Friday, May 27, 2011

Waiter, Bawa Mouth Cleaner Cepat !

dalam pekerjaan, pergaulan dan sebagainya, selain bahasa melayu kita terpaksa juga berkomunikasi menggunakan bahasa lain. ye lah, dengan orang teganu, cakap slang teganu. dengan orang kelate, kene kecek kelate. dalam kepelbagaian bahasa itu, kita kena jugak menguasai bahasa inggeris.

pada aku secara peribadi, orang melayu (termasuk aku) lemah dalam komunikasi dalam bahasa inggeris ni. pun begitu, terpaksa juga menggunakan dalam komunikasi dan mesyuarat saban hari. so, bahasa inggeris aku takde lah tahap kambing, dan tak juga tahap gaban. sekadar tahap 3 anggur. sekurang2nya bila orang bercakap aku faham dan aku boleh berkomunikasi dengan agak baik.

aku bukan nak cerita bab2 kejanggalan orang melayu berbahasa inggeris bila di temuduga. dalam transkrip bahasa inggeris skor, tapi bila bukak mulut bercakap..... heh.. malu. kekadang masa interview, orang yang melayu yang diinterview galak doq cakap orangputeh sedangkan kami penemuduga haram tak faham. bayangkan dia bercakap inggeris slang kampung nenek dia, kami yang sekolah kampung lain mana faham. yang agak sewel sikit tu, kami dah malas nak layan dia cakap orang puteh, dan kami cuba bertanya dalam bahasa melayu (even aku je penemuduga melayu), si ditemuduga doq cakap orang puteh kampung nenek dia jugak. kesimpulan aku? reject je. he.he.he....

lain kali aku cerita pasal pengalaman2 menginterview. aku nak cerita satu kisah lucu dengan kawan2 aku.

begini kisahnya.

korang tau la port klang ni ialah syurga dunia bagi penggemar seafood. so, kami di port klang ni selalulah ke seafood kalau ada duit. kadang2 bawa keluarga, dan ada juga bersama kawan2. dengan kawan2 ni biasanya geng2 sekerja, saje lepak2 ramai2.

kalau makan berkawan, biasanya dalam semeja lah, 10 orang. bayar tong2 la, mana mampu kalau asyik nak tanggung. so, kami biasanya order tomyang special, kerapu stim, siakap 3 rasa, ketam masak berlada, daging rusa masak kicap, softcrap masak butter, butter prawn, dan seangkatan dengannya. nasi tu biasalah, tambah sekadarnya; biasanya 2-3 kali sorang. percayalah, aku rasa kalau sorang2 dibacakan ayat2 Roqyah, bertebaran syaitan2 dan jin2 dari perut diorang.

sambil2 makan tu biasalah acara kutuk mengutuk sesama kawan2. kutuk boss? mana ada kutuk boss, kami semua pekerja cemerlang, tak baik la kutuk2 boss. boss yang bayar gaji kita tau.

abis makanan berat, tiba2 kawan aku si saiful nizam (bukan nama sebenar)memanggil waiter. dia bercakap dengan kuat "Waiter, please bring mouth cleaner!". si waiter tercengang2. kami yang lain melihat dia dan waiter dengan seribu persoalan. ko mintak apa ni. waiter bertanya "encik mintak apa?". dia cakap "mouth cleaner, mouth cleaner. kami dan waiter masih kehairanan. aku tanya "woi pul, ko mintak ape?". korang ni lembab la, aku mintak mouth cleaner, ala pencuci mulut.

waiter berkata "oo... encik nak cuci mulut. itu sinki, encik boleh basuh disana.
kawan aku tu tak puas hati "bukan nak cuci mulut dengan air la, nak buah2an.
waiter tersengih " encik nak pencuci mulut, dessert"
kawan aku "ya, bawa mangga, betik sama tembikai.

dari kejauhan aku lihat waiter tu bercakap2 dengan kawan2 dia sambil menunjuk ke arah kami. kemudian gelak2. sah, memang gelakkan kawan aku tu lah. tak pasal2 kami tumpang semangkuk.


moral of the story :
malas nak cakap apa moralnya, korang fikirlah sendiri.

8 comments:

Unknown said...

muahahhaha...sebagai seorang bekas waiter... memang aku tergelak besar lepas rasa pelik yg "amat" besar.... maaflah kalau terasa, tp tu lah hakikatnya, kadang-kadang kesilapan camtu memang boleh dijadikan "bahan hiburan" tatkala penat berkerja... (memang penat keje waiter ni) memang tak boleh halang dari tersenyum... hik hik hik.....

Abang Long said...

Pertama kali masuk restoran KFC. 20 tahun yang lalu. Minta SKY JUICE. Rupanya air kosong. Buka seorang yang minta, satu grup 8 orang !

hentian said...

cakap melayu aje kan senang. inikan negara malaysia..

Anonymous said...

hahaha
buat malu diri ja

izman said...

nitestalker :
betul tu bro, mmg kelakar masa tu. sama2 berhibur malam tu, waiter terhibur dan kami kawan2 terhibur.

izman said...

abang long :
ha.ha.... saya dulu sky juice pun terkena jugak, budak kampung.

izman said...

insan marhaen :
betul tu bang. cakap melayu semua orang faham. member tu saje nak speaking malam tu. dah terkena diri sendiri.

izman said...

aimi & pakcik hasyim :
memang even menda ni dah lama, kawan aku tu asyik kena gelak je.