Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 53

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yg telah mengekalkan nikmat kemerdekaan ke 53 buat seluruh rakyat Malaysia pada hari ini (31/08/2010).

dari semalam, masa balik dari berbuka puasa di tropicana golf & country club kira2 jam 11 malam, aku lihat rata kiri kanan jalan agak kureng sangat bendera Malaysia berkibar. mahal sangatkah bendera sampai kita semua begitu kedekut nak kibarkannya. masjid/surau rata2 agak lengang, yg ada barangkali jemaah tua yg sedang berborak kosong diberanda, atau ajk surau yang mengemas sejadah dan membasuh pinggang mangkuk selepas terawih dan moreh. mungkin ada juga sebilangan kecil tetamu Allah yg masih bermunajat dan bertadarus dibulan mulia ini.

lain pula halnya di tokong2 cina sekitar pandamaran. rata2 tokong bergemerlapan dengan lampu dan ramai penganut bersedia dengan mercun dan bunga api bagi menyambut ketibaan detik 31 ogos.

orang india dan kuil2? same je dengan melayu. sunyi dan suram.

ini buat aku berdetik, sambutan hari kemerdekaan ini untuk siapa? siapa yang patut menyambutnya? ye.... aku tau semua bangsa dimalaysia patut meraikannya (abaikan bangla, indon, vietnam, filipino, etc,..). tapi bukankan MAlaysia ini suatu kala digelar Tanah Melayu? dimanakah melayu? mungkin melayu ramai meraikan hari bersejarah ini dengan cara mereka sendiri, ye lah anak2 merdeka. mungkin dengan cari berkonsert, mabuk2, menghisap dadah dan gam, berpeleseran dan berkhalwat di hotel2 murah. dan tak kurang pula sekadar menonton tivi dirumah (seperti aku).

keterlaluan kata2 aku? bersikap perkauman? bukan! jauh panggang dari ayam panggang untuk aku bersifat perkauman. dari dulu sampai kini aku hanya bekerja dengan india dan cina, aku tak pernah bekerja dengan bangsa aku. entah, dah puluhan tahun merdeka,dalam diri aku masih terpahat pemikiran penjajah yang melayu suka membunuh bangsanya sendiri dari membinanya. Insyallah, mana tau awal tahun depan aku bekerja dengan syarikat melayu pula. Doa-doakanlah.

dalam seminggu lepas, tivi percuma dan tivi berbayar, semua dok galak tayang cerita kemerdekaan, dan seperti biasa dan dijangka, ccerita2 sama diulangtayang sampai nak naik muak. cerita bukit kepong, leftenan adnan, sarjan hassan, hati malaya, embun .... itulah sahaja filem yang kita ada dan diulangtayang. aku setuju ia perlu untuk kita ingat sejarah, tapi kita juga perlu filem sejarah yang diberi nafas baru. cerita sarjan hassan dan bukit kepong aku dah tengok dari aku kecik, dah besar tak kan aku nak layan lagi 100 kali sebelum aku cukup nyanyuk untuk mengerti apa itu sejarah.

pun begitu dari layan cerita indon dan siam, baik layan cerita melayu. sesekali layan tivi berbayar tengok documentari. dari takde filem bermutu tentang sejarah, layan je lefternan adnan dan sarjan hassan buat kali ke berapa puluh. filem negara malaysia terasa dipimpin oleh orang dangkal kerana tak terdaya buat filem sejarah mengenang dato bahaman, tok gajah, abd rahman limbong dan seangkatan dengannya. filem picisan yang dengar tajuk buat aku nak muntah sanggup pulak keluar dana, filem sejarah? heh!!!

berbalik pengisian malam merdeka aku, aku just tengok tivi macam kebanyakan melayu lain. bila terdetik hati dengan pengorbanan tokoh2 melayu yg menentang komunis dan penjajah tu, aku buat solat sunat untuk mereka. itulah takat termampu. kemudian, layan tivi sampai 3 pagi, cerita tamil.

awal pagi (selepas sahur dan sebagainya) wife kejut sebab ditadika aaaanak aku ada xtvt menyambut hari kemerdekaan. sebagai bapa dan sebagai ajk tadika aku pergi. ramai ibubapa hadir memberi sokongan. majlis dimulakan dengan upacara menaikan bendera dan menyanyikan lagu negaraku. ikhlas, inilah kali pertama aku nyanyi sejak meninggalkan zaman perhimpunan sekolah. terasa menyucuk jiwa.

anak aku luqman dan rakan2 kemudian ada pertandingan mewarna. aku tumpang semangkuk mengambil gambar dan berbual2 mesra dengan kaum bapa yg hadir. err... dari 8 lukisan terbaik, luqman tak terpilih. aku sebenarnya tak tau ada pertandingan mewarna, so tak bawa kelengkapan mewarna. bila tengok semua ibubapa bawa dengan segala makdatuk punya alat mewarna aku cepat2 ke kedai berhampiran beli pensel warna. ok lah, sekadar memeriahkan majlis.

oh ya, sempena hari kemerdekaan kita ke 53 ini, sama2 lah kita menghargai 'lajur gemilang' kita. sedih aku bila ia dibakar, dipijak dan diletak najis oleh manusia yang rakyatnya ramai yang mencari rezeki di tanahair kita. kita bagi beras, dia balas tahi. aku faham bukan semua, cuma segelintir, tapi kerajaan kita dah terlalu berlembut dengan mereka. dengan orang hina bendera kita, kita berlembut. dengan rakyat kita yang buat lagu hina kita, kita berlembut. so, kemana tahap kasih sayang kita pada negara kita ni? mungkin kita dah jadi macam lagu pak pandir...

"yang remeh, dan yang temeh
berlegar disekelilingmu
buatlah, buatlah tak tau....."

Friday, August 27, 2010

Kenapa Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Maknanya ?

Hari ini (27/8/2010)adalah HARI NUZUL AL-QURAN. ia adalah antara hari yang harus diraikan oleh umat Islam. Al-Quran yang diturunkan kepada kita telah berjaya menjauhkan diri kita dari menjadi kafir.

even hari ni buat kali pertama syarikat tempat aku bekerja ini bekerja kerana tidak mengambil cuti ini sebagai cuti umum, tapi aku menganggapnya sebagai hari aku beribadah juga, bukankan kerja yang ikhlas itu suatu ibadah.

Dalam melihat Al-Quran itu sebagai panduan hidup kita, aku nampak ia semakin dilupakan. dulu turunnya Al-Quran, masyarakat jahiliah telah berubah dari hidup yang bergelumang dosa seperti asabiah, bunuh anak perempuan, perzinaan, pelacuran dan peperangan sesama sendiri. kini, walaupun adanya Al-Quran; keadaan masuyarakat kita rupanya lebih teruk. perzinaan, sumbang muhram, pelacuran, dan rasuah berleluasa. dulu bangsa arab cuma bunuh anak perempuan yang dikatakan pembawa sial, kita anak lelaki pun turut dibunuh. malah lebih keji, mereka membuangnya ke sungai, longkang, tempat najis atau tempat sampah. bangsa arab jahiliah dulu lagi bertamadun sebab mereka juga bunuh anak perempuan, tapi mereka menanam mayat anak perempuan mereka itu.

nak kata kita tak kenal Al-Quran, mustahil! masuk tadika je, kita dah diajar membaca Bismillah, doa masuk kelas, doa makan, sembahyang dan sebagainya. pelajaran Islam dan ilmu Al-Quran ini kita belajar hari2 bila kita masuk sekolah rendah, dan menengah. ye, aku setuju kat universiti kita kurang atau tidak didik lagi dengan ilmu Islam dan Al-Quran jika kita memilih kursus2 bukan bersifat Islam. aku setuju tu, tapi dikala mana dah masuk 'u' aku rasa seseorang itu sudah cukup berakal untuk mencari ilmu2 Islam itu sendiri. ada pusat Islam, ada masjid, ada perpustakaan dan sebagainya. rata2 sahabat2 kita sebenarnya hanyut dalam dunia dosa dan noda bila mula memasuki dunia pekerjaan. terencat akal barangkali.

