Tuesday, May 31, 2011

Nostalgia Burger King

semenjak dua menjak ni, aku terpaksa pergi urus sendiri urusan imigresen kerana assistant aku si khairul bercuti sakit kerana pembedahan tulang belakang. rasanya dalam 3 bulan jugak dia akan bercuti.

since akupun bukan tak biasa buat kerja2 imigresen ni, malah itulah kerja rutin aku 10 tahun lepas, aku membuatnya kini. masih reti ke? si khairul tu pun aku yg ajar, tak kan la sifu yang tak reti. mendanya masih sama, cuma beberapa borang dan prosedur ada perubahan. kebetulan si khairul cuti sakit ni, ada 2 orang pekerja myanmar yang tiba ke klia.

aku pergi sorang. kalau ada si khairul, aku pergi dengan dia, dia masuk uruskan semuanya, aku standby je. selalunya aku standby kat mana2 fastfood. sebab si khairul takde, aku buat urusan sendiri termasuk buat pas harian kat kaunter mab, dan masuk ke ruangan ketibaan di aras 3. apa barang dapatkan khidmat abang polis bantuan, pergi sendiri la. sebab flight delay, aku lepak makan tengahari di burger king dulu.



burger king ni aku jarang pergi. sangat2 jarang. even ada restoran ni dalam 5 minit perjalanan dari rumah aku, aku tak berapa minat. burger double cheese mcd lagi sedap. sambil2 makan burger double cheese burger king, teringat peristiwa lama dulu.

teringat awek lama? ish.ish... ish.... kesitu pulak korang. tak de maknanya semua itu. aku teringat peristiwa dalam 10 tahun lalu, masa kali pertama aku makan di burger king.

masa itu, aku masih di syarikat pertama, sri ganesh group. aku pernah cerita mengenai pengalaman naik kapal terbang kali pertama dulu. tak ingat? atau baru kali pertama termasuk dalam blog aku ni? takpe, kalau minat korang boleh baca kisah mengarut tu di link berikut http://izzi-income.blogspot.com/2008/12/kisah-pengalaman-naik-kapal-terbang.html

so, aku tak payah la susah2 cerita pengalaman memalukan naik kapal terbang kali pertama tu. aku tumpukan pada cerita nostalgia burger king. pun begitu kisah pengalaman naik kapal terbang kali pertama ada kaitan. kaitannya ape? tunggulah aku cerita dulu.

lepas aku dan 2 orang bos india aku tu sampai di kota kinabalu, dan bertemu dengan pengarah jabatan buruh sabah/labuan, 2 orang boss aku tu terpaksa balik dan menyuruh aku meneruskan perjalanan ke semporna. rasa nak nangis aku masa tu, dah la aku masih fobia naik kapal terbang, ini dia tinggalkan aku dan suruh naik flight sensorang ke tawau. yang best, dia bagi aku duit cash dalam rm25K, dan tahan teksi untuk aku ke airport KK. tiket dah dibelikan untuk aku. memang dua2 bos ni memang berpakat nak ajar aku ni. masa untuk ke tawau lambat, kebetulan aku memang kebuluran sebab belum makan tengahari dan ketakutan. dengan duit yang banyak tu memang aku takut untuk bersiar2 di bandar KK atau berjalan2 dengan bebas, macam ada orang ikut je. so, untuk selamat memang aku terus ke airport dan kemudiannya makan di restoran burger king di airport KK.

itulah kali pertama kali aku makan burger di burger king. memang tak masuk selera sebab aku tak tau kenapa pelik sangat rasanya. ye lah, menda tak pernah rasa memanglah pelik. sebab lapar dan tak pasti apa menunggu aku ditawau/semporna aku balun jugaklah. disaat itu terbayang betapa sedapnya masakan ibu dikampung, keenakan masakan kari mamak yang berbulu tangan lebat mengalahkan bulu kaki aku tu.

setelah hampir seminggu, urusan di semporna selesai. even nyaris2 berkahwin dengan orang bajau yang putih mulus tu. ejen hubungan syarikat kami tu siot betul, tak putus2 pujuk aku kawin senyap2 dengan wanita di kampung bugaya. memang tergoda iman, tapi aku takut kena penampar dengan papa aku, so tak jadi la.

balik dari sabah, masa keluar dengan makwe ke 236, aku teringat mengenai burger king. rupanya si dia peminat burger king. kami ke area plaza warisan KL. kali kedua makan, dah tak rasa pelik lagi. malah aku dah terasa kesedapan burger king.

malah, bila kewujudan cawangan restoran burger king di tempat aku; akulah orang yang meracun fikiran si saiful, syarizal dan azmir untuk mengikut aku ke sana. dah ternyata pengalaman pertama mereka makan burger king tidak mengecewakan. mereka menyukainya. malah masa aku ke klia dan makan burger king tu, aku tidak lupa menghantar mms gambar diatas kepada saiful. dia langsung tak balas mms aku. tapi balik opis sebakul dia menyumpah aku. ha.ha.ha.....

Monday, May 30, 2011

Bersama Tok Mat : Lembu Makan Sardin

dalam era kemodenan ni, aku tak nafikan anak2 dah banyak tak kenal binatang. sifat kebinatangan, aku memang harap dan berdoa anak aku takde, tapi at least mereka kenal nama2 binatang.

seebelum aku kawin, aku pernah gelakkan kawan aku yg bercerita yang anak2nya tak kenal antara lembu dan kambing. biasalah orang johor bahru. tapi bila dah kawin dan beranak pinak, cerita yang sama terjadi pada anak2 aku. selalu sangat mereka tertukar antara lembu dan kambing. ye lah, binatang yang sangat asing kepada mereka sebab mereka membesar tanpa kelibat binatang2 tu. pergi zoo negara atau zoo melaka tu memang tiap2 tahun, tapi lebih kepada tengok rimau, gajah, cipan dan seumpamanya.

bercerita pasal lembu, masa remaja dulu aku tinggal dengan datuk aku, tok mat. tok mat adalah polis penen yang garang. tok mat pada suatu masa tu ada membela lembu pawah dari kerajaan. kerajaan beri lembu betina, penjaga lembu kena cari mana2 bapak lembu untuk membuntingkan lembu betina itu. kemudian dapat anak lembu. anak lembu itu akan jadi hak milik orang yang memawah lembu terbabit. ibu lembu itu pula masih boleh dipelihara atau boleh diserah balik kepada kerajaan.

biasalah orang kampung, tanah luas. tanah datuk aku di batu balai memanjang ke belakang dalam 5-6 ekar. di depan itu biasalah tapak rumah datuk dan tapak rumah papa aku. 2-3 ekar pertama tu kawasan tanam pokok kelapa, pisang, durian, rambutan dan seangkatan dengannya. lagi kebelakang ialah tanah getah.

masa datuk memawah lembu, sebenarnya akulah yang menjaga lembu2 itu. balik sekolah, lepas pergi mengaji rumah cik aji (emak ustaz ahmad dusuki), giliran aku untuk mengalihkan lembu2 itu ke tempat yang ada rumput. kalau tak de rumput? aku kena cari rumput dimana2, beri lembu itu makan. biasanya tempat yang banyak rumput adalah ditepi hutan kecil dibelakang rumah kami. di sekitar pokok buluh yang dah bertahun2 kewujudannya. even dari kecik selalu bermain disitu, seriua jugak, tok mat selalu cakap ada orang halus disitu, syaitan juga suka bermain disitu. ala tok mat selalu sakat aku, suruh aku jadi pemberani. even aku selalunya takutkan syaitan disitu, aku terpaksa juga bawa lembu2 makan disitu. aku lebih takutkan tok mat dari syaitan disitu. syaitan barangkali setakat menakut2kan aku, dan paling2 demam sehari dua. takpe tok mat bomoh, dia boleh jampi. tapi kalau tok mat yang marah, mampos aku pergi sekolah tak ada wang saku, tak boleh tumpang kereta dia ke sekolah. kalau lagi teruk mungkin tak dapat aku makan nasik kat rumah dia.

dah pastikan lembu dapat port yang baik untuk makan rumput, bolehlah aku ke sekolah cina batu balai untuk main bola. paling best dapat tengok gadis pilihan aku bermain dengan sepupu2nya disitu. adik soh, itulah gelaran gadis manis yang aku minati masa itu. sebaya aku. sambil2 main bola, sambil2 aku tengok dia. bila bunyi generator enjin lampu dipasang, aku cepat2 balik rumah. nak kena ambik lembu di belakang dan bawa ke depan, ke kandang lembu la. pastu kena hidupkan unggun api, letak kayu api untuk pastikan api tu menyala sampai pagi. begitulah hari2 sampai tok mat jual lembu yang diperolehinya.

semua diatas adalah mukaddimahnya, aku nak cerita pasal lembu makan sardin.

lembu2 tok mat makan rumput yang tumbuh secara semulajadi, bukan rumput yang ditanam atau beri makan pallet. tapi kekadang tok mat yang sangat rajin berkebun meracun semak samun ditanahnya. tu yang orang cakap bodoh macam lembu; bukan lembu tu tak nampak masa aku dan tok mat meracun disekitar tempat lembu2 tu makan. bukan lembu2 tu tak boleh hidu bau racun, tapi rumput yang kena racunpun dimakan jugak.

lembu yang dah termakan rumput beracun dapat dilihat dari fizikal yang lemah, kurang selera makan rumput dan mulutnya berbuih.

kami dikampung tak bawa lembu sakit jumpa bomoh, bawa ke hospital juga tidak. kami gunakan rawatan tradisional, pakai air akar kayu. heh... itu tipu je. kalau lembu tok mat keracunan, biasanya akulah yang jadi mangsa kena beri sardin pada lembu2 tu. kenapa akupun tak tau, tapi ia sangat mujarab. lepas 30 minit makan sardin, lembu2 tu dah mula berselera makan rumput.

err... kalau orang yang minum racun, boleh ke kita bagi makan sardin?

