Wednesday, April 30, 2008

Jom Practice untuk Sukan Olympic

Dalam kegairahan sukan Olympic yang akan berlangsung pada 08.08.08 di China, semua pasukan dari pelbagai negara yang turut bertanding akan menggiatkan latihan mereka. Ini memandangkan anugerah atau kemenangan di sana adalah kemenangan yang paling berprestij di dunia.

Sebenarnya aku nak kongsikan satu video yang menunjukkan seorang atlet sebuah negara yang dirahsiakan identitinya sedang giat berlatih, tapi tak leh upload (lain kali la aku uploadkan yer...). Namun, bilakah agaknya Malaysia nak dikenali dalam sukan secara keseluruhannya. Nak harap pasukan bola sepak, memang tak boleh harap!

So, harap je la pada badminton, bowling, gimrama, dan renang. Tapi aku yakin Malaysia akan dapat banyak pingat Emas kalau acara2 ini dipertandingkan :-
1) Main dam haji
2) Batu Seremban
3) Main dam ular
4) congkak
5) Baling tin
6) gasing
7) Main Guli
8) Konda kondi
9) Mengumpat

Nota kaki : Adakah aku mempertikaikan kebolehan orang Malaysia? Bukan mempertikaikan tapi dah kenyataan atlet kita jaguh kampung.

Tuesday, April 29, 2008

Hubungan antara manusia & buah-buahan

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan
bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut Dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya licin Dan berkilat, tetapi di dalamnya Ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah Dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, Ada yang kecil Ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, IA mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Sumber : Email dari Phantera (phantera_83@yahoo.com)

Bestnya Makan Lobster, Tapi......


Kalau sesiapa peminat makanan laut (seafood) terutama lobster melihat juadah diatas, aku yakin tentu air liur meleleh. Apa tak nyer, LOBSTER. Nak2 pulak si cendawanintim yang tak de kerja lain, hari2 postkan crita pasal makan dan makanan.

Lobster kalau dalam bahasa Melayu aku pon tak tau nama sebenar dia. Sama ada udang kara atau udang galah? Lantaklah nama dia ape, janji dia lobster.

Bagi yang tak pernah tengok lobster hidup, ni la ropenya. Setau aku, terdapat macam2 jenis lobster termasuklah lobster masak merah, lobster stim, vegetarian lobster dan sebagainya (ape aku melalut nie...).


Tapi mengikut artikel yang dihantar oleh seorang sahabat, lobster jenis diatas tidak boleh dimakan. Bukan masalah haram tetapi masalah mendatangkan mudarat kepada diri. Lobster jenis ni khabarnya digunakan secara meluas kat luar negeri untuk memelihara dan memulihara sistem pembentungan dan perparitan.



Tak faham? Aku pon tak faham jugak sebenarnya tapi yang sikit2 aku faham ialah lobster ni sengaja dibela dan dilepaskan didalam kawasan longkang2 besar dibawah2 bangunan dan sistem rawatan najis. Sama ada lobster ni dah dibawa dan diternak di MAlaysia untuk tujuan sama aku tidak pasti. Cuma Jabatan Pengairan dan Saliran serta Indah Water boleh jawab.

Alhamdulillah aku bukan penggemar lobster (sebab tak mampu sebenarnya...mahal tuu...). Jadi, kepada penggemar lobster berhati2lah. Jangan kerana makan lobster, kita yang masuk ke alam satu lagi.

Monday, April 28, 2008

Sekadar LEpaskan Geram

Macam biasa tiap pagi sebelum gi kerja aku akan bawa anak gi beli sarapan. Luqman memang tak boleh lari dari kuih lapis dia. aku yg beli pon naik cemuh beli tapi dia tak cemuh pulak. kalau sehari dua makan ok la, tapi dah bertahun makan kuih lapis. kalau tak de kuih lapis kt gerai yg biasa beli, penat la aku kena cari kat gerai lain.

Yang aku tak puas hati sekarang ni ialah kenaikan harga kuih muih dan nasi lemak. Kuih dari 3 biji RM1.00, sekarang dah sebiji RM0.40. Ada jugak la gerai dah jual RM0.50. Kalau besar2 ok gak, ni kecik nak mampos. Nasi lemak biasa pun dh naik harga jadi RM1.20 berbanding RM1.00 sebelum ni. Alasan ialah kenaikan harga beras.

Nasib baik gerai tu masih kenakan harga regular customer utk aku sbb tiap2 hari aku beli dgn dia dh bertahun2.

Inilah yg aku bengkek dgn kerajaan, hargapon payah nak kawal. Hujung bulan lepas masa aku nk beli beras promoter beras super 5 tu bagitau suruh beli lebih skit sbb beras akan naik harga. Aku cuma beli 10kg. Aku yakin dgn kata2 TPM bahawa harga beras tak kan naik.

Tapi, citt podahh. beras naik harga jugak. banyak pulak tu. So, kesimpulannya cakap orang politik memang tak boleh pakai. Kalau kawan aku lagi best, dia cakap apa yang didengar dari berita dan surat khabar semua tak boleh percaya kecuali waktu sembahyang dan keputusan nombor ekor.

