Saturday, August 30, 2008

Bendera Malaysia, Utusan dan Sejarah Bendera


Sebagaiman aku katakan, akhirnya aku telah belikan diri aku sendiri bendera Malaysia atau Jalur Gemilang untuk dilekatkan di kereta. murah je harga bendera tu, cuma RM0.75 sahaja. Aku malu sendiri masa beli bendera tu tentang betapa kedekutnya aku dan tak menghargai bendera yg memayungi aku sejak aku lahir. Mungkin benar kata Tun Dr M " Melayu Mudah Lupa". aku lupa dengan mahalnya erti kemerdekaan kerana aku tak pernah hadapi kesusahan zaman portugis, zaman british, jepun, komunis. Argh! Aku anak merdeka (Sombongnya, mungkin aku dan lain2 lupa penjajahan bentuk baru sudah menguasai Malaysia).

Aku tak dapat membayangkan orang dulu2 merasa mahalnya makanan seperti nasi kerana ubi kayu adalah makanan ruji mereka. Sedangkan aku 2-3 kali sehari makan nasi dan berfikir mahalnya nak beli ubi kayu kat pasaraya bila teringin makan ubi kayu cicah kelapa. Anak2 aku sendiri tak suka makan ubi kayu rebus yg dihidangkan. mereka lebih suka makan jelly cup, makanan ringan, air marigold, vitagen, solivite dan sebagainya dah jadi makanan ruji mereka. salah siapa? salah aku sebagai bapa merdeka. sebulan sekali anak2 akan mula bertanya bila nak makan KFC atau pizza. perut mereka dah dijajah oleh makanan barat, aku yg ajar.



Esok dah 31/08/2008, aku biasanya tak sambut kat mana2. Akupun sama macam watak2 dalam entry aku yang lepas. Layan anak2 saat detik 12 malam didepan tv sambil pekik merdeka. esok pagi2 aku akan bangun tengok perarakan hari kebangsaan kat tv. memandangkan esok tak tau apa aktiviti, aku dah beli beberapa majalah untuk dibaca kat rumah. seperti biasa wife aku nak majalah masakan dia, aku sudah semestinya majalah gila-gila dan mastika. semuanya untuk keluaran bulan September 2008. Anak2 macam biasa dapat colouring book.



Oh ya! beli surat khabar hari ni tebal semacam. biasalah rumusan budget 2009. budget biasanya aku tak ambik port sangat. sikit sangat yg kena pada aku pekerja swasta. bonus, insentif dan apa ke benda yg lain adalah untuk gomen dan golongan sasar. orang macam aku kena kerja kuat untuk dapat duit. tapi baca juga semuanya untuk pengetahuan am. pada aku budget ni lebih kepada gula2 politik untuk orang sabah dan sarawak.

cuma yang aku suka ialah adanya sejarah bendera2 dalam surat khabar utusan Malaysia. rasanya ini kali pertama dikeluarkan seingat aku. sangat informatif dan menarik. aku tak tau tentang surat khabar lain sebab aku cuma baca utusan dan the star sahaja. aku rasa menda2 ni lah yg patut di tulis dalam buku2 sejarah disekolah2 di MAlaysia. ni tak, naik biol kita nak belajar sejarah china, india, dan sebagainya. sejarah memang untuk kita insaf dan jangan diulangi tapi sejarah kita nak buat apa, campak kat longkang? kalau kementerian pelajaran suka sangat sejarah luar, aku cadangkan kita buat sejarah bangladesh, nepal, pakistan, indonesia, filipina diadakan sebab kita boleh faham sejarah maid kita, rakan sekerja kita yg berasal dari negera2 tersebut.

Sekali lagi "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51"

DIRGAHAYU MALAYSIA DAN DAULAT TUANKU.

Friday, August 29, 2008

lawak : Bendera & Bunyi Ting, Ting, Ting

Sempena hari kemerdekaan ni aku nak crita sket tentang kenagan aku ngan bendera Malaysia yang aku pasang pada kereta aku.

Once upon a time, kat shah alam selangor, kawasan sri muda, kira2 5-6 tahun lepas. masa tu aku masih bujang dan teruna (teruna ada 1000 kali orang tua2 kata), aku masih kerja kat shah alam. sebab aku patriotik, aku pasang bendera Malaysia yang lekat kat kreta, aku pasang pada cermin depan sebelah driver. bila bawa kreta, bendera Malaysia ku berkibar dengan megah.

Pada suatu hari masa dating, hari sabtu rasanya, semasa membawa kancil (masa tu pakai kancil), tiba2 bunyi besi "Ting, Ting, Ting". Lagi aku bawa kuat lagi kuat bunyinya, kalau slow, slow la bunyinya. kalau aku matikan enjin, langsung tak bunyi (apa punya cerita da... mati enjin memang la tak bunyi..). Nafsu dating aku terus padam, aku hantar makwe tu balik rumah dia, dan aku ke pusat servis perodua kat taman sri muda.

so, aku crita la masalah kat mekanik tu, dia pun bawa kreta aku pusing2. dan, dia bagitau aku ada masalah sket, ada barang kena tukar. sebab barang tu cuma rm30 hengget je, aku cakap tukar je. tung, tang.... dlm 10 minit siap pasang. aku senyum sampai kening sebab boleh sambung dating.

Cilanat betul, baru je bawa kereta dalam kelajuan 60km/h kira2 500 meter dari bengkel tu, bunyi "ting, Ting, Ting" ada lagi. Aku jadi panas! aku patah balik ke workshop tu dan dengan muka bengang, aku marah kat mekanik situ. nasib baik ada chief mekanik situ, kata "jom wa bawa lu jalan2. wa bikin lu free". dia bawa kereta dan aku duduk disebelahnya dengan muka dan muncung yang boleh diikat. tak sampai 300 meter dia bawa dia patah balik ke workshop. Jeng, jeng, jeng.....

Dia cakap " Allo kawan, lu punya bendela sudah langgar lu punya aerial. itu pasal bunyi. Kalau lu talak pecaye, lu bukak itu bendela, lu jalan". Aku terfikir betul gak kata pomen ni. aku kata ok. saya cuba bukak itu bendera nanti saya jalan. kalau ada bunyi, saya datang balik.

Aku bukak bendera tu, dan jalan. 10 meter tak de bunyi. aku lajukan sket, 200 meter pun tak bunyi. aku laju lagi, dalam 1 KM pun tak unyi jugak. dan akhirnya aku tak bunyi2, terus balik rumah. nak balik workshop dah malu. tadi punya sedap marahkan mekanik tu.

Moral of the story:
1) Kita digalakkan pasang bendera Malaysia pada kenderaan.
2) Pasang bendera kena ada ilmu, bukan tahat ilmu hisap, ilmu alam juga penting.
3) mekanik tupun mangkuk, yg gi tukar barang lain pasal ape. dah tak pasal2 aku rugi rm30 hengget.
4) Nasib baik kereta aku sekarang aerial kat belakang. conform tak kena.

Puasa Kian Menjelang

Hari ni hari terakhir bekerja dengan makan tengahari sebelum bulan puasa bermula isnin depan. sebab isnin ialah replacement public holiday, selasa mula bekerja sambil puasa.

hari selasa juga, syarikat aku kerja ni akan di audit TS16949 oleh auditor. dua minggu lepas audit oleh consultant kami sendiri, ini yg betul2. harap2 berjaya. audit hingga hari jumaat tu. masak la kami. untuk HR, giliran aku hari jumaat kot.

sabtu ahad ni nampak gayanya kena gi pasar pagi untuk beli keperluan bersahur dan berbuka. malasnya.... aku lebih suka pasaraya yg lebih condusive dan selesa. aku cukup tak selesa bila berlanggar bahu dgn org ramai. tambahan pula bawa anak2, rimas betul la. kalau pasaraya, masukkan je dlm troli atau biar je diorang bebas berlari. kita awasi je.

terbayang cendul, roti john, murtabak ayam, roti jala cicah kuah durian, agar2, air tebu, onde2, tepung pelita, pengat pisang, dan lain2 lagi la... sebenarnya aku cukup simple makan berbuka, yg penting ada agar2. kuih lain tu kalau ada bonus la.. agar2 tu lah syarat utuk wanita itu boleh jadi isteri aku dulu. pernah ada yg kena reject kerana masak agar2 pun tak reti. masak agar2 adalah basic, kalau itu pon tak reti macam mana nak layan tembolok aku ni. kalau bengap sangat nak buat yg colourful, buatlah yg merah. itu dah cukup menyelerakan bagi aku.