Al-Quran itu sebenarnya tidak pernah outdated atau ketinggalan even dah beratus2 tahun ia diturunkan. Allah itu maha mengetahui: Allah itu telah memberikan peringatan, panduan dan amaran melalui Al-Quran kepada kita seluruh alam. cuma kita yang degil dan tidak mahu memahami Al-Quran.

Al-Quran kini lebih kepada aksesori sahaja. kat rumah kita letak Al-Quran bertinta emas dan mahal diruang tamu untuk menunjuk2. kita letak Al-Quran dan menampal stiker ayat2 Quran dalam kereta, tapi kita masih membuat maksiat didalam kereta. kita seronok tunjukkan kepada orang bukan Islam yang kita Islam dengan adanya ringtones ayat2 Quran di telefon kita.

satu yang aku rasa agak pelik dengan umat Islam kita ialah kita cepat emosi bila ada orang yang menggunakan ayat2 Quran sebagai hiasan selipar, spender, coli dan sebagainya. mereka dengan lantang mendesak mengutuk dan mengedar email meminta jabatan agama bertindak menarik balik penjualannya. Ya, aku juga sokong. tapi mereka sebenarnya lupa bahawa mereka langsung tiada emosi bila Allah sebenarnya telah menarik Al-Quran dari hati mereka.

huh! dulu, kalau ada ibubapa yang nazak atau meninggal dunia, anak2 mereka yang mengepalai bacaan Yaasin atau mengaji Quran. tapi kini kita lebih senang mengupah orang surau/masjid untuk mengaji bagi orang tua kita yang nazak atau meninggal dunia. senang, bayar aje. bukan mahal manapun sebab geng suraukan makan gaji dengan kerajaan.



ye, aku setuju bahawa zaman sudah moden, tiada duit hidup kita merempat. tapi, Islam itu perlu dijunjung di kepala. Iman itu perlu ada di hati. Al-Quran itu perlu sebagai pakaian diri. akhlak Al-Quran.

Ye aku juga setuju bahawa ramai yang kata buat apa baca Al-Quran tapi tak memahami Al-Quran. tapi Allah itu maha agung, baca Al-Quran dapat pahala. dengar sahajapun dapat pahala. kalau baca dan faham, lagilah besar pahalanya. lagi-lagi besar pahala jika kita baca Al-Quran, faham Al-Quran, dan mengamalkan cara hidup berpandukan Al-Quran.

ini ada satu kisah dari kirikan email seorang sahabat mengenai kenapa kita perlu baca Al-Quran walaupun tidak memahaminya. jangan pertikaikan ini kisah benar atau rekaan, atau kenapa ia berlaku di amerika. bacalah ia dengan mata hati, dan fahami apa yang tersurat disebalik kisah ini. moga selepas ini kita semua akan menjadi manusia yang cintakan Al-Quran.

---------------------------------------------------------

Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.

IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------

Thursday, August 26, 2010

Periuk Serbaguna Di Bulan Ramadhan

hari ni aku bangun sahur agak awal, ia gara2 anak bongsu aku (bongsu pada masa sekarang la...) menangis dan nak menemankan ummi dia memasak. so, sebagai suami yang mithali (kuang.3x) aku jagakan mira sementara umminya memasak.

dengan kesejukan awal pagi, dengan mengantuk aku lihat begitu isteri berusaha memasak sahur bagi kami sekeluarga.

bercerita pasal sahur ni, aku nak kongsi sikit pengalaman aku bersahur masa kat uum sintok dulu. duduk kolej, bujang. dan semestinya makan sahur ala kadar je. tapi kami jugak memasak.

aku masih ingat, sahur adalah waktu yang memeritkan untuk bangun dan makan. ye lah, tidur sangat lewat kerana layan borak, atau melayan movie atau sekadar borak2 kosong dengan member2. studi? mestilah kena studi beb, ini universiti bukan tempat main2. err... studi time nak exam je la... he.he.he....

sebelum bulan puasa, rakan2 mula buat group berbuka dan sahur. aku juga tidak ketinggalan. geng aku ada 4 orang: aku, kamil, adin dan wak zahari (poksu). kami share duit beli rice cooker. kat uum sebenarnya tak boleh memasak sebab kami dah disediakan cafeteria. ala faham2 je lah, manalah kami mampu nak asyik makan sedap2, semuanya perlu duit.

kami buat giliran memasak nasi dan membeli lauk pauk dan kuih muih. duit tu kami tong-tong (kongsi) la... sebab ada 4 orang; bisanya 2 kena masak dan 2 kena beli makanan. berbuka oklah sebab kelas paling lambat abis jam 6 petang. so, sempatlah memasak dan beli lauk pauk. nak beli makanan senang, yg terdekat ialah cafe eon dan cafe petronas (d9).

yang kena giliran memasak terpaksa memasak nasi. senang sebab pakai rice cooker. senang2 pun ada jugak masanya tukang masak nasi lalai hingga kami berbuka terpaksa makan kuih je. ye lah, mengantuk sampai lupa nak tekan suis. nasib baik bersahur tak pernah jadi adegan nasi tak masak tu.

kalau masa duit tengah banyak atau tengah kering sangat, rice cooker tu jadi periuk serbaguna. kami goreng telur guna rice cooker. kami masak kerang atau lala guna rice cooker. kami masak telur rebus pakai rice cooker. kami turut panaskan sardin, ikan bilis segera..... err... even masak mee segera pakai rice cooker. tak percaya? percayalah! ada teknik ye kawan2. itulah sebabnya kami masuk 'u' sebab cerdik dan kreatif (eweekkkkk).

memasak dan berkongsi makanan berbuka dan bersahur ramai2 ni bagus; meriah sebab ada kawan2 dan dapat berjimat. tapi disebabkan komitmen lain, ada juga masanya aku terpaksa berbuka sorang2. yang lain tu ada date lah, makan kat masjidlah, dan pelbagai alasan lagi. alasan2 ini bila time ada duit, kalau pokai semua ada makan bersama. akupun sama cam tu, kadang2 kekasih hati ajak berbuka bersama, so kena tinggalkan kawan2 la. berbuka ngan awek biasanya takat di cafe pernas je. err... ada jugak berbuka kat aloq setaq. ramai ke awek aku? ish.ish.ish... soalan kurang hajar tu. sorang je la. sorang kat kolej pernas, sorang kat kolej guthrie, sorang kat kolej petronas. tak boleh ramai2 dalam satu kolej nanti terserempak. kuang.3x....

nota kaki untuk isteri tersayang :
cerita2 ni sekadar memori indah masa bersahur dan berbuka di campus dulu. cerita awek2 sekadar selingan. ayangkan tau abang ni mana ada makwe dulu. abang gi universiti tu untuk belajar je. dengan kuliah, dengan aktiviti universiti dan ko-kurikulum, assignment bertimbun, exam, kuiz dan sebagainya manalah abang ada masa nak bercinta2 ni. (errr... apsal aku sendiri rasa nak muntah baca nota kaki ni. tolong jangan muntah ye sebab nanti batal pose).

