagainya.

apa2pun, aku mengucapkan syukur dengan nikmat iman dan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ini. marilah kita semua mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda, keluarga baginda, para sahabat baginda yang telah mengembangkan Islam hingga sampai ke tanahair kita ini.

Wednesday, February 24, 2010

Keluarga Jalanan

tadi layan tivi 3, kisah aduan rakyat. even ada asterol, tv3 memang selalu menjadi pilihan aku, contents diapun menarik. kisah yg menarik aku tadi ialah kisah manusia yg tidak berumah, dan berumahtangga dijalanan.

tidak! aku tidak menghina mereka. aku yakin kalau boleh mereka nak punya rumah seperti kita semua, even rumah yg kecil, atau sekadar rumah sewa. tapi mereka tidak punya kemampuan untuk itu. ye... aku tau ramai yg kata "ala tengok rata2 muda belia, cari lah kerja. kerja bersepah. dasar pemalas tu". aku secara ikhlas setuju dengan sesetengah kata2 mereka, susah nak dapat kerja. kerja kosong may be beribu, tapi berapa ramai majikan yg sanggup ambik bekas banduan. aku secara peribadi, sama dengan kebanyakan pengamal HR (ceh... mecam nak cakap pengamal ilmu hitam pulak)lainnya sukar menagmbil bekas penagih dan bekas banduan. aku bukan tak pernah ambik, dan seikhlasnya tabiat buruk mereka tu susah dikikis. dengan temper tak bertempat, kehadiran ikut suka hati mak bapak depa, bergaduh dengan rakan sekerja, masuk tandas berjam2, dan lain2 lagi. tapi bukan semua la yg buat taik macam tu. ada yg benar2 insaf dan berubah, tapi yg tu aku tak jumpa.

sedih jugak tengok keluarga yg hidup dijalanan ni, ye lah. nak mandi dan basuh pakaian kena pegi surau atau masjid. tu belum kira kena halau dengan tok siak masjid lagi. nak makan siap selongkar sampah. aduii.... sedih betul. yg dah berkeluarga tu, aku yakin nafsu kelamin tetap ada. tak kan mereka nak tempah bilik hotel kot. arghh... kesiannya.

apa2pun, aku rasa masih ada banyak cara lain boleh mereka buat selain bergelandangan dijalanan. tak kan semuanya tak ada kampung, atau tak kan satu orang/pihak dalam malaysia ni boleh bantu. mesti ada jalan jika mereka benar2 mahu membaiki taraf hidup mereka. kalaulah duit zakat tidak layak untuk mereka, mereka masih boleh jumpa tok2 guru di masjid, banyak sebenarnya pihak yg nak membantu. aku pernah lihat ada pihak bukan Islam yg kerap memberi keluarga jalanan ini makanan percuma. ye, pihak bukan Islam. pihak Islam memang dok nganga je. kata duit zakat juta2, tolonglah sikit yg merempat tu. mereka tu hampir 100% orang Islam. kalau tak boleh bagi bantuaan bulanan, bagilah mereka cara untuk berubah. Islam itu indah, berilah mereka yg dhaif itu jalan untuk menikmati keindahan Islam.

Tuesday, February 23, 2010

Bertanggungjawab atau Busy Body?

argh... traffic light utama kat kawasan aku masih rosak. dah seminggu lebih tak berfungsi. baiknya, buleh main redah je, taapi yg bahaya sebab selalu dah kemangan jiwa disitu, tak mau aku jadi sebahagian statistik.

aku yakin ada beberapa sebab ia masih tidak dibaiki, antaranya semua kakitangan bertanggungjawab masih mabuk limau mandarin dan bercuti. dan antara sebab utama yg aku yakin betul ialah tiada sesiapa melaporkan kerosakan itu pada pihak berwajib.

ni aku benci! kalau ada menda bahaya atas jalan, aku yg lapor. black out, aku juga lapor. paip tepi jalan pecah, lagi-lagi aku yg laporkan. ni traffic light rosak, nak kena aku lagi ke laporkan? arghh... biasalah, ada manusia terlebih bertanggungjawab (atau busy body)dan ada manusia yg langsung tak nak ambil tau.

