Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
sebelum aku bercerita, aku nak ucapkan "Selamat Hari Wanita" kepada seluruh wanita dialam maya ini. even tak terucap dimulut, tapi semua termasuk aku mengakui anda semua adalah sebab mengapa dunia ini lebih bahagia dan tenteram.
ok, memandangkan hari jumaat selalu bizi kejar masa, memang aku suka nasi ayam. aku pernah cerita ada 2 tempat nasi ayam yang aku suka, ini lagi satu yang aku suka (setakat hari ni la...).
nama restoran tu akupun macam tak berapa nak ingat, tapi since aku snap nama kedai/syarikat tu, anggaplah ia betul. namanya "Restoran Satu Famili De Kota Enterprise". aku dan rakan2 suka makan disini, setiap jumaat inilah restoran yang kami terjah. orang kelantan tokeynya. selain nasi ayam ada nasi campur, tapi aku sesekali makan jugak.
ini adalah set nasi ayam yang biasa aku makan. ada sejenis set nasi ayam je. kalau nak tambah, tambah je la. harganya murah dalam RM4.00 je. rasanya?? nasinya lembut dan harum, ayamnya masak sekata dan lembut, sos2 dia sedap dan paling penting sup dia memang terbaekk!
lokasi? aku mana tau kordinat dia.
Restoran Satu Famili De Kota Enterprise
Seksyen 7 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
(Sebaris dengan Surau As Sahabah)
No comments:
Post a Comment