Showing posts with label kedai pilihan. Show all posts
Showing posts with label kedai pilihan. Show all posts

Friday, January 8, 2016

Kedai Ustaz Kota Damansara

Kedai Ustaz Kota Damansara.
Balik kerja singgah jab kedai ni beli pengecas untuk handphone 3310 aku. Harga kat sini memang termurah. Huhu.

Monday, May 20, 2013

Roti Benggali Di Kedai Roti Jamhur (Klang)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

since aku suka makan dan suka sharing (even ada tak suka), aku nak share kedai roti favourite aku. memang biasanya aku suka beli gardenia, tapi kalau ada kelapangan dihari cuti aku lebih suka membeli roti bantal/roti benggali kegemaran aku di bandar lama klang.

aku suka makan roti kosong cicah air teh. stail kampung la katakan. roti di psaran biasanya aku tak berapa gemar sebab ia kadang2 terlelu lembut dan rasa dia tak kick. nak kick, aku gi bandar klang dan beli roti benggali dan roti inti kelapa kegemaran aku tu di kilang roti lama. dah lama aku tau roti ni, masa aku bujangan lagi, dan ia kekal best sampai sekarang even bertukar generasi dan makin kurang diminati sebab terpaksa bersaing dengan sykt roti bertaraf dunia.


inilah kedai roti yg aku maksudkan. nampak klasik giler. dulu2 aku perlah la masuk dlm tgk apa dia buat, tapi bila pergi dengan anak2 yg moden ni, nak masuk pun diorang takut. heh.... budak2 bandar la katakan.


ini antara roti yg dijual. ada juga roti yg dibuat ditempat lain dan dijual disini. biasanya mmg takde orang jaga. kalau nak beli tu, panggil2 la ye.



inilah roti bantal atau roti benggali kegemaran aku. yang paling aku suka ialah kulit rotinya yang emmmmm..... memang sedap.



ini roti inti kelapa kegemaran aku. memang sedap rotinya, inti kelapanya penuh dan sedap. satu paket ada 6 bun, kadang2 tak sampai rumah dah abis makan dalam kereta. maklumlah nak dtg sini ke rumah aku dalam 25 minit jugaklah.


buat yang berminat, inilah alamatnya:

KEDAI ROTI JAMHUR
No. 41, Jalan Kota Raja
41000 Klang
Selangor Darul Ehsan

Friday, February 15, 2013

Restoran Selera Ramai Ikan Singgang, Kota Damansara

ok.... hari ni kite crita psl makan lagi.

tempat makan ni dah beberapa minggu lepas kot aku pergi bersama saiful dan hadi. cam biasa.... area dekat2 opis aku je. kami ke Restoran Selera Ramai Ikan Singgang.

ini antara menu tempah khas tengahari kami bertiga. emmm... ala kadar je sebab pukul 10am dah minum pagi.
1) Siakap singgang

 2) Kailan ikan masin

 3) Udang Celup tepung

 4) Ops.... ini sambal cili bagi udang celup tepung

 5) Nasi putih (mmm.... harum!)

6) Telur dadar

  7) Daging lembu masak kicap

8) Sambal belacan

Ini laicikang ais aku punya. untuk sejukkan panas badan.

Aku dan saiful sebelum upacara makan2 bermula.

secara keseluruhannya restoran ni memang menepati ciri2 kegemaran aku. ikan singgang dia memang terbaik! sebenarnya ikan2 biasa singgang ada.. tapi si saiful tu gatal nak cuba siakap singgang. masa makan sedap, tapi masa nak membayar terkedu jugak dia sekejab. nasib baik kira tong-tong. harga semua hidangan tu termasuk air tak mahal, hanya RM69.00 je. pada aku tak berapa mahal untuk hidangan yang sedap. lagipun 3 orang makan. 

kuah singgang dia just nice, tak masin sangat. teringat kuah ikan singgang nenek aku buat masa aku kecik2 dulu. rasa lagi kekampungannya. daging masak kicap even lain dari gambaran otak aku masa order, tapi masih ada rasa sedap. sambal belacan dia terbaik! nasi diapun harum. 

pada aku restoran ni patut dicuba untuk kaki2 makan yg se spesis dengan aku. alamat restoran ni :-


Restoran Selera Ramai Ikan Singgang
Jalan Sepah Puteri 5/1B
Pusat Dagangan Seri Utama
Pju 5, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor


Dikemaskini 07/3/14. RESTORAN INI TELAH DITUTUP.