dalam menuju malaysia maju, secara jujurnya aku rasa mentaliti masyarakat kita masih ditahap negara papua new guanea. kemudahan yg yg terbaik je, tapi bila ada masalah semua boat tak tau. harap pihak bertanggungjawab tau dengan sendiri. apa, ingat depa ada sensor kat kepala depa yg tau semua benda.

pihak bertanggungjawab pulak satu hal, dan banyak kali aku persoalkan. bila kita buat laporan, segala mak datuk punya personal details depa nak mintak. woi mangkuk, aku nak laporkan masalah bukannya nak meminang anak kau. setakat mintak nama dan nombor telepon tu ok la, tapi bila mintak nombor ic, alamat rumah dan tempat kerja, apa kejadahnya!

apa2pun, tengoklah esok. kalau sampai tengahari masih tak ok lampu isyarat tu. memang akula yg kena laporkan. koraang rasa patutke aku terlebih bertanggungjaawab atau, sebenarnya aku terlebih busy body?

Monday, February 22, 2010

Aduhai Mercun

sekarang dah masuk hari isnin, tapi nak tido tak boleh sebab anak2 semua dah terkejut dari tidur sebab jiran2 dan komuniti cina kat kawasan ni start bermain mercun dan bunga api sejak jam 12 tengah malam. dah terbiasa bagi aku, tapi anak2 terutama yg kecik masih asyik terkejut dengar mercun yg kuat bunyinya.

dalam bercerita pasal mercun dan bunga api ni aku dari kecik memang berjiran dengan perkampungan cina di damak dan kemudiannya di batu balai, dah tak kisahpun seikhlasnya. dulu masa sebelum pengharaman mercun, aku adalah pelanggan utama mercun setiap kali raya. sebutlah apa jenis mercun, dari mercun katak, roket, ketupat, bola, mercun das dan segala mak nenek punya mercun aku pernah cuba main. ala raya sesekali, apa salahnya mmeriahkan malam, apahal nak tidur awal2.

tapi bila gomen mengharapkan mercun, aku stop main. tak nak cari pasal dengan bermain mercun. tak kan nak tidor lokap beb! tapi apa yg aku perhatikan larangan tu sebenarnya untuk orang melayu macam aku je. ye lah, bila nak raya melayu je, polis hari2 beritahu dalam tivi yg sape main mercun akan di dakwa, ditangkap dan sebagainya. tapi bila nak raya cina atau india, HARAM langsung takde sorangpun polis yg akan bercakap pasal pasal larangan bermain mercun ni.

tak pe lah, orang cam aku faham yg mercun tu budaya cina, bukan budaya melayu. so, kalau dia main tak apa. kalau raya melayu kita main salah, sebab orang melayu memang suka modified. mercun yg tak bahaya akan dimodified jadi mercun tahap bom kereta kebal. bukan takat bunginya kuat, silap gaya boleh putus jari dan hilang nyawa sekali. ala... orang melayu!

cuma, aku harap yang fair itu fair. kalau cina boleh main dan polis buat pekak telinga orang main mercun sedangkan balai polis memang betul2 dalam pekan cina, aku harap masa melayu raya nanti polis dapat pekakkan telinga jugak lah. tok sah la susah pergi ronda ke kampung melayu masa diorang main mercun tu. tak adil la kalau polis sanggup masuk kampung yg ulu banat untuk kesan orang main mercun sedangkan orang cina main tepi balai pun korang tak kisah. kena adillah, kitakan dah 1Malaysia. ini bukan tulisan rasist, ini tulisan mohon kesamarataan. dan kalau ada mana2 pertubuhan nak buat petisyen untuk desak kerajaan tarik balik larangan bermain mercun, aku sanggup ikut serta. anak aku mercun pun tak kenal, aduii malu betul!

apa2pun, kepada yg merayakan tahun baru cina, SELAMAT TAHUN BARU CINA.