Gambar : Kuih agar-agar ehsan www.happyhomemaker88.wordpress.com


Gambar : Penjual murtabak dan murtabaknya ehsan faculty.ksu.edu.sa


Gambar : Roti Jala. Ehsan hutofcranberry.blogspot.com

Apa2 pun bulan puasa bukan sekadar makan makanan sedap2, ia adalah bulan untuk kita beribadat di siang dan malam harinya. juga bulan untuk kita merehatkan perut kita dari hawa nafsu makanan. Juga mengawal hawa nafsu seks disiang hari dan membantu orang yg susah dengan bersedekah.

Aku harap Allah masih memberi aku peluang untuk mengharungi bulan RAmadhan ini dengan berpuasa penuh seperti sebelum2nya. dan semoga dilapangkan masaku untuk bertarawih disebelam malamnya.

Thursday, August 28, 2008

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 51


Gambar : Bendera Malaysia (jalur Gemilang). Ehsan Jabatan Penerangan Malaysia

Hari Kebangsaan iaitu hari yang membebaskan negara kita dari penjajahan akan berlangsung pada 31/08/2008, iaitu 3 hari saja lagi. Pada pemerhatian aku sepanjang aku melalui kota2 besar seperti Kuala Lumpur, Kuantan, hingga ke Jerantut Pahang; aku tak nampak kemeriahan kibaran bendera Malaysia.

Aku yakin ramai dari kita tak ada feel langsung nak sambut merdeka tahun ni. Berbanding tahun lepas yang kempen kibarkan jalur gemilang dibuat secara mewah, tahun ni amat menyedihkan. Aku yakin bendera parti2 politik di permatang pauh baru2 ini jauh lebih banyak dari semua bendera jalur gemilang diseluruh Malaysia.

Salah siapa?
pertama ialah salah diri sendiri kerana dah hilang sifat sayangkan negara kita. kita lebih sayang parti dari negara. Melayu sama Melayu bergaduh, Melayu dengan bukan Melayu bergaduh; dan ada orang yg tukang sorak. Biarkan-biarkan!

kedua ialah kerajaan yang pelupa. mereka lupa sambutan tahun ini adalah sama penting dengan sambutan kemerdekaan yang ke 50 seperti tahun lepas. malah aku rasa kita patut sambut macam mana orang dulu2 sambut masa pada 31/08/1957. Mereka berarak, mereka bersiap awal pagi, mereka tinggalkan kerja untuk menyambutnya. aku tak nampak iklan2 dari kerajaan kat tv suruh rakyat sambut. kerajaan pusat buat ape? kerajaan negeri buat ape? dan kerajaan tempatan buat ape?

Ketiga sebab semangat nasionalisme kita dah mati. kita merdeka dengan rundingan, dengan kebijakan pemimpin kita. dan kita terlalu cepat lupa. Alangkah baiknya kalau kita merdeka seperti Indonesia; bermandi darah dan air mata. dan sambutan mereka adalah gilang gemilang. Tanyalah anak2 muda kita tentang hari kebangsaan, aku yakin ini jawapan mereka :-
1) Hari cuti public holiday la.
2) Tak perlu kerja, boleh jalan2.
3) Aku mesti buat overtime, buleh dapat double atau tripe pay tu. boleh buat belanja raya nanti.
4) Lepak kat rumah tengok tv.
5) Ada konsert. boleh tengok artis pakai seksi joget2.
6) Best. mak ayah tak kisah balik lambat. lagipun cuti. kita boleh tengok orang merempit. kalau tak balikpun mak tak kisah. abang bohjan kata boleh tidur kat rumah dia. sarah, ogy, peah pun biasa join tido kat situ juga. kita boleh berpesta. kedai 7-11 pun tak jauh. kami amalkan seks selamat tau.
7) Boleh gi dating ngan pakwe kat shopping complex.
8) Boleh tidur lewat, bangun pun lewat. mak ayah mesti tak marah. mak ayah pun biasanya bangun lewat jugak.
9) Boleh balik kampung sebab cuti panjang. Dah lama tak tengok mak ayah di kampung. rasanya dah 11 tahun tak balik kampung.
10) Kitaorang nak picnic kat sungai Congkak. Semua keluarga cuti, best la picnic ramai2. kitaorang nak buat bbq ayam. malam tadi dah marinade kan ayam2 tu. best tau!

Tapi nak salahkan mereka tak boleh sebab itu dah jadi budaya kita. kita tak hormati hari kebangsaan kita, nak hormat bendera jalur gemilang jauh sekali la. Aku berani katakan bahawa orang tak heran kalau kita kibar bendera sempena hari merdeka atau tidak. tak de siapa heran kalau bendera yg dikibarkan kat pejabat atau mana2 dah buruk atau koyak rabak. tak siapa heran kalau lepas sambutan hari kebangsaan bendera dibuang merata2 dan dipijak2 oleh orang ramai.

Tak perlu tengok jauh2. aku tengok diri aku sendiri. Aku biasanya tiap2 tahun tanpa gagal akan meletakkan bendera Malaysia kat kereta aku sejak awal bulan Ogos. tapi sehingga hari ini aku masih belum beli lagi bendera untuk tujuan itu. Kenapa? mungkin aku bosan dengan cara kerajaan mentadbir negara yang menyusahkan rakyat marhaen macam aku. suka2 hati naikan harga, suka2 hati buat itu dan ini.

Aku tau cara aku salah, tapi aku tak sanggup pulak nak kibarkan bendera Malaysia secara terbalik seperti disarankan oleh rakan blogger yang namanya dah famous diperkatakan tu. dari segi undang2 aku tak mau komen. itu kerja pihak berkuasa. aku tak mau cakap cari segi moral, itu hak mereka dengan negara. cuma aku tak kan buat begitu. pada aku dengan buat begitu aku bukan boikot atau protes kerajaan sekarang tapi aku ibarat kencing di atas pusara2 pejuang kemerdekaan lampau.

Insyallah balik hari ni aku akan gagahkan diri aku ke pasaraya terdekat dan membeli bendera untuk kereta dan rumah aku.

dikesempatan ini aku nak zahirkan ucapan terima kasih aku pada mereka2 yang berjuang untuk kemerdekaan ini. Nama2 seperti mat kilau, tok janggut, datuk maharaja lela, si pitum, datuk bahaman, tok gajah indera rasul, mat salleh, abdul rahman limbung dan lain2 aku akan selalu kenang dan ceritakan kepada anak2 aku supaya mereka ada semangat nasionalisme mereka. dan doakan akan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. nama2 ahli politik yang diketuai oleh tunku abdul rahman putra al haj, tun hussein onn dan sebagainya akan aku kenag sebagai pejuang negarabangsa, bukan seperti ahli politik sekarang yang kebanyakannya berjuang untuk poket dan tembolok mereka sendiri.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 51.

Daulat Tuanku!

Wednesday, August 27, 2008

Bertemu sahabat lama, Ustaz Ahmad Dusuki

Minggu lepas hampir seminggu aku cuti uruskan majlis kahwin adik perempuan aku dan urusan menghantar menantu (hantar pengantin perempuan ke rumah mertua). Dalam keriuhan majlis kahwin tu, tiba2 papa aku panggil aku kata Ustaz Ahmad Dusuki datang.

Ustaz Ahmad Duduki bin Abd Rani ni kawan sekolah aku masa belajar dari darjah satu hingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang. Kisah beliau dipanah petir ada aku tulis dulu. Kalau korang nak baca korang cari la dalam entry yg lama2 dulu.