Sunday, May 29, 2011

Adegan Telur Sotong

malam tadi, isteri memasak sotong rebus sebagai hidangan utama. biasalah hidangan yang disukai anak2. saban minggu, itulah sotong adalah hidangan wajib bagi keluarga kami. kadang2 sotong goreng, sotong masak merah, sotong celup tepung, sotong petai, dan paling wajib ialah sotong rebus. tak kisahlah kalau tiap2 minggu makan sotong asal anak2 gembira, jangan jadi lembut cam sotong dah la. mintak dijauhkan.

dalam membeli sotong di pasaraya besar atau kedai acheh, anak2 dah siap pesan suruh beli sotong yang ada telur sahaja. kalau hidangan sotong yang takde telur, memang tak makanlah anak2. sama je bagi luqman dan pika. memilih betul budak2 sekarang. aku dulu jangan kata nak makan telur sotong, makan telur ayam pun dah kira beruntung. kalau tak, makan nasi dengan ikan kembung, ikan pelaling, ikan jaws dan seangkatan dengannya.

aku masih ingat, masa kecik2 dulu aku boleh pilih apa aku nak makan sebab papa aku ada kedai runcit dan pembeli getah berlesen di pekan damak. bukan setakat sotong, ketam, udang, malah kepala keretapi pun kalau aku nak makan, mami aku akan masakkan. setelah mami meninggal masa aku darjah 2, papa aku kahwin lain dan mula hidup merantau. aku dibesarkan oleh datuk dan nenek. datuk aku garang yang amat. even papa kirimkan duit setiap bulan dan datuk ada pencen polis, mereka lebih mengawal perbelanjaan. makan ala kadar je. makan sedap yang mewah sangat jarang. setakat ayam tu biasalah sebab ayam bela sendiri. ikan dan kerang tu biasalah sebab murah dan senang. kalau nak makan yang mahal, kena tunggu datuk terima pencen atau aku dapat markah peperiksaan yang baik. sebab aku agak pandai (cit, puji diri sendiri)setiap kali masa penyampaian hadiah, sekurang2nya 3-4 hadiah mesti aku dapat. paling bodohpun dulu aku akan dapat nombor 4. even dapat nombor 4, hadiah matapelajaran terbaik tu banyak aku akan dapat. balik rumah, nenek akan masakkan telur puyuh masak berlada untuk aku. arghh... rindunya aku kat nenek. kadang2 masa aku nnak makan sedap tapi datuk tak belikan menda2 mahal untuk dimasak, nenek akan masakkan aku gulai kuning telur itik. perghh.. sedap!

opss... dah lari tajuk. aku sebenarnya nak cerita pasal anak2 aku dan sotong rebus.

peristiwa biasa bila makan ramai2 dan makan sotong rebus ialah anak2 akan makan sotong dulu, telur sottong akan disimpan dulu. abis makan nasi, baru makan telur sotong. telor sotongkan sedap. kalau dulu; luqman dan pika akan duduk bersebelahan di meja makan. senang nak perhatikan mereka.

suatu hari tu, kami makan sotong rebus. luqman asyik mengumpul telur sotong sambil memakan isi sotongnya. pika turut mengumpul, tapi kemudiannya memakan tellur sotong bila nasinya dah habis dahulu. cam biasa kami ibubapa asyik pesan suruh makan nasi dan lauk sekali, baru nasi berasa lebih sedap. "makan la telur sotong tu" pesan kami. pika cepat2 cakap "pika punya dah abis". luqman mencelah "telur sotong luqman ada lagi". sambil luqman bercakap, pika yang duduk disebelah luqman mencapai telur sotong kepunyaan luqman dan memasukkan kedalam mulutnya. kami terkejut dengan kespontanan pika. luqman dan menangis dan meronta2. pika dengan selamba mengunyah telur sotong kepunyaan luqman.

apa kami boleh buat? takkan nak rebut sesuatu dari mulut anak. tak kan nak memukul anak. even menda tu agak kasar, tapi itulah budak2. luqman menangis tak berhenti, aku memujuk luqman dan membawanya kekedai.

sekarang mereka berdua masih sukakan telur sotong rebus. cuma, kedudukan di meja makan dah diubah. pika akan duduk bersebelahan aku, manakala luqman disebelah umminya. kalau masih mengumpul telur sotong, masing2 dah tak leh mencapainya.

Friday, May 27, 2011

Waiter, Bawa Mouth Cleaner Cepat !

dalam pekerjaan, pergaulan dan sebagainya, selain bahasa melayu kita terpaksa juga berkomunikasi menggunakan bahasa lain. ye lah, dengan orang teganu, cakap slang teganu. dengan orang kelate, kene kecek kelate. dalam kepelbagaian bahasa itu, kita kena jugak menguasai bahasa inggeris.

pada aku secara peribadi, orang melayu (termasuk aku) lemah dalam komunikasi dalam bahasa inggeris ni. pun begitu, terpaksa juga menggunakan dalam komunikasi dan mesyuarat saban hari. so, bahasa inggeris aku takde lah tahap kambing, dan tak juga tahap gaban. sekadar tahap 3 anggur. sekurang2nya bila orang bercakap aku faham dan aku boleh berkomunikasi dengan agak baik.

aku bukan nak cerita bab2 kejanggalan orang melayu berbahasa inggeris bila di temuduga. dalam transkrip bahasa inggeris skor, tapi bila bukak mulut bercakap..... heh.. malu. kekadang masa interview, orang yang melayu yang diinterview galak doq cakap orangputeh sedangkan kami penemuduga haram tak faham. bayangkan dia bercakap inggeris slang kampung nenek dia, kami yang sekolah kampung lain mana faham. yang agak sewel sikit tu, kami dah malas nak layan dia cakap orang puteh, dan kami cuba bertanya dalam bahasa melayu (even aku je penemuduga melayu), si ditemuduga doq cakap orang puteh kampung nenek dia jugak. kesimpulan aku? reject je. he.he.he....

lain kali aku cerita pasal pengalaman2 menginterview. aku nak cerita satu kisah lucu dengan kawan2 aku.

begini kisahnya.

korang tau la port klang ni ialah syurga dunia bagi penggemar seafood. so, kami di port klang ni selalulah ke seafood kalau ada duit. kadang2 bawa keluarga, dan ada juga bersama kawan2. dengan kawan2 ni biasanya geng2 sekerja, saje lepak2 ramai2.

kalau makan berkawan, biasanya dalam semeja lah, 10 orang. bayar tong2 la, mana mampu kalau asyik nak tanggung. so, kami biasanya order tomyang special, kerapu stim, siakap 3 rasa, ketam masak berlada, daging rusa masak kicap, softcrap masak butter, butter prawn, dan seangkatan dengannya. nasi tu biasalah, tambah sekadarnya; biasanya 2-3 kali sorang. percayalah, aku rasa kalau sorang2 dibacakan ayat2 Roqyah, bertebaran syaitan2 dan jin2 dari perut diorang.

sambil2 makan tu biasalah acara kutuk mengutuk sesama kawan2. kutuk boss? mana ada kutuk boss, kami semua pekerja cemerlang, tak baik la kutuk2 boss. boss yang bayar gaji kita tau.

abis makanan berat, tiba2 kawan aku si saiful nizam (bukan nama sebenar)memanggil waiter. dia bercakap dengan kuat "Waiter, please bring mouth cleaner!". si waiter tercengang2. kami yang lain melihat dia dan waiter dengan seribu persoalan. ko mintak apa ni. waiter bertanya "encik mintak apa?". dia cakap "mouth cleaner, mouth cleaner. kami dan waiter masih kehairanan. aku tanya "woi pul, ko mintak ape?". korang ni lembab la, aku mintak mouth cleaner, ala pencuci mulut.

waiter berkata "oo... encik nak cuci mulut. itu sinki, encik boleh basuh disana.
kawan aku tu tak puas hati "bukan nak cuci mulut dengan air la, nak buah2an.
waiter tersengih " encik nak pencuci mulut, dessert"
kawan aku "ya, bawa mangga, betik sama tembikai.

dari kejauhan aku lihat waiter tu bercakap2 dengan kawan2 dia sambil menunjuk ke arah kami. kemudian gelak2. sah, memang gelakkan kawan aku tu lah. tak pasal2 kami tumpang semangkuk.


moral of the story :
malas nak cakap apa moralnya, korang fikirlah sendiri.