Tuesday, August 24, 2010

Bersahur KFC

semalam (23/8/2010) aku rasakan masa terlalu lambat berlalu. badan terasa sakit sangat. inilah bahananya food poisoning, atau bahasa kampung aku akibat keracunan makanan. tu la aku dah tulis pasal makanan pasar ramadhan yang tidak bersih atau dah basi. so, aku dah boikot pasar ramadhan area econsave pandamaran.

aku tak tau sakit akibat makan apa; ayam panggangke, laksamke, kuih-muihke, atau .... err, banyak le aku beli semalam. dah hari minggu, masa banyak... banyak le momborongnya. argh.... lantaklah, paling senang aku boikot semua. may be semua makanan tu menyumbang kepada kesakitan perut aku tu, aku ni perut agak sensitif. makanan semalaman tak boleh, masakan pagi tak boleh makan tengahari, masakan tengahari tak boleh makan malam. pendek kata, selalu nak yg fresh. dah beberapa kali sebenarnya aku keracunan makanan ni, dah dah beberapa kali jugak le aku masuk wad kat selangor medical centre (dh sukar nama apa tah) dan subang jaya medical centre dulu (sekarang sime darby medical centre).

berbalik pada cerita semalam.

dari jam 1 pagi, rasa badan dah lain macam, tak leh tido. dalam jam 3 pagi, aku rasa sakit perut dan rasa muntah2. ingat nak dapat anak lagi sebab asyik2 muntah, tapi dengan perut yg jugak memulas, rasanya keracunan makanan ni. aku cari pil chi kit chit aun, takde. so, aku ke 7-eleven berhampiran, dan takde jual. aku balik rumah hampa. sakit perut menjadi2, dan lebih teruk muntah tak berenti.

kat rumah, wife yang setia turut bersengkang mata. habis badan aku disapu ubat dan minyak angin. sebab masih muntah, dan dah takde menda nak muntah, terasa sakit betul perut dan badan. aku mengambil keputusan untuk ke klinik 24 jam berhampiran. kat port klang.

dalam jam 4.30 pagi rasanya aku ke klinik. aku yakin kalau aku tak ke klinik, aku tak leh puasa. sayang wooo kalau tinggil puasa. nasib baik ada klinik 24 jam yang bukak dan ada doktor. kat port klang ni ada beberapa klinik yag beroperasi 24 jam, tapi rata2 takde doktor.

since takde pesakit lain, cepatla aku jumpa doktor. sah, keracunan makanan. aku beritahu doktor yang aku nak puasa dan minta dia bagi ubat tahan muntah. doktor tu sebenarnya nasihatkan aku agar tidak berpuasa kerana aku dah kehilangan banyak bendalir badan akibat muntah dan kerap buang air besar. oh tidak! tak sanggup aku tinggalkan puasa ramadhan ni. dah la amalan lain kurang, ni nak ponteng puasa pulak.

setelah aku berkeras, doktor beritahu dia akan berikan aku suntikan untuk tahan muntah. aku tunggu di bilik doktor dalam 10 minit untuk tengok kesan ubat suntikan tu. rasa nak muntah alhamdulillah hilang. kemudian doktor tu paksa aku makan dalam 5-6 biji ubat disitu jugak. cam budak2 je kena paksa makan ubat. aku dah la rushing nak bersahur, kena tunggu kat klinik pulak. dalam area 515 pagi kot semuanya siap. melayang gak duit aku rm70 hengget.

nak bersahur kat rumah dah agak lewat sebab trafic light banyak, masa datang tadi cepat sebab emergency. aku call wife cakap aku nak bersahur area port klang je. rata2 restoren tutup. pilihan pertama aku mc donalds. pun tutup. adui..... nak sahur pakai apa ni. Aaa... kfc. nasib baik kfc port klang dibuka 24 jam.

aku pesan set bubur kfc. tambah burger a.m. savers. since nak gantikan air yg hilang dalam badan, aku ambik air teh panas dan 2 botol air mineral. dalam kfc tu selain pekerja kfc hanya aku sorang je ada. ye la, sapelah yang suka bersahur makanan segera.

agak gelojoh aku makan sebab imsak jam 5.45 pagi. subuh 5.55pagi. syukur dapat aku bersahur. balik rumah, solat subuh jab dan cuba tidur sebab seharian tak tidur. tak dapat tidur. may be sebab sisa2 kesakitan akibat muntah masih ada. badan terasa sakit sangat. aku berjaga sampai pagi.

paginya aku hantar luqman ke tadika cam biasa. even dapat surat sakit aku ke opis jugak, kerja bertimbun. tapi kat opis rasa badan sakit sangat. aku sms GM aku beritahu aku nak balik rehat. dah alhamdulillah kat rumah aku dapat tido beberapa jam. sebenarnya agak sukar untuk aku tidur siang ni. may be sebab sakit badan aku tertidur. jam 12.00 tengahari aku dah bangun. terasa ada tangan2 kecil menyentuh tubuh aku. anak2 rupanya. mereka memegang dan memicit tubuh aku, nak urut badan aku barangkali. luqman pun dah balik dari tadika.

aku mandi manda, rehat jab, solat zohor dan kemudian ke opis. wife cam biasa muncung je. mau tak muncung, dah sakit2 pun paksa diri ke opis. aku ni jenis gila kerja barangkali. dalam sakit badan yg masih terasa aku buat mana2 kerja yang terdaya, bila busy dengan kerja tak le terasa sakit sangat badan. dah hujung bulan, banyak urusan gaji belum diberesin, apatah lagi syarikat membayar tunggakan kenaikan gaji dari bulan januari 2010 kepada semua pekerja. aku nak pastikan pekerja mendapat gaji yang cukup dan betul. syukurlah, dengan kenaikan dan tunggakan gaji ni dapatlah pekerja2 muslim syarikat aku tu beraya sakan sikit. ekonomi dah agak stabil dan syarikat mampu bayar kenaikan gaji seperti tahun2 sebelumnya.

jam 6.15 petang aku ke pasar ramadhan area rumah aku sorang2 je. tak larat aku nak singgah rumah ambik luqman dan pika. beli ala kadar je, kuih2. nasi, lauk pauk dan sayur isteri tersayang dah sediakan. cuma kuih je beli. ala, beli kuih muih ni lebih pada yang anak2 pesan; sira pisang, kuih tepung pelita, popia goreng dan ada la sedikit2 kuih lain.

lepas berbuka, solat maghrib, aku makan ubat sakit badan 2 biji. dan tidur. jam 1 pagi baru bangun, abis solat terawih aku tertinggal. perut keroncong, wife nyenyak tido bersama anak2 di bilik satu lagi. malas nak kejut dan meyusahkan isteri yang kepenatan, kejab lagi mesti dia nak bangun siapkan makanan sahur pulak. nasi masa berbuka aku tak makan tu yg rasa agak lapar. even nasi dan lauk pauk masih ada aku tak makan, takut lagi meragam perut. aku masak megi dan telur je.

dah kenyang, mata dah segar. badan pun dah alhamdulillah tak sakit lagi. solat isya' jab. then, apa lagi, tulis blog la. tengok anak2 tidur, terasa syukur je dikurniakan tubuh badan yang sihat dan keluarga yang bahagia. tidur sorang je anak perempuan aku si pika. biasanya tak leh berenggang dari aku, may be tak nak ganggu aku kot. biasanya kalau tersedar diawal pagi, confirm pika akan cari aku. manja benar anak perempuan aku ni. anak2 ni even kenakalan dan keletahnya ada yang kadang-kalanya memeningkan kepala; aku cukup bahagia melayannya.

syukur padaMu ya Allah atas nikmat sihat dan nikmat bahagia ini.

Monday, August 23, 2010

Kenapa Murtabak Mesti Letak Bawang?

bulan2 puasa ni, nak tak nak kita memang terpanggil nak pergi pasar ramadhan. ye lah, seharian berpuasa, penat, tentu macam2 rasa nak makan. tengok itu selera, tengok ini terasa nak cuba. even, agar2 yang biasa2 tu pun kita anggup beli even harga dia mahal. nafsu puasa la katakan. heh... kalau diletakkan kepala keretapi kemudian salut coklat, aku yakin ada jugak nak nak beli buat juadah berbuka.

dalam pengalaman aku ke pasar ramadhan tak kiralah di mana2, rata2 ramai benar pengunjung. yg muslim tu biasalah, yang bukan muslim pun tumpang semangkuk. dari satu segi, ia bagus untuk pembangunan ekonomi umat Islam. tapi dua kali fikir aku rasa rata2 peniaga tak ikhlas meniaga.

aku berani kata begitu sebab ia berkisar dari pengalaman aku. banyak kuih dijual, dah la mahal, rasa dia....... jauh dari sedap. ye.. aku setuju bahawa ada yg memang sedap dan berpatuttan, tapi ramai jugak yg ccekik darah.

ada peniaga yg menjual kuih yg tak laku dihari sebelumnya. aku faham, tak baik membazir dan membazir itu amalan syaitan, tapi kalau korang jual makanan basi kat sedara mara seislam lain yg buleh jadi akan menyebabkan mereka sakit perut dan masuk hospital, korang rasa siapa yg perangai syaitan?