Thursday, February 18, 2010

Majlis Kahwin Di Pulau Pinang

pada sabtu lepas (13/2/10) dalam kesibukan orang cina nak balik beraya, aku dan keluarga juga turut sama meramaikan dan menyesakkan jalan. kami keluar dalam jam 10am. sebelum gerak aku call kesas hotline, dan mereka beritahu langsung tak jammed. Alhamdulillah mmg tak jammed langsung kat kesas. masuk je tol gombak, perhhhh... jammed kejab. lepas tol, laluan ok. good! tapi senyuman balik raya tapa bersesak tak lama, baru 2 minit setengah lepas tol gombak, jalan dah start sesak, dan ianya sesak hingga exit genting sempah.

dari genting sempah aku ambik keputusan lalu jalan kampung sebab aku tanya orang yg menyatakan laluan memang terus jammed sampai tol bentong, jauhhh tu! aku ikut jalan kampung sampai bentong, dan laluan sangat menyenangkan dan mendamaikan. melalui laluan berbukit ditepi, lurah bukit dan anak sungainya sangat mendamaikan. tapi yg tak biasa tu kena hati2, masuk gaung tu nanti. dah banyak kes ye... sebelum sampai bentong tu, sempat la sekejab aku hilangkan lenguh kaki terperangkap dalam jammed dengan berendam kaki dalam kesuaman air panas bentong (air dah tak panas la..).

kemudian aku masuk hiway pantai timur. sempatlah beli sedikit durian, jambu air dan sedikit juadah untuk dibawa ke kampung. laluan pantai timur tak jammed sebab kebanyakan sahabat kita yg meramaikan jalan aku yakin datang dari kelantan. dan majoriti kaum cina dari bentong dan raub yg ratanya orang cina.

lepas berehat sekejab dikampung, jam 1130malam hari sabtu tu aku dan keluarga bersama keluarga besar yg lain menunggu bas persiaran yg akan membawa kami ke pulau pinang. saje nak memeriahkan dan meraikan majlis pernikahan anak saudara isteri aku yang berkahwin dengan wanita pilihannya dari penang. aku tak pasti anak mami, tapi yang aku pasti anak mak dia la..

kami sampai penang jam 9 pagi hari ahad (14/2/10). pengantin dan keluarga terdekatnya dah pergi awal sebab majlis akad nikah adalah pada malam sebelumnya. kami cuma nak ke majlis persandingan dan makan2 aje. kami kemudiannya direhatkan di international house di recsam, tak jauh dari usm. waktu makan tengahari barulah kami check out dan ke rumah pengantin perempuan.





Gambar : Antara poster majlis perkahwinan mereka :-


Gambar : Keluarga Aku Semasa Dalam Bas :-




Gambar : Antara Gambar Sekitar Majlis Pernikahan :-




setelah selesai urusan dimajlis, kamipun bertolak balik. hari agak lewat memaksa activiti pusing2 pulau tidak dapat diadakan. bagus jugak tak de sebab badan aku penat, itupun syukur keluarga aku dapat 4 seats. tak payah meriba anak2, kecuali anak bongsu la sebab baru 5 bulan.

terima kasih pada bapa pengantin dan pengantin atas tajaan bas rombongan itu. dan kepada pengantin, salman dan ayuni, diucapkan selamat menempuh alam rumahtangga. moga kalian berolah keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. SELAMAT PENGANTIN BARU SALMAN & AYUNI.

Sunday, February 14, 2010

Balasungkawa 2 Tahun Sebagai Blogger

hari ini (14/2/2010) dah genap 2 tahun aku berblogging. ye lah aku start menulis entry pertama aku pada 14/2/2008. masa tu tak de sape2 ajar aku cara nak buat blog. aku belajar sendiri. blog ini aku buat untuk mencari sedikit pengalaman dalam internet, ala nak cari duit terpijak di internet la koononnya. itu pasal aku namakan ia sebagai izzi-income. ia bermaksud pendapatan mudah atau boleh jugak ditafsikAn pendapatan untuk izman pauzi (izzi).