So, aku pon percaya la cakap kawan ni. Sebab aku percaya? Ahli politik 'N' cakap beras x naik harga, harga naik jugak. Presiden 'C' kata semua syarat diberi pada gomen diterima. namun 'PL' kata presiden 'C' tersalah tafsir.

Kesimpulan dia sekarang, apa2pon polisi atau kata2 kerajaan aku payah nak percaya. Aku redha kalau keadilan mengambilalih kerajaan. Cuma nasihat kepada DSAI, jangan lacurkan orang melayu mcm UMNO buat. Cium keris sendiri pon kena mintak maaf dgn org bukan melayu. Org cina hina Raja2 Melayu pon masih x bersuara.

Friday, April 25, 2008

Siri Ikhtibar : Tanda-tanda menghampiri saat kematian

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku ingin berpesan kepada semua kawan2 tentang pentingnya kita mengingati mati. Ya! MATI.

Dalam mengingati mati,jangan pula kita lupakan kepentingan kehidupan dan kepentingan beribadat. Janganlah kita mati dalam kekufuran dan menjadi ahli neraka jahannam.

Sesungguhnya janji Allah tentang mati adalah pasti sebagaimana pastinya janji Allah terhadap balasan Syurga dan Neraka.

Ini aku dapat satu email dari kawan berkaitan mati setelah balik dari solat Jumaat tadi. Jadi sama-samalah kita membaca dan menginsafi diri.

..............................................................
TANDA-TANDA MENGHAMPIRI SAAT KEMATIAN

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak dan Saling berpesan2lah sesama kita.....

ALLAHUAKBAR.............

Oh Terengganu.....

masuk keje ari ni agak longlai, bukan krn penangan mlm jumaat tp yesterday aku cuti sehari ikut kawan ke terengganu. Dia gi atas urusan business, aku atas urusan ikut saje2.

Mula2 dia kata ke kuantan, aku ok je. tapi aku tengok bendera di tepi2 jalan jd berubah dari putih hitam ke hitam putih dan siap ada bulan sabit, baru aku tau aku dh masuk negeri teganu. aku dh lupa nama tempat tu, tapi masuk area kelapa sawit melalui pekan jabur. actually sempadan pahang teganu la tu, tp dh masuk belah teganu.

Dari klang kami bertolak dlm 7am dan balik sampai rumah dlm 7pm. memang penat dan mengantuk. lepas isyak, ada pulak kawan ajak minum, so lepak la minum sampai dlm 12 lebih. balik rumah anak nk manja2 lak sebab ayah dia asyik jalan2. So, layan la disney channel sampai 2am.

kesimpulan dia dari minggu lepas sampai minggu ni asyik ingat psl teganu je. last week, ada kawan se opis ke teganu, dia belikan aku keropok lekor Kak Yah kat losong. so, dpt la lepas rindu.

ingat nak kena balik teganu nih, tapi jadual penuh. bulan depan (may) adik aku bertunang kat pahang. bulan 6, ada book kat cherating 2 hari satu malam. bulan 7 kena gi singapore ada kawan baik kahwin.

Ah peningnya. kalau ikut hati mmg boleh gi tapi masalah besar ialah ongkosnya. utk singapore, tgh prepare budget, wife dan anak2 blum ada passport lagi. kalau gi nk uruskan hotel, transport, night safari dan lain2. Apsal la tak de satu orang kaya tiba2 nak jadikan aku anak angkat? (angan2 mat jenin).

Wednesday, April 23, 2008

Misteri Malam Jumaat

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka..... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..


La....patut lah pesakit mati....xde oksigen rupanya

Monday, April 21, 2008

Koleksi Cerita Seram Sejuk

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol : 1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK BELI UBIIIII..

peace! ekehkehkeh

Saturday, April 19, 2008

Maksud disebalik nama

tak tau nak buat ape, so layan la blog kawan2. Sebab gatal tangan aku click menda ni kat blog cendawanintim.blogspot.com.

So, inlah benda menda yang keluar bila type nama aku. Apa benda ni akupon tak pasti. Layan je la...




What Izman Means



I is for Irresistible



Z is for Zealous



M is for Moral



A is for Abstract



N is for Nutty


Friday, April 18, 2008

PROMOSI HEBAT COMBO STREAMYX




* The Promotion is EFFECTIVE from 1st March 2008 onwards.
* The minimum subscription period for COMBO package is 12 MONTHS.
* New fixed line and Streamyx customer will need to fill in the Fixed line application form as usual and fill in COMBO application form.
* Existing fixed line customer need to fill in COMBO application form only.

* For new fixed line customers, they will get NO fixed line rental for the first 3 months prior to Streamyx activation. In the event that Streamyx cannot be given (waiters/demand status), on the 6 weeks, customer care will inform customer and counter offer with other packages should Streamyx service not available for customer. Deposit of RM75 and installation fees is borne by customer. Connection fee of RM50 shall be waived.
* Streamyx Combo is NOT applicable for Home Prepaid customers. If they wish to subscribe, they need to convert their Home Prepaid to fixed line (TM Homeline).