Thursday, May 26, 2011

Along itu Orang Yang baik

jam 2 pagi aku terjaga dari tidur sebab anak ketiga aku, amira sakit lidah. ulser ada sebijik muncul. dah sapukan daktarin dan dah boleh tidur even masih gelisah. letak je kat katil, meragam. so, tidurkan je diriba aku. isteri masih berjaga bersama, may be wife dah lama berjaga.

isteri dah beberapa kali aku suruh tidur sebab aku dah cergas mata. mau tak cargas, dah bedal teh panas dan roti keras dah. lagipun aku tidur awal tadi, lepas hawai five-o tadi aku dah belayar diulit intan.

aku tak nafikan pengorbanan isteri sangai besar. sebab dia tau aku bekerja, kebiasaannya dia yang uruskan semua. kali ni pun dia tak kejutkan akupun, aku yg terjaga bila dengar rengekan amira. alhamdulillah dapat isteri yang baik dan memahami.

sebenarnya dalam kehidupan, begitulah lumrahnya. kena tolong menolong. jangan kira siapa yang banyak menyumbang kerana ia akan membawa kepada pergaduhan. masing2 ada peranan, dan kena sentiasa bertimbang rasa.

bercakap pasal tolong ni, aku teringat kawan aku pernah komen aku secara bersemuka mengenai bahasa aku yang agak kasar dalam memperkatakan tentang ALONG. ye, along si peminjam wang. aku setuju, bahawa aku macam orang lain kat luar sana yang mempunyai persepsi yang sangat buruk mengenai along. bukan sahaja pernah dengar atau lihat di tivi dan akhbar mengenai keburukan along menyimbah cat merah ke rumah dan kereta pelanggan mereka, malah along bukit beruntung pernah menggemparkan negara sebab merantai pelanggan mereka yg tak mampu bayar macam anjing. terbaru, ada along yang tetak tangan pelanggan mereka dan ada juga yang kerat sepuluh jari pelanggan mereka sampai putus. ngeri dan sadis.

kawan aku itu berbangsa cina. masa kami minum bersama, dia cuba tukar persepsi aku mengenai along. dia cakap 'along ni orang baik'. aku memprotes keras. aku katakan, apa kejadahnya along tu baik sebab bukti jelas ia menyeksa pelanggan mereka. aku juga secara peribadi pernah lihat dijalanan ada along yang menampal gambar pelanggan mereka di tiang2 lampu dan sekitar kediaman pelanggan mereka dengan niat untuk memalukan. itu belum lagi termasuk along yang ke tempat kerja dan rumah dengan membuat aksi melampau termasuk mengugut dan membelasah pelanggan.

si kawan aku tenang dan berkata; itu salah pelanggan, mereka bodoh. masa mereka susah takde wang, mereka pandai cari along. kenapa cari along even tau along jahat. baru sekarang ke tau along biasa pukul orang? sudah lama maa.... ini along, ceti sudah sangat lama. kenapa cari along, pergi bank la..... mereka cari along sebab tau along boleh tolong. you emergency mau wang, you pergi bank. berapa lama boleh dapat pinjam? berapa dia kasi pinjam? silap2 tak dapat pinjam satu sen pun wooo.... cuba la pergi bank minta pinjam rm1000 on the spot. bank mintak isi borang, potostat ic, potostat slip gaji, mau ea form, mau 3 bulan bank statement, mau check hutang beraapa banyak dalam ctos. kalau utang sudah banyak sama bank, atau ada rekod dalam ctos, kalau bankrap, mana ada bank mau kasi pinjam. kalau mau kasi pinjampun, mau 4-5 hari.

you emergency maaa, mau pakai wang sekarang. kalau you boleh pinjam keluarga atau kawan, you takkan mau pinjam bank atau along. kalau you ada barang emas, pergi gadai looo.... you semua tak ade, itu pasal you cari along. sebab you tau along mesti boleh tolong. itu along tak mau tau you ada utang berapa bank, you bankrap pun dia tak peduli. you mau pinjam wang, dia kasi pinjam you on the spot. tapi you mesti tau along ini orang meniaga, dia mau untung. dia sudah kasi tau maa berapa interest, berapa mau bayar, bila mau bayar. you bayar ikut aggrement la.

interest memang tinggi, tapi dia ada cerita maa.... kalau you tak setuju, dia tak paksa you utang sama dia. you setuju baru dia kasi wang, ada aggrement lagi. salah ialah you sudah dapat wang, you lari. you ingat along itu bodoh! dia pandai. dia tau mana you punya rumah, mana you punya office. you punya gambar, potocopy ic dia sudah ambik. you lewat bayar, dia call. you lari, dia cari you punya rumah atau office. lagi you lari, dia tampal you punya gambar depan rumah sama office. lagi you lari, dia baling cat merah you punya rumah sama kereta. lagi you lari, memang you mau mati looo....

sebenarnya along ini baik. you ada problem, you pinjam dia punya wang. dia tau you takde wang punya orang. so, kalau lagi ada problem mau bayar, lagi pinjam dia loo. jangan pinjam lain along. pergi diskass baik2 sama itu along, dia pun manusia maa... you ingat dia mau potong orang ka? dia pun ada anak bini maa... dia pun manusia. dia lagi baik dari bank. you cakap takde wang mau makan, dia kasi you pinjam. masa bayar, kena bayar loo...

you ingat kita cina banyak wang ka? kita banyak pinjam along. mau meniaga, pinjam along. mau anak masuk kolej, pinjam along. ibubapa mati, pinjam along. mau kawin, pinjam along. tapi you biasa dengar, cina kurang along kasi pukul. melayu sama india saje. bukan sebab itu along olang cina, tapi cina dia bayar. kalau tak bayar penuh, dia bayar sikit. kalau tak boleh bayar, dia cakap atau pergi diskass. melayu sama india suka lari kalau tak cukup wang, itu sendiri mau mati oooo....

dah cukup cerita pasal along. statement2 tu bukan dari aku, dan even ada yang aku setuju dengan hujah2 dia tu, tak bermakna aku menyuruh atau mempromosikan along kepada anda semua. pada aku, pinjam along memang cari penyakit. kalau ada along (abang sulung/akak sulung) pinjamlah dengan dia. kalau takde along, pinjam je dengan acik, angah, alang, de, teh, ucu, itam dan adik2 beradik yang lain. kalau takde jugak, gadai je barang emas yang ada. ramai tak tau bahawa menggadai emas bukan setakat dapat duit masa terdesak. kalau tau caranya, menggadai emas boleh menjana pendapatan lumayan. hah.... memasing dah buat muka tak percaya! percayalah, bangsa lain dah lama buat. ramai orang melayu fikir ke kedai pajak gadai adalah perkara memalukan, tapi bangsa bukan melayu anggap ia pelaburan.

masih ingat aku bohong. cuba ambik satu hari, anda lepak2 minum di kedai sebelah kedai pajak gadai. perhatikan siapa yang masuk ke situ paling ramai. orang melayu? itu aku setuju. orang melayu memajak emas sebab terdesak duit. orang bukan melayu pun ada, tapi mereka melabur. ini rahsia yang ramai orang tak mau cerita. harga emas meningkat hampir setiap hari. secaraa ringkas, emas yang anda gadaikan may be berharga rm1000 masa digadaikan, tapi bila diambik semula selepas 6 bulan, harga emas yang sama dah jadi rm1200. tapi ada tactic dan tric la. korang pergilah cari maklmat tu.

moral of the story :
1) jangan meminjam dari along. nyawa anda may be jadi taruhan.
2) emas adalah pelaburan yang paling menguntungkan. tapi jangan melabur dengan menyimpan pisang emas. pisang emas itu untuk makan dan dibawa belayar. itupun setelah masak sebiji diatas peti.
3) aku rasa kawan aku tu pun part time along, semacam je puji along. ha.ha.ha....

Wednesday, May 25, 2011

Kenapa Add Bekas Kekasih Kat Facebook

seorang sahabat pernah bertanya aku, kenapa aku sanggup add bekas kekasih aku kat facebook. aku kata why not?

persepsi ramai ialah bila putus perkasihan, kena putus segalanya. tiada berita, tiada cerita dan tiada lagi sesuatu daripadanya sampai mati.

pada aku, yang lepas tu lepaslah. sahabat aku yang rapat tentu tau yang mana antara kawan facebook aku yang dahulunya pernah menjadi kekasih hati pengarang jantung dan paru2 aku. menda dah lepas, lepaslah. dulu berkasih, memang benar2 kasih. tapi dah tiada jodoh, kenapa nak bermusuh. aku tak nak kata ada berapa orang bekas kekasih aku disitu, may be ada 3-4, 1-2, atau may be aku temberang je. yg kenal je tau. rata2 yang kenal adalah rakan masa sekolah dulu, dah namapun kekasih masa sekolah.

aku tak nak kata cinta monyet, sebab aku tak le teruk macam monyet. aku dulu berkasih, memang aku benar2 kasih. tak main2 (cayalah!). aku memang ada cita-cita nak berumahtangga dengan mereka (cita-cita tu apa pekerjaan nak jadi masa besar la samdol). masalahnya ialah berapa orang yang boleh dipilih untuk merialisasikan cita-cita murni itu. even banyak kali percintaan putus kerana kantoi ada hubungan dengan awek lain. mmm... nak buat camne, tak de rejeki mereka la.

aku tak nafikan masa mula2 putus, rasa sakit hati tu wujud. kalau boleh biar je bekas kekasih yang reject kita tu mati kena langgar lori sampah je. tak kan sekali tertangkap aku hantar surat pada awek tingkatan 3 dah mintak clash. logik la sikit, bagilah peluang 3-4 kali ke, peluang bela diri ke? buat domestic inquiry ke? perempuan ni banyak yang kijam! kesian lelaki cam aku yang beberapa hari hidup tertekan dan terpaksa cari awek baru untuk elak kena kutuk dengan kawan2 sebab kena reject dengan awek.