heh... entry pertama ku memang skema gile, ala nak malu apekan. budak2 baru belajar. ini rupenya entry pertama aku, nak baca korang klik la link2 tu. (http://izzi-income.blogspot.com/2008/02/keperluan-mencari-wang-sampingan.html)

gaja penulisan akupun sebenarnya sering berubah2. dari gaya jiwang, kebapaan, kegatalan, kurang asam punya kata2 dan sebagainya. tengok mood dan cerita apa la.... dari yg aku sendiri perhatikan, entry aku yg paling banyak diulang siaran ialah entry berkaitan cerita hantu dari cameron highland. ini kisah benar aku sekeluarga semasa bercuti di sana. uiihh... seram bulu kaduk woii... (he.he..he...). tak pernah baca, hah... bacalah kat link ini (http://izzi-income.blogspot.com/2009/03/cerita-hantu-dari-cameron-highland.html)

oh ya, dalam berblog ni secara jujurnya aku tak aktif mana pun, dan sangat sukar aku nak bertemu blogger lainnya. al maklumlah aku ni cuma kerja kilang, apalah standard nak jumpa blogger2 lain yang aku rasa lebih hebat dari aku. ish..ish..ish... dan blogger pertama yg aku jumpa ialah ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com). kemudian diikuti oleh arsaili (http://arsaili.blogspot.com). kemudian diikuti oleh abanglong (http://www.novelman.blogspot.com). dan blogger artis yg aku pernah jumpa ialah novelis terkenal hajjah kamsiah abu @ nekcun (http://www.nekcun.blogspot.com).

dalam berkawan dan dikawani, adalah juga beberapa sahabat yg sudi menjadi follower. dah alhamdulillah setelah mencekik leher beberapa rakan untuk menjadi follower, akhirnya pada 17 september 2009, dapatlah aku berbangga bahawa aku dah ada 100 orang follower. baca kat sini kalau nak tau siapa. sebagai tanda penghargaan aku berikan voucer kfc/pizza hut bernilai rm30.00 kot. cukuplah, ituje termampu. ee... ulang balik, ini link yg aku maksudkan (http://izzi-income.blogspot.com/2009/09/follower-ke-100.html).

dalam berblog, aku juga mencuba nasib dalam pelbagai peraduan seperti karangan lawak dan sebagainya. alhamdulillah setelah mencuba berkali2 akhirnya dapatlah aku menang hadiah pertama peraduan cerita anjuran joegrimjow (http://joegrimjow.blogspot.com). tempat pertama tu, jangan tak percaya! aku dapat sehelai baju MU original dan duit. ini adalah entry yg telah memaksa joe memenangkan aku, jurus tok batin tahap lapan aku bagi joe, mestilah aku menang. ini entry tu (http://izzi-income.blogspot.com/2009/04/suatu-amanah.html). berita kemenangan tu aku hebabkan satu dunia di sini (
http://izzi-income.blogspot.com/2009/06/yahoooooo-aku-menang-baju-mu.html).

lepas tu pun ada jugak beberapa kali lagi aku memang peraduan, tapi saguhati la. okla tu.... aku masuk peraduanpun suka2, saje nak memeriahkan majlis dan tambah kawan baru. memang tu kira bonuslink la..

apa2pun, kepada kawan2 yg membaca blog ini, aku harap korang sedar bahawa blog ini memang bukan tempat untuk rujukan ilmiah nak buat phd. so, gaya bahasa dan kemerapuannya memang begitulah. kepada kawan2 yg mengenali atau tak pernah kenal aku, diberitahu sekali lagi bahawa kebanyakan kisah dan watak di blog ini bersifat merapu. may be 90% dari kisah2 dan watak2 yg diceritakan adalah merapu dan dongen semata2. so, jangan perasanlah! dan akupun saje nak perasan sorang, macam hebat je!

dan sekali lagi aku ucapkan TERIMA KASIH pada semua kerana sudi membaca entry2 aku saban hari. koranglah buat aku bersemangat berkarya (dan mengarut). cuma kalau aku dah over tu, tinggalkanlah sikit komen. aku ni kadang2 lupa diri sikit.

harapan? aku harap aku masih boleh berblog sampai aku tua. dan aku berharap korang terus sokong aku. sekali lagi TERIMA KASIH!