Memandangkan beliau datang sudah petang, orangpun dah kurang. So, bolehlah aku borak2dengan dia sekejab. masing2 bertanya khabar dan bertukar2 business card (tak kan nak tukar kad phone , atau mastercard kot). Beliau sekarang masih menjadi salah seorang imam di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (Masjid Shah Alam, Selangor). Beliau juga menjadi penasihat syarie untuk Koperasi Dana Usahawan Global Berhad (www.kodanaglobal.com).

Aku juga terharu gak bila dia bagitau " Ana ada baca ente punya blog". Mula la malu sendiri apa yg aku melalut dalam blog aku selama ni. Tapi dia tau aku siapa, tak perlu nak hipokrit kan! Beliau juga bagitau beliau ada memasarkan cd melalui website www.pendingdingdiri.com . Melalu website tu diterangkan bahawa beliau turut menjadi pengamal perubatan Islam. Ini cd-cd yang beliau hasilkan. Murah je RM70.00 untuk 4 cd.

CD 1 - Muqaddimah Terapi.
CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang mengesan 3 jenis penyakit iaitu Gangguan Jin, Sihir dan Saka. Sesuai dipasang bertujuan untuk 'scan' samada anda terkena salah satu diantara 3 penyakit lazim tersebut.

CD 2 - Penawar & Perisai daripada Gangguan Jin.
CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Gangguan Jin dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

CD 3 - Penawar & Perisai daripada Sihir.
CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Sihir dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

CD 4 - Penawar Saka.
CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Saka dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

Cara guna :
1)Pengguna digalakkan memasang CD ini 24 jam dirumah atau di tempat kerja sebagai langkah pendinding diri dan rawatan.

2)Bagi pesakit, dengar dan hayati bacaan CD ini sehingga berasa pulih.

3)Amalkan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini sebagai pendinding diri anda.


Cara guna.
Soalan : Bagaimanakah cara menggunakan CD Al-Rogyah _Al-Syare'yah ini? (Hamba Allah, Shah Alam.)

Jawapan : Langkah pertama adalah anda hanya perlu memasang CD ini. Digalakkan anda pasang di dalam rumah dan dengar seisi keluarga. Bagi mereka yang terkena gangguan, biasanya akan terjadi perkara-perkara yang tidak normal seperti :

Mengantuk secara tiba-tiba
Termuntah
Pening
Meracau
Menjerit
Benci mendengar ayat-ayat yang di baca
Marah
dan sebagainya...

Jika salah seorang daripada ahli keluarga anda terjadi perkara seperti tersebut, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah tutup dahulu CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini. Selepas dia kembali normal, anda pasang CD ini sekali lagi. Begitulah seterusnya sehingga pesakit tersebut pulih. Mengikut pengalaman dan aduan sebelum ini, JIN yang menganggu pesakit tersebut akan keluar apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran ini. Jika ia masih bertahan, Jin tersebut berkemungkinan akan terbakar dan mati.

Berusahalah dan jangan berputus asa dengan Allah. InsyaAllah, ujian yang melanda diri kita akan diganjari pahala yang besar.

Jauhilah Syirik, Carilah Redha Allah.

Nota Kaki : Gambar Ustaz Ahmad Dusuki adalah ehsan www.kodanaglobal.com. Manakala gambar cd dan penerangannya adalah ehsan www.pendindingdiri.com

Tuesday, August 26, 2008

Jawab Tag Nur a.k.a admansyah

Inilah kali pertama aku jawab tag walaupon dah dua kali rasanya sebelum ni kena tag. Sorilah pada yg berkenaan, aku masa tu baru je belajor blog, mana la terdedah ngan tag-mengtag ni. So, kali ni aku jawab tag dari nur a.k.a admansyah.



A) 5 tabiat buruk masa belajor.
Aku mana ada tabiat buruk. yang ada cuma yang tak berapa baik je.... antaranya ialah:-
1) Ponteng kelas - Masa darjah 1 hingga form 6, aku tak penah sekalipun ponteng kelas. Datuk dan ayah aku garang gila woo.... mampos aku kena sebat kalau ponteng. Aku cuma selalu excuse (bukan ponteng yer...) masa kat U. Bukan salah aku, salah U jugak sebab bg kelonggaran boleh tak hadir kuliah.

2) Hyper aktif - Hampir semua persatuan aku jd ahli dan majoriti aku jd ajk. So, asyik sibuk. Pertandingan peringkat sekolah dan daerah asyik2 muka aku je masuk, so selalu excuse kelas untuk berlatih dan bertanding. Pernah masa form 6, cikgu sejarah halang aku keluar dari kelas dia. Padahal cikgu tu tau aku memang terer sejarah, patutnya bagilah aku ronggeng2 skit.

3) Suka lawan cikgu - Kalau aku tak suka seseorang cikgu tu aku biasanya akan tunjukkan aku tak suka (muka2 tak main beb). Cikgupun lagi suka dera aku, jalan dalam longkang la, baling buku kat luar la. Ampun aku cikgu atas kenakalan masa kecik2 dulu.

4) Mengenakan orang - Aku and the gang suka sangat mengenakan orang. Sampai pernah kena mengadap guru disiplin. dah kelebihan aku bercakap dan aktif di sekolah, biasanya tiada la tindakan. Pernah aku kenakan rakan sekelas yang takut kucing (pompuan la). Awal2 pagi kami cari kucing dekat kantin, cari sedikit makanan untuk elak kucing lari dan kami letak dalam laci meja kawan tu. masa kelas bermula, member tu tadi sorongkan tangan dalam laci nak ambik buku dan..... melambung meja dibuatnya kerana terkejut dan takut. kemudian meraung dan menangis sampai kelas2 sebelah pun datang jenguk. bila cikgu tanya, group aku selamba je bangun mengaku bersalah. tindakan? tiada tindakan sebab kami memang suka bergurau dan budak tu pun sedara aku. sori ye nafisah (sekarang bergelar cikgu nafisah).

5) asyik jatuh cinta - nak buat camaner kalau dah jatuh cinta. cinta tak kenal usia kan. So, pernah la pasang girlfriend 2-3 orang dalam satu masa. dulu2, harta bukan ukuran. ayat power dan keberanian dah cukup. pernah masa spotcheck kat sekolah, makwe tu ditangkap bersama surat untuk aku. mengadaplah. nasib baik aku kena panggil kat asrama oleh cikgu zahir yg juga warden asrama. penuh telinga aku kena ceramah. nasib baik dia tak baca surat tu kat perhimpunan sekolah atau asrama, kalau tak lagi ramai la makwe aku (perasannya). kepada adik2 itulah gunanya jadi orang cerdik dan berketrampilan dan aktif masa di sekolah, asyik dapat lepas je. tapi sekarang dah insaf, cuma ada perasaan cinta pada isteri dan anak2 je. cinta untuk orang kedua, ketiga dan keempat belum ada, itu lain kali kot (kot?).

B) 3 Favourite subject.
1) Sejarah - aku mmg score punya.
2) Pendidikan Agama Islam - Mau tak minat. Asyik aku je wakil sekolah dlm syarahan dan kuiz agama.
3) Sains - Aku suka uji menda2. Masa form 4 aku pernah sebabkan letupan kuat dlm makmal sebab uji natrium ke kalium yg letak dalam bekas yg mengandungi air. hasilnya setiap kali kelas sains, group aku tak leh duduk sekali. aku yg paling teruk, disuruh duduk meja paling hadapan, dihadapan cikgu, bersama pelajar2 pompuan (aku yakin cikgu tu lah menyebabkan aku ada tabiat buruk no. 5). Pernah kami bawa balik kloroform dan picagari masa kelas, dan kami cucuk kat katak dan cicak.

C) 3 Subject paling tidak disukai
1) Matematik - sebenarnya bukan takat matematik, tapi semua subjek yg melibatkan pengiraan aku tak suka. Pening beb nak ingat formula ke hapa. Angka2 memang susah aku nak ingat. jangan kata formula, nombor telefon rumah dan phone isteri pun aku tak ingat. Yg best tu, aku skarang the only officer yg jaga gaji kat syarikat aku keja sekarang. mengarut betullah...