tapi lepas sekolah, dah kerja, dah berumahtangga, perasaan benci, sakit hati, dengki, permusuhan dah hilang. may be hilang sebab dah tua untuk ingat semua tu, atau may be lupa sebab dah tua dan dah jadi pelupa. aku sendiri pernah jugak masa tengok album, tunjuk kat anak2 "kalau ayah tak kawin dengan ummi, mungkin ummi luqman dan pika ni ummi lain". ada jugak aku melawak cakap "kalau ayah kawin dengan ummi ni, hari raya mesti kita balik kedah". anak2 cuma gelak, isteri sambil sengih sempat lagi berleter. kata isteri "ni mesti ada ingat makwe lama ni?"

secara jujur, memang aku ingat. semuanya ada dalam memori otak. memori otak bukan macam memori komputer yg kalau tak suka kita boleh padam. kalau serabut sangat, kita format je. memori otak akan secara spontan akan ingatkan kita bila ada menda yang pernah dibuat dulu. tapi ia sekadar ingat dan terkenang. bukan bermaksud ingin rujuk kembali atau masih sayangkan sidia. yang lepas, lepas. sekadar kenangan.

pun begitu, aku tak nafikan ada jugak bekas kekasih yang aku tak pernah approve even sidia beberapa kali 'add'. no way! kau bukan manusia (adakah aku bercinta dengan binatang dulu???). may be kau dah lupa apa yang pernah kau buat pada aku dulu. kau perkosa aku dan kau tinggalkan aku terkapai2 tanpa kasih sayang (apa kau merepek ni setan). itu lawak je... he.he.he.... aku ulang balik.... may be kau lupa apa kau pernah buat pada aku, tapi aku tak lupa. apa yang kau buat sangat melampau, dan sukar untuk aku lupakan. maaf may be, tapi untuk membenarkan kau wujud dalam garisan hidup aku, memang tak boleh. tak mungkin sampai kiamat.

heh... nampak macam aku keterlaluan. yup, ini hidup aku. hidup yang aku bina setelah harapan aku musnah. ye, kau banyak tolong aku. dan aku juga banyak tolong kau dulu. aku tau, kau buat begitu kerana terlalu sayangkan aku, tapi ianya melampau. ilmu perbomohan untuk membuat pasangan setia bukan cara aku, dan itu yang kau buat. aku tak tuduh melulu, dan kau tidak mahu menidakkannya. heh.... biarlah kita bawa haluan sendiri. aku tak peduli kau nak jadi apa, jangan kau peduli tentang aku dan keluarga aku.

moral of the story :
1) nak add ke tidak dalam facebook itu masing2 punya suka. nak add bekas kekasih ke, bekas ketua darjah ke, bekas ketua kampung ke, sendiri suka la.
2) woi yop, kau ni memeningkan la. sekejab kata dah tua tak nak bermusuh, tapi peranggan2 terakhir tu cam lahanat je tone bahasa dia. jangan marah orang, cepat tua.
3) banyak2 beristigfar ye..... dah macam panas tu, bawak2 la pekena sirap laici ais. biar cool. ala saje gempak je tu, bekas makwe tu pun dah tak peduli sidia wujud ke tidak. ingat hebat sangat ke nak kenang2 kau tu. ha.ha.ha....

Sunday, May 22, 2011

Bersihkah Air Minum Kita ?

kebiasaannya hari sabtu atau ahad adalah hari mengemas, membersih dan menukar. isnin hingga jumaat sibuk kerja, even isteri tak kerja; kerja2 menukar span penapis air akuarium aku yg buat. cuci2 3 akuarium aku jugak. tukar filter penapis air luar rumah juga aku buat.

bercerita pasal tukar penapis air rumah sekarang dah jadi rutin setiap minggu. dulu2, boleh tukar 3-4 minggu sekali. sekarang, baru seminggu tak tukar, penapis air di luar rumah dah warna gold. semua bentuk keladak, zat besi, zat lumut semua melekat disitu.

dalam surat khabar arus perdana baru2 ni, syarikat bekalan air tempat aku cakap, bekalan air mereka bersih. buleh terus minum dari paip tanpa dimasak, ia selamat dan bebas bakteria. mereka juga kata pembelian dan pemasangan penapis air adalah membazir, melambatkan aliran air dan segala mak nenek punya penjelasan lagi.

tapi sebagai pengguna air, kita lebih tau. depa kata saluran pair dalam rumah yang kena tukar sebab disitulah punya air karat dan keladak. saluran air depa memang terbaik. terbaik opah dia! kalau saluran paip luar memang baru dan terbaik, keladak kekuningan tu datang dari mana? dari dalam rumah? NONSENSE!

pun begitu nasib baiklah kerajaan selangor sekarang bermurah hati beri air percuma 20 meter padu sebulan. memang aku 7 bulan sekali pun tak perlu bayar bil air. kos itu bukan boleh saving, kena tukar penapis air setiap minggu. satu penapis air berharga dalam rm2.00 satu. sebulan dalam rm8.00 la. dalam rumah terpaksa pula sediakan penapis air lebih baik. nak beli penapis air diamond masih belum mampu, so belilah penapis bio aura (err... aku bukan ahli direct selling yg jual bio aura ye). bio aura ni takdelah murah mana pun, tapi berbaloilah jugak sebab aku beli dengan ahli direct selling tersebut yg terdesak. mau tak terdesak, masuk skim kena beli 10 biji bio aura, nak jual terkencing la beb.

penapis bio aura ni pun selalu kena tengok, boleh tahan jugak 'zat besi' pada ceramic filter dia. bab tukar tu setahun sekali dah la, tapi cuci filter tu aku kerap jugak la. aku tenyeh je dengan berus dawai. berseri2 cik jah oii...

masih tak rasa selamat dengan air yg dijamin selamat itu, aku juga membeli penapis air yang ada panas sejuk tu. apa..... water dispenser. bukan yg beli satu percuma 2 tu, tapi yg harga ratus jugak la. ada penapis air sekali. anak2 ramai, ada air panas tu senang la nak bancuh susu. kalau aku lewat2 malam beronline, terasa nak makan megi atau pekena kopi tongkat ali, tak perlulah kacau isteri.

apa2pun, bila bercakap pasal air ni, salah bukan pada pihak berkuasa air. salah ialah kita sendiri. suka sangat membazir air dan mengotorkan sumbar air. air sungai kita, masyallah kotornya. kita bising bila kena taun, cirit birit dan sebagainya. kita salahkan bakteria e.coli; tapi kita lupa yang semua benda kita buang ke sungai termasuklah coli2 terpakai, seluar kecik, lampin anak, lampin emak, lampin dewasa dan segalanya.

tahap bahaya sungai kita? memang ada sungai kita boleh nampak ikan hidup, tapi itu ikan dah tahap zomba, opss.... zombi. kalau kita makan ikan tu, belum tentu kita selamat. silap2 selamat kembali ke rahmatullah.

teringat masa kecik2 dulu semasa aku tinggal di pekan damak (jerantut, pahang). air sungai damak tu memang tempat kami mandi dan berkubang. kadang2 aku ikut papa aku memancing ikan. sebenarnya mandi sungai tu memang papa aku tak benarkan, tapi dah nama budak kampung. itu dilarang, itulah dibuat. kadang2 kerana takutkan lipasan tali pinggang papa aku, aku cuma duduk di atas jambatan sungai damak tu memerhatikan kawan2 lain bermain air. tapi dah kawan2 pun suka pedajal aku, ditolaknya aku ke dalam sungai, basah lencun aku. bila balik rumah dan terserempak dengan papa aku, dia tanya kenapa seluar basah, mata merah? aku cakap 'hazali anak pok wei tolak masuk sungai". PAP! kena rotan sedas atas bontot. aduii.... papa aku melibas lagi sambil berkata "kena tolak masuk sungai ye, baju tak basah pulak. kena tolak pun masih sempat tanggal baju ye". opss.... kantoi. papa lebih bijak dari aku rupanya.

kalau lepas kena rotan pasal mandi sungai, aku biasanya serik nak mandi sungai lagi. kalau kawan2 ajak mandi sungai, aku akan tanya mami aku adakah papa akan ke mana2 pada hari itu. papa masa tu antara pembeli getah berlesan di pekan damak. jadi selalu jugak papa akan ikut lori ke jerantut untuk urusan jualbeli getah. kalau papa ke jerantut, bolehlah aku mandi sungai sebab mami sporting. dalam marah2 tak bagipun, kalau aku mandi sungai jugak, dia akan support aku. balik mandi sungai dengan mata merah, mami akan suruh aku mandi dan pergi tidur. kalau papa aku balik, aku biasanya akan bangun sebab papa akan belikan buah2 dan komik untuk aku. mata merah? bangun tidur mata merah tu biasalah. ternyata mami lebih bijak dari papa.

bercerita pasal mandi sungai damak ni, aku sangat takut lintah. panjang2 tu. lintah ni suka sangat gigit kaki dan area bontot. nak melekat di area depan bontot, lintah2 tak berani sebab disana ada lintah lagi besar yang dah melekat lama. lintah sungai tentu takut dengan raja lintah tu. full stop!

apa kaitan air sungai damak dulu dengan air minuman aku sekarang?

jauh dah lari tajuk ni. sebenarnya aku nak beritahu kalau sungai dulu, sambil mandi2 kita carilah anak2 udang kecik tu. buang kepala terus makan mentah2. sedap. dahaga? air sungai tu bukan air, balun je la. bersih lagi sihat.

moral of the story:
1) jagalah kebersihan sungai kita.
2) jangan percaya bahawa air tu bersih, kena tapis dan masak dulu sebelum minum.
3) air sungai damak yg aku boleh minum terus dulu2, kini turut tercemar. manusia dikota atau pekan, sama je tahap kesedaran siviknya.