IZZI ADVERTIZING-----------------------------

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, February 9, 2010

Ayah Garang Macam Gajah

ada yg tanya kenapa dah beberapa hari aku tak online dan update blog. jawapan standar aku ialah bizi kerja. balik malam dah malas nak on laptop. layan anak2 lagi best.

cerita pasal layan2 anak2 ni siapa dah bergelar ibubapa tentu setuju bahawa selasak manapun kerenah anak2, ia tetap menghiburkan dan mendamaikan berbanding kerenah di pejabat.

semalam (7/2/10)aku saje bawa keluarga makan malam diluar. bukan di luar rumah kat ruang parking kereta ye adik2, tapi makan kat restoran. saje nak bagi isteri rehat sesekali. lagipun dah gaji, apa salahnya. pergi makan dekat je, Wan Seafood kat pendamar indah.

anak2 sibuk dengan mintak ABC mereka, aku dan wife order kerang rebus sebagai pembuka selera. untuk kenyang kami order 2 ekor puyuh masak sambal petai, sekor ikan siakap masak 3 rasa, sotong celup tepung, kailan ikan masin dan semestinya nasi putih. ingat aku karnivor ke hape makan lauk pauk je. oklah, semua happy dan harganyapun murah je, kurang enam posen nak jadikan lima puluh hengget.

balik rumah layan csi jab, pasti anak2 sibuk layan cartoon. biarlah. tapi anak pompuan aku tu kadang2 terlebih nakal jugak, diketuknya abangnya si luqman. meraung luqman, sakit la woi kena ketuk. aku terus marah pika, dan terus dia menangis.

"waa...... ummi, ayah marah pika. ayah dah tak sayang pika" adu pika kepada ummi yg menyusu si kecil dalam bilik. aku pura2 tak dengar je. bebelan pika tak henti2.

"ummi, ayah garang macam gajah. ayah marah pika. ayah dah tak sayang pika lagi. ayah sayang luqman je".

"ummi, pika tak nak tidur dengan ayah malam ni. esok pika tak nak cium ayah. pika tak nak naik kereta ayah pagi esok".

"ummi, ayah tak nak sayang pika ke?. pika nak mintak maaf, ayah nak maaf pika ke? pika sayang kat ayah, ayah je tak sayang pika".

argh.... ayah mana yg tak tersentuh. apatah lagi keletah dan kepetahan anak perempuan kesayangan aku ni memang meruntun hati. dalam diam aku kedapur membancuh susu coklat kegemaran pika dan membawa masuk bilik.

"nak susu pika, nak marah ayah lagi tak?" tegurku.

"pika nak mintak maaf ayah. pika nak cium ayah".

aku cuma biarkan pika mencium dan memeluk aku. malam itu pika tidur dengan memeluk erat aku. Ayah sayang anak2 ayah.


Thursday, February 4, 2010

Nostalgia sambutan Hari Jadi Pertama

sebab aku masih dalam mood harijadi (err sebab kek birthday semalam belum abis), aku nak stori sikit pasal kenangan kali pertama aku sambut hari jadi.

sambutan hari jadi pertama aku berlaku masa aku tingkatan 5. ye tingkatan 5! kenapa, tak percaya? percayalah...... ala korangpun tau, akukan jenis pemalu. manalah nak sambut birthday ni. dalam family akupun hanya kakak aku yg sambut birthday, yg lain mmg tak de la.

ada cerita disebalik sambutan birthday pertama aku tu. begini kisahnya.....

masa itu, aku belajar di dalam tingkatan 5 di bandar jerantut. dan syukur Alhamdulillah sebagai lelaki normal, aku ada seoraang steady girlfriend (dan beberapa non steady gf?). aku tinggal diasrama lelaki kerana rumah aku jauh dan perjalanan ke sekolah juga sangat jauh. kalau jalan kaki dari rumah ke sekolah, alamatnya memang lepas rehat hari ketiga baru sampai la. dan aku terpaksa tinggal diasrama lelaki kerana kalau aku tinggal diasrama perempuan, mau aku kena perkosa dengan mereka. tak rela you,,, akukan teruna sunti.