2) bahasa malaysia - bukan aku tak sayang bahasa sendiri, tapi payah benor. subjek, predikat dan sebagainya buat aku respect pejuang2 bahasa dan org yg pakar bahasa. dalam cerdikpun diorang ni, pada aku diorangpun bodoh jugak. Untuk pakai istilah 'baru' atau 'baharu' untuk produk keluaran terkinipon ambik masa lebih 50 tahun. apa kejadahnya tu.

3) Geografi - nak crita pun malas. tapi nak mengingat kawasan tanaman kelapa sawit, nak baca kontor (kontol?), buat aku pening la...

D) Apa yang menarik pada aku?
Aku pun tak tau soalan ni tanya ape? yg aku faham ialah apa benda yang menarik dalam diri aku kot. bab nak puji diri sendiri ni aku suka jugak sebenarnya. Aku ni seorang yg kelakar (tapi jangan tanya pada pekerja yang kena kaunseling atau dibuang kerja dengan aku), caring, sedang bergaul dan sebagainya.

E) Apa yang paling aku suka
1) Melancong (kalau ada duit la..)
2) Tengok TV / movie. Jangan kacau masa aku layan tv/movie, aku tak layan punya.
3) Melayan kerenah anak2.

F) Aku tak boleh hidup tanpa...
Nyawa. Tanpa nyawa, aku confirm aku tak boleh hidup.

G) Siapa yang dihubungi sebelum tidur?
Talian 24434. Kalau aku gagal hubungiNya, aku takut diri aku mati kafir.

Monday, August 25, 2008

Lawak : Apa punya pemalas da...

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

>
>
>

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".


Nota Kaki : Dah la tu bermalas-malasan dengan melayari internet masa kerja. Gi buat kerja. Thanks Azrin atas lawak malas ni.

Wednesday, August 20, 2008

Cuti Panjang

lama rasanya tak update blog ni disebabkan kebizian yang melanda. Biasalah kalau kerja jadi kuli orang. tapi kalau jadi boss pun lagi teruk kot, kena fikir nak majukan business dan bayar gaji pekerja. so, takat ni biarlah aku jadi kuli dulu. mana tau ada rejeki nanti boleh lah jadi boss yang baik.

mood kerja mcm biasa je. suka tak suka kena kerja. pada aku, aku kerja dengan ikhlas sebab itu yg aku suap untuk diri dan keluarga aku. cuma tahap motivasi aku bukan ditahap tertinggi disebabkan tiada imbuhan. mana tak sdih, aku buat gaji orang lain tapi gaji aku dan pegawai2 lain tak naik. yg dinaikkan ialah gaji supervisor dan kebawah. alasan gaji diorang kecik.

tolong sket ye kalau gaji pekerja kilang kecik! tanya la kawan2 atau sedara yg keje kilang tentang gaji diorang. silap2 gaji graduate universiti pun kalah beb. ini fakta sebab aku buat gaji. ada sesetengah pekerja yang gaji campur overtime dan elaun lebih besar dari gaji manager. aku buat gaji pun bebulu betul. tapi redha je lah sebab diorang kerja teruk sedangkan aku kerja goyang tangan je picit2 komputer dan tunjuk2 beri arahan (ye ke??). bulan lepas dan bulan depan pekerja dapat kenaikan gaji dan tunggakan gaji dari bulan januari 2008. Perh! kaya la diorang. aku dan pegawai2 lain??? melopong je la.

Aku dah jumpa top management suarakan tak puas hati management staff atas double standard ini. kalau diorang tak dengar dan buat sesuatu, ramailah orang akan meninggalkan syarikat. dan sudah beberapa orang pegawai termasuk manager mulai meletak surat perletakan jawatan sejak minggu lepas. Aku ???

Oh ya! mulai hari ni sampai jumaat aku cuti sebab adik perempuan aku berkahwin di rumah papa aku di jerantut, Pahang. Selain uruskan majlis itu, banyak aktiviti lain dah diatur dengan adik beradik aku. harap semua berjaya.

Friday, August 15, 2008

Kerenah Anak-anak

Dalam hidup berkeluarga ni, aku paling suka melayan kerenah anak2, walaupun kadang kala memenatkan. dalam meneliti anak2 membesar, aku suka melayan anak2 aku petah bertanya itu-dan ini yang kadang kala aku pun payah nak beri jawapan.

Senario 1 : Dalam kereta menuju restoran ikan bakar di port klang



Luqman : ayah, tu lori apa?
Ayah : Lori Kontena.
Luqman : Lori kontena bawak apa?
Ayah : Bawa Barang
Luqman : Barang apa?
Ayah : Mana ayah tau, barang dia dalam kontena. ayah tak nampak?
Luqman : Ayah baca la apa dia tulis belakang kontena tu.
Ayah : Dia tak tulis barang apa dalam dia. dia tulis nama syarikat kontena.
Luqman : Bukan la..
Ayah : Kalau pandai, luqman baca sendiri lah.
Luqman : Luqman belum pandai baca. Ayahlah kena baca.
Ayah : ..........


Senario 2 : dalam rumah.


Pika : Ayah, nak baby...
Ayah : (pergi mendapatkan beruang (teddy bear)kesayangannya). nah, baby..
Pika : NAK BABY!
Ayah : (Sambil tanya wife) Pika nak ape ni?
Ummi : Dia nak main dengan baby la tu.
Ayah : Pika cakap dengan ummi," pika nak baby"
Pika : Mi.... Nak Baby........
ummi : Tanya ayah?
Pika : Nak Baby..... nak baby....
Ayah : ok, ok. nanti ayah bagi baby.
Wife : Eh! Abang nak baby lagi ke?
Abang : ........

Lawak : Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah diselidik di agensi... senarai akhir... adala 3 orang wanita indonesia yang tersenarai...

Banyak la soalan yang ditanya..kesemuanya sama antara ketiga-tiga calon tu... sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...

calon 1..
Apa nama?
Erni
Umur berapa?
22 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Ahh..tuan... masih bujang.
Kenapa tak kahwin?
Belum ada yang COCOK.

calon 2
Apa nama?
Esah
Umur berapa?
24 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Sudah tuan...sudah ada yang COCOK.

calon3
Apa nama?
Piah
Umur berapa?
23 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Ahh..tuan...sudah bercerai.
Aii..muda-muda lagi dah bercerai?
Kurang COCOK tuan...

Nota Kaki : Cocok adalah dari perkataan Indonesia yang mengikut kefahaman aku ialah kesefahaman / sesuai. Terima kasih kat kawan baik aku; Salehuddin (Johor)atas lawak ni.

Thursday, August 14, 2008

Lagi tempahan untuk produk minyak kelapa dara

Alhamdulillah, hari ni aku booking lagi produk minyak kelapa dara kerana ada customer yg beria2 nak. sampai sanggup datang rumah bawa duit sekali. bukan sikit2 tempahannya. dalam rm120 (itu harga aku daa..., harga customer kena up sikit daa...).



kali ni customer mintak minyak kelapa dara asli yg bersaiz 500ml. harga bukan ahli sebotol rm80.00. harga ahli? bukak website dia dan jadi ahli baru tau. keahlian adalah percuma. penghantaran percuma dengan Gdex courier service juga percuma. kalau takat satu produk, diorang guna pos malaysia. berjanggut la tunggu. mau 7-8 hari baru sampai walaupun kilang dia kat sabak bernam dan port klang cuma 2-3 jam perjalanan kalau berkereta dengan 50km/h.