Thursday, June 11, 2009

Kacang Sempalit (Raub, Pahang)

aku baru je balik dari menjamu selera di pak mat cafe, ala yg aku ada promote chicken chop murah tu. tah la kenapa, dalam seminggu ni, asyik lapar je. tengahari tadi dah pekena ikan bakar kat taman kem. petang dah makan bubur jadung dengan sagu. lantaklah, asal bahagia!

banyak tajuk, tapi sebab aku asyik2 teringat makanan, aku nak cerita pasal kilang kacang sempalit dulu. kalau selalu2 sangat cerita peribadi aku ramai bosan pulak. dah la cerita panjang, wife akupun selalu tengur, asal entry aku mesti taraf cerpen punya.

dalam entry lepas, eh.3x seronoknya si nur aka admansyah dan si kapten monkey d luffy kenen2kan aku dengan rancangan makan2. tak sayang mulut! mentang2lah aku agak sihat dan kuat makan, nak samakan aku dengan kemontelah pengacara makan2 tu yer. apa2pun, aku memang suka tengok jalan2 cari makan, dan aku suka jugak layan rancangan ho chak! cuma rancangan cina tu banyak cerita pasal makan ba alif ba ya. kalau dah tak de menda nak tengok kat tivi aku suka gak layan marta steward dan rancangan asian food channel.

ah.. lupakan semua tu. sekarang kita kembali ke cerita kacang sempalit. aku selalu singgah kat sini apabila balik kampung. actually ada dua syarikat kacang terkenal di sempalit, raub. kacang2 mereka aku rasa tak sempat masuk area KL sebab pasaran local pun tak cukup. kalau dekat raye cine, bersusun bas2 rombongan tah dari tongsan datang kot.

takleh cerita panjang2 sangat hari bapa ni, kena simpan energy. kuang.3x. korang layanlah gambar2 ni.







ni pulak 3 pilihan kacang terlaris disini. ada lemak manis, ada lemak masin dan ada dipanggang biasa. ulas-ulas kacang dia besar aku cakap ko. besar lagi dari kacang shandong. kalau dengan cap tangan, heh! tak terlawanlah dengan kacang sempalit ni.







jangan korang espek kilang ni besor bagak, ala tempat kecik je. selain kacang ada la jual buah2 dan lain2 jajan. business keluarga. biasalah orang cina, bisnes depan rumah kecik2, nampak cikai, tapi kaya raya. orang melayu kita, kalau nak bisness mesti nak yg hebat2, buat loan 2-3 juta, perabot mesti hebat, sexsateri mesti muda, seksi dan bergetah sebab senang nak scandal, buat 2-3 bulan pastu bangkerap.

ala kacang2 yg dijualpun murah2 je. rm2.70 sepaket. beli banyak bulehlah mintak diskaun. yg jual tu harta keluarga depa, kena gaya memang murah la belinya.

kaum pompuan aku yakin kurang makan kacang, ala takut jerawat tumbuh. betulke makan kacang tumbuh jerawat. kalau picit jerawat keluar kacang! kuang.3x.....

makan kacang sempalit tu janganlah buruk melantak sangat, kang kena sembelit pulak. ha.3x...

Monday, June 8, 2009

Misi Kenduri Kahwin Di Raub, Pahang

semalam, hari ahad (07/06/09)aku sekeluarga awal2 lagi keluar untuk menghadiri kenduri kahwin 2 orang anak sepupu aku di raub, pahang. majlis itu dibuat serentak sempena perkahwinan si kakak iaitu saadah dan pasangannya, dan kenduri sambut menantu untuk si adik iaitu amirul dan pasangan. dua2 buat sekali, senang.

masa aku sampai, memang ngam2 masa ketibaan kedua2 pasangan pengantin. aku tak sempat snap gambar kerana sibuk mendokong pika dan memimpin luqman. korang kena fahamlah, wife akukan sarat mengandung. malas nak berebut, aku ambik peluanglah dulu sembang2 dengan saudara mara yg datang tu. Di hah, kawasan kenduri, 2 kawasan makan didirikan, dan konsep layan diri; senang!