dibilik asrama aku, bilik itu dinamakan sempena nama tokoh2 Islam, dan bilik aku dinamakan sebagai bilik imam shafie (atau imam maliki? akupun dah lupa). biarpun dinamakan sebagai bilik imam, tapi peraangai sekor2 cam pelesit (termasuk aku daa...) asyik nak buli junior je. yg senior hanya aku, amir, vicky dan fadhil @ badang. ketua bilik ialah amir yg turut memangku jawatan tidak rasmi sebagai perdana menteri bilik itu. aku masa tu menjawat jawatan sebagai ketua biro akademik asrama. dah nama senior dan hensem pulak, err... maksud aku ada jawatan pulak, memang eksen lebih sikit la. hidung aku yg sememangnya tinggi (mancung) memang bertambah tinggi la. semua dalam bilik tu sangat patuh pada aku dan amir kecuali fadhil. fadhil aka badang ni memang jenis tak makan saman. asyik nak melawan je. kalau dia lemah, mau je aku tendang2 bontot dia, tapi dah la tinggi cam galah, tulang keras cam tiang lampu pulak tu.

pernah suatu hari, berlaku pertengkaran antara aku dengan badang dibilik. masing2 ego dan meyuruh yg satu lagi mengalah dan panggil abang. no way man! sambil bertaki mulut disaksikan adik2 junior yg memang suka sangat tengok kedua2 pembuli mereka bergaduh dan berbunuhan, aku dan badang hilang kewarasan dan mula berlawan. bukan bertumbuk, kami lawan tangkis lengan masing2. aku pancas, dia tahan. dia pancas, aku tahan. mak aikk sakit nak mampos! tapi nak cover kemaluan depan junior, aku terus lawan. tulang badang ni memang keras, tapi sesuailah sebab memang dia langsung tak de isi, tulang semata2. sambil2 tu masing2 suruh mengalah dan panggil yg seorang lagi abang. arrh... lawaan!

badang : woi izman, ko muda, ko lah kena panggil aku abang.
aku : mana boleh, ko lagi muda. ko kena pangil aku abang.
badang : aku lahir bulan 2, akulah abang.
aku : akupun lahir bulan 2, akulah abang.
badang : aku lahir lagi awal, akulah abang.
aku : aku lahir 3 haribulan 2, akulah abang.
badang : akupun lahir 3 haribulan 2 la.
aku : tipu..
badang : ye la, aku 3.2.76 lahir. ko tu tipu.
aku : aduii.. cilaka sakit tangan aku... aku tak tipu la.
badang : aku tak percaya. jom ambik ic. sape lagi mudaa kena panggil sorang lagi abang.
aku : aku setuju (sebab tangan dah sakit sangat)
badang : nak ic aku, bak sini ic kau.
aku : ye la badang, kita lahir sama tarikh la....
badang : ye la. jom salam.
aku : ok kita geng. mari kita bersatu, kita jadi abang bilik ni. ha.ha..ha..... khalid! jangan dok sengih. suka show free ye. pergi kilat kasut hitam aku.
badang : yang lain tengok ape? nak kena penendang?

setelah berbaik, bilik itu kamilah yg punya. sebab tarikh hari jadi kami hampir tiba, badang yang sekelas dengan makwe aku berpakat nak sambut harijadi bersama dengan aku diasrama. masa tu tengah minggu, tak le keluar bandar. nasib baik awek aku rumah berdekatan dan tidak tinggal asrama, dia beli kek, buat beberapa jenis juadaah termasuk mee dan agar2 kegemaran aku (dari sekolah dulu lagi aku dah tetapkan bahawa bakal isteri aku nanti memang kena pandai masak agar2). malah aawek tu juga yg menyeludup kamera untuk merakam aksi harijadi itu.

dan, akhirnya pada hari 03 februari itu, aku dan badang menyambut hari jadi bersama. arghh malas aku nak geledah album aku cari gambar2 tu. kang jumpa nak kena scan lagi. tau ajelah malam ni malam jumaat. ni pun tunggu anak pompuan aku tidur. bilalah kartun tom and jerry ni nak abis. astro pun satu, apsal la buat kartun 24 jam. tapi betul, itulah kali pertama aku sambut birthday.




