Thursday, March 21, 2013

Dapur Lelaki : Popia Rumpai Laut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

aku takde isu nak cerita. malas nak cerita bab politik, kang tak pasal2 kena saman tau tidur lokap. so, aku cerita pasal makan je.

kali ni aku nak share cara membuat kerepek popia rumpai laut.

menda ni pada aku sangat sedap, apatah lagi dimakan sambil tengok tivi. ia bukan seperti jajan biasa yang banyak pewarna dan bahan tidak sesuai untuk diri dan anak2. popia rumpai laut ni sangat sedap dan berkhasiat. kalau korang google atau cari kat facebook, harga dia mak datuk..... mahal siot! secara jujur aku setuju ia patut mahal sebab bahan2 dia memang mahal dan leceh membuatnya. aku kata leceh, tapi ia senang dibuat didapur sendiri. kalau beli kat luar biasanya RM10/100 gram. tapi kulit popianya lebih banyak dari rumpai laut. buat sendiri lagi puas hati.

antara bahan2 utama ialah :
1) Kepingan rumpai laut. aku pakai 'Tae Kae Noi'.
2) kulit popia
3) 2 biji telur (ambik telur putih sahaja)
4) perasa black pepper.




langkah2 untuk membuatnya :-
1) ambik sekeping kulit popia, letak atas dulang atau pinggan dan sapukan putih telur diatasnya.

2) letakkan kepingan rumpai laut diatas permukaan kulit popia yang telah diletakkan putih telur tersebut. sebab aku suka black pepper, aku tabur black pepper atas rumpai laut ni. (rujuk gambar dibawah)
 

3) ambik sekeping lagi kulit popia dan sapukan telur putih diatasnya. kemudian letakkan kulit popia itu diatas kulit popia yang telah diletakkan rumpai laut. pastikan bahagian yang disapu putih telur diletakkan keatas kulit popia yang ada rumpai laut. putih telur sebenarnya bertindak sebagai gam/pelekat agar rumpai laut tersepit seperti sandwitch.

4) biarkan seketika. mmm... aku biarkan dalam 10 minit agar telur putih kering dan melekat. ia supaya senang digunting nanti.

5) guntingkan kulit popia sesuka hati anda. aku suka potong mengikut tepi kulit popia sebab dapat rasa kerangupan kulit popia dan ditengahnya ada rumpai laut. korang buatlah segi tiga, heksagon, nak gunting gambar tapir pun buleh.

6) dah siap gunting semuanya. gorenglah dengan api sederhana besar. tak perlu garing sangat sebab rumpai laut tu memang dah masak.

dah siap. apa lagi jom makan bersama keluarga. ini sebenarnya aku buat masa rajin, kalau aku malas, aku beli yang kepingan besar2 tu. sekeping rumpai laut tu ngam2 sekeping kulit popia. tempek dan gunting sesuka hati. anak2 aku suka benor menggunting. sambil2 makan tu sambil gelak tengok hasil guntingan mereka.

selamat mencuba resepi ni.

4 comments:

secangkir madu merah said...

wah rajinnya awak ke dapur.. sedap tu popia rumpai laut, tak pernah akak terpikir buat cenggitu.. boleh cuba nanti ni.. hehehehe

Rayz said...

i like...

Unknown said...

baru jumpa blog ni, best lar resepi ni...nnt nk try buatlah...

Unknown said...

Ad jual ke kepingan rumpai laut yang besr...jnma sm ke..