* For Streamyx 2Mbps & 4Mbps, service available in selected area in Klang Valley, Putrajaya, Penang and Kulim. Service is subject to technical testing during installation.
* Streamyx In-the-Box and online registration is NOT applicable for Streamyx 2Mbps & 4Mbps.
* There will be no modem to be given to the customers (except 2Mbps & 4Mbps) but warranty will be extended to customer’s existing modem.

* Voice offerings are subject to service tax of 5%.
* For existing fixed line customers, the fixed line rental will be charged as per normal prior to Streamyx activation. No fixed line rental and call plan will be effective on the next bill date.
* Customer can start enjoying Voice Plan on the next TM Homeline bill date after Streamyx service is activated. The voice charges before such notification(s) will be treated as normal charges.

FAQ:
1. "NO fixed line rental for the first 3 months" What does it mean? Is the rental RM60 waived for first three month but line rental will charge or how?
==> if customer is newly register for Fixed Line, then theres no RM25 fixed line rental for the first 3 months before COMBO Streamyx activated. Will start to charge customr RM60 per month after Streamyx activated.

2. "Streamyx cannot be given (waiters/demand status)". Let say my client able to get phone line, but Streamyx not able to support, can the client cancel the COMBO package?
==> Yes, customer allowed to cancel the fixed line after be informed that area unable to support Streamyx.


3. Here are the first month charges for COMBO Package:
Fixed Line(if newly register): RM75(Deposit) + RM50(Connection Fee) + RM10(Stamp Duty Fee) = RM135 ==> will charge under first month Telekom bill after Streamyx activated.
** RM30~RM50 installation fee will need to pay on the spot to the constractor after fixed line installed.
** The RM75(Deposit) + RM50(Connection Fee) will not be charged if Streamyx failed to apply(eg. that area not support for Streamyx). Then customer allowed to cancel the fixed line after be informed that the Streamyx unabl to support.
Streamyx first month bill: RM75(Activation fee) + RM88(installation-optional) + RM10(Stamp Duty Fee) + (monthly charges X 2)


For details kindly contact En. Adi 012-2184870 or email yadut@yahoo.com

Thursday, April 17, 2008

Siri Ikhtibar : Air Mata Taubat

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud diatas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."Apa Yang Akan Ditanya: Dalam Sehari Ada 24 Jam Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy", berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Maka Malaikat Jibril pun bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak kemana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang :

1. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
2. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
3. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
4. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
5. Kelima, orang yang suka minum arak.

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium

Suka cium dahi isteri...... ..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri...... ..suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri...... .suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri...... ..suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri...... ...suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri...... ...suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri...... ..suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri...... .suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri...... .suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium (tut - censored) isteri...... suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri...... .suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri...... .suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri...... suami yang mementingkan diri.

jeng jeng jengggggg.......


DAN
YANG
TERAKHIR.... ......... ....

Suka cium seluruh bahagian badan isteri...... ..suami yang baru balik dari outstation.

Tuesday, April 15, 2008

Anak tumbuh gigi

Dalam dua hari ni aku agak malas sikit menulis pasal blurr kerana tak cukup tidur. Anak bongsu (setakat ni la...) demam dan syik merengek kerana tumbuh gigi lagi dua batang serentak. Siapa dah jadi mak bapak tentu faham kesukaran dan kesakitan anak kalau tumbuh gigi.

Walaupon wife aku tak kerja, bukan bermakna aku lepaskan tanggung jawab jaga anak kat dia dan aku boleh tidur macam biasa kerana nak kerja pagi2. Aku kesian jugak kat wife aku, awal pagi dan bangun buat breakfast untuk anak2 (aku jarang breakfast kat rumah), kemas rumah, basuh kain, dan sebagainya. NAk2 pulak dua2 anak tengah buas dan asyik explore dunia masing2. So, aku ambik turn jaga dan biarkan wife aku tidur seketika. Bukan susah jagapun, bukan nangispun, cuma merengek nak di riba. Riba dia dan layan PHDC (Play House Disney Channel) je la... Kalau dia nak susu baru kejutkan ummi dia sebab masih brestfeeding.

Alhamdulillah, aku kerja agak flexible. Masuk kerja jam 8am, tapi aku dibenarkan masuk sebelum jam 9am. Kenapa? biasalah hero. Selected person only. Tapi aku tak pernah dtg pukul 9am pun. sebagai HR aku datang awal. Rumah dengan opis tak sampai 5 minit perjalanan. Lunch pun aku biasa makan kat rumah. Walaupun kat opis management staff diberi lunch percuma, aku jarang makan. Wife aku masak lagi sedap walaupun cuma ikan goreng dan telur bodoh (gelaran aku bagi untuk telur goreng mata kerbau).

Aku suka makan telur bodoh ni sebab aku memang tak boleh makan apa2 jenis bawang. Kalau makan? Bukan pantang atau elergic, tapi kalau aku makan secara automatik aku akan muntah. Makanan berbawang atau tom yam memang aku suka letak bawang banyak2, sedap sebab ia bertambah manis, cuma jangan makan bawang nyer sahaja. Kalau orang tanya kenapa tak boleh makan bawang, aku cuma cakap aku keturunan bawang putih bawang merah dan bawang besar. Yang bestnya anak pertama aku, Luqman HAkim pun tak mau makan bawang sebab tengok aku tak makan kot.

