Adakah kita ni pengguna barangan atau pengguna brand? Akupon tak pasti.
Sebagai pengguna dan menggunakan barangan hampir setiap hari kadang-kala aku terfikir juga menda ni, seolah2 kita hamba brand.
Kenapa aku kata macam tu?
Dlm berbelanja untuk keluarga aku sebagai contohnya, ini adalah benda2 yg wajib aku beli (Ada juga aku tak mau declare):-
1) Beras 'Super 5'
2) Gula 'CSR'
3) Ayam dan Telur Ayam 'Nutriplus'
4) Sardin 'Ayam Brand'
5) Lampin Pakai Buang ' Drypers'
6) Bedak 'Dashing', 'Anakku',
7) Syampu 'Pantene' dan 'Herbal Essansel', 'Anakku'
8) Ubat Gigi ' Darlie', 'Colgate'
9) Pisau cukur 'Gillate'
10) Gincu 'Maybelline'
11) Susu budak 'Nespray'
12) Kellog Conflake, Nespray Coco Cruch,
13) Tepung Blue key
14) Mee segera Maggi atau Mee Sedap
15) Pewangi kereta ambi pur dan glade
16) dan lain2 lagi la...
Persoalan dia ialah apa yang aku beli? Aku beli Barang atau aku berbelanja lebih untuk beli brand.
Sesekali aku fikir aku dah terover beli brand! tapi ada jugak menda yang aku dah payah nak tukar sebab dh terbiasa. Anak aku dh terbiasa pakai drypers bila aku tukarkan ke jenama lain seperti 'tesco' atau 'pampers' akan menyebabkan bontot dia kemerahan. Salah aku jugak manjakan dia. Aku dulu pakai cawat kain je, bontot ok jer (ops!.. ).
Ini menda2 yang akan dan pernah aku cuba buat untuk kurangkan kos dan penggantungan kepada brand:-
1) Tukar sedikit sebanyak barangan yg brand ke jenama biasa yang lebih murah. Contoh : gula, tepung, telur, ayam dan lain2
2) Beli dlm kuantiti yg byk. Biasa aku suka ke pasaraya besar spt tesco, tesco extra, jusco dan econsave. Ada menda yg lebih baik beli byk dapat penjimatan. Contoh: biasa aku beli beras 5kg setiap 2 minggu. Aku dh start beli yg 10kg. Jimat Rm2.00++. mak aku cadang aku tukar beras cap rambutan, ingat bln depan nk cuba. Ok ke??
3) Plan barang nk beli sebelum beli. memang ada buat, tapi kadang2 terover jugak psl ada cheat sale.
4) Jgn kerap ke pasaraya besar. Sebab walaupun plan nk beli ape, kita rambang mata. Anak2 pulak kalau tengok mainan sah nak punya. sekali2 ok la...
5) Ape lagi ye......
Tapi yg brand ada kelebihan tersendiri. Aku penah beli perfume kreta jenama selain ambi pur dan glade, tapi bau macam sial. Mungkin aku belum jumpa lagi kot yg wangi dan murah. kalau ada, bagitau yer....
5 comments:
Izman,
aku lak, tak kisah la brand atau idak, tapi kalu yang brand tuh biasa tahan lama sket, depends atas apa barang yang aku nak...
bg awie...
1. yg brand popular biasanya mmg berkualiti...mahal sikit tak per, janji puas hati..
2. kadang, bajet tak der, terpaksa lupakan pasal brand, barang itu jadi lebih penting..biasa la, bila sesak..hehe
3. kekadang, bila masuk jer brand yang baru, kita sure nak cuba...itu bila dah ada testimoni atau iklan yg menggoda kita untuk membeli..kemudian compare..
apa yg penting bagi awie, beli dan guna...jgn beli tp tak guna, itu membazir namanya...
ok tak?.. awie nye pandanganla..hehe
salam kenal..
pendapat umum brand ada kualiti pun ada betul ke mcm tu?
cadangan yg bagus beras cap rambutan mmg bagus!
sebenarnya kekadang bukan kerana brand sahaja tetapi kerana kualiti sesuatu barang itu ... ye lar kalau pakai sabun cap x tapi x boleh hilangkan kekotoran mesti bengang punyer ... beli yg branded sikit baju xyah sental pun dah nampak bersih ...
cendawanintim & awieworld,
pakaian & kasut mmg aku percaya pd brand sbb tbukti.
zino,
trima kasih singgah.
brand ada class tersendiri. cuma org sengkek cam aku, x mampu semua nk branded. kena pilih la mane sesuai.
leeza,
ni musti pemakan berascap rambutan ni. Bulan depan aku cuba. Tapi harga ada beza ke? kalau sedap x pe.
Post a Comment