Difinasi Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut

MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) –VCOP
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

Apakah kebaikan dan kelebihan Minyak Kelapa Dara untuk Kesihantan Anda ? Kenapa minum Minyak Kelapa Dara ?
1) Resdung & Alahan
2) Retak pada tumit kaki
3) Penyembuhan Alami Luka dan kudis
4) Metabolisma dan Energi
5) Perlindungan dari penyakit
6) Pencernaan dan penyerapan zat
7) Ibu sedang mengandung
8) Ibu dan bayi -susu
9) Susu ibu & MCFA Darah tinggi
10)Bayi anda Kencing Manis(Diabetes)
11)Parut pada kulit(bersalin)
12)Awet Muda
13)Keanjalan kulit
14)Melindungi dan merawat kulit
15)Ulser dan sembelit
16)Kelelahan Kronik & Athma
17)Pencegah sakit jantung
18)Pembesaran Prostat
19)Buang lemak berlebihan-Kegemukan
20)Kelimumur dan rambut gugur
21)Kanser
22)AIDS Treatment

Kepada orang pumpuan terutamanya, aku syorkan korang mengamalkan dan meminum minyak kelapa dara kerana kalau korang guna, aku dapat komisyen. badan korang jadi cerdas (dengan izin Allah) dan aku lagi cergas sebab dapat duit. masalah kesihatan korang akan bertambah baik, masalah kewangan aku bertambak baik. zat makan korang bertambah, aku dapat tambah makan sebab ada duit lebih. bagi yang menyusukan anak susunya bertambah, bagi aku ada duit tambahan untuk beli susu anak aku. masalah kegatalan kepala akibat kelumumur korang hilang, aku tak perlu nak garu kepala yang tak gatal psl mana nak cekau duit. korang dapat awet muka, aku lagilah awet muka sebab asyik senyum; silap2 boleh dapat awek muda untuk bantu isteri aku dirumah. Begitulah seterusnya.

kalau korang nak beli, tak yah cari aku. korang click je website diorang ni dan daftar jd ahli secara percuma. pastu belilah barangan dengan harga ahli. beli barang dgn jadi ahli korang saving sekurang2nya rm5 hengget. dapat komisen lagi, dapat world pool lagi. kalau beli dua barang keatas dalam satu order, diorang bagi free gift lagi; kadang2 madu (bukan madu ehem2 ye, madu asli), kadang2 jus, kadang2 tonik rambut, dan lain2 yg diorang suka la...

Nota kaki : Bahan ilmiah termasuk khasiat minyak kelapa dara dalam entry ni adalah dipetik dari website bio-asli; yang merapu tu aku reka sendiri. Jika nak maklumat lanjut sila click disini http://www.bio-asli.com/?id=izzi

Sedih ramai berhenti kerja

semenjak duamenjak ni, tahap motivasi aku agak low. ini berikutan ramai kawan2 rapat mula menyerahkan surat perletakan jawatan. rata2 dapat kerja disyarikat lagi baguss termasuk proton dan drb group.

pada aku ebagai HR aku accept resignation letter dan discuss with GM atau Executive Director (ED). kalau diorang ok, aku pun ok la. just kira leave diorang dan prepare acceptance of resignation.

Cuma yg sedih member2 yg berhenti ni yg dah lama kenal. Kami sama2 berhijrah ke syarikat sekarang dari syarikat APM. kalau nak kira owner syarikat, syarikat dulu dan sekarang adalah owner dari keluarga yang sama; keluarga TAN yang mengasaskan Tan Chong Group. yang bezakan ialah dari group yang berbeza dan pengurusan berbeza. antaranya ialah Tan Chong Group, APM Group, Warisan TanChong Group dan Wawasan TKH Group. kalau selidik punya selidik, tuan punya syarikat2 berkenaan adalah dari satu family dan saling berkaitan.

sebagai HR dan seorang manusia, aku respect hak setiap orang. nak berhenti atau nak bekerja adalah hak milik setiap insan (macam iklan kosmetik pulak). hak HR dan syarikat ialah menerima bekerja dan membuang kerja jika ada masalah. So, kawan2 nak berhenti untuk kerja lebih baik, redhakanlah.

Takat nak minum2, bila2 pun boleh. Walaupun syarikat aku tak suka aku jumpa kawan2 yang dah resign, aku jumpa jugak. pernah aku ditegus oleh top management kerana sering jumpa kawan2 yg dah resign. aku selamba cakap "We are freinds, and resigning not stop our friendship. I'm professional and i meet them after working hours". Yg aku benci ialah ada 'kawan' yang bangsat yang maklumkan kepada bosses aku jumpa org yg dah berhenti. Bastard betul! manusia pembodek tahap tapir ni pun ada.

Mereka dah, aku?????

Tuesday, August 12, 2008

Barangan Minyak Kelapa Dara

Wife baru call, katanya courier produk berasaskan minyak kelapa dara dah sampai. Alhamdulillah sampai cepat. customer aku dah bising. tu lah, aku suruh register jadi ahli dan order sendiri malas, terpaksalah aku dapat untung sket muah.3x (sambil gelak jahat).

Nama je minyak kelapa dara, tapi ia tiada kaitan dengan mana2 anak dara atau mak dara. namun sikit2 ada kaitan dengan mengembalikan zaman anak dara dan kembalikan nostalgia suami2.

Aku mintak wife check barangan semua cukup tak. so far, barang tak de masalah. kalau aku nak cepat, lepas bank in kan duit aku call la diorang mintak hantar cepat sket. so far, diorang bagus bangat. antara barangan aku order kali ini ialah :-


gambar : sabun minyak kelapa dara
kegunaan utama : kesihatan & kebersihan. bahan anti kulit dlm minyak kelapa dara membunuh kuman, kulat, kurap, panau dan sebagainya.


Gambar : kapsul minyak kelapa dara dengan habbatus sauda
kegunaan utama : kesihatan dan awet muda


Gambar : minyak power 31
kegunaan utama : suami lebih power dan tahan lama
PALING LARIS!


Gambar : Losen minyak kelapa dara
kegunaan utama : lembutkan tangan (pompuan la biasanya...)


Gambar : Madu asli
Kegunaan utama : kesihatan, seksualitas, kecerdasan

So, esok boleh bagi kepada customer. yg tak sabar nak pekena minyak power malam nanti kena lah ambik sendiri kat rumah aku. banyak cantek nak berhantar, minyak mahal oo...

kepada sape2 yg minat nk tau lebih lanjut tentang khasiat dan produk2 minyak kelapa dara; korang lawatilah web diorang di www.bio-asli.com

Korang tengoklah mana berkenan dan belilah sendiri. senang gile. kalau nak murah, daftar jadi ahli (percuma) dan buatlah pembelian. dapat kurang harga antara rm5-15 hengget.

dalam banyak2 barangan tu ada sesetengahnya beberapa unit setiap satu, untuk keluarga aku cuma losyen minyak kelapa dara. itupon wife aku nak cuba. kalau tangan dia lembut, orang puji bini aku jugak.

Monday, August 11, 2008

MAHA 2008 (11-23/8/08)

Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008 kembali lagi! Kali ni akan diadakan selama 12 hari dengan pelbagai acara menarik dan kemudahan yang lebih menyenangkan.

Rancanglah cuti anda bersama keluarga pada cuti sekolah Ogos ini untuk ke MAHA di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), di dalam kampus Ibu Pejabat MARDI, Serdang.

Pameran ini bermula pada 11/8/08 hingga 23/8/08. korang bolehlah start melawat jam 10.00 pagi dan majlis berakhir jam 7.00pm. Sebab musabab mengapa ia tamat jam 7pm; mungkin untuk membolehkan haiwan2 ini berehat, menikmati makan malam bersama keluarga mereka dan menikmati hubungan intim tanpa gangguan. Haiwan2 tu pun geli geleman asyik diperhatikan dan dibelai2. kambing pejantan keturunan boer contohnya musti bosan bangat apabila janggutnya asyik diurut, dan telurnya dipicit untuk mengetahui tahap keseksualitasannya. senak tu kena picit telor. acara mengambil air mani kambing secara paksa juga menyebabkan kambing2 mendapat kemaluan yg besar. sesetengah kambing yg tak sanggup mengahadapi masyarakat kambing juga sanggup memaksa tuan mereka menyembelih mereka untuk juadah hari raya korban. yg lagi ganas sanggup membeli tiket kapal terbang ke luar negara dan berlakun dlm playboy dan 'shaun the sheep'.