Pernah balik kampung sambil makan dengan seluruh family, Luqman tengok datuk dia makan, dia cakap ' Bawang tak boleh makan!'. Apa lagi ketawa la family aku sebab anak aku dah ikut jejak aku tak makan bawang. But, anak kedua, Norsyafiqah Izzati semua bawang dia makan, sama macam ummi dia. Bagus la sebab akan ada orang yang boleh habiskan bawang yang aku dan luqman tak makan. ha..3x. tak la membazir bawang. bawang mahal woo...

Saturday, April 12, 2008

Hati-Hati ! Jangan Sampai Terbeli 'Qra Qra'

Aku dapat menda ni dari mailinglist selambakodok. Menda ni sekali imbas macam tak de apa2 tapi aku sekadar ingin mengingatkan saudara2 Muslim bahawa menda alah ni adalah HARAM.

Mengikut mailinglist tersebut gula2 bernama 'Qra Qra' boleh dibeli di mana2 cawangan Seven Eleven (7-11). Namun dari pemerhatian aku sendiri yang mengunjungi beberapa buah kedai 7-11 disekitar Klang dan Port Klang tidak menjumpai gula2 ni. Sama ada aku tak jumpa cari atau telah ditarik jualannya oleh pihak kedai 7-11, akupon tak pasti.

Walau apapun, aku yakin tanggungjawab memberi dan membeli makanan halal adalah tanggungjawab setiap individu muslim itu sendiri. Sebelum beli apa2 makanan atau minuman, rajin2 le tengok kandungan dia, tengok tanda Halal dia sekali. Kalau tak de tanda halal atau hati kita rasa was2, jangan beli.

Pada aku, kat kedai 7-11 tu memang banyak menda yang haram seperti arak. Tapi selalu jugak aku tengok anak Melayu (yg aku yakin Islam) beli menda alah tu. Kondom pun bersepah jual, cuma beza dia orang beli utk langgan pelacur, atau seks luar nikah atau oleh pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Tujuan terletak ditangan masing2.

Berbalik pada gula2 Qra Qra ni, kalau bawa anak2 ke mana2 kedai 7-11 atau mana2 kedai sekalipun, tengok2lah apa yang boleh mereka makan. Kalau ikut nafsu, kepala keretapi pon ada orang nak makan. Selain konsep 'Tepuk dada tanya selera' tambahlah sedikit kepada "Tepuk dada tanya selera berpandukan Iman".






Sumber :
[selambakodok]mailinglist. selambakodok@yahoogroup.com

Sesi makan dan mengumpat

Malam tadi (11/4/08), aku dan beberapa org kawan seopis gi makan seafood di Bagan Seafood di Tanjung Harapan, Port Klang. Ini atas ajakan kawan lama yang dh beberapa bulan tak jumpa. Dulu dia kerja kat tempat kami tapi dh berhenti. Resignation not stop friendship.

Nama kawan ni Ken, orang cina tapi kepala dah masuk air sikit pasal join kami. so, jam 7 malam ada kat Bagan Seafood. memandangkan dia ada dinner lagi satu jam 11 malam, kami cuma ambik makanan yg simple2 seperti siakap stim,ketam, butter prawn, kailan ikan masin, tomyam seafood, telur dadar. Nasi putih macam biasa la tambah dua kali sorang dan tomyam seafood 3 kali tambah. Bayanglah mcm tu punya makan cuma hidangan ala kadar... (buruk melantak betul la geng ni).

Biasa la lepas makan musti ada pembasuh mulut. Kami gunakan air paip sebagai pembasuh mulut dan tangan yg berminyak sebab menyepit ketam yg besar gedabak. Then, dessert, kami makan campuran buah tembikai, mangga siam dan tembikai susu. Majlis berakhir lebih kureng 10++ malam.

Kalau dengan group aku biasa la kami, kalau tak Bagan Seafood untuk makan seafood, kami akan ke Andalas Corner utk mkn western foods. Kalau boring kami akan ke Meru untuk Char Kuew Teow yg lazat. Kalau nak makan nasi lemak yang best atau rojak yg meveles, kami akan ke bandar klang di emporium makan. Nak makan nasik daun pisang yg menjilat jari dan bau kari dekat tangan 2 hari tak hilang, kami akan ke restoran di bandar klang (Psst.. Kedai ni terletak dekat komuter klang. Kedai cina actually, tapi india yg masak nasi. Cina cuma buat air je. Kedai dia sempit giler tapi manusia punya la ramai. Yg x bestnya kita baru nk makan tapi akan ada orang2 yg berdiri dekat meja kita nak book meja. So, kalau sape2 jenis wife aku yg agak particular ttg makan, jgn datang sini). Tapi kalau dah bosan makan menda2 semua, kami akan ke Pizza hut bukit tinggi klang je.

Friday, April 11, 2008

ICE (In Case of Emergency)

Buka email hari ni dapat lagi mail tentang 'ICE', kali ni dari kawan lain pulak. Aku tak tau dah berapa puluh kali aku dapat mail ni. Aku baca dan delete je.