Thursday, May 19, 2011

Aku bukan kawan kau

kalau sape yang perasan (emmm... sape yang suka mengaku perasan ye?), blog aku ada sedikit perubahan kecik. aku yakin ramai tak perasan sebab aku buat perubahan kecil sangat. ala.... mengemas blog sikit2. dah semak sangat. nak tambah macam2 gadget aku malas, so nampak blog simple je la.

perubahan ape?

cuba tengok kat sidebar kanan, bahagian blogroll aku ada sedikit perubahan. banyak jugak blog2 yang aku dah delete. banyak sangat, menyemak pemandangan. heh..... siapa yang terdelete tu jangan kecik hati sebab aku yang patut kecik hati sebenarnya. dah beberapa tahun aku link dengan blog mereka, setelah bersetuju bertukar2 link. tapi, hehhhhh.... blogger tak famous amos cam aku, sape kesah. so, dari biar aku bersahabat seorang diri, biarlah aku let go persahabatan itu.

kejam? takdelah. aku deletepun rasanya pemilik blog berkenaan pun tak perasan sebab aku rasa mereka pun tak pernah nak datang jenguk aku. di blog mereka pun takde nama atau link blog aku, so fairlah. belum siap mengemas lagi tu, tengah godek2 blog yg lain, kalau confirm link aku takde, aku deletelah. even blogger tu aktif, tanpa link blog aku, aku delete. even blog tu dah hampir setahun tak aktif, tapi ada link aku, aku kekalkan. aku hargai persahabatan dan perhubungan dua hala dlm dunia blogging ini. terima kasih.

bercakap pasal persahabatan, atau berkawan ni, aku ada satu cerita. ia berkait dengan persahabatan atau berkawan yang memerlukan hubungan dua hala. sorang berkawan tak jadi. berkawan bermaksud ada komunikasi dua hala. kalau satu hala ia dinamakan komunisme.

begini kisahnya.....

kisah ni terjadi dah agak lama. mengenai seseorang yang mengaku aku sebagai kawan. kawan semasa susah sahaja.

si A : en. I, kita dah berapa tahun kenal?
si I : ye, Arunacalam, kenal U? dah 3-4 tahun kot. kenapa?
si A : ooo... dah lama la kita kenal. kita ni dah kira kawan rapat la.
si I : U nak apa sebenarnya ni?
si A : sebenarnya saya dalam kesusahan. saya ada hutang along. itu along ada cari saya sebab saya tak boleh bayar.
si I : so, apa kene mengena dengan saya?
si A : saya mau pinjam sikit wang?
si I : berapa ?
si A : sikit saje, rm700.
si I : rm700 sikit ke. itu banyak tau.
si A : jangan la macam tu en I. tadi cakap kita kawan rapat. mesti la boleh tolong kawan rapat.
si I : dei tambi, dulu U hutang saya rm50, takde bayar. saya 2-3 kali minta, U buat bodo. sekarang lagi minta rm700. U ingat saya mau kasi.
si A : tapi saya betul2 mau pinjam. U saje boleh tolong sekarang. kita kawan rapat
si I : U punya problem saya tak mau tau. U punya statement salah. saya bukan u punya kawan rapat. saya pun bukan u punya kawan! u panggil saya encik, encik. saya punya kawan takde panggil saya encik. u punya hari besar, u tak pernah panggil saya pigi u punya rumah. hari raya saya panggil u datang, satu kali pun u tak pernah datang. u jumpa saya dekat pasaraya u lari. itu kawan ka!
si A : err... tapi kita sudah kenal lama kan?
si I : kenal memang lama, tapi kita bukan kawan. saya bayar u punya gaji. jadi saya u punya majikan (even bayar untuk syarikat he.he.he...).
si A : kalau tak bayar, nanti itu along cari saya
si I : saya apa peduli. saya tengok u punya bini pakai emas banyak, u kasi gadaika, jual ka. atau u pinjam lain along ka, atau u hutang lain orangka, saya tak peduli. saya? no way.
si A : (berlalu dengan muka sedih)


moral of the story :
1) itu dua2 orang takde moral.
2) aku memang takdeduit sebanyak itu untuk bagi orang pinjam. even kalau adapun, aku takkan pinjamkan kat dia. hutang rm50 pun klepet, ini nak pinjam rm700 pulak.
3) nak pinjam memang la kena bagi ayat baek punye. tapi silap orang la beb. aku punya ayat hiris tali perut dan saluran hati punya.
4) sendiri punya masalah orang lain kena tumpang susah ke? no way man!

Tuesday, May 17, 2011

Udang Laut

hari ni cuti wesak, tapi aku ke kilang sekejab sebab ada urusan. sahabat aku si saiful nizam bekerja hari ni. biasalah, pegawai maintenance dan safety officer ni sibuk memanjang. sebab aku pergi pun dah tengahari, aku nampak dia dah tergesa2 nak balik, lunch. yang lagi buat dia tergesa2 ialah sebab tak sabar nak makan udang laut segar yang baru dibeli pagi tadi.

biasalah, kami di port klang ni tepi laut, biasa sangat dapat makanan laut segar. udang, ikan, sotong, ketam.... dan sebagainya segalanya ada disini. malahan penggemar makanan seafood akan ke port klang untuk dapatkan seafood yang sedap dan segar.

sebut pasal udang laut ni, memang famous amos la bagi penggemarnya. harganya sangat mahal, tapi rasanya memang sedap. ada banyak jenis, tapi aku suka kalau yang segar dan besar. lagi suka kalau dapat yang free.

mimpi dapat yang free?

takdelah, memang biasa dapatpun. aku tinggal kat sini dah lama, dah ramai kenal orang. so, buat baik dengan orang, orang buat baik dengan kita. aku cuba belek2 gambar2 lama, dan terjumpa gambar udang laut ni.

dah lama jugak la gambar ni, tapi lepas tu pun memang orang yang sama kerap jugak bagi. nak beli ssendiri pun agak terkedu sebab mahal wooo.....



biasanya orang yg bagi aku ni bukan nelayan, sebab nelayan akan jual ikan, itu sumber pendapatannya. pemancing juga tak bagi aku sebab mereka akan bahagi hasil sesama mereka. umpan dan kos nak memancing mahal beb. jenis orang yang biasa bagi aku ialah orang yang pernah aku tolong. bukan tolong bagi kontrak, sebab itu bukan bidang aku. tapi aku tolong beri khidmat nasihat atau membantu dari idea. kadang2 businessman ni dia ada wang, tapi otak dia dah agak buntu. so, aku beri pandangan peribadi untuk sesuatu benda. aku tak demand apa2, tekat minum teh tarik kat mamak dah cukup. tapi bila orang mengenang budi ni, mereka lain. mereka ni kalau pergi ke laut sekadar hobi atau mengupah orang bot ke laut untuk urusan mereka, hasilnya mereka akan turut bahagi kepada kawan2.

siapa? kawan2lah, tapi bukan melayu. orang melayu ni lain sikit. mereka ingat duit boleh beli persahabatan. bukan melayu pula, kalau kita tolong mereka dah tak ambik duit, mereka ingat kita. hari raya mereka datang rumah. perayaan mereka, mereka jemput kita. even kita sekadar datang tanpa makan, mereka hargainya. pernah sahabat bukan melayu buat parti untuk aku sekeluarga dan disediakan oleh caterer melayu. terharu aku.

jangan salah anggap aku kata tokey2 melayu tak bagus. tapi aku cakap dari pengalaman aku. pengalaman korang, mungkin lain. aku bukan ada kontrak nak bagi, aku bukan ada business besar, aku bukan main golf dan aku bukan suka bersosial di hotel2. so, kawan2 'kecik' jugaklah aku dapat. cukuplah.

berbaik kepada udang laut. sebab memang fresh, biasanya aku suka goreng dan ratah je. sedap. setakat 30 ekor tu selamba je seorang aku makan.

apa motif aku cerita pasal udang laut?

ini semua saiful nizam punya pasal la. dah aku teringat udang laut. heh... syaitan kat sebelah kiri ni dah berbisik suruh call kawan tersebut. mana tau ada udang laut. he.he.he....

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru (16 Mei 2011)

bulan ni banyak betul sambutan hari jadian. ye lah, ada hari pekerja, hari ibu, hari jururawat, hari wesak, hari peristiwa berdarah 13 mei, hari belia dan yang paling glamer ialah sambutan hari guru.

sebut je hari guru, mesti sambutan dia meriah, sebab bukan saje peringkat negara, ia juga disambut di peringkat sekolah dan tadika. pun begitu, aku tetap menyokong sambutan hari guru sebab ia mengenang jasa2 guru2 kita. even dah lama meninggalkan zaman persekolahan, di setiap kali sambutan hari guru, aku selalu menghantar ucapan kepada sekolah dan guru2 aku. bila dah zaman facebook dan blog ni, cara ucapan dia dah majulah sikit.

hari ni, anak2 asyik merengek dibelikan hadiah untuk guru2 mereka sebab ada sambutan hari guru di sekolah mereka esok. akupun bukan nak berkira sangat sebab bila anak2 menyayangi cikgu, senanglah sikit ilmu nak lekat di kepala. cuma, bila di tanya anak jantan aku, luqman berapa hadiah nak diberi. dia kata 3 hadiah. satu untuk ustazah sekolah agama. 2 untuk cikgu sekolah kebangsaan. yg sekolah kebangsaan tu, satu untuk ustazahnya dan satu lagi untuk guru kelas. aku offer luqman bagi hadiah pada semua cikgu yg mengajarnya, tapi dia kata tak nak. cikgu tu garang, cikgu ni tak cantik, cikgu nun gemuk, cikgu sinun suka denda.