Aktiviti dan Acara Kemuncak MAHA2008

Tempat Pameran
Dewan A – Pameran Jabatan Kerajaan & Agensi Kerajaan
Dewan B - Pameran Syarikat-Syarikat Antarabangsa/Negara Jemputan dan Syarikat-Syarikat Swasta pergabungan dengan Syarikat -Syarikat Antarabangsa
Dewan C – Pameran Korporat Tempatan
Dewan D1 – Makanan “Popular” Malaysia
Dewan D2 - Agrobazaar
Dewan D3 –“Walk-in Seminars” & Upacara Perasmian & Penutup

Agrobazaar @ Dewan D2
Jualan Produk Segar dan Proses dari Perusahaan Kecil & Serdehana Buah-buahan dan Sayur-sayuran Segar

“Malaysia Truly Asia Kitchen”Makanan Kegemaran Malaysia @ Dewan D1

Seminar-“Walk-in Seminars” @ Dewan D3
-Peluang-Peluang Meningkatan Eskport Pertanian dan Makanan
-Kejayaan Usahawan Pertanian dan Makanan
-Peluang-Peluang Perniagaan Pertanian dan Makan Dosmetik

Pameran Ternakan Hidup

Pameran Teknologi dan Produk Berasaskan Ternakan-Pameran Teknologi Ternakan
-Jualan Produk Tambahnilai Hasilan Ternakan
-Demonstrasi Memasak oleh Chef Selebriti seperti Chef Ismail, Chef Florence dan Chef Razak

Interaksi/ Reakreasi
Petting Zoo (guinea pig, chipmunk, arnab, hamster dll)
Pameran dan Pertandingan Kucing, Pameran dan Demonstrasi Anjing
Menunggang Unta & Gajah
Menjelajah Zoo
Aktiviti Berkuda spt Pony Ride, Carriage Ride & Musical Ride
Pameran Kuda, Pameran Arnab
Jualan Cenderamata
Bergambar Dengan Haiwan
Kempen Kesedaran
Aktiviti Kambing spt Kambing Berlitar & Menyusukan Anak Kambing

Jualan dan Lelongan Ternakan

Tapak Pameran Haiwan Hidup
Pertandingan Ternakan (Lembu, Kambing, Induk, Pejantan Unggul)
“Petting Zoo” (Haiwan Kesayangan)
Pameran dan Pertandingan Kucing dan Anjing
Menunggang Unta, Kuda Kerdil &Gajah
Bergambar dengan Haiwan
Jualan & Lelong
Bistro

Persembahan Rodeo
Lembu Jantan Muda Bergusti
“Bull Riding”
Menunggang Kuda tanpa Pelana (“Bareback Riding”)
"Saddle Bronc”
“Rope & Tie”
“Team Roping” dan “Breakway Roping”
“Ladies Barrel Race”
“Steer Undercorating”

Pertandingan Ternakan (Lembu & Kambing)
Induk Comel
Pejantan Unggul

Pastura Muzium
Pameran dan jualan biji benih, baja organik, makanan ternakan, pesticide dan racun rumpai

Pusat Demonstrasi
Kutipan Air Mani Kambing (“Semen Collection”)
Pemerahan Susu Lembu Baka Jersey

Rumah Negeri (“ State Pavilions”)
Peluang Pelaburan
Produk Negeri

Amphitheatre
Persembahan Artis-Atris Terkenal & Kebudayaan
Pertandingan Karaoke terbuka
Pertandingan “Liveband”
Pertandingan Angkat Berat

Taman-Taman
Bunga-bungaan, Palma, Herba-Herba, Padi, Nenas,
Sayur-Sayuran dan landskap
Ladang Hortikultur

Pameran Kentera Pertanian @ Ladang Jentera

Pameran @ Tasik
Ternakan Ikan Sangkar

Pameran Produk Berasaskan Nanas
Pertandingan Masakan Berasaskan Nanas
Demontrasi Teknik Gubahan Dan Hiasan Buah Nanas
Demontrasi Tanaman Nanas

Pertandingan Melukis & Mewarna

Bidang Demonstrasi & Produk
Teknologi Mekanisasi Pertanian Terkini
Pameran Haiwan & Penuaian
Jualan Jentera dan Peralatan Pertanian
Demonstrasi Penuaian Jagung dan Vitato
Penanaman Nanas
Galeri Jentera Pertanian Antik dan Mordern

Masa MAHA 2006 yang lepas aku ada gi, so aku rekomenkan sesapa yg berminat perkara-perkara berikut untuk datang :-
1) ingin ceburi bidang pertanian secara serius
2) nak beli barangan pertanian dan hasil industri makanan dengan harga murah.
3) nak beli jentera pertanian.
4) nak tengok evolusi pertanian
5) nak bawa anak2 kenal haiwan secara percuma. takat kambing lembu ada la...
6) nak cari pasangan untuk binatang ternakan dan diri sendiri. kalau keluarga datang mesti bawa anak2kan. so, mana tau terjumpa jodoh kat sini....
7) nak makan free. setiap gerai terutama rumah2 negeri ada hidang makanan percuma. rasa la serba sikit. kalau dah 14 buah rumah negeri, sehari tak perlu habiskan duit beli makanan. buatlah tiap2 hari. save gile.
8) suka jalan2.


Gambar : Aku masa melawat MAHA 2006.



MAHA 2008 Aku belum gi, so aku tak tau apa bezanya ngan MAHA 2006 yang lepas. Cuma aku harap perkara2 berikut telah diperkemaskinikan oleh pihak berwajib:-
1) Parking yg terlalu jauh dgn kwsn pameran. Yg gi melawat majoriti org2 dah berusia 30-60 thn. penat wei jalan. jauh nak mampos.
2) Kemudahan tempat rehat, sembahyang, menyusu anak adalah menyedihkan.
3) Kemudahan tram adalah terlalu cikai. orang terlalu ramai dan kesian tgk family terpaksa berasak2 rebut tram. kena berdiri berhimpit2 pulak tu. sejibik macam buruh kasar nak lori angkut buah kat estet.
4) masuk hari2 akhir expo, majoriti peserta pameran dah ramai balik.
5) binatang yg dipamerkan kurang penjagaan. nampak sangat diorang kurang zat dan stress.
6) info di setiap area kureng memuaskan. dikawasan2 seperti sawah padi, tiada langsung penjaga dan org nak bagi info. jadi ramai lah manusia tangan gatai mencabut dan meragut anak2 padi untuk kenangan dan mungkin ada jugak ambik sekilo dua hasil padi untuk dimasak.

Info kemudahan:-
1) Ada 7000 tapak parking untuk orang ramai dengan bayaran RM5 per entry
2) Tram / bas mini disediakan dari tapak parking ke dalam taman pameran, dari taman ke taman dengan bayaran RM1 untuk sehari

Info lanjut:
~ http://www.maeps.com.my/
~ http://www.mahaexpo.com/

Award lagi....

Masa jengah blog cendawanintim tadi, terperasan ada paksaan suruh ambik award baru. aku jadi kaku 2.5 saat pasal aku tak jangka mendapat anugerah lagi. walaupun aku tak dapat apa2 anugerah di Festival Filem Malaysia, tapi anugerah ni ternyata lebih mengujakan.



Walaupun award ni aku terpaksa dikongsi bersama 365 blogger lain, tapi aku tetap bersyukur. Sama seperti FFM, tiada ucapan. kalau ada sesi ucapanpun memang aku tak boleh berucap; speechless.

Saturday, August 9, 2008

Selamat Pengantin Baru Azrin & Sofian (09/08/08)

Perut masih sendat baru balik kenduri kawin x-staff aku masa kerja di APM. dulu dia kerja supervisor HR merangkap kira gaji pekerja APM. namun dah 2 thn lebih dia berhenti dan kerja gomen. namun kami tetap keep in touch melalui email atau phone.