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

Wednesday, February 3, 2010

Happy Birthday Ayah

hari ni (3/2/2010) bertambah lagi umur aku setahun lagi. apa yang aku harapkan dengan pertambahan umur ni? biasalah, ianya sama seperti impian lelaki bergelar suami. apa? nak cari bini baru wwoooooitt... tak sayang molot! tak kan aku tergamak nak cari bini baru, tidak! tidak! (buat masa sekarang. he.he.he..).

yang aku impikan dalam hidup sekarang cuma kebahagian dan kesenangan bersama keluarga. syukurlah ada isteri yg memahami sifat dan kerjaya aku. aku ni kalau bizi, bizi giler. dapat anak2 yg comel dan keletah yg menghiburkan cukup membahagiakan.

ok ya, terima kasih atas ucapan kawan2 dunia nyata dan dunia ghaib (blog, fb,internet). ucapan yg aku terima dari semalam spt dari tommy ho (ipoh), din (rawang), shamala (nilai), mahes (shah alam), kak mazlina (jerantut), geng2 facebook, geng2 blog, rakan sekerja, saudara mara dan sebagainya sangat2 aku hargai, walaupun sekadar satu sms bernilai sepuluh sen. betul, aku menghargainya.

kepada kawan setempat kerja atas suprise tadi. terkejut beruk jugak aku sekejab. biaslah tengah2 sibuk, tiba2 ada kek harijadi. aku hargainya. thanks devi, malar, wan, murni, tan ck, aizan, rubben, din, dan kawan2 lain atas suprise dan kek tadi. nasib baik aku takde lemah jantung, kalau tak almarhum aku.

balik umah, wife dah awal2 pesal tak mau beli apa2, nak masak special katanya. why not kata aku (save duit aku untuk plan nak beli pizza). since makanan dah isteri tersayang sediakan, aku keluar gi tesco beli kek. ala kek kecik je, saje buat syarat kat anak2 yg bising nak tiup kek. aku manlah suka nak tiup2 kek ni. inilah rupanyan kek kecik aku tu :-





tiada sambutan. yang ada cuma suara nyaring dan girang anak2 menyanyikan lagi selamat hari jadi buat ayah mereka. pastu berebut tiup lilin dan mengucapkan "hepi besday ayah" sambil mencium pipi si ayah. dengan limpahan kasih sayang ini, apa lagi yang hendak aku harapkan. Syukur kepada Allah atas nikmatnya ini.

Tuesday, February 2, 2010

Kuli Belanja Bos

hari ni (2/2/10) setelah diasak berkali2 dan berhari2 untuk dibelanja, akhirnya aku setuju. kawan2 tu biasa belanja dan dibelanja, tapi kali ni lain, pekerja bangladesh aku merayu nak belanja makan. arggh... aku nak kuruskan badan la. aku sekarang dah jadi peminat cerita biggest losers asia. tak rela aku jadi kembang gedabak cam peserta sorang tu. buah dada je dah meluyut sampai pusat. err... aku cakap pasal peserta lelaki ye.

berbalik kepada paksaan belanja tadi, ada ramai sebenarnya nak belanja aku dan termasuk kawan2 yg lain, tapi malas nak ambil berat. aku dan rata2 pegawai dipanggil boss oleh abang2la (bangla). so tak kan bos pulak dibelanja oleh kuli (pekerja la.... akupun kuli jugak).

setelah tak tahan lagi menanggung desakan, akhirnya aku setuju dan meminta mereka berkongsi dan belanja aku dan geng serentak. jimat sikit duit mereka. mereka tu bukannya orang senang, buat apa nak ambik kesempatan. so, setelah kami pilih 3 orang yang sesuai dan kami yakin benar2 ikhlas, kamipun ke bagan seafood di tanjung harapan @ tanjung gila di port klang.

since aku dalam diet, tak banyak aku dan saiful order. ini je yang kami rasa sesuai, dan menepati budget pekerja aku tu. mereka budget rm400 ke 500 tapi, aku cuba minimakan kos mereka. inilah juadah yg dipilih :-

1) Tom Yam Campur


2) Kailan Ikan Masin


3) Daging Rusa Masak Kicap


4) Butter Soft Crab


5) Ketam Masak Bercili


6) Butter Prawn


7) Ikan 3 Rasa


8) Ikan Stim Lemon


inilah sedikit gambar kenangan masa makan. posing sakan tu sebab diminta oleh abang2la berkenaan. may be nak hantar ke majalah 'bangladesh post'. ruangan cari jodoh barangkali.






apa? harga? oo... tak banyak. termasuk makanan diatas, nasi tambah, air tembikai laici satu jag besar, ianya cuma rm220.40. murahkan!


IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------