Hari ini (27/8/2010)adalah HARI NUZUL AL-QURAN. ia adalah antara hari yang harus diraikan oleh umat Islam. Al-Quran yang diturunkan kepada kita telah berjaya menjauhkan diri kita dari menjadi kafir.
even hari ni buat kali pertama syarikat tempat aku bekerja ini bekerja kerana tidak mengambil cuti ini sebagai cuti umum, tapi aku menganggapnya sebagai hari aku beribadah juga, bukankan kerja yang ikhlas itu suatu ibadah.
Dalam melihat Al-Quran itu sebagai panduan hidup kita, aku nampak ia semakin dilupakan. dulu turunnya Al-Quran, masyarakat jahiliah telah berubah dari hidup yang bergelumang dosa seperti asabiah, bunuh anak perempuan, perzinaan, pelacuran dan peperangan sesama sendiri. kini, walaupun adanya Al-Quran; keadaan masuyarakat kita rupanya lebih teruk. perzinaan, sumbang muhram, pelacuran, dan rasuah berleluasa. dulu bangsa arab cuma bunuh anak perempuan yang dikatakan pembawa sial, kita anak lelaki pun turut dibunuh. malah lebih keji, mereka membuangnya ke sungai, longkang, tempat najis atau tempat sampah. bangsa arab jahiliah dulu lagi bertamadun sebab mereka juga bunuh anak perempuan, tapi mereka menanam mayat anak perempuan mereka itu.
nak kata kita tak kenal Al-Quran, mustahil! masuk tadika je, kita dah diajar membaca Bismillah, doa masuk kelas, doa makan, sembahyang dan sebagainya. pelajaran Islam dan ilmu Al-Quran ini kita belajar hari2 bila kita masuk sekolah rendah, dan menengah. ye, aku setuju kat universiti kita kurang atau tidak didik lagi dengan ilmu Islam dan Al-Quran jika kita memilih kursus2 bukan bersifat Islam. aku setuju tu, tapi dikala mana dah masuk 'u' aku rasa seseorang itu sudah cukup berakal untuk mencari ilmu2 Islam itu sendiri. ada pusat Islam, ada masjid, ada perpustakaan dan sebagainya. rata2 sahabat2 kita sebenarnya hanyut dalam dunia dosa dan noda bila mula memasuki dunia pekerjaan. terencat akal barangkali.
Al-Quran itu sebenarnya tidak pernah outdated atau ketinggalan even dah beratus2 tahun ia diturunkan. Allah itu maha mengetahui: Allah itu telah memberikan peringatan, panduan dan amaran melalui Al-Quran kepada kita seluruh alam. cuma kita yang degil dan tidak mahu memahami Al-Quran.
Al-Quran kini lebih kepada aksesori sahaja. kat rumah kita letak Al-Quran bertinta emas dan mahal diruang tamu untuk menunjuk2. kita letak Al-Quran dan menampal stiker ayat2 Quran dalam kereta, tapi kita masih membuat maksiat didalam kereta. kita seronok tunjukkan kepada orang bukan Islam yang kita Islam dengan adanya ringtones ayat2 Quran di telefon kita.
satu yang aku rasa agak pelik dengan umat Islam kita ialah kita cepat emosi bila ada orang yang menggunakan ayat2 Quran sebagai hiasan selipar, spender, coli dan sebagainya. mereka dengan lantang mendesak mengutuk dan mengedar email meminta jabatan agama bertindak menarik balik penjualannya. Ya, aku juga sokong. tapi mereka sebenarnya lupa bahawa mereka langsung tiada emosi bila Allah sebenarnya telah menarik Al-Quran dari hati mereka.
huh! dulu, kalau ada ibubapa yang nazak atau meninggal dunia, anak2 mereka yang mengepalai bacaan Yaasin atau mengaji Quran. tapi kini kita lebih senang mengupah orang surau/masjid untuk mengaji bagi orang tua kita yang nazak atau meninggal dunia. senang, bayar aje. bukan mahal manapun sebab geng suraukan makan gaji dengan kerajaan.
ye, aku setuju bahawa zaman sudah moden, tiada duit hidup kita merempat. tapi, Islam itu perlu dijunjung di kepala. Iman itu perlu ada di hati. Al-Quran itu perlu sebagai pakaian diri. akhlak Al-Quran.
Ye aku juga setuju bahawa ramai yang kata buat apa baca Al-Quran tapi tak memahami Al-Quran. tapi Allah itu maha agung, baca Al-Quran dapat pahala. dengar sahajapun dapat pahala. kalau baca dan faham, lagilah besar pahalanya. lagi-lagi besar pahala jika kita baca Al-Quran, faham Al-Quran, dan mengamalkan cara hidup berpandukan Al-Quran.
ini ada satu kisah dari kirikan email seorang sahabat mengenai kenapa kita perlu baca Al-Quran walaupun tidak memahaminya. jangan pertikaikan ini kisah benar atau rekaan, atau kenapa ia berlaku di amerika. bacalah ia dengan mata hati, dan fahami apa yang tersurat disebalik kisah ini. moga selepas ini kita semua akan menjadi manusia yang cintakan Al-Quran.
---------------------------------------------------------
Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
"Tak ada gunaya” bentak si cucu.
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.
IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------
1 comment:
sy mmg bce terjemahan Al-Quran sje...
khatam terjemahan sme x dgn khatam Al-Quran??
mne elok?
Post a Comment