Tapi kali ni aku tekad nak crite kat sini. ICE ni bukan merujuk kepada mana2 gerai ice kacang atau ice cream. ICE adalah singkatan dari "In Case of Emergency".

Ramai yg tanya, apa ke jadahnya ICE dengan aku?

Jawapan dia mudah je, semudah minum ICE kacang atau Ice cream.

Aku yakin semua orang dah pakai henpon sekarang. even makcik cleaner opis aku pon pakai. malah lebih canggih dari phone aku. bangla kilang akupon pakai, so jangan cakap la korang tak ade henpon. yg berbeza cuma jenis henpon je.

Situasi 1
Cik Wannie (bukan nama sebenar) terlibat dlm kemalangan jalan raya yang mengerikan. Paramedik atau pihak polis menjumpai telepon mangsa. Dalam dia ada beratus nombor, siapa kah yg patut dihubungi. dlm kebanyakan kes pihak polis atau hospital sukar mengesan waris kerana nombor terlalu umum. contoh :

hubby - merujuk pd boifren
mama - mak boifren
ayah - boifren jugak
abang - boifen lagi
kak eila - kakak angkat
abg lan- jiran

Situasi 2
En. Lan (bukan nama sebenar) accident parah. Phone dijumpai tapi rosak. Siapa patut dihubungi. Alamat pada Kad pengenalan ada tapi bila dicari polis adalah alamat rumah sewa terdahulu. Orang yg tinggal dirumah tu tak tau siapa En. Lan.

Penyelesaian melalui Kempen ICE
1) Simpan nama dan nombor utk dihubungi masa kecemasan dengan kod ICE. Contoh :
(i) ICE1 012-12345678
(ii)ICE:roslan 012-23456789
(iii) ICE-suami 012-34567890

2) Since dlm kemalangan kita tak tau ape akan jadi ngan henpon kita. Maybe hancus, may be ada kutu sengkek kebas dulu.. ada baiknya kita tulis nombor ICE pada sekeping kertas dan letakkan dalam dompet. Paramedik dan polis biasanya akan cari pengenalan mangsa kemalangan melalui dompet dan henpon.

3) Concept ice ialah "ICE will speak for you when you are not able to".

Thursday, April 10, 2008

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..

Wednesday, April 9, 2008

Gambar Dolu2 - Sekolah Rendah

Selepas aku siarkan tentang seorang sahabat aku Ustaz Ahmad Dasuki yang terselamat selepas dipanah petir tahun lepas, aku mula mengeledah album2 lama kat rumah (mengeledah maksud dia ambik secara suka hati dan letakkan secara sukahati. Yg tak suka hati ialah wife aku...).

Then ambik gambar2 sambil gelak ngan anak2, maklumlah gambar masa kecik2 dan muda2 dolu... anakpon tak kenal mana satu ayah dia. pas2, on kan laptop main games 'Fish Frenzy' dgn Luqman Hakim. Tujuan on laptop ialah nak scan kan gambar tapi dah Luqman nak main game dulu, layan ye...

So, inilah gambar aku masa darjah 5 dulu. Masa ni aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur.



Alhamdulillah dalam kelas aku ni ramai yang jadi Ustaz dan orang berjaya dalam hidup masing2. Ada 4 orang ustaz (Ustaz Ahmad Dasuki, Ustaz Din, Ustaz Wan Rozaidi, Ustaz Salmizi), Sorang tak sempat jadi ustaz (Nik Mohd Faisal) kerana meninggal dunia 2 minggu sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Sorang jadi Cikgu (Cikgu Mahathir), sorang kerja kilang (aku le tu...),sorang Medical Assistant (M.A. Ahmad Suhiamin), sorang technician kapal terbang (Roslan), sorang hilang ingatan (sekejab ok sekejab tak waras. nama tak nak sebut disini). majoriti masih berjumpa terutama hari raya puasa tapi ada jugak yang aku lupa diorang kerja apa. lain kali kalau aku ingat aku crita balik. Tapi bukan aku ye yang hilang ingatan tu....

Kalau korang teror korang carilah yang mane satu aku. Hint dia, kulit gelap, senyuman manis, dan berhemah tinggi.

Tuesday, April 8, 2008

Jenis Orang Berdasarkan Kentut... (ada ke?)

Korang suka kentut ye..ade kuat ade pelahan..ade bau ade yang tak bau..hehhehe..jadi korang pilih korang kentut kategori ape..

Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam
Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya
Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat
Misterius : Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan
Gugup : Kentut apabila disergah
Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang

Korang kategori yang maner satu? eheheheh..

Sumber : http://akusape.blogspot.com

Bersantai kat Tanjung Harapan

Hari Ahad lepas (06/04/2008); sebab tak de idea nak gi mane aku pon bawa family aku lepak tepi laut. Ala kat port klang (Selangor) jer. nama tempat dia Tanjung Harapan atau dikenali juga sebagai Tanjung Gila. Siapa yang gila kat tanjung ni akupon tak pasti, yg pasti bukan aku yg gila.


Gambar : Buah hati aku; NurSyafiqah Izzati dan Luqman Hakim.