nampak cam budak2 sekarang dah memilih cikgu mana nak diberi hadiah. emm... biasalah. bukan zaman anak2 aku je, zaman aku sekolah dulu pun begitu. mana2 cikgu yang dirasa baik, sporting, cantik, sanggup aku bersengkang perut (sengkang mata la samdol, perut orang panggil mengikat perut) semata2 mana nak belikan hadiah sempena hari guru. cikgu matematik aku? dari sekolah rendah sampai menengah memang aku tak hingin bagi hadiah, garang nak mampos (nampak kasar, tapi itulah perasaan aku zaman dulu2). cikgu yang baik2, aku belikan hadiah.

menyebut pasal sambutan hari guru, masa sekolah rendah paling best. aku masih ingat semasa aku bersekolah di sekolah kebangsaan damak (jerantut, pahang), cikgu2 cukup sporting. sementelah aku masa sekolah memang suka enterframe dan hyperaktif, selalulah aku join persembahan masa sambutan hari guru. pernah satu tahun, sekolah kami buat sambutan besar2an. siap bukak dewan lagi. ada persembahan koir, drama, tarian, deklamasi sajak, dikir barat. aku join dikir barat sebagai tukang karut. cikgu penasihat dikir barat masa tu cikgu wan idris, cikgu dari kelantan. mula2 aku jadi tok jorho dikir barat, tapi sebab tune aku ke laut, ia diambil alih oleh sahabatku alias (alias deraman a.k.a alias konggo). even tersingkir jadi tok jogho, aku masih jadi tukang karut dan alhamdulillah ianya menjadi titik tolak aku menjadi famous amos disekolah dan nama aku bertukar jadi 'awe'.

kenapa?

masa persembahan, akukan tukang karut, aku mengarut dalam bahasa kelantan mengenai awe yang malas pergi sekolah. antara bait2 yang masih aku ingat ialah :

awe oh aawe, guano tok gi skolah 2x

nok kata tak dok duit
pitih skeling dah sepoket penuh

awe oh awe guano tok gi skoloh - 2x

nok kata cikgu bekeng
aku tengok semoa baik2 belako
doh mu kaca doq main
meme patut mu kena rote, mu kena tabuh

awe oh awe guano tok gi skoloh - 2x.


itu yg aku ingat, semua lintang pukang, dan lari lirik tu. menda dah berpuluh tahun, memori aku nak recall pun payah. tapi kalau nama2 awek..... even dari sekolah tadika, siap dengan nama bapak dia pun aku boleh bagi. ha.ha.ha....

paling seronok masa hari guru ialah masa guru2 kena menyanyi lagu 'kami guru malaysia'. masa kat cikgu sk damak tu, cikgu2 memang sporting. cikgu2 lelaki pulak ramai yang berbakat dalam muzik. cikgu raden, cikgu isa, cikgu said, cikgu razak, cikgu azion; sekadar menyebut beberapa nama, antara yang selalu memeriahkan majlis. nyanyian lagu kami guru malaysia dengan iringan muzik memang bestlah. lepas menyanyi, cikgu2 akan berdiri di depan semua pelajar dan pelajar akan memberikan hadiah kepada cikgu2 kegemaran mereka. cikgu disiplin, cikgu yang garang..... heh... biasanya lebih sedar diri, mereka akan ambil sudut paling tepi atau terus berlalu ke bilik guru. dah tau takde murid yang nak bagi hadiah.

sama ada popular atau tak, dapat hadiah banyak atau tak semasa hari guru, itu bukan persoalan besar kepada guru2. aku yakin mereka ikhlas mendidik kita dulu. dan aku yakin mereka juga ikhlas mendidik anak2 kita sekarang. bab tak mau mengajar dipedalaman tu pada aku perkara remeh, even aku kalau syarikat aku sekarang suruh aku pindah dicawangan lain even di tengah bandar, belum tentu aku terima. bezanya aku boleh protes dan resign.

dalam kemeriahan sambutan hari guru esok, aku juga terut pernah merasai kemeriahan sambutan sebagai cikgu. err... bukan sebagai cikgu bertauliah. sekadar cikgu sandaran tidak terlatih (gstt) selama beberapa bulan sementara tunggu result untuk ke universiti. aku masa tu mengajar di sekolah kebangsaan batu balai (jerantut, pahang). kebetulan sekolah tu berdepan dengan rumah aku. kebetulan guru besar dia adalah cikgu aku masa sekolah kebangsaan damak. kebetulan guru penolong kanan dia adalah jiran sebelah rumah papa aku. dan kebetulan ada cikgu yang cuti bersalin dan mereka memerlukan guru ganti.

aku pernah cerita sebelum ni pengalaman aku jadi cikgu sementara ni dulu. even sekejab, pengalaman jadi cikgu ni sangat berguna kepada aku. dan dapatlah merasa diraikan dalam majlis sambutan hari guru bersama guru2 terlatih yang lain. aku masih ingat, semasa sambutan hari guru tu, aku sama2 menyanyikan lagu 'kami guru malaysia'. dan semasa semua guru dipanggil kedepan untuk pelajar menyerahkan hadiah, aku awal dah bawa diri ke tepi gelanggang perhimpunan. manalah ada pelajar yang nak beri hadiah kepada guru sementara ni, dan baru je beberapa hari kerja. tapi allhamdulillah, ada jugak 2 orang pelajar bagi aku hadiah. terharu betul aku.

dan lagi terharu, even aku jadi cikgu sementara, balik kampung dan kadang kala terserempak dengan bekas pelajar aku, ada juga yang masih memanggil aku cikgu. lagi best mereka panggil aku 'cikgu abang ngah'. what? tak percaya aku pernah jadi cikgu. woooi... ini muka innocent tau, bukan muka perogol bersiri. ni aku sertakan jadual waktu aku mengajar dulu.



apa2pun, kepada semua guru yang pernah mengajar aku di sekolah tadika damak, sekolah rendah damak, sekolah menengah damak, sekolah menengah padang saujana, sekolah menengah jerantut, dan sekolah pengurusan universiti utara malaysia. juga ustaz, ustazah, pak imam, tok lebai yang ajar aku mengaji Quran seperti Lebai Husin, Haji Daud, Hajah Mariam, tok mat, cik aji dan lain2 lagi. semoga jasa cikgu2 semua dibalas dengan balasan syurga Allah kelak.

TERIMA KASIH CIKGU.

Thursday, May 12, 2011

Durian Musang King

hari ni gara2 teringin makan durian, aku ke pasar malam. err... tujuan sebenar ialah kerana isteri nak makan laksam. keinginan isteri yang berbadan dua, kenalah tunaikan segera. kang meleleh air liur anak bila keluar nanti jika hajat tak dipenuhi. kalau dah sampai pasar malam, macam2lah dibeli. untuk aku cuma nasi kerabu dengan hati/pedal ayam. sebab laksam aku rasa tak berapa mengeyangkan, aku beli nasi dagang dengan ikan aye (tongkol). kemudian beli kuih2 sikit, buah2 sikit. sikit kata kau, sengketlah jugak bahu aku menjinjingnya. sayur-mayur, ikan, lauk tak beli ke? sori.... not my taste beli ikan pasar malam ye!

ha.ha.ha.... ayat perenggan atas yg last sekali tu aku mengarut je. memang aku tak suka beli lauk2 pasar malam bukan sebab aku gile pangkat atau perasan kaya, tapi sebab aku memang tak suka. malas nak membawanya, kalau kat pasaraya boleh letak dlm troli je. faham2lah anak ramai, mana nak bawa barang, nak pimpin anak, nak dokong anak.

penghujung jalan nak balik ada penjual durian (emmm memang tiap2 minggu sejak berzaman dia berniaga disitu). ingat nak beli durian yang murah2 je, ala yg dlm rm4-5/kg. tiba2 aku terperasan durian musang king. DURIAN MUSANG KING yang famous amos tu. lepas berunding, dapatla rm12/kg. since duit dah banyak abis kat pasar malam, dan aku yakin duit tinggal serdak dalam poket, aku pilih durian musang king yg kecik2 je.

penjual : abang nk berapa bijik?
pembeli : sebijik cukup la (sambil pilih buah kecik)
penjual : ini buah cantek (sambil pegang dan nak membukanya)
pembeli : opss bang, tu besar sangat, saya duit ada sikit je ni bang. tak mampu bayar nanti.
penjual : ini buah gerenti bagus bang, musang king ni..
pembeli : tapi duit takut tak cukup bang, jangan potong dulu, timbang la dulu.
penjual : ala boleh... (sambil membuka kulit). cuba abang rasa isi dia
pembeli : (merasa) emm sedap, pahit sikit. memang best la bang. ini first time saya rasa ni bang. tapi berapa kilo bang. duit tak berapa nak cukup ni.
penjual : (menimbang) mmm...... 4 kilo lebih sikit bang, kira 4 kila dah. saya bagi rm12 sekilo, jadi rm48.
pembeli : err... memang tak cukup duit bang. tengok la barang saya beli dah penuh tangan ni bang. (mengeluarkan duit dari poket dan dompet). maaf bang, tak cukup!
penjual : berapa ada.'?
pembeli : banyak tak cukup ni bang. bagi saya yg kecik dah la bang.
penjual : duit ada berapa?
pembeli : (mengira sekali lagi) mmm... rm29 je bang.
penjual : takpe lah, dah rezeki abang, bagi je lah rm29 tu.
pembeli : err... saya nak cucuk duitpun mesin atm jauh ni bang, tak kan nak berhutang.
penjual : tak payah, rm29 cukup. kira halal. abangpun dah banyak kali beli kat sini, saya cam.
pembeli : mmm... tak rugi ke bang.
penjual : takpelah, dah rezeki abang. saya halal. takde sape marah, saya tokey, sape nak marah.
pembeli : terima kasih banyak bang. Tuhan saje membalasnya.
penjual : sama2. kalau rosak, mai tukaq ye. durian ni gerenti baik punya.
pembeli : ok bang.