kuih muih memang meriah, bagi aku yg minat gile pada agar2 (beledho) kadang2 tertipu. tengok yg merah, beli. tengok yg warna pelangi, beli. yg ada buah2, beli. tapi, bila makan ...... semua rasa sama je. lagi teruk, warna merah menyala, tapi rasa tawar.

apa2pun, kepada peniaga yg jujur tu aku ucapkan syabas. disamping pahala puasa yg dapat. aku yakin mereka juga dapat pahala2 jariah yg lain. teruskan usaha murni anda tu.

pada aku yg agak cerewet makan ni, kadang2 terasa jugak nak seligi kepala penjual2 murtabak. semua murtabak yg dijual mesti ada bawang. kadang2 tu bila dah teringin sangat, aku beli jugak. isi aku bagi isteri aku makan, sedangkan aku makan kulit murtabak. teringin nak makan isi, tapi kalau aku makan isi yg bersalut bawang tu, tapi aku masuk wad icu pulak. tau la, aku ni keturunan bawang putih bawang besar. pantang kalau makan bawang.

ok la, cerita pasal makan ni buat aku lapar pulak. nak pekena sup cendawan jab. nak makan nasi kena tunggu bersahur jam 430am pulak.

Thursday, August 19, 2010

Pika Puasa la .................

Alhamdulillah, dah seminggu lebih umat Islam berpuasa. dan alhamdulillah aku masih berpuasa penuh dan luqman baru 3 hari tak puasa. luqman dah mula terasa nikmat berpuasa. games dah dapat ahad lepas, so agak leka dia dengan games dia tu. aku dah cakapkan pada isteri, kalau luqman merengek nak makan, suruh dia main games. cuma kerja sekolah dia kena siapkan dulu.

dua hari lepas, tah macam mana luqman join adik dia makan. rugi betul puasa dia. kemudian aku cakap, kalau luqman tak puasa dua hari berturut2, ayah bagi video games to kat kawan ayah. semalam, even agak lembik, luqman puasa penuh.

pika? kecik sangat lagi, tak puasa pun. yang aku tergelak ialah aku agak kerap menelefon atau men'sms isteri tanya luqman puasa ke tidak setiap hari, yang selalu jawab puasa ialah pika. kalau luqman berpuasa, aku biasanya akan balik lebih awal ke rumah dan bawa luqman ke pasar ramadhan terdekat. bagi dia pilih apa dia nak makan. yang terlebih memilih kadang2 si adik yang tak berpuasa. kalau aku tanya si adik tentang luqman puasa ke tidak, confirm dia jawab puasa. mau taknya, jika luqman puasa, mereka berdua akan aku bawa ke pasar ramadhan. kalau luqman tak puasa, aku singgah je pasar ramadhan sorang2.

pernah suatu hari, masa balik dari kerja ambik luqman dan pika nak pergi pasar ramadhan, pika yang masa paginya turut bersahur cakap dia berpuasa. aku terkejut.

pika : ayah, pika puasa.
ayah : betul ke pika puasa?
pika : betul ayah, pika puasa.
ayah : pika tak makan nasi?
pika : tak, pika tak makan nasi pun hari ni.
ayah : abis, pika tak makan apa2?
pika : pika makan mee je.
ayah : makan mee pun dah batal puasa pika. dah, panggil abang luqman cepat, kang ayah tinggal.
pika : yey, yey.... pergi pasar ramadhan. abang luqman, ccepat!!!!!

Monday, August 16, 2010

Kerjaya Paling Susah Ialah Menjadi Ibubapa

semalam, semasa menonton sebuah cerita orgputeh, aku terkesan dengan kata2 salah seorang dari mereka, "kerjaya yang paling susah ialah menjadi ibubapa".

setul ke susah nak jadi ibubapa. kalau difikirkan secara pendek akal, apa yang susahnya jadi ibubapa. cari pasangan berlainan jenis, berkahwwin, mengandung dan beranak. keluar je anak, secara automatik pasangan suamiisteri tersebut dianugerahkan pangkat 'ibubapa'. so, simple!

payah! apahal la korang kata susah. hari2 aku tengok berita, ramai benar anak2 dilahirkan dan dicampakkan ke longkang, tempat najis, tempat buang sampah dan sebagainya. itu secara pendek akal juga menunjukkan bahawa senang betul menjadi ibubapa. cuma, ibubapa jenis ini sesuai digelar ibubapa berhati setan. dah jahat tu jahat la, jangan la buang bayi tu dalam longkang. itu membunuh namanya. budak2 sekarang ni makin hari makin bodoh; dulu ramai jugak buang anak, tapi mereka letak kat masjid dan surau. mereka pandai, mereka letak masa orang nak gi sembahyang supaya anak2 yg tak berdosa itu segera dijumpai orang dan dapat dippelihara dengan selamat. sekarang? memang dihumban kemana2 dan berharap anjing memakan bayi itu dan menghapuskan bukti.

huh.....!

dalam menjadi ibubapa ni, pada aku agak sukar. nak beri makan pakai tu satu hal, nak mendidik mereka juga satu hal. budak2 jaman ini bukan macam jaman aku kecik2 dulu; jaman dah berubah.

anak2 kalau dijaga sangat; itu mengongkong katanya.
kalau tak dijaga; itu tidak mempedulikan mereka.

menjaga anak2 tu bukan setakat dari mereka lahir; ia sebenarnya melampaui tempoh masa itu. anak2 itu dijaga sejak mereka bula berbibit di rahim ibu lagi. ibubapa menjaga dan memenuhi keperluan si anak. ye lah, kena ambik suntikan itu dan ini. kena jaga pemakanan. kena jaga pemakaian. dan lain2. dah keluar si anak, kena berjaga malam mengurus susu dan lampin. nanti kena perhati mereka membesar, tumbuh gigi, bertatih, berjalan dan sebagainya.

bersekolah satu hal lagi. nak hantar ke sekolah mana? siapa yg bentuk anak tu nak jadi apa? jadi manusia atau jadi beruang. peranan daan keputusan ibubapa penting. duit tok sah cerita la. dengan pakaian, tambang, duit saku, buku, kelas tusyen, henset?, make up, dan sebagainya. kadang2 anak nak dating pun makbapak yg kena bayar.

dalam keluarga, menjadi ibubapa sangat susah, lebih2 lagi yg beranak ramai. kalau ditumpukan pada salah seorang anak, nanti dikatakan pilih kasih. anak emas ibu atau ayah. yang tak dipilih akan terasa menjadi anak pungut pulak.

peranan ibubapa tak terhenti bila anak2 habis belajar diuniversiti. ada yg masih bergantung pada ibubapa lepas belajar, emakayah tanggung cari kerja. dapat kerja dan bila gatal nak berlaki/berbini, ibubapa kena risik, pinang, mengurus kenduri dan sebagainya. dapat bini/laki, kadang2 ada ramai anak2 lupakan ibubapa. tapi peranan ibubapa tak habis disitu, masih memberi nasihat dan tunjukajar pada anak2 untuk berkeluarga. ye, ramai kata ibubapa menyusahkan kerana mencampuri urusan keluarga mereka. ye, kadang2. tapi ingat, tatkala rumahtangga musnah, atau anda dilanda musibah, nak dicampak kemana diri anda atau anak2 anda? nak duduk rumah anak yatim atau duduk bersama datuknenek mereka?

yang belum berkeluarga, aku yakin mereka belum dapat feeling kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anak2. pada aku secara peribadi, kadang2 tu ada jamuan makan ditempat high class dan tiba2 terlintas wajah anak2, tak lalu nak makan. dimemory box hanya fikir nak balik rumah jumpa anak2.

tapi, dengan sesusah itu peranan ibubapa; bila anak2 yag diasuh berjaya. dimanakah ibubapa mereka? yang bagus tu baguslah. tapi ada juga yang menjadikan ibubapa macam bola, dipindahkan dari rumah adik ini ke rumah kakak sana, tolak ke rumah abang dan sebagainya. lagi celaka, ada anak2 yang sanggup menghantar ibubapa mereka ke rumah orang2 tua atas alasan nyanyuk, membebankan, buang air merata2 dan sebagainya.

