Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
kita makan lagi. ini entry terbaru, sebab semalam (6/3/13) baru pergi. kebetulan dah lama tak makan dengan big boss aku. so, paksa la dia belanja. sebenarnya restoran kali ni pilihan boss aku, aku pun tau tau kewujudannya sedangkan ia betul2 belakang Restoran Gulam Mee kat Bistari De Kota je.
tau la boss2 aku semua cina, so restoran cina la. cuma sebab kali ni diajak 3 melayu, kami pergi restoran yang halal. restoran yang dimaksudkan ialah "Little Yum Yum". restoran ni ialah cawangan bagi cawangan asal kat ipoh perak. kebetulan boss aku orang ipoh perak dan menurut beliau restoran ni famous amos kat ipoh. sajian dia memang berkonsep cina babanyonya.
sebab pergi dengan boss dan ramai rakan sekerja, segan gak nak ambik gambar semua makanan. aku snap curi2 je. malas nak nampak jakun sangat. so, kualiti gambar dan angle gambar cam siot je. asal korang nampak apa aku nak cerita, kira syukurlah.
mungkin ada maklumat tidak tepat dengan gambar sebab aku pun tak boleh ingat nama hidangan tu semuanya. so, nak tau nama sebenarnya, korang pergilah makan sendiri ye.
Gambar : di hadapan restoran.
Gambar : Ayam Pandan. ini antara ayam pandan yang paling aku suka. rempah dia memang sedap giler. apsal la boss aku order satu sorang je...
Gambar : Special Thai Style Egg. telur ayam biasa je tapi dimasak cukup istimewa dan sangat lembut.
sos dia lebih menyedapkan rasa.
Gambar : Gulai tumis senangin. nama gulai tumis tapi sebenarnya masak asam pedas ikan senangin. kuah dia memang sangat sedap, tak sedar aku hirup banyak. ia antara asam pedas tersedap aku pernah makan.
Gambar : Smoked Duckbreast. daging itik ini memang kegemaran boss dan rakan2 cina yang lain.
aku sikit pun tak sentuh. aku tak suka daging itik. so, no comment.
Gambar : ini aku tak tau nama hidangan. ia campuran udang, sotong dan petai.
pada aku rasanya biasa-biasa je.
Gambar : Creamy basil butterwhite 'ming' prawn. bahasa mudahnya ialah udang masak telur masin.
ia sedap, rasa manis udang dengan kemasinan telur itik masin. harus dicuba.
selain dari hidangan diatas ada lagi 2-3 hidangan yang aku tak sempat nak snap gambar. asyik2 boss aku nak berborak ngan aku. nak ambik gambar pun tak senang. nanti dia tau pulak aku suka snap gambar makanan kat blog. kang jadi follower aku pulak. puas la aku nak ajar dia guna blogspot. antara makanan yang aku tak sempat snap termasuklah :-
1) sayur pucuk paku goreng belacan
2) kerabu pucuk paku.
3) sotong celup tepung..... entah aku lupa... ha.ha....
sebelum penutup, kami dijamu dengan pencuci mulut. kalau di restoran babanyonya ni biasa yang famous ialah cendol, aku tak maulah sebab dah biasa. member2 lain pekena cendol dan bebeapa pencuci mulut yang lain. so aku cuba pencuci mulut yang aku pun tak ingat nama, jelly iced' kot? inilah rupanya...
Gambar : Iced Jelly. ini pertama kali aku rasa. boss aku kata kalau minum silap2 boleh pening kepala. mula2 kena perah asam limau atas ais batu tu, kemudian kacau. dibawahnya ada jelly yang tawar. atas jelly ada ais batu parut (mesin). atas ais ada beberapa potongan asam asin dan semestinya perahan limau nipis. mmm... rasanya? aku pun tak reti nak gambarkan. rasa tawar jelly bercampur dengan kemasaman perahan limau nipis, disejukkan dengan ais dan sesekali rasa asam asin. heh... bukan selera aku.
lepas makan, boss bayar dan tunjukan resit kat aku. RM233.++ je. apalah sangat tu boss untuk 7 staff makan. bukan selalu. boss bukan keluar zakat, so kalau belanja selalu barulah murah rejeki.
sesiapa yang kat area kota damansara, meh la singgah makan sini. boss aku kata nasi lemak dia pun terbaik. alamatnya seperti yang aku cedok ialah :
Little Yum Yum (Kota Damansara)
E-45-G, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari D’Kota (Off Persiaran Surian),
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Waktu Perniagaan: 11.30am-3pm. 5.30-9.30pm
Tutup : Ahad Tengahari & Isnin
Tel: 03-6148 3936
http://www.facebook.com/restaurant.yumyum
No comments:
Post a Comment