seikhlasnya, akupun tak tau kalau ia durian musang king sebenar atau tipu. durian mahal, manalah mampu nak makan. dah dia kata musang king, aku kata musang king jugak lah. cuma rasa dia aku rasa memakannya puas hati. ulasnya kuning dan isinya sangat tebal. bijinya ala.....hai, cinonetnya. kalau tanam bijinya confirm memang tak tumbuh.

durian tu kami sekeluarga terus pulun, tak ingat dah nak makan laksam ke, nasi dagang ke, atau nasi kerabu. bau dia..... semerbak. anak2 setakat seulas seorang dah surrender. isteri setakat makan seulas setengah, takut baby panas katanya.... heh.... aku? setakat sebiji je la (woi... samdol, dah beli sebiji durian, takkan makan 2 bijik pulak). aku kalau ikit perangai aku, setakat sebijik tu apalah sangat, budak kampung. kat rumah papa aku di batu balai... heh... bukak je pintu dah ada pokok durian. kecik2 dulu, jangankan kata nak makan durian malam2, kalau bulan puasa.... pukul 2-3 pagi pun pekena durian dulu sebelum bersahur.

bab2 menyuluh durian ni, memang ekspert. tak payah pakai torchlight, main cium bau dan raba je. lagi best masa kecik2 dulu, aku ngan adik2 aku suka berebut cari durian sape dapat dulu dan sape dapat paling banyak. even hari cuti sekolah, even memang durian tu memang takde manusia lain nak kutip selain keluarga kami, tak kisah. rebut tetap rebut. kami bangun seawal 6-7 pagi, tak sempat solat subuh, kami suluh durian dulu. lagi thrill sebab ada anai-anai kepala besar tu, err... kami panggil 'kokkiak'. kalau menatang tu gigit, sakitnya Allah saje yg tau. even dah bunuh dia, kepala dia masih melekat kat bahagian kena gigit.

tapi kena gigit tu apalah sangat berbanding keseronokan berebut cari buah durian. tapi datuk aku iaitu tok mat ada bagi petua nak halang gigitan kokkiak ni. ape? tak perlu jampi serapah, cuma kacipkan gigi atas dan bawah sepanjang mencari durian. aku berani gerenti potong ayam, kokkiak tu memang tak dapat gigit punya, even disuakan kaki atau tangan kepadanya.

itu durian kat rumah papa aku, bersebelahan dengan rumah datuk aku di batu balai. kadang2 tu kalau cuti aku bermalam rumah datuk aku di chengkuak damak. lagi banyak durian dia. lagi best berebut durian sebab sepupu2 aku ramai yang tinggal sebelah menyebelah rumah aku iaitu haji daud tu. sape awal, dia dapat durian banyak. kira hebatlah. padahal, semua durian dikutip semuanya letak rumah datuk jugak, semua orang makan sama2 jugak. berebut memang bestlah.

oklah, sembang jauh pasal durian ni, ini aku sertakan gambar durian yang aku beli tadi yang dikatakan durian musang king. kalau sape2 tau ia bukan, cepat2 beritahu aku. biar aku pergi sembur sikit abang jual durian tu. tapi kalau betul, minggu depan aku boleh pergi beli lagi. he.he.he...




Monday, May 9, 2011

Ala Ayah, Tambah RM5 Je...

balik kerja tadi, anak2 merengek minta ditambah channel astro baru iaitu 'baby tv'. ala channel kartun la. aku buat2 tak dengar. lagi menjadi2lah rengekan mereka.

anak : ala ayah, ayah ambik la channel baru tu.
ayah : buat ape, mahal la.
anak : tak mahal la ayah. tambah rm5 sebulan je.
ayah : mahal la tu. sekarang pun dah dekat rm100 sebulan ayah kena bayar astro.
anak : ala ayah, bukan banyak, tambah rm5 je.
ayah : serupa je, kartun semua sama.
anak : tak sama la ayah. cuba ayah tengok (sambil anak2 menekan remote control melihat preview baby tv)
ayah : sama je. tak sedap pun.
anak : lain la ayah. tivi lain tu dah tak sedap. cerita dia sama je.
ayah : kalau nak yg ini, channel kartun nickeledeon, mickey, semua ayah potong. ok tak?
anak : tak nak la potong ayah. itu ada cerita upin, spongebob. ayah tambah la yg ini. rm5 je.
ayah : ayah dah takde duit.
anak : kalau ayah taknak, luqman bayar sendiri. ayah tolong telepon dia cakap nak tambah kartun baru.
ayah : err... luqman nak bayar duit mana? ayah tak nak bagi duit.
anak : luqman ada duit sendiri. sehari luqman ada rm3. dua hari luqman simpan dan ada rm6. luqman bayar sendiri lah.
ayah : jangan mengada. itu duit makan kat sekolah. dah, ayah cakap TAK BOLEH. kalau nak jugak luqman tunjuk kat ayah luqman boleh dapat nombor satu kat kelas, ayah bagi.
anak : ayah janji ye.
ayah : ye, ayah janji.

sebenarnya bukan aku nak berkira sangat pasal rm5 ni. tapi channel kartun asyik2 recycle kartun sama. mula2 bestlah sebab tak pernah tengok. dalam 2-3 bulan.... heh... tengok kartun ulangan je lah.

secara jujur aku tak pernah halang anak2 tengok kartun. kartun even banyak orang kata memudaratkan otak anak2, tapi aku nampak mereka banyak belajar. banyak yang menggalak mereka belajar juga seperti dora, mickey dan sebagainya. cuba kena control la. kalau dibiarkan sampai 2-3 pagi la melayan kartun. kartun kat astro tu mana pernah abis, 24 jam dan pelbagai channel lagi.

aku layan kartun?
mana ada.... kadang2 je. kadang2 aku layan spongebob, upin & ipin, powerpuff girls, dora, shaun the sheep, handy manny, thomas & friends, billi, ben 10, dan sebagainya. bukan minat mana pun, saje layan dengan anak2 (heh... kononnya).

Wednesday, May 4, 2011

Kerja Isteri Adalah Mengingatkan Suami

dalam kehidupan ini, bukan semua menda kita boleh buat sendiri dan ingat sendiri. dan dengan itu Allah menciptakan pasangan bagi kita dalam bentuk Isteri. akupun begitu. eleh... dari bujang dulupun aku selalu lupa. jadi aku terpaksa minta pasangan aku (bukan isteri da....) ingatkan. sebab aku takut dia pun lupa, aku pasang banyak sikit, kalau ramai2 ingatkan lagi bagus (uweekkk).

percaya atau tidak, sedar atau tidak. isteri yang banyak bertindak sebagai pengawal masa dan pengingat, emmm... bagi diri aku la.

antara tugas isteri aku yang bertugas mengingatkan ialah :-
1)ingatkan suami dia suruh balik rumah bila habis keroje. aku kan workohorlick (kerja sambil minum horlick), so kenkadang, lupa waktu balik.

2) ingatkan suami suruh solat. kerja, meeting, interview, kerja luar.... rushing sana sini; isterilah ingatkan "abang dah solat zohor? lagi 5 minit nak abis waktu.... bukan bizibodi, tapi nak masuk syurga sama2.

3) ingatkan suami waktu makan. aku ni nampak saiz macam asyik makan tak henti2. tapi sebenarnya bila asyik bekerja, lupa waktu makan. kalau asyik la, kalau tak asyik.... mmm... sanggup keluar ofis pergi beli goreng pisang.

4) ingatkan suami ambik anak tuisyen / kelas tambahan. waktu sekolah biasa mmg dah gajikan orang ambik dan hantar anak sekolah. tapi kalau ada waktu kelas tambahan, mmm biasanya ambik sendirilah. kalau isteri tak ingatkan, jenuh la anak menunggu. bukan lupa, tapi asyik buat kerja atau membaca (kononnya)

5) ingatkan suami suruh makan ubat. ini kalau aku tak sihat la. aku suka sangat kalau rasa tak sihat je, terus pergi klinik. mc memang aku tak suka. makan ubat? lagilah aku tak suka. dengan adanya sedikit ingatan dan bebelan isteri, kenalah makan ubat ikut masa ditetapkan.

6) ingatkan benda2 keperluan suami. aku jangankan nombor telefon; saiz baju, kasut, seluar even saiz spender sendiri pun tak ingat. kadang2 aku terpergi pasaraya sorang diri dan terfikir nak beli spender,mmm... aku akan call wife dan cakap perlahan2 "err.. ayang, spender abang pakai saiz berapa ye???".

7) ingatkan tarikh2 penting. jangankan tarikh lahir anak2, tarikh lahir aku sendiri pun aku selalu lupa. jadi, isterilah ingatkan bahawa tarikh sekian2 tarikh lahir anak, kena beli kek, hadiah.... nanti anak2 merajuk. err... isteri kalau bab2 tarikh lahir anak2 dan aku dia ingatkan, tarikh lahir dia, tarikh kahwin... dia suruh aku ingat sendiri. heh... ade ke patut!