Sunday, August 15, 2010

Orang HR Memang Pendengar Yang Baik

dalam kerjaya sebagai orang HR (sumber manusia), nak tak nak aku kena jaga tepi kain dan seluar orang. kalau tak jaga dan biarkan mereka buat sesuaka hati seperti datang lewat, ponteng dan sebagainya, nanti aku pulak kena buat surat buang kerja untuk diri sendiri. dan, selain membizi bodi cari kesalahan, aku juga kena kena membantu memperbaiki diri pekerja yang bermasalah. orang HR ni memang pendengar yang baik. ingat seronok ke dengar masalah orang ni? err.. kadang2 tu menarik gak, tapi bila ada masalah seperti masalah keluarga, pergaduhan laki bini, perceraian, pergaduhan dan sebagainya; tak suka den. tapi sebab orang HR suka membantu, dengar je lah.

dengar permasalahan orang ni kadang2 kala sebab mereka2 yg bermasalah itu dipanggil dan akhirnya mereka berccerita. tapi ada jugak yang sukarela jumpa HR nak cerita masalah mereka. kali ni aku ccerita suatu kisah yang agak sedih seorang pekerja yang sukarela jumpa HR berkongsi pengalaman hidup dia. kisah ni dah lama, cuma aku cerita sebagai panduan dan renungan.

begini kisahnya ...................

" saya anak kedua dari 8 beradik. ayah saya orang jawa, kerja bawa lori. mak saya pun jawe jugak, surirumah sepenuh masa. saya sekolah sampai tingkatan 3 je, ayah saya tak mampu. saya tak teruskan belajar lagi sebab nak bagi peluang adik2 saya belajar. dengan gaji ayah sebagai pemandu lori, berapalah sangat gaji. dalam rm600 ke rm1000 sebulan.

untuk tolong ringankan beban ayah, mak saya meniaga nasi lemak. awal2 pagi dalam jam 4.30 pagi, emak dah bangun masak nasi lemak dan kemudian bungkus nasi lemak. emak kerja sampai subuh. lepas subuh, emak kejutkan kami adik beradik untuk ke sekolah atau bekerja. kemudian emak akan membonceng motor ayah ke singpang 3 berhampiran rumah kami untuk jual nasi lemak. lepas tinggalkan emak si gerai tanpa pondok kekal tu, ayah akan ke tempat di bekerja. alhamdulillah, selalunya julan nasi lemak emak saya selalu habis. biasanya sampai jam 11.00 jugak emak dapatkan habiskan nasi lemak dia tu. dah habis julan, emak akan tunggu ayah ambik balik. dalam jam 12.00 tengah hari ayah datang ambik emak, itupun tergopoh gapah sebab ayah keluar rehat.

kadang2 ayah kena bawa lori jauh, dah terpaksalah emak berjalan kaki balik rumah. jauh tu. dah la jauh, kena bawa bekas nasi lagi, kesian emak.

lama kelamaan ayah kemalangan, tak boleh bawa lori lagi. so, ayah duduk rumah dan tolong emak hantar emak ke gerai nasi lemaknya pagi. adik beradik saya ramai masih kecik, jadi saya dan kakak yg kena banyak berkorban. nasib baik isteri memahami. suatu hari, ayah jatuh sakit. teruk jugak. kebanyakkan masa, ayah tak boleh bergerak. suatu hari ayah suruh emak buatkan nescafe kegemarannya. emak taat, dan buatkan ayah nescafe dan bawakan kepada ayah dalam bilik.

ayah minta emak picit lehernya, sengal2 kata ayah. bila ayah kata nak tidur, emak minta izin ayah untuk sambung memasak nasi lemak, menyiang ikan bilis dan sebagainya. ayah cuma angguk lemah. emak didapur sampai subuh. melihat tiada kelibat suami yang bangun untuk solat subuh, emak tertanya2.

tak sedap hati, emak ke bilik menjenguk ayah. ayah masih berselimut. emak mengejutkan ayah. sejuk. badan ayah sejuk. emak menyejutkan ayah berkali2. ayah masih tidak sedar. berfikir ayah mungkin koma atau dan meninggal, emak memanggil saya dan adik2. kami semua menerpa ke bilik ayah. saya memeriksa nadi ayah, dah sah, ayah kami dah takde. ayah dah meninggal dunia. semua menangis hiba.

dalam kesedihan, kami perhatikan dibil tidur ayah. ayah dah meletak kad pengenalan, dompet, geran tanah, geran motor, duit2 pemberian adik beradik saya yang sebelum ini mungkin disorok dicelah2 kain barangkali. ayah juga meletakkan buku bank simpanan, dan segalanya diatas meja disebelah katilnya. ayah seolah2 dah tau dia kan pergi untuk selamanya.

lepas zohor hari tu, jenazah ayah dikebumikan. biarpun ayah saya dah lama meninggal, kenangan dengan ayah masih segar dalam fikiran kami sekeluarga".

orang HR : dah abis cerita kamu?
orang bercerita : dah.
orang HR : kalau sudah, pergi sambung kerja kamu. dan saya akan potong gaji kamu 1 jam.
orang bercerita : kenapa potong gaji saya pulak?
orang HR : sebab kamu membuang masa kamu dan saya bercerita kisah kamu tu. kamu buang masa syarikat, sepatutnya kamu bekerja, bukannya kesana kemari bercerita kisah sedih kamu tu. sebenarnya dah banyak kali saya dengar kamu membuang masa dalam waktu bekerja dengan menjaja cerita kamu tu, sedangkan saya tau ayah kamu masih hidup. bukanke kamu baru isi borong cuti nak hantar ayah kamu pergi mekah?


moral of the story:
1) jangan cerita lebih2 sangat dengan org HR ni, mereka banyak mencari kelemahan kamu. silap cakap kamu habis.

2) jangan menipu, berdosa. lagi2 sekadar nak ambil simpati HR. diorang bukan ada jiwa, jenis hati kering punya.

3) jujurlah dengan masa kerja kita. jangan curi tulang. ikhlas tu penting.

4) ko salah orang bila nak kencing la bro. aku orang HR la....

Saturday, August 14, 2010

Puasa Sehari, Dapat RM100

Alhamdulillah, hari ni (14/8/10)dah hari ke empat puasa. dan semuanya berjalan macam biasa. even cuaca kat port klang ni agak panas, tapi kedatangan hujan dapat membantu melegakan keadaan.

untuk aku, cam biasalah tak de pengecualian untuk puasa. so, puasalah. bagi isteri, masih berpuasa. oraang pompuan, Allah lebih sayangkan depa, tu tiap2 bulan dapat cuti. bagi anak aku luqman, tahun ni aku pujuk (paksa?) berpuasa. dah 6 tahun. tahun lepas, lepas bali tadika je terus cari nasi. tahun ni, kenalah ajar aggresif sikit supaya luqman puasa.

ok, ok.... aku tahu, anak orang lain umuq 4 tahun dah buleh puasa penuh, tak kecohpun! bukan wajib lagipun, yg penting kita dah ajar anak2 berpuasa, bersolat, membaca Al-Quran.

hari pertama puasa, dan sudah semestinya kena bangun sahur. aku dah awal2 lagi dah bagi galakan pada luqman. "Sehari Puasa, Dapat RM10.00". since hari pertama puasa di Selangor adalah hari bersekolah/bekerja, luqman bertahan sampai pukul 2pm je. wife call kata luqman dah makan jelly bersama2 adiknya pika. aduyaii...!

hari kedua (12/8/10), masa sahur aku up kan sikit tawaran berpuasa "Puasa sehari, dapat RM100". luqman sengih je (cam tak caya je). aku terus ambik duit rm100 dan bagi pada wife. aku cakap kat luqman "ni rm100 ayah bagi ummi pegang. kalau luqman puasa hari ni, luqman ambik duit ni dari ummi". dan hari tu, luqman berpuasa bertahan takat setengah hari jugak. dalam jam 3pm dia berbuka.