Inilah tempat yg selalu aku bawa keluarga aku kalau tak tau nak gi mana. Ye lah dah dekat dengan rumah. Yang penting bawa tikar, beli kuih, bawa surat khabar dan lepak la sampai petang. Surau, gerai dan tandas ada disediakan, so tak kalut. Tapi, kalau nak memerut, aku prefer balik rumah. dah dekat...


Gambar : Luqman Hakim berposing (Maafkanlah anak ku yang posing agak menjolok mata).

Apa yang aku suka dtg sini selain dekat ialah suasana dia yg best. ada orang main kapal layar, ada orang dating, ada orang main golf, ada orang berpiknik, dan ada yang memancing. Kekadang tu aku bawa jugak pancing sajer2 nak lepas gian. Bukan pandai mane pun mancing, baru belajor2. Umpan ikan atau umpun2 banyak dijual disini.

Biasanya kalau dh datang sini kami makan malam je kat seafood restaurant yg ada banyak kat sini. Kalau siapa nak tau di selangor terutamanya, orang akan datang port klang kalau nak cari seafood yang fresh dan sedap. Harga tu subjektif le; ada yg mahal dan ada yg berpatutan. Cuma tengok2 la jangan gi seafood yang tak halal lak. Kat sini majoriti seafood cina punya. Tengok la tanda HALAL. kebanyakkan tulis 'PORK FREE' atau tidak dihidangkan daging babi. Itu korang fikirlah buleh makan ke tak sebab ada unsur was2. Kalau kawan aku 'Pork Free' maksud dia; semua kena bayar tapi hidangan daging babi diberi percuma. Kalau nak yakin pergilah ke seafood melayu Islam.


Gambar : Salah satu suasana di Tanjung Harapan.

Kat mana aku rekomen? Malas nak rekomen kat sana. Korang cuba lah sendiri. selera lain2. Kalau aku, biasanya aku cuma ambik nasi lemak, udang celup tepong, ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, butter softcrab, tom yam campur, otak2, dan air kelapa.

Monday, April 7, 2008

Siri Ikhtibar : Ustaz Muda Terselamat walaupun Dipanah Petir

Aku adalah pelanggan setia Majalah 'MASTIKA' sejak lebih 4 tahun lalu (selain majalah Gila2 dan komik yg aku jd customer lebih 15 thn). Pada aku ia informative. Untuk bini kesayangan dia suka 'Mingguan Wanita' (aku x suka psl byk sgt iklan dan asyik salahkan lelaki jer...).



Ok konsentret psl Mastika bulan April 2008, aku nk crita psl kejadian seorang ustaz muda bernama Ustaz Ahmad Dasuki bin Abd Rani yg kena panah petir semasa imamkan solat Tarawih. Menda ni aku nk crita sikit psl kejadian tu berlalu kt kampung aku di Kg. Batu Balai, dlm daerah Jerantut, Pahang.

Menda ni actually aku dh tau lama sebab mmg kampung aku dan ayah aku ada di surau tu semasa kejadian. ayah aku ada crita masa aku balik raya puasa tahun lepas (tahun ni belum raya lagi, posa pon belum...). ia keluar dlm mastika sebab diceritakan oleh org kampung aku yg duduk di shah alam kepada mastika.

Pada aku ia adalah suatu tanda kebesaran Allah. Ustaz Dasuki dari kecil mmg menunjukkan kelakuan terpuji (dia sekelas dengan aku dari darjah satu hingga darjah 6). Kedua ibubapa dia adalah guru agama dan guru mengaji Al-Quran. Aku sendiri adalah salah seorang murid yg mengaji dgn mak dia.

Lepas darjah 6 dia lanjut pelajaran ke aliran agama di Pulau Melaka, Kelantan. Mak dia adalah adik kepada Tuan Guru datuk Haji Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Kemudian dia belajar agama di MEsir. Dia kemudiannya menjadi guru agama dan pendakwah bebas di Selangor.

Apa yg kadang-kala memalukan diri aku sendiri ialah ketokohan dia dlm syarahan agama, malah dia sering diundang untuk memberi khutbah raya di kampung aku. Semasa dia berkhutbah, air mata hampir semua jemaah akan bercurah2 kesedihan kerana menghayati khutbah beliau dan akupun biasanya tak terkecuali.

Moral cerita ini :
1)Allah akan melindungi orang2 yang beriman dan yang dikehendakinya.
2) Allah akan menguji sesiapa sahaja yg dikehendakinya sama ada org itu beriman atau tidak.
3) ujian Allah berlaku dimana2, walaupun di dalam rumah Allah dan sedang beribadat.



Apa? kenapa crita panah petir aku tak crita lagi...?
memang aku tak nak crita pon. Korang baca la majalah Mastika bulan April 2008 kalau berminat nak tau. Asyik nak baca free je..

Saturday, April 5, 2008

Beli 'Barang' atau 'Brand'?

Adakah kita ni pengguna barangan atau pengguna brand? Akupon tak pasti.

Sebagai pengguna dan menggunakan barangan hampir setiap hari kadang-kala aku terfikir juga menda ni, seolah2 kita hamba brand.