kasik close-up sikit. banner lagi tu. ini untuk elak tetamu silap majlis kot. ha.3x... jangan gelak, aku pernah terkena dulu. silap majlis. dah siap makan lagi, nak hulur hadiah baru tau silap rumah.



bila dah kurang sesak sikit, aku pelan2 cari port untuk makan. makanan standard kenduri orang pahanglah; nasi putih dan nasi minyak, acar timun, gulai daging lembu, ayam masak merah, dan paling special kerabu umbut pisang. masa nak ceduk makanan, awal2 dah diorang bagi goodie iaitu bungkusan gula2 untuk setiap ahli keluarga.
ingat tu je goodie bag, rupenya tengah suap, diberi lagi 2 goodie bag warna hijau. feberet colorland aku tu. macam2 ada dlm goodie bag tu; ada cenderahati kekal berupa kipas tangan, ada pult manis (wajik), ada gula2, ada kuih bahulu, ada jelly, dan ada 2 - 3 menda lagilah. aku tak kuasa nak tengok sebab dua2 anak2 dah rembat. gambar anak2 tayang goodie bag.




dah kenyang, dan jumpa keluarga pengantin... nak tunggu apa lagi. beransurlah. masa 'salam' dapat bunga telur lagi. banyak betul ole2 untuk tetamu. on the way balik tu aku singgah la dulu kilang kacang sempalit kat raub. famous amos giler kilang ni. belilah sikit2 untuk juadah perut sendiri dan bagi kawan2 seopis rasa. kacang sempalit ni bukan ada jual meluas seantero malaysia lagi. takat pahang pun beberapa tempat je ada. sepaket cuma rm2.70, ada perisa masin, manis dan lain2. aku cerita esok lah psal kilang kacang ni, aku buat entry khas. sambil2 tu, korang layan la gambar anak aku depan kacang besar dikawasan kilang kacang tu.



since tak kalut nak gi mana, singgah jab masjid bandar raub berehat, dan kemudian pelan2 bertolak balik ke klang. ingat nak bawa anak2 mandi air hutan lipur lentang. anak2 memang ada bawa pakaian extra, tapi aku cuma ada bawa kain sarung je. kang mandi pakai kain sarung, risau jugak ada adegan tak patut dilihat oleh gadis2 remaja. susah jugak kalau tak bawak spender extra ni.

sampai kawasan rehat genting sempah, singgah isi minyak sat. wife terliur tengok buah berangan panggang, aku beli la 1/2 kilo. nasib baik aku siap isi minyak, rupanya sebelum tol gombak jalan jammed dalam beberapa km. masa orang nak cuti2 malaysia, masa tulah nak turap jalan. kadang2 aku rasa pengusaha hiway ni saje nak kenakan kita sebagai pengguna. suka hati nenek dia je nak lencong2 jalan, nak tutup jalan. nasib baik aku balik petang, kawan aku yg balik lewat petang lagi haru, dari terowong genting sempah dah jammed. seksa woo... dalam kes aku oklah, sebab sambil2 jammed buleh gak makan buah berangan panas. minum air kotak sejuk pulak. tapi berkilo gak lah sumpahan untuk pemilik hiway. bagero!

masuk je kesas lepas bayar tol di gombak, jammed jugak. berkilo gak jauhnya. cilampret! ada accident kereta je, tapi semua pemandu prihatin saje nak slowkan kereta. mentaliti orang malaysia.

keseluruhannya, misi ke kenduri kahwin berjaya dengan selamat. pada saadah dan suami serta amirul dan isteri; abg ngah sekeluarga doakan kalian berbahagia hingga akhir hayat, dilimpahi rejeki, dikurniakan anak2 yg soleh dan panjang usia.

Friday, April 10, 2009

Cik kiaH dah Kebah Demam Panas

hari ni aku datang dengan senyum sampai ke telinga. pasal semalam Hari Bapa? ada la jugak kaitannya, tapi hari bapa aku sekarang dah tak de Off Day, so.... FULL STOP!
tapi ia lebih berkaitan kesihatan cik kiaH aku (kereta aku dah). cik kiaH aku dah pulih dari demam panas (aircond bocor).