hari ketiga (13/8/10), masa bersahur aku buat tawaran baru. agak2 berapa?
A: RM1000
B: RM1
C: RM100.10
D: Pelempang

Ya......... semua jawapan diatas salah! gile ape nak offer rm1000 sehari. gaji akupun sangat2 jauh dari nak sampai rm1000 sehari. since aku tau luqman minat video games, aku buat offer baru "puasa sehari pada 13/8/10, dapat video games dan rm10.00. puasa setiap sehari dapat rm10. dapat puasa 10 hari dalam bulan puasa ni, tambah lagi rm100 extra. dan, kita tengok siapa yang kena......

dan, alhamdulillah luqman berpuasa penuh pada hari ketiga. Syukurlah, luqman mampu bertahan dan mampu berpuasa. inilah kali pertama luqman puasa penuh. harap2 lepas ni berterusan. dan nampak gayanya kena cari vidoe games la aku. tak tau nak beli brand ape, terseraah luqman nak yg mana. hari tu dia ada tengok ps2. dah murah dah sekarang, dalam rm380 je. ye... aku tau aku dah ketinggalan sebab orang lain dah pakai ps3, tapi aku bukan minat games pun. games facebook pun sekali haram pun tak pernah aku sentuh. dari main games, layan movie atau sudoku lagi best.

moral of the story?
1) ini bukan rasuah, ia sekadar galakan untuk anak2 belajar puasa. kalau mampu beri lebih banyak apa salahnya.

2) kena tau minat anak2. dan kalau boleh sertai mereka. err... nampak gayanya lepas ni aku kena belajar main games la.

3) puasa ialah ibadah, kena tunaikan. jangan ponteng puasa tau.

4) kena berjimat la aku tahun ni. may be budget baju raya aku kena potong la. ye la, nak beli video games lagi, nak kena bagi upha puasa anak lagi, duit raya lagi. err... tu beluk masuk baju raya diorang, isteri nak beli kelengkapan rumah raya, buat/beli kuih raya, budget open house raya (tak buat kang, ramai member bising). waa..... kempes la perut aku.

Wednesday, August 11, 2010

Colmar Tropicale (Bukit Tinggi, Pahang) - Episod Finale

Alhamdulillah, hari ni (11/8/10) umat Islam di Malaysia dah mula berpuasa. tak lama lagi raya, yahoooo! so, sementara menunggu solat solat subuh, aku habiskan dulu catatan perjalanan budget aku sekeluarga ke Colmar Tropicale. selain bangunan2 berkonsepkan perancis yang menjadi tarikan utama, ada lagi beberapa tarikan lain di colmar tropicale ni yang boleh dikunjungi jika berkunjung ke sini. antaranya ialah :

JAPANESE VILLAGE
Japanese Village atau Japanese Garden ni tertelak agak jauh dari bangunan perancis di colmar. jalan kaki memang boleh, tapi kena jalan kaki setengah hari la baru sampai. boleh berkenderaan sendiri dengan melalui bukit bukau yang tinggi dan cerun curam. mau tak tinggi, taman jepun ni terletak 3500 meter di atas paras laut.

bagi yg berkenderaan sendiri, parkingnya agak jauh ke bawah dan terpaksa berjalan kaki menaiki bukit. kalau gunakan kenderaan colmar iaitu lori yang diletak tempat duduk tu, percuma.

kat taman ni, ada kedai cenderamata jepun, lanskap taman jepun, kolam ikan kap jepun, spa jepun, boleh menyewa kimono jepun, rumah jepun, mencuba upacara minum teh jepun yang berbayar. pendek kata semuanya jepun. nak lebih afdal, pakailah selipar jepun masa ke sana. cuma yang jantan2 tu jangan gatal2 nak usik2 gadis2 manis berpakaian kimono dengan mekap ala2 geisha jepun tu, kang tak pasal2 kena penampar jepun.





PERMAINAN DALAMAN DAN XTVT
kat colmar ni, permainan & xtvt dia tak macam di genting highland. sini takde judi walaupun tokey colmar ni ialah tokey judi sport toto. banyak jugak la permainan & xtvt yang boleh dicuba selain berehat dan menghabiskan madu dibilik bagi pasangan berbulan madu.

ada jungle trekking, berkuda, paintball, permainan mesin, gerai jualan dan ada la beberapa lagi. bagi aku sekeluarga, since budget ciput main ala2 kadar je. bagi ibubapa, since sini bukan tempat menarik untuk anak2 untuk nak tengok bangunan perancis, sediakan wang secukupnya bagi anak2 mencuba semua permainan disediakan. semua permainan bermula dengan 2 token seorang. setiap token berharga rm2.00. tiada mesin ATM untuk keluarkan duit di colmar ye.









RABBIT FARM
kalau ikut standar aku dmemang tak sesuai langsung di gelar ladang arnab (rabbit farm). patut panggil reban arnab lagi sesuai. bayaran masuk sebanyak rm3.00 seorang bagi pelawat berusia lebih 2 tahun memang kurang berbaloi.

ladang arnab ni terdiri daripada satu kawasan kecik tempat arnab dilepaskan, reban arnab betina dan anak2 kecilnya, satu reban keldai, satu reban rusa, dan satu reban tah apa binatang lagi. binatangnya pula sedih nak cakap. arnab ada la dalam 40-60 ekor, dan rata2 dah tua. since arnab mereka diajar kalau tak bagi makanan tak mau kawan, mau 6 paket pallet makanan aku beli nak beli hati arnab2 tu. satu plastik kecik pallet makanan tu yang mengandungi dalam 12 biji palet berharga rm1.50.

even tiket dikenakan, mana2 pengunjung sebenarnya boleh masuk tak payah bayarpun. takde orang check tiket dan petugas ada la dalam 3-4 orang. pintu masuk terbuka luas di depan dan dibelakang. banyak kali aku tengok ramai masuk free je. memandangkan aku dapat A1 masa pendidikan Islam masa darjah 3 anggur dulu, aku sekeluarga bayar. ustazah aku cakap berdosa kalau masuk tanpa kebenaran.

oh ya! reban arnab ni terletak sangat jauh dari colmar. dan sebenarnya diluar kawasan colmar, jauh sebelum kaunter tiket nak masuk colmar. kalau dah masuk colmar, kena turun balik. ia terletak sebelah kiri selepas pondok polis bukit tinggi hills, sebelum padang golf.

oh ya lagi sekali, even tak best mana pun, dua kali jugak aku masuk rabbit farm ni. sekali masa hari pertama, dan kali kedua masa on the way balik selepas check out hotel. anak2 punya pasal. sekarang, anak2 asyik nak bela arnab je. hamster hari tu dah bagi orang. sape2 nak cuba naik keldai, harganya rm6 seorang ye.





MAKANAN & MINUMAN
since dah mula puasa, aku malas nak upload gambar makanan. apa yg boleh aku cakap ialah makanannya adalah sangat mahal bagi pelancong budget cam aku. selera dia pulak jauh dari sedap untuk selera perut melayu cam aku. tapi sebab dah sampai, ada beberapa tempat makan yang aku cuba. tiada restoran makanan segera disini. tiada gerai kecik2 jual jajan anak2. 99.976% kedai dan gerai dikuasai oleh pihak colmar sendiri. semua benda even air mineral kecik 500ml berjenama cikai kat luar yang biasanya berharga rm0.40 - rm1.20 sebotol dijual dalam rm4.00 sebotol. cam biasa makanan barat yang aku reti makan cumalah chicken chop, roasted chicken, fries. roti tu biasalah. makanan lain, jangan kata nak makan, nak sebut pun aku tak reti, budak kampung la katakan.

bagi pelancung budget cam aku, dan lebih2 lagi anak ramai, dinasihatkan beli je makanan kat mcdonalds kat genting sempah tu. nak jimat lagi, bungkus je makanan dari rumah. kawasan tempat makan dan duduk banyak, cuma tersorok sikit la. korang pegi je lepak berkelah di belakang bangunan colmar tu, ada tempat duduk disediakan. dah la pemandangan cantik, orang pun takde lalu lalang.