Kenapa aku kata macam tu?
Dlm berbelanja untuk keluarga aku sebagai contohnya, ini adalah benda2 yg wajib aku beli (Ada juga aku tak mau declare):-
1) Beras 'Super 5'
2) Gula 'CSR'
3) Ayam dan Telur Ayam 'Nutriplus'
4) Sardin 'Ayam Brand'
5) Lampin Pakai Buang ' Drypers'
6) Bedak 'Dashing', 'Anakku',
7) Syampu 'Pantene' dan 'Herbal Essansel', 'Anakku'
8) Ubat Gigi ' Darlie', 'Colgate'
9) Pisau cukur 'Gillate'
10) Gincu 'Maybelline'
11) Susu budak 'Nespray'
12) Kellog Conflake, Nespray Coco Cruch,
13) Tepung Blue key
14) Mee segera Maggi atau Mee Sedap
15) Pewangi kereta ambi pur dan glade
16) dan lain2 lagi la...

Persoalan dia ialah apa yang aku beli? Aku beli Barang atau aku berbelanja lebih untuk beli brand.

Sesekali aku fikir aku dah terover beli brand! tapi ada jugak menda yang aku dah payah nak tukar sebab dh terbiasa. Anak aku dh terbiasa pakai drypers bila aku tukarkan ke jenama lain seperti 'tesco' atau 'pampers' akan menyebabkan bontot dia kemerahan. Salah aku jugak manjakan dia. Aku dulu pakai cawat kain je, bontot ok jer (ops!.. ).

Ini menda2 yang akan dan pernah aku cuba buat untuk kurangkan kos dan penggantungan kepada brand:-
1) Tukar sedikit sebanyak barangan yg brand ke jenama biasa yang lebih murah. Contoh : gula, tepung, telur, ayam dan lain2

2) Beli dlm kuantiti yg byk. Biasa aku suka ke pasaraya besar spt tesco, tesco extra, jusco dan econsave. Ada menda yg lebih baik beli byk dapat penjimatan. Contoh: biasa aku beli beras 5kg setiap 2 minggu. Aku dh start beli yg 10kg. Jimat Rm2.00++. mak aku cadang aku tukar beras cap rambutan, ingat bln depan nk cuba. Ok ke??

3) Plan barang nk beli sebelum beli. memang ada buat, tapi kadang2 terover jugak psl ada cheat sale.

4) Jgn kerap ke pasaraya besar. Sebab walaupun plan nk beli ape, kita rambang mata. Anak2 pulak kalau tengok mainan sah nak punya. sekali2 ok la...

5) Ape lagi ye......

Tapi yg brand ada kelebihan tersendiri. Aku penah beli perfume kreta jenama selain ambi pur dan glade, tapi bau macam sial. Mungkin aku belum jumpa lagi kot yg wangi dan murah. kalau ada, bagitau yer....

Friday, April 4, 2008

Addicted to Blogging?

71%How Addicted to Blogging Are You?

Personaliti disebalik hari lahir

Aku baru dapat je menda ni dari kawan baik aku, Intan nama dia. Kami kerja di tempat yang sama di sebuah kilang Jepun di Shah Alam, Selangor kira2 5 tahun yang lepas. Kami sama2 tak lama di kilang tu, bagaimanapun kami tetap keep contact. Dah cukup into tentang Intan. Jangan gatal tanya lebih2, dia dah nak nikah tahun ni.

Pada aku subjek2 personaliti sama ada rahsia huruf, hari lahir, bulan lahir adalah sesuatu yang dah lama diketahui umum. Ahli psikologi, ahli falsafah, ahli sains, ahli muzik dan sebagainya mula mengkaji menda alah ni secara seruis dengan menemuduga dan mencatatkan segala data daripada pelbagai sumber. Secara umum, memamng ada kebarangkalian berkaitan. Namun bukan semua.

Kita seringkali mengagung2kan pemikiran barat dan cina, sedangkan pemikir Islam juga ada menda2 ni. Nenek aku (kini Allahyarhamah)dulu biasa tanya aku nama girlfriend aku. Ayah aku kerja merantau, aku banyak duduk dengan datuk dan nenek. Nenek aku akan tanya nama dan dia akan mula mengira jari2 dia dan kadang2 menggunakan batang mancis.

Contoh : Halimaton Saadiah (bukan nama sebenar) adalah bermula dengan huruf 'Ha' dan nama aku Izman bermula dengan "Ain'". Dia terus buat kesimpulan bahawa Halimaton ni seorang perempuan yang lemah lembut, suka menurut kata, suka senyum (memang menawan pon), hormat orang tua dan sesuai jadi isteri dan ibu yg baik.

Namun, bila perkiraaan nama Halimaton Saadian dengan Izman dibuat menggunakan batang mancis, nenek aku beritahu kami tiada jodoh. Aku gelak je pasal masa tu tengok angau dunia kami yang punya. Betul, kami clash selepas dua2 graduate. Sebab? Jangan sibuk tepi kain orang la... (tak de jodoh, biasala alasan standard).

Ops.. melalut pulak aku ni. Berbalik pd personali melalui hari kelahiran yg di beri oleh member aku si Intan tadi. Korang tengoklah sendiri. Betul ke tak korang fikirlah sendiri...(ciss, ayat Raja Lawak Nabil lagi.)


Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.

Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap dibelakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka.

Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya.

Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


Sementara free ni cuba check ada kena tak menda ni dengan diri aku :

Aku lahir 03 Februari jadi personaliti aku ialah Kucing.

Februari 01-05 ~ Kucing

Kesimpulan :
1) Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu.
Ini Memang BETUL! Pemalu pon betul juga. Malu tapi mau.....

2) Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai.
Aku kadang2 jiwang gak. kalau stress aku suka suasana hening malam untuk tulis sajak (yang tah ape2 tah). Aku juga suka gi tepi sungai dan laut untuk bertenang.Tapi kalau stress sangat aku suka layan muzik2 Reggae dan muzik membingitkan mcm Offsprings

3) Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
ni pon betul jugak. Bersungguh2 tu tak la betul sangat (ha..3x)

4) Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk!
Betul. Aku memang cool. Orang HR mestilah cool. Buat masalah kalau nak tengok my true colour!

5) Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian.
Bergaya memang tak pandai. Aku suka yang betul2 sempoi. Suka jeans dan t'shirt. nak bergaya sket, wife tolong pilih pakaian.

6) Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
Ni pon tak berapa betul. Aku memang senang dapat kawan. Kalau gi kursus ke hapa, kejab je aku dapat kawan2 baru. Tak pilih kawan punya.

So, ape tunggu lagi. tengok la korang punya pulak.

Thursday, April 3, 2008

Motosikal yang diHARAMkan di Malaysia

Gambar2 ni aku dah lama dapat, sape yg hantar aku dah tak ingat. Sekali tengok kelakar pon ada, kreatif pon ada. CUma memang aku tak kan bawa. Haram! Penat la aku asyik kena mandi air tanah. Kalau asyik mandi wajib, aku rela.....


Wednesday, April 2, 2008

The Devil's Swimming Pool

Buat penggemar air terjun, kini ada satu alternatif yang sangat best kalau nak mandi air terjun yang mencabar. Apalah sangat kalau takat 7 tingkat air terjun.

Kalau ada masa dan wang yang lebih, pergilah ke air terjun di Zimbabwe, sebuah negara di Afrika. Disana anda akan dapat menyaksikan dan memandikan diri anda di sebuah kawasan air terjun yang sangat menakjubkan. Ia diberi nama Air Terjun Victoria (Victoria Falls). Dengan ketinggian 128 meter, sesuailah ia diberi nama "The Devil's Swimming Pool".

Kalau korang pergi hari biasa, memang tak merasa lah mandi air terjun di kalam ni. Kalau nak mandi jugak, kumpul duit sekarang dan boleh mandi air terjun tu pada bulan Disember nanti. Ini kerana air terjun tu cuma boleh dimandi pada bulan September dan Disember je. Kalau gatal jugak gi bulan lain dan nak buat adegan mandi-manda macam dlm gambar dibawah, almarhumlah jawapnya. Atau dengan bahasa saintifiknya dimandi jenazahkan.

Diceritakan semasa air terjun tersebut terjun dengan kurang laju, ramai peminat pelancongan radikal akan datang dan bermandi-manda disini, tanpa terhumban ke bawah sana.

Tapi, korang tengok lah sendiri sebelum cuba, kalau aku? memang takkan cuba. Penakut? tak de la takut, cuma tak berani je.





banyak lagi gambar2 di air terjun ni kalau nak tengok. Korang lawat la blog hobi aku di interestinghobby.blogspot.com

How to ask your Boss for a salary increase..?

Sebagai orang HR (Human Resource / Sumber Manusia), aku dapat banyak soalan daripada pekerja dan kawan2 bagaimana nak mintak dari majikan dan syarikat untuk naikkan gaji. Jadi untuk tak hampakan korang, aku sertakan salah satu contoh surat meminta gaji naik dan surat jawapan daripada syarikat.

Memandangkan hampir semua pekerja dh canggih, aku siarkan yg berbahasa Inggeris.

Selamat Mencuba!
--------------------------------------------------------------------------------
Contoh Surat Minta naik Gaji :

Dear Bo$$

In thi$ life, we all need $ome thing mo$t de$perately. I think you $hould be under$tanding of the need$ of u$ worker$ who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company.

I am $ure you will gue$$ what I mean and re$pond $oon.

Your$ $incerely,

Polan bin Polan
Peon.



Contoh Surat Jawapan :



Oh my dear staff,


I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet.

NOw the newspaper are saying the world`s leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad.

I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean.

Yours truly,

Ahmad bin Ali
General Manager

Tuesday, April 1, 2008

Lawak Orang Jahil

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk.

Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku Semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpanassssssssssssss... (Korang bayangkanlah sendiri apa orang2 kampung kat malaun 3 ekor tu).

Kupon Tiket Wayang GSC Alamanda Putrajaya Percuma

Sape yang stay kat Alamanda Putrajaya dan suka tengok wayang free, masih ada peluang untuk berbuat demikian sebab panggung GSC buat tayangan free sehingga 02 April 2008.


Cuma kena masuk website dia dan print kupon dia. Contoh kupon dia seperti dibawah. Keterangan lanjut korang bacalah sendiri.



Website untuk dimasuki untuk print kupon nie :-
www.gsc.com.my