demam panas ni dah berlaku beberapa waktu yg lalu tapi aku biarkan. mula2 tu aku pergi tambah gas aircond, tapi dalam 2 hari kering. sah! something bocor. aku pergi beberapa kedai, rata2 kedai bila tengok cik kiaH je terus letak harga tinggi. mentang2lah cik kiaH orang asing, suka2 hati je diorang letak harga. cik kiaH datang secara sah tau, bukan pendatang haram. cik KiaH pakai kad pengenalan penduduk tetap, sebagai orang KL lagi.

bila gas kering, kepanasanlah aku kalau pergi kerja, nasiblah jarak dari opis ke rumah cuma kurang 5 minit. yg tak syiok bila bawa wife dan anak2, panas! walaupun buka tingkap, tetap panas. luqman lagi best, dah la gi sekolah duduk belakang macam boss, dan aku kelihatan macam supir. dah tu siap tanya "ayah belum buat aircond ke? ayah takde duitke?". sabo je lah anak aku ni.

dalam 5-6 kedai aircond yg semua orang cin nun, memang aku kena tekan kaw2 punya. paling murah rm680, paling mahal rm830. tapi satu kedai paling aku geram ialah kedai kat area rumah aku, dah la kenal, dia sembelih aku hidup2. hari rabu masa aku beri kereta pada dia suruh check dan repair, dia bukak je pintu driver, hidupkan enjin sambil berdiri, mencium2 bau didalam kereta dan berkata....

cina repair aircond : abang, abang punye kereta aircond bocor. mau repair rm830.
melayu aircond rosak : lai, lu check dulu la.... belum check sudah tau harga ka?
cina repair aircond : saya sudah tau punya. aircond bocor, tukar cooling coil, servis. rm830.
melayu aircond rosak : saya tinggal saya punya kereta, lu check dulu, nanti lu call saya apa rosak, berapa harga mau repair..
cina repair aircond : tak payah la abang.... saya sudah tau. itu cooling coil bocor. tak boleh tampal, ini model mahal oo....
jiran melayu aircond rosak : (baru sampai kerana nak bawa aku balik opis) eh... ah lai, ini saya punya kawan punya kereta, apa rosak?
cina repair aircond : Oo... ini you punya kawan ka? saya ingat dia punya cooling coil sudah bocor banyak. kena kasi tukar.
jiran melayu aircond rosak : berapa?
cina repair aircond : rm830.
jiran melayu aircond rosak : mak ai...mahalnya. apasat mahal?
cina repair aircond : ini model susah la abang. kena kasi bukak itu dashboard.
jiran melayu aircond rosak : lu gila ka... mana ada orang repair aircond bukak dashboard. bukak itu drawer dashboard saje kan?
cina repair aircond : kena bukak semua dashboard la abang.
jiran melayu aircond rosak : (menyelip mata) kalau tinggal kereta berapa lama siap?
cina repair aircond : ini lama la abang. satu hari. malam pukul 8-9 baru siap.
jiran melayu aircond rosak : Oo... man, boleh tinggal kereta?
melayu aircond rosak : sampai malam tak boleh la... mau pakai kereta. nanti senang saya datang.
cina repair aircond : abang nanti hantar saya la repair.... saya kasi harga murah punya.
jiran melayu aircond rosak : berapa? lu kawan2 pun kasi harga tinggi..
cina aircond : kita kawan sudah lama, wa kasi lu rm680.
jiran melayu aircond rosak : nanti bila dia free saya cakap dia hantar you. nanti saya bincang dia. (sambil berlalu dengan melayu aircond rosak)

hari khamis, tengah aku buntu nak hantar kat mana, masa nak ambik anak aku si luqman kat tadika, aku berborak dengan jiran satu perumahan aku, yg juga baru aku ambik sebagai penyedia makanan cafeteria kat kilang aku kerja. dia cadangkan aku ke kedai aircond melayu, orang kelantan yg juga kawan dia. pukul 2pm hari yg sama aku pegi hantar aircond. aku mulalah speeking kelate yg kadang2 berbunyi macam bahasa siam. tokey kedai kata kena check dulu untuk tau rosak apa, tapi sementara kawan aku datang ambik, aku tengoklah dulu dia check kebocoran paip aircond guna alatan dia, pastu guna deria telinga dan kemudian air sabun. piping aircond tak bocor, argh..lega! tapi bila tokey kedai kata kena check detail takut cooling coil yg bocor.