KESIMPULAN :
1)colmar tropicale ni sesuai untuk orang yg banyak duit, orang yg suka bangunan lama, orang yg berbulan madu, orang yang nak rehatkan minda. ia tak sesuai untuk orang2 takde duit dan orang fikir 17x sebelum berbelanja.

2) tak perlu bermalam sini kalau just nak tengok tempat2 menarik disini. 1/2 hari dah cukup. bilik2 dia sangat mahal, even yang paling cikai. 4 star beb!

3) tiada kemudahan ATM disediakan. kena beringat untuk sediakan wang secukupnya sebelum naik bukit tu. stesen minyak pun takde, so isi minyak penuh di genting sempah.

4) berapa budget untuk perjalanan budget aku untuk 2 hari 1 malam di colmar tropicale ini? malu nak sebut. even budget: duit hotel, makan, permainan, perjalanan dan sebagainya.... kalau aku cakap, aku yakin ada operator kilang aku bunuh diri. gaji mereka 2 bulan habis dalam 2 hari. berlagak? tak, itulah kenyataan bercuti tempat orang2 kaya ni. itulah pasal aku suka duduk motel/chalet je kalau bercuti. pantai ialah tempat aku paling suka.

Monday, August 9, 2010

Colmar Tropicale (Bukit Tinggi, Pahang) - Episod 2

Tengah bersiap nak sarapan di 'La Blason'. hari ni cuti so aku dah bagitau staff aku hanya call dari boss dan yang melibatkan hidup dan mati saje di benarkan call aku. eleh, semua orang ada nombor henpon aku termasuk bangla dan vietnam, payah la nak suruh jangan call. suruh staff aku call, tak call; confirm mereka call sendiri. kalau dah call aku jawab la, aku kan jenis on henpon 24 jam sehari.

sambil2 aku nak bersarapan tu, korang saksikanlah beberapa keping gambar keindahan Colmar Tropicale. ala gambar aku ambik tak le cantik mane pun, cukuplah sekadar korang dapat tengok gambar bangunan. nak cantik2, korang pergilah sendiri atau tunggulah aku edit gambar tu, kuang.3x.







Sunday, August 8, 2010

Colmar Tropicale (Bukit Tinggi, Pahang) - Episod 1

Alhamdulillah, hari ni (08/08/2010) tercapai jugak hajat aku nak bercuti sebelum puasa. biasalah kerja bertimbun, kena curi2 masa untuk bercuti. bercuti ni bagus, hilangkan tekanan kerja dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. lagi bonus, kalau lepas bercuti isteri pulak ada hasil dan kemudian terpaksa cuti 60 hari (sape tak faham tu diam). untuk kali ni aku tak sempat nak plan. plan nak gi bali, indonesia dan langkawi asyik ditunda je. so, aku buat plan bidan terjun je. pegi dekat2 je.

aku ke negeri kelahiran aku, COLMAR TROPICALE, bukit tinggi Pahang. nak pegi hari sabtu, tapi hari sabtu aku ada hal di syarikat yang kena siapkan. err.. sabtu memang aku tak kerja sebenarnya sebab kami kerja 5 hari seminggu. so, aku tempah bilik untuk hari ahad. kami sekeluarga bertolak awal pagi (10 pagi tu masih awal pagi kan).

perjalanan ke colmar tropicale lebih kurang je jalan ke genting highland. err.. may be rendah sikit kot. cuma jalan ke colmar lebih kecik, selekoh lebih tajam dan risiko tanah/batu runtuh lebih tinggi. nak masuk area colmar kena bayar. ada gate sebelum masuk. bayaran dewasa rm12 seorang, kanak2 cuma rm8 seorang.bayaran di akan di refund jika anda menginap di colmar.

since check in lepas jam 3pm, aku sekeluarga jalan2 dulu la. kami ke colmar dan japanese garden. bab jalan2 tu aku cerita eposid akan datang sebab malam dah makin lewat dan anak2 dah tidur. aku cerita pasal bilik dulu.

aku tempah satu unit "one (1) bedroom suite". harga ok lah, masih dalam kemampuan untuk pelancung budget cam aku. berapa? korang check la sendiri kat colmar. masa aku nak sahkan bilik, akupun teragak2 nak ambik bilik menghadap bangunan colmar atau hutan rimba. dan aku ambik bilik yang ruang tamu menghadap colmar, dan master bedroom menghadap hutan. bilik tu benar2 memuaskan hati. dengan keluasan 69 meter persegi, dan kemudahan yg disediakan, aku cukup bersyukur. ye lah, kalau baca dalam internet dan dalam pelbagai review pelancong yg pernah menginap di colmar, kata mereka bilik2 sangat2 teruk. err.. may be taste diorang terlalu tinngi kot, pada aku sebagai pelancong budget, keadaan dan kemudahan ini sangat memuaskan.

antara kemudian yang disediakan ialah set sofa diruang tamu, 2 biji tivi dengan pelbagai channel (satu di ruang tamu dan satu dalam bilik), rak kasut, pantry, set meja makan, peti sejuk, set bilik tidur yang lengkap, bilik mandi yang selesa dan sebagainya. since aku ambik single bedroom suite, aku juga tambah extra bed untuk anak2 aku.




Wednesday, August 4, 2010

Kumpul Wang Kertas

dah lama aku tak cerita pasal hobi aku. apa hobi aku? dah berkahwin ni takkan nak hobi tambah makwe kot. hobi standard aku ialah kumpul syiling. ye duit syiling, kalau tengah2 bulan buleh korek duit syiling tu buat belanja. he.he.he..

oh ya, bercerita pasal hobi ni, antara hobi lain yang aku buat ialah baca novel, beli ikan, bela hamster, kumpul setem untuk anak2 aku dan sebagainya. tapi dalam masa terdekat ni rasanya hobi bela hamster akan jadi sejarah sebab aku dah sedekahkan hamster tu kat kawan aku. ia gara2 boboy (nama hamster) tu dah gigit jari anak aku, luqman. berdarah. biasanya ok je si boboy tu main2 dengan aku dan luqman. sama ada luqman picit dia atau boboy tengah marah sebab tak diberi pasangan, aku pun tak pasti. yang pasti dalam minggu ni pemilik baru akan ambik boboy. bagi free je, malas nak berniaga binatang ni. lepas kena gigit jari dek boboy tu cepat2 aku bawa luqman ke klinik berhampiran. kena inject bontot luqman.

ok tamat flashback, kita berbalik pada cerita wang kertas pulak.

sebenarnya hobi kumpul duit syiling pelbagai negara ni dah makin kurang kick. kebanyakkan syiling aku dah dapat kecuali duit yg rare atau memang mahal. tak mampu aku wei. just hobi, bila ada duit lebih. sekarang since duit syiling dah slow, aku kumpul wang kertas pulak. masih sedikit yang terkumpul, kurang dari 100 keping dari pelbagai negara. sebab budget kecik, aku kumpul yang nilainya murah je dulu.

hari ni (4/8/2010) balik kerja tadi aku dah terima wang kertas yang aku order beberapa hari lepas. ala yang nilai kecik2 je seperti congo, honduras, peru dan seangkatan dengannya. beli harga kawan2 je. tak sampai rm200 pun.

duit kertas ni aku kumpul sebab aku suka keunikan gambarnya. ada gambar orang, bangunan, haiwan dan sebagainya. lagi best sebab ia colourful.

errr... ada sape2 yang nak sedekahkan coins atau wang kertas untuk aku? atau nak jual dengan harga kawan2, sila email aku.

ni hah, koleksi terbaru aku.