8) ingatkan supaya telefon mak ayah aku. aku bukan tak sayang mak ayah aku, tapi dah terbiasa balik kampung. kalau ada call bagitau tak sihat, balik kampung atau call. kalau takde call, maknanya semuanya sihat2. isteri akan selalu ingatkan "abang, dah 2 minggu tak call papa, kang merajuk papa nanti.". aku kadang2 main2 sms je dengan papa aku. senang. bukan sayang duit, tapi tak nak kacau papa aku, dia tu bizi, dengan lepak kedai kopi, dengan layan bola sepak, dengan layan wresling.

9) ingatkan suami tentang channel tivi. even aku duduk rumah,isteri akan ingatkan "bang, cerita house dah start tu, cukuplah layan kartun". aku layan kartun sambil layan anak2. isteri tau kalau aku terlepas rancangan kegemaran aku, mood aku memang hancus. even astro ada tayangan semula, ia tak sama.

10) ingatkan bayar bil2. ini tiap2 bulan, even menda rutin isteri akan tetap tanya. kadang2 marah jugak aku. dia tanya, bil2 dah bayar. aku jawab dah. dia tanya, bil astro dah?. aku cakap dah. dia tanya bil telefon dh bayar?. aku cakap dah. dia tanya bil broadband dah bayar?. aku jawab dah la, bil telefon dan broadband kan sama2 maxis, mestilah bayar sekali. even aku kata semua dah bayar, dia tetap tanya satu2. kadang2 hangin satu badan, tu yang aku malas jawab, tapi saje je letak resit bayran dari maybank2u depan dia. bila dia tanya, aku jawab "tengok sendiri je resit tu.

11)ingatkan suami nak pakai pakaian mana. pakaian dah ditetapkan, so isteri tak suka aku sepahkan aku pun almari. isteri akan letak pakaian yg aku nak pakai siap2 atas katil pagi2. kalau dia tak letak, aku akan pilih sendiri mana aku suka. aku peduli apa even warna spender tak maching dengan warna stoking. so what?


arghhh... banyak lagi sepenarnya menda2 kena ingatkan aku, tapi biarlah aku cerita lain kali pulak. aku ingat2 la, may be dulu aku banyak makan semut, tu yang aku selalu lupa.

Monday, May 2, 2011

Sutera Bidadari

dalam cuti sekolah beberapa hari ni, sebagaimana aku cerita dlm entry yg baru lepas bahawa keluarga kami tak bercuti ke mana2. sekadar dirumah dan disekitar yang tak melepasi radius 50 km dari rumah.

since anak2 pun cuti, remote tivi kebanyakan masa anak2 yg pegang. sekejab tengok ceria, sekejab tengok tviq, sekejab tgk kartun. biaq pi lah, tengah cuti. sesekali seronok jugak tengok anak2 berebut channel tivi dengan umminya yang nak tengok cerita indon dan filipina.

bagi aku, masa banyak aku gunakan untuk membaca. yeah... tengok muka akupun aku dah tau aku suka membaca (erkk... puji diri sendiri tahap gaban ni). sebelum cuti lagi aku dah beli beberapa jilid komik hong kong. 3 judul yang rata2 ada 3-5 jilid. emmm... satu jilid ada 4 buah buku, jadi kiralah sendiri. tapi baru hari pertama cuti semua buku dah dibaca. aku kalau bab2 komik ni memang laju je membaca.

dalam pada membaca komik, aku juga baca majalah yg berfaedah seperti majalah pa&ma dan mastika. majalah mingguan wanita yang dibaca oleh isteri langsung aku tak mau usik, benci aku kalau baca majalah yang lebih banyak iklan dari bahan bacaan.

novel juga tak terkecuali dari menjadi peneman aku. novel2 yg dibeli sebelum ini tapi belum dibaca, aku cuba baca. isteri aku selalu pertikaikan aku kenapa membaca apa2 buku dan sebagainya terlalu cepat. well, well, west..... dah terbiasa. thats why kalau aku membaca, toksah cakap la apa2, aku memang tak dengar punya.

novel terbaru baca?
ni nak cerita. aku ni bukanlah jenis manusia yg dalam hati ada taman, tapi dalam taman ada aku. so, novel2 yg terasa berkenan dihati aku beli. meminjam ni payah sikit sebab aku tak suka membaca under pressure. kebanyakan novel aku beli sendiri. mana2 kawan baik tu, aku berilah pinjam. buku dan novel memang aku bagi orang pinjam, tapi komik even majalah gila-gila aku.... jangan mimpilah kalau nak pinjam, even adik beradik aku. nak baca, baca kat rumah aku je.




penulis novel aku suka.
emm... banyak. yang paling aku suka dari zaman sekolah dulu ialah norhayati berahim, ahadiat akashah. lately, dah minat yg aksi dan memeningkan kepala seperti ramlee awang murshid dan serunai fakir.

bercakap pasal ramlee awang mursid, aku sebenarnya dah agak terlewat meminati karya2 beliau. bermula dengan membeli novel ADAM, aku dah jadi minat. so, mula mengumpul koleksi novel2 beliau. rasanya semua ada, dan termasuklah novel terbaru beliau iaitu SUTERA BIDADARI. lagi manis sebab aku berjaya mendapatkan novel beliau dalam cover keras yang khabarnya hanya 300 unit dicetak. emm... dapat tandatangan ramlee awang murshid lagi. jangan jeles you...




ulasan?
nak ulas ke hape, aku belum start baca lagi. aku tengah baca buku RAHSIA KEJAYAAN DENGAN MINDA, PERNAFASAN DAN TENAGA DALAM, karya Prof. Dr. Mohd Arief. buku ini berjaya memeningkan aku sebab aku kena banyak rujuk kedepan bila membaca. biasalah buku cakra alam. saje nak tau apa yang hebat sangat tentang seni cakra alam, yang dikatakan mampu membaca minda orang dan mengubat dalam jarak jauh. emm... secara jujur aku tak nafikan menda2 wujud, cuma aku kena tengok depan mata la. well, secara jujur juga aku suka teknik2 ringkas yang diajarkan.

Sunday, May 1, 2011

Salam Hari Pekerja (01 Mei 2011)

hari ni sempena hari pekerja 2011, aku doq rumah je. tiada bercuti ke mana2. budget tiada. setakat nak pergi dekat2 tu boleh, tapi kena saving untuk 'masa hujan' dan planning nak bercuti di kelantan dan terengganu akhir bulan 5 dan 6 nanti. cuti sekolah, dan jemputan untuk menghadiri kenduri kahwin bersepahan. yang kawan2 lama kawin dah kurang sebab majoriti kawan2 aku dah tahap anak2 semua berkolah rendah dah. adik2 junior kat u, ramailah yg ajak ke majlis mereka. dekat2 bolehlah bertandang, kalau jauh sangat, setakat berkirim salam je lah. lagi culas kalau yang setahun sekali nak kirim sms pun kedekut, tapi bila nak kahwin, tiba2 je ingat kawan2. heh...

memandangkan cuti hari pekerja tahun ni jatuh pada hari ahad, sambutan cuti jadi meriah sebab cuti membawa ke isnin. dari hari jumaat, dicopong2 radio dikhabarkan jalan2 mulai sesak. ramai balik kampung atau bercuti. dengar khabarnya port dickson sesak. yelah, itulah pantai yang majoriti orang serbu bila cuti even airnya dah macam teh susu. adik aku imran ke cameron highlands sekali lagi bersama keluarga belah isterinya. 3 buah mpv katanya.

bercakap pasal bercuti, anak2 sebenarnya paling teror. hari jumaat masa balik untuk solat jumaat, luqman yang bersiap2 bertanya :

anak : ayah, cikgu cakap cuti 3 hari
ayah : emmm.... ayah tau.
anak : ayah, tak nak pegi cuti mana2 ke?
ayah : tak. duduk rumah je.
anak : nak nak cuti ke ayah?
ayah : cuti la, kita rehat kat rumah.
anak : cikgu kata, cuti panjang kenala jalan2 makan angin
ayah : kitakan baru balik cuti di cameron highlands.
anak : tu dulu, ni esok cuti la ayah
ayah : luqmankan tuisyen esok
anak : cikgu kata tak nak pergi pun boleh
ayah : tuisyen kena pergi.
anak : tapi luqman nak cuti ayah
ayah : cuti duduk rumah la. bulan 5 dan 6 nanti kita nak pergi kelantan dan terengganu. kenduri kawin sepupu ayah dan pok leng luqman.
anak : pok leng nak kawin ke ayah?
ayah : ye la, nak pergi pok leng kawin tak?
anak : nak. dah siap cepat.

memang, dalam bab2 cuti ni anak2 cepat je tau. kalau kat opis, pekerjalah cekap dari HR. cuti lagi 4 minggu, dah remind HR keluarkan memo.

dalam doq seronok bercuti di tempat peranginan atau sekadar makan aingin bawah kipas di rumah macam aku dirumah, dikesempatan hari pekerja ni hendaklah selalu kita beringat. kerja hanya dipinjamkan kepada kita selagi kita mampu bekerja. selagi kita hidup. selagi orang perlukan kita.

kita kompang satu donia tau bahawa majikan terpaksa meraikan satu hari sebagai sambutan cuti bagi menghargai kita sebagai pekerja. sedangkan hakikatnya, kita terpaksa akui bahawa baki 364 hari lagi adalah hari kita kena meraikan dan mengiakan segala kehendak majikan @ boss kita.