tokey kedai : mey, kalu sikit2 boco buleh tampa gune solder, tapi kalu banyok boco atau boco besa, demo keno tuka coolong coil.
pelanggan : maha ko kalu tuka?
tokey kedai : keno tengok dulu boco mano, kalu buleh tapa, kawe tapa. kalau banyok tu kene tuka. kawe estimed dale rm400 ko rm450 jah. model ni mahal sikek.
pelanggan : demo tengok lah dulu, kalu buleh tapa tu, tapa dululah.
tokey kedai : tak po lah tu. kawe check dulu. kalu tau rosok gapo, kawe telepon demo dulu. kalu setuju baru kawe buak. tak maha, kawe wi harga saing2 jah. demo kelate dok mano?
pelanggan : (terkedu) mok ayoh kawe dah pindoh dok pehe (pahang) doh lo ni. tai sedaro maro rama lagi duk sano.
tokey kedai : pehe dok mano?
pelanggan : kak jerantut.
tokey kedai : kawe denga kak jerantut tu rama orang kelate.
pelanggan : rama.
tokey kedai : kalu kelate beloh mano?
pelanggan : (aduhh... kat mana ye?) kak pasir mah (pasir mas).
tokey kedai : ooo... pasih mah. kawe dok tanah meroh (tanah merah). kampung gapo pasir mah?
pelanggan : (arghh... lagi kacau. apa nama kampung tok nenek aku ni?)err.. tau lah (tak tau @ tak ingat). lamo tok balik, besonya mok nge ayoh kito jah balik nak-nak tahun. kito jare kelik.
tokey kedai : doh berapo taun tok kelik kelate ni?
pelanggan : err... tau lah. ado la 3-4 taun (sambil menahan malu)
tokey kedai : tok leh gitu mey weii... keno la kelek jupo sedaro maro.
pelanggan : meme ado raso nok kelik, tapi busy sokmo. raso2 tahun ni lepas bini kito beranok nak kelik jugo. nak bowok anok-anok kena' warih waroh. ingat nak bowok sampa taba (tak bai), munduk, naro (narathiwat). rama lagi tok2 sedaro sie' (siam @ thailand) nuh.
tokey kedai : molek la tu.
pelanggan : ok lah, saing dah mari tu, nati teleponlah.
tokey kedai : ok, bereh!

setelah beberapa kali tokey kedai call beritahu kerosakan dan anggaran kos, termasuk suruh tengaok dulu kerosakan sebelum dia tukar. aku serahkan pada dia je. dan akhirnya cik kiaH dah pulih dari demam panasnya. aku raikan dengan makan char kuew teow hayda kat taman pendamar indah satu.

apa? harga? siap tukar barang2 yg rosak yg nyata bukan cooling coil. buat full servis, betulkan meter aircond dan sewaktu dengannya... rm330. aku lupa apa nama kedai ni, tapi ia terletak di lot kedai kota pendamar. kalau nak maklumat lanjut, call tokey dia 017-2109751 (Rauf).





IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------

Sertailah survey PERCUMA dan di BAYAR dalam RINGGIT MALAYSIA. Klik banner untuk info :-

Thursday, February 19, 2009

Tivi aku dah OK

semalam (18/2/09) aku cuti half day petang. adik aku yg tunggu result spm datang dari kampung. dia dan kawan dia turun ke stesen bas shah alam. aku kena gi ambik la. then, dia nak ke petaling jaya atas urusan mengambil lebihan gaji masa bekerja baru2 ni. dalam tak tau arah yg pasti aku redah jua. majikan dia sambil lewa memberitahu lokasi pejabat dia, dan aku totally lost. sebab hari dah petang, dan hujan lebat. aku patah balik ke klang untuk elakkan tersangkut dlm jam sebab hari dah jam 430pm dan jalan dah mula sesak. dekat 15 minit jugak le aku sangkut kat tol batu 3 gara2 baru teringat baki touch n go aku cuma ada 90 sen. aku biasanya top up TnG masa nak balik kampung je, utk urusan pejabat pakai cash sebab nak claim. kalau nak cepat kadang2 pakai TnG je, dan lupakan pasal claim. nak mintak print out TnG aku malas, bukan selalu sgt pun keluar jauh2.