Tuesday, August 3, 2010

Ditinggal Kereta, Kejar Bas

esok (4/8/10) audit ts16949 dah bermula kat tempat aku. department aku kena hari kedua. so, esok mana2 bahagian yang belum kemas tu buleh la kalau nak touch up sikit2. cam tak biasa pulak buat kerja last2 minit ni. inilah bahananya kalau tak tepati masa. ye lah, process audit tu setahun, sebenarnya memang cukup masa kalau buat dari awal, tapi dah kerja lain pun menimbun, adalah kerja yang diketepikan. pokok pangkalnya kita kena tepati masa.

bercakap pasal menepati masa ni, aku ada satu cerita.

masa aku sekolah rendah dulu, dalam darjah 4, aku tinggal dengan datuk dan nenek aku di batu balai. datuk aku polis pencen, dan tentunya sangat menepati masa dan sangat garang.

setiap pagi datuk akan menghantar adik beraadik aku ke sekolah di damak. kat batu balai masa tu cuma ada sekolah cina je. awal2 pagi kami dah mandi, bersolat subuh dan ke sekolah dengan kereta datuk bernombor bbp 4152. kereta toyota corolla putih rasanya. datuk sangat mementingkan disiplin dan ketepatan masa. awal2 datuk dah panaskan enjin keretanya, sementara kami bersiap. sikap datuk yang kami faham ialah kalau kami kena masuk kereta kalau nak berkereta ke sekolah. lambat kalu, kena tinggal le.

dah nama budak, err... degil sikit kot, tambahan pula suasana sejuk dikampung, memang pergerakan agak lambat. sejuk! so, dari nak mandi, nak pakai seragam sekolah, nak solat subuh, semua ada berenti rehat.

pernah sekali tu (penipu la kalau sekali, sebenarnya berpuluh2 kali) aku terlewat sedikit bersiap. aku lihat datuk dah menuju kereta. aku cepai2 capai beg sekolah, berlari mencari kasut dan ........ "tok ayah, tok ayah,tunggu.....! akak, tunggu....! aku menjerit sambil mengejar kereta yang dah keluar pagar. aku nampak kakak menyuruh datuk berhenti, tapi dah perangai datuk yang sangat menepati masa, ditinggalkan jugak aku, walaupun jarak kami cuma 10 langkah je. waa.... datuk jahat!

dah terlepas kereta, memang kena naik bas la. bas pahang lin siong. dengan ah kow si ronggak tu jadi kelindannya. lagi sadis, kat area rumah aku tu cuma ada dua tempat bas itu berhenti; satu kedai wan yaakob yang terletak kira2 500 meter dari rumah, dan satu lagi kat kedai cina batu balai, kira2 100 meter. biasalah, bas ni kadang2 cepat, kadang2 lambat jugak. masa hari kejadian tu, dari kejauhan dah nampak bas, aku terpaksa berlari 100 meter ke hentian berhampiran.

dah berlari, habis lencun baju aku dddek peluh. bedak yang aku tempek dimuka untuk menekel awek kelas sebelahpun dah tah kemana. aku gagau poket, syukurlah ada lebihan syiling yang aku simpan nak beli komik. buleh buat tambang bas. duit belanja sekolh biasanya datuk akan bagi lepas kami bersarapan pagi di kedai kak som pok wel di pekan damak. ala kedai ni dulu sebelah rumah lama kami di damak sebelum berpindah ke batu balai. nostalgia betul sebab disinilah aku dilahirkan dan membesar.

dah kerana tertinggal kereta dan naik bas, bermakna tiadalah duit belanja aku pada hari tu. waa... kena makan pucuk kayu la aku nanti. nasib baik kakak aku datang cari aku masa rehat, belikan aku nasi dan air. kemudian beri duit belanja, kalau akak aku tak bagi, memang sah aku kena minum air paip.

lepas kejadian tu, aku tekad, aku kena patuhi masa yang ditetapkan oleh datuk aku. aku berjanji! selepas kejadian tu, hanya beberapa puluh kali je aku ditinggalkan datuk. bukan salah aku. salah datuk aku yang beli tanah dan buat rumah jauh dari sekolah. kalau buat rumah sebelah sekolah kan senang, tak perlu susah2 hantar aku ke sekolah.

sekarang aku dah bekerja. dan kerja aku menjaga pekerja agar menepati masa. datang lambat, aku bagi surat. balik awal, aku bagi surat. adakah aku masih lewat? gile ke hape tanya soalan tu kat aku. mestilah aku menepati masa, dan semestinya ikut masa aku. ha.ha.ha......

Monday, August 2, 2010

Terima Kasih Kerana Tak Bagi Kerja

Biasanya seseorang akan ucap terima kasih bila diberi sesuatu. tak kiralah diberi hadiah, perkhidmatan, pertolongan atau sebagainya. tapi amat ganjil jika ada seseorang mengucapkan terima kasih sebab tidak diberikan sesuatu itu.

ada beberapa kemungkinan untuk ucapan tanpa pertolongan tu, sama ada ucapan memerli atau memang jenis orang tu skru tercabut. tapi tak dinafikan ada juga orang yang semua benda dia akan ucap terima kasih, even orang berbuat tidak baik kepadanya. orang jenis ini aku gelarkan sebagai pelajar yang berpengetahuan tatarakyat yang tinggi.

berbalik pada tajuk aku tadi. kisah ni dah agak lama berlaku, dah beberapa kali bulan puasa rasanya. nama orang tu pun aku dah lupa, tapi aku nak namakan dia sebagai puan "annakovic" untuk lebih glamer setaraf dengan nama artis2 kita. heh, nama elok2, peegi tukar jadi nama jadi nama yang sebut pun rasa nak muntah.

perbualan ini terjadi disuatu tempat tanpa disengajakan. aku telah disapa oleh puan annakovic(puan anna):-

puan anna : err... ni encik izman kan?
izman : err... ye.
puan anna : tak cam saya? saya anna, annakovic!
izman : err... sorri, tak cam la.
puan anna : emmm, tau. saya pun tau en izman tentu dah tak cam saya.
izman : dulu kerja sekali dengan sayake?
puan anna : tak. tak sempat kerja dengan en izman. tapi en izman yang interview saya.
izman : oo... ye ke..
puan anna : itu lah, dah terjumpa ni, saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada en izman kerana tak ambik saya kerja dulu.
izman : err... ni ucapan ikhlas ke, perli ni?
puan anna : saya ikhlas. mula2 tu saya marah jugak sebab tak dapat kerja tu, siap sumpah2 en izman lagi. tapi kemudian saya cuba cari kerja lain.
izman : oo... saya interview ramai, tentulah tak semua dapat. kadang2 nasib!
puan anna : saya setuju. kerana tak dapat kerja tu, saya rasa nasib saya buruk sangat. ye lah syarikat tu kan dekat ngan rumah saya, jalan kaki je. pastu ada sedara mara saya kerja situ, benefit pun ok. dah en izman tak pilih saya, nak buat camaner.
izman : so, lepas tu dapat kerja mana?
puan anna : tu lah saya nak cerita ni. saya tekad cari kerja lain. alhamdulillah dapat walaupun agak jauh, dan gaji dia tak le besor mane.
izman : syukurlah.
puan anna : yg lagi bagus tu kan, saya kerja kena naik bas, kadang2 bas lambat. nasib baik ada satu orang tu tumpangkan saya. kemudian kami kawin. alhamdulillah, dah 2 anak dah, suami sayapun dah jadi manager sekarang. suami sayapun bagi galakan saya belajar, saya dah abis diploma, dah kerja pun.
izman : ye ke, baguslah.
puan anna : tu lah, tu yang saya niat, kalau terjumpa en izman suatu hari nanti, saya nak ucap terima kasih banyak2. kalau en izman ambik saya bekerja masa tu, mungkin sekarang saya masih jadi operator kilang lagi.
izman : syukurlah, kita berusaha, Allah jua yang mengatur rejeki.
puan anna : ok lah, en izman. nak shopping kejab, suami saya tentu tengah tunggu tu. ni card saya, kalau senang datanglah raya rumah nanti.
izman : Insyallah.

moral of the story :-
1) jangan menyumpah orang HR cam aku ni, berdosa. kalau ramai menyumpah, tak larat korang nak cari aku mintak maaf kat padang mahsyar nanti.
2) jangan marahkan takdir atas naasib buruk, mungkin Allah merencana nasib yang lebih baik untuk kita dikemudian hari.
3) terima kasih je? alang2 nak balas budi tu, hulur la kasut adidas ke, spender hush puppies ke, kek la bahome ke.



IZZI ADVERTIZZING---------------------------------------