Syukur dia temui jodohnya. suaminya aku tak kenal. baru tadi aku jumpa. apa2 pun moga dia bahagia. aku sekeluarga ke majlis tu bersama2 x-boss HR aku kat APM. kami together2 datang. x-boss aku tu lagi jauh datang, dari seremban. dia pun dah berhenti dari APM dan kerja kat seremban. kesimpulannya ialah aku, boss hr aku dan azrin semua dah berhenti kerja kat APM. semuanya masih keep in touch.

stail aku dari dulu, aku suka buat kawan dgn staff2 aku. aku suka ajak keluar makan bawa keluarga atau pakwe makwe diorang (kalau ada). kalau kena marah atau maki ngan aku biasalah. akupun biasa jugak kena maki ngan boss hr dan big boss. So kami boleh kenal2. that why, hubungan aku ngan staff atau rakan2 sekerja syarikat pertama dulu pun masih keep in touch. cuma tabiat buruk aku, dlm setahun nombor telefon diorang tak aktif sms atau call aku atau aku call dan sms diorang tak berjawab; aku delete je nombor tu. kawan hape kalau setahun langsung tak leh sms /call atau tak leh jawab sms/call. nak wish selamat hari raya bernilai rm0.10 pun kedekut. mana nilai seorang kawan kalau cam2.

berbalik crita nikah x-staff aku tu,ramai gak kawan2 lama jumpa. sempatla sembang membang dan ambik nombor telefon mana yg dah kena delete (kuang.3x). yg paling best tgk perubahan saiz badan dan perut kawan2. aku kutuk orang dan orang kutuk aku. yg best itulah kawan.

aku juga jumpa kawan aku masa di syarikat pertama dulu yg kebetulan bersaudara dgn pengantin perempuan. dunia ni kecik, cari musuh buat apa. dia lps berhenti kerja 5-6 thn lepas tlh buka perniagaan menternak ayam secara besar-besaran di ulu yam. actually dgn member ni tetap keep in touch sebab dia selalu inform kalau tukar no phone, cuma 5-6 thn tak jumpa. dia byk kali ajak aku tgk projek ayam dia kat ulu yam tapi aku asyik sibuk dan tiada modal. lagipun ayam siam dia takde, tu yg aku liat nak gi tengok. kalau ada ayam siam atau ipoh mali, cepatttttt je aku sampai (opss... terlebih sudah). Nantilah helmi, suatu hari pasti aku sampai. siapkan 3 ekor ayam untuk dipanggang, 35 ekor untuk sup kaki dan 6 pcs deli chicken wings.

dalam kereta, wife aku bagitau org kenduri bagi 5 biji telor dalam pelbagai bekas. apsal bagi banyak sangat. aku ngan boss lama aku meja lain2 sebab dia anak ramai. anak akupun baru dua. org bagi, belasah je la... semua cantik2. mahal2 tu beb. maklumlah anak perempuan tunggal kawin. mak ayah dia pun orang berada. nak balik tu pun ada goodie bag lagi untuk aku dan wife. macam2 ada didalamnya termasuk key-chain yg ada wangian. kalau tau cam2, aku mintak lagi 3 tadi.

Kepada Azrin & Mohd Sofian :
"SELAMAT PENGANTIN BARU. MOGA JODOH KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT. MOGA CEPAT DAPAT ZURIAT DAN DIMURAHKAN REZEKI. MUGA PERSAHABATAN KITA LEBIH BAIK DENGAN JALINAN DUA KELUARGA". AMINNN......

Friday, August 8, 2008

Selamat hari jadi Boss

hari ni (08/08/08) adalah hari jadi executive director dan qa manager aku. so, aku rushing ke secret recipi di tesco klang.
Biasala, orang yg buat menda2 ni biasanya org HR la.. Aku pilih kek indulgence 2kg. Rm70++. Aku paksa meeting dihentikan cepat. aku ugut kalau lambat aku tak mau joint dan semua hod muslim takkan join sebab nak gi sembahyang jumaat. Untuk boss, selamat hari jadi. Moga panjang umur dan tambah2 la benefit untuk kami.



Gambar ehsan www.secretrecipe.com.my

Inspection oleh DOSH

yesterday (07/08/08), aku ngan safety officer aku gi menolong salah satu cawangan yang kena inspection oleh DOSH (jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan). hari sebelumnya, rabu kami dah gi tengok untuk final inspection dan komen yg mana perlu diupgrade atau diubah. so, masa pemeriksaan semua berjalan dengan baik. lagipun itu kilang SMI, tak banyak menda nak di komen. inspection pass!

lepas inspection, kami gi makan western food kat D'taverns. restoren di adalah tempat makan werstern paling standard kat port klang. inilah kali pertama aku makan kat sini balik selepas berhenti kerja APM. masa APM dulu selalu makan sini sebab dekat.

Untuk aku, aku order chicken chop dan fresh orange. yg lain ada order chick chop, grill salmon dan mcm2 lagi. tak cukup kenyang, kami tambah fish finger set. ini kali pertama aku mcm menda alah ni kat sini, dan memang sedap. untuk penutup kami bedal ais krim special. mau tak special, harga pun RM8.00 satu cup. akhirnya kami keluar kekenyangan. malasnya nak balik opis.

Wednesday, August 6, 2008

Nilai 3 lagi, Jalan2 lagi......

Sabtu Minggu sebelumnya, akak aku datang rumah ajak gi Nilai 3 untuk shopping. Minggu lepas adik aku pulak datang ajak gi nilai 3. so dua mingu turut2 aku gi nilai 3 sebagai penaja kenderaan dan penunjuk arah merangkap pemandu pelancong.
Adik aku sekeluarga tiba kat rumah aku jam 1130mlm. Then, kami gi cari durian. dapat la tapi x sedap.

Sabtu (02/08/2008) awal2 pagi dah gerak gi nilai 3. sampai sana masih awal so selesa sikit nak jalan2. kali ni aku bawa ke kedai yg aku belum sampai lagi. wife adik aku berkenan dengan tikar buluh yg aku dan kakak aku beli. banyak jugak la kedai kami redah. Namun kami tak se'excited' adik aku dan wife nya.

Adik aku beli tikar buluh 3 bidang. pakaian, kain2, jam berukir ayat quran dan mcm2 lagi. Wife aku tambah beli kain pasang, pakaian anak2. Pika dapat tudung baru dan mainan. Luqman dapat kereta remote control. dah masukkan barang nak balik, luqman mintak jam tangan. Sebab dia dah lama mintak dan harga jam tangan budak gambar kartun jenama cap ayam dalam rm5.00 je. aku beli je la. Seronok bukan main. hari2 pakai jam walaupun tak tau pukul berapa.

Balik dari nilai 3, adik aku mintak carikan tempat tuning kereta sebab kereta dia yg katanya agak semput. nasib baik ada lagi workshop yg masih bukak. lepas tu kami cari durian D24. beli 3 bijik. then gi area round about kg jawa cari tembikai, belasah 2 bijik untuk mkn malam. Lps makan, adik aku ajak gi jusco bukit tinggi.



Kebetulan masa kami kat sana ada persembahan artis astro untuk gempak selebriti astro. artis2 manalah aku kenal sangat. Yg aku kenal cuma pemenang kedua raja lawak musim kedua je. nama sape tah, along kot. Wife aku kenal la artis2.


Hari Ahad (3/8/08) adik aku masih x puas shopping. dia ajak gi sogo. so kami parking kat terminal lrt gombak.
senang dia nak balik. kalau masuk dalam town dia sesat, payah aku. kami naik lrt menghala ke masjid jamek. dari masjid jamek kami naik star menuju ke stesen bandaraya.

Sogo tgh sale gile. Aku x shopping pun. sekadar pemandu pelancong dan tukang jaga anak2 saudara sementara makbapak diorang shopping. hati nak shopping tapi dah tak de budget. sendiri mau ingat la kredit card pakai di singapore bulan lepas nak kena bayar. adik aku pulak nak menikah tengah bulan ni... semua itu duit!.