alhamdulillah petang semalam jugak sempat aku usahakan tivi aku disiapkan. sebelum ni pelbagai kedai aku usaha bawak tivi, dan pelbagai alasan mereka beri. kena repair itulah... neka tukar inilah... dah ada kedai jugak cakap "ini tivi sudah rosak la kawan. lu kasi bili baru la.. kalau lepair aa, sama lu bili baru. lu kasi bili baru sama wa, wa kasi diskaun". biasalahkan, kedai repair tivi ni kebanyakkan adalah kedai jual tivi baru jugak.

atas bantuan khairul, dalam jam 630pm aku gi hantar tivi tu ke rumah kawan dia yg membaiki alatan elektrik dan elektronik di kg pendamar. sampai rumah dia, mak ai... meriahnya tivi. aku saje keluar lambat2 sebab nak shoot gambar dan biarkan si khairul kaw tim harga baiik punya. diorang kawan dah lama. harga kawan2 ni lain sikit la kot. ni kawsan kejadian, er maksud aku tempat aku repair tivi.



selepas check, dia terus bagitau ini kerosakan bla.bla..bla... sambil menunjukkan kawsan kerosakan dan bukti2 saintifik menggunakan alat2 penguji. aku angguk je sebab aku tak faham apa2. si khairul yg memang orang elektrik (apsal ko tak reti repair ha..) sesekali bertanya dan membelek2 tivi buruk aku. abg din iaitu tokey repair tu tanya aku "abang nak tukar barang ori ke barang china?" aku tanya "apa bezanya?". dia menerangkan beza barang, sama ada aku nak beli barang dan dia pasang atau serah pada dia untuk beli. dia dah bagitau aku anggaran harga. aku cuma cakap, abang repair je, anggaran harga tu saya setuju dan berkata "kalau boleh nak cepat, anak saya dah sibuk nak tengok kartun". ok bang, saya buat abang punya dulu, kawan punya hal tak kisah.

jam 10pm hari yg sama, si khairul sms aku bagitau tivi dah siap dan harga repair. ok, dalam anggaran. beli barang rm130 dan upah rm20.rm150. ok masalah dah settle. harga tu jauh lebih rendah berbanding kedai apek2 yg rata2 rm300. yg lagi siot tu cakap tivi dah kong. selama ni aku rasa apek2 tu lagi terer, tapi aku bertambah yakin bangsa kita juga dah bertambah pandai, dan masih berperikemanusiaan dalam berniaga. sape2 yg berdekatan dan nak repair tivi atau alat eleektrik dan elektronik, sila hubungi abang din (016-6648169).

dalam saat tivi aku rosak dan dlm proses dikedai, anak2 aku hari2 merengek. aku just ignored. dengar radio ke kaset dah. mereka dah terbiasa tengok ceria, disney susah la sikit. aku masih boleh usahakan lagi satu tivi, tapi apa keperluannya. dua tivi bagi aku yg konservatif ni cuma memisahkan masa kami sekeluarga. dengan satu tivi, semua terpaksa layan satu tivi sama ada suka atau tak. kalau mereka tak suka, mereka buat kerja masing2 tetapi tetap diruang tamu. dengan 2 tivi, confirm dah ada dua puak. isteri yg lebih suka crita2 melayu dan indonesia, anak2 suka kartun. aku cuma layan selected crita je. kebanyaknya aku dah season lama mcm house dan csi, so aku cuma layan 24 dan crita tamil lewat malam. biarlah satu tivi untuk keluarga aku cukup, at least buat masa sekarang.

aku cuma terkilan dgn asterol. sebab aku tau nak repair ambik masa lebih2 lagi aku yg nak repair dengan murah, aku call astro mintak cut connection sementara. diorang tak layan. diorang mintak notis sebulan kalau nak putuskan siaran sementara. macamlah aku boleh plan bila tivi aku nak rosak. ingat hati nak je aku tamatkan siaran astro kat rumah. biar padan muka aku. wife pun tak kisah sebab tivi free pun dah bertambah baik dan banyak filem indonesia. akademi fantasia memang aku tak minat, cuma house dah dan start season baru awal bulan 3 nanti. cuma anak2 je lah kena menjawab. kalau aku sanggup beli cd tiap2 minggu boleh kot? biarlah masa tentukan.



IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------------------



Gunalah sabun minyak kelapa dara untuk kulit lebih gebu. maklumat lanjut KLIK DISINI.
www.bio-asli.com/?id=izzi