Dalam seronok window shopping, anak2 aku kelaparan. so turun tingkat bwh sogo beli roti. luqman standard dia mesti nak air marigold atau vitagen. lepak la luar sogo jamu anak2 roti dan air marigold apple. Lepas selesai, kami bertolak balik guna lrt dari stesen bandaraya. Sampai stesen masjid jamek, perut dah asyik berdangdut tak mau berhenti. so kami singgah makan kat McD tepi stesen lrt tu. adik aku nak cuba burger king tapi aku kureng minat. untuk keluarga aku, kami balun double cheese burger set sorang satu, nugget 6 pieces, bubur ayam besar punya. Sori sebab lapar, lepas makan baru ambik gambar.

lepas kenyang, kami ber'lrt' nak balik ke stesen lrt putra terminal gombak. mak aik! ramainya manusia sedang berbaris beli tiket kat kaunter. hasil risikan adalah disebabkan kaunter tiket elektronik tak berfungsi. aku tengok byk yg rosak dari yg boleh pakai. Kat ruang menunggu, manusia berbaris panjang. Aku bukan selalu naik lrt, 4 bulan sekali pun mungkin payah. tapi aku rasa tahap lrt kita ialah tahap cap ayam. lembab, panas, rimas dan tak tepati masa. berbanding mrt di singapura (kat negara lain aku tak pernah naik, so aku tak leh compare), lrt kita nampak koman (teruk) sangat. soal harga yg agak mahal, tiket yg lusuh, mutu mesin tiket yg lembab nak mampos, ketepatan masa tahap kambing, ruang menunggu lrt yg suram dan panas mcm sauna, suasana panas dalam lrt. tahap prihatin org malaysia nak bagi tempat duduk pada perempuan mengandung, orang tua, ibu dengan anak kecik memang tahap sial. cakap macam kasar tapi itulah realiti yg aku alami sendiri masa ber'lrt' hari ahad tu. wife aku ngan anak kecil sorang pun tak heran, ada sorang pompuan buta naik semua pakat jeling je. nasib baik lepas 2-3 stesen ada tempat kosong baru ada yg pimpin dia bagi duduk. itupun orang cina. org melayu yg berdiri dekat sebelah dia buat bodo je. bagi aku yg jarang2 naik lrt mmg tak de masalah nak dokong anak gilir2 ngan wife, tapi kesianlah sikit pada org2 tua dan warga istimewa. yg lagi mangkuk ada penumpang sempurna dan sihat duduk kat kerusi utk warga mengandung dan istimewa dan jeling je pd yg memerlukan.

sampai kat hentian putra, kami berkereta ke haluan masing2. adik aku balik semula ke kuantan, pahang. dan aku menghala ke klang, selangor. dalam kereta anak2 terus lena. may be akibat kepenatan dan kepanasan dlm lrt. lagi seronok tidur sebab perut kenyang dan dapat pula susu.

Sekian.

Tuesday, August 5, 2008

Memahami objektif penilaian prestasi


RAMAI pengurus dan ketua jabatan mengambil sikap sambil lewa apabila tiba saat membuat penilaian prestasi pekerja. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------

"ALAMAK! Penilaian Prestasi lagi! Balik-balik nak kena buat penilaian. Letihlah." Mungkin inilah keluhan yang diluahkan oleh sesetengah pengurus atau ketua jabatan yang kurang arif tentang objektif sebenar proses penilaian prestasi. Atau kalau mereka tahupun, mungkin mereka tidak begitu mengambil berat tentang kepentingan proses tersebut. Ramai yang mengambil sikap sambil lewa apabila tiba saat membuat penilaian prestasi pekerja.

Mengapa agaknya perkara ini terjadi? Salah satu sebab ialah kerana ada sesetengah pengurus beranggapan tugas menilai prestasi pekerja sering membuat mereka berada di dalam keadaan yang kurang selesa. Ini kerana mereka merasakan bahawa pendapat mereka terhadap pekerja sering bertentangan dengan apa yang dirasai oleh pekerja itu sendiri. Jadi, keadaan ini boleh menimbulkan konflik dan seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati pekerja terhadap penilaian yang diterima.

Kekerapan membuat penilaian berbeza di antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Ada yang menjalankannya setiap suku tahun, setiap setengah tahun dan ada pula yang hanya membuat setahun sekali. Walaupun Jabatan Sumber Manusia sering melakukan berbagai usaha untuk memperbaiki cara mengisi borang penilaian agar ia lebih mudah untuk diisi dan sering memberi taklimat untuk mendidik para pengurus dan ketua jabatan untuk menjalankannya, namun pengisian borang tetap dianggap perkara remeh dan borang-borang tersebut kebiasaannya hanya dilengkapkan secara terburu-buru apabila menjelang hari terakhir penghantaran.

Tujuan sebenar penilaian prestasi adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja pada masa akan datang. Apabila prestasi seseorang pekerja telah dinilai dengan betul dan seadil-adilnya, ini akan dapat membantu pengurus atau ketua jabatan menentukan pemberian gaji yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh pekerja dan siapa yang layak atau tidak layak untuk dinaikkan pangkat. Fokusnya harus tertumpu kepada prestasi pekerja.

Ada banyak kelebihan lain yang boleh didapati melalui latihan penilaian prestasi. Selain memberi maklum balas kepada pekerja tentang pencapaian mereka, pengurus juga boleh mendapat banyak maklumat mengenai pekerja yang boleh digunakan untuk membuat tugas pekerja menjadi lebih produktif. Sebagai contoh, kemungkinan besar pekerja tidak dapat memberi komitmen terhadap kerja disebabkan faktor luaran yang di luar batasan beliau kerana ia bersangkut-paut dengan unit atau jabatan lain. Dengan maklumat yang diperoleh, pengurus boleh membawa masalah tersebut ke pihak atasan untuk diambil tindakan yang bersesuaian.

Namun, masalah dalam menjalankan penilaian prestasi sering timbul apabila tumpuan hanya diberi kepada sikap dan perangai individu dan kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan. Masalah menjadi lebih rumit dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja apabila ada sesetengah pengurus mengamalkan sikap tidak adil dan memberi penilaian tinggi pada pekerja-pekerja yang mereka suka atau senangi walaupun pekerja tersebut tidak layak menerima penilaian sebegitu tinggi. Keadaan ini pula akan mematahkan semangat pekerja yang rajin berusaha kerana mereka merasakan latihan membuat penilaian prestasi ini hanya satu latihan yang sia-sia dan tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. Jika keadaan ini berterusan, organisasi mungkin akan kehilangan pekerja yang berdedikasi dan terpaksa mengeluarkan lebih banyak belanja dan masa untuk mencari pengganti yang lain.

Seringkali juga terdapat banyak tuduh-menuduh berlaku ketika menjalankan latihan penilaian prestasi ini. Adalah lebih baik jika pengurus berusaha untuk mengenal pasti halangan-halangan yang menjadi punca terhadap kelemahan prestasi dan tidak membesar-besarkan kelemahan tersebut. Cari jalan penyelesaian bagaimana halangan tersebut boleh diatasi. Jika pengurus berjaya melakukan demikian, ini boleh menghilangkan rasa takut dan ketidakselesaan pekerja apabila dipanggil untuk menjalankan latihan penilaian prestasi. Ingat! Tujuan latihan ini adalah untuk memperbaiki prestasi pada masa akan datang dan bukan untuk mencari kesalahan pekerja semata-mata.

Latihan membuat penilaian prestasi memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak; pekerja yang dinilai prestasi mereka dan pengurus yang membuat penilaian. Kedua-dua pihak berhak menyuarakan pendapat masing-masing. Dengan sebab itulah maka borang penilaian memerlukan tanda tangan kedua-dua belah pihak. Borang tersebut juga menyediakan satu ruangan khas di mana pekerja-pekerja boleh memberi maklum balas terhadap penilaian yang diberi sebelum menurunkan tanda tangan mereka.

Apabila pengurus berjaya mengenepikan sikap suka mencari kesilapan pekerja, ini akan menjadikan latihan penilaian prestasi lebih bermakna. Keseluruhan proses ini juga akan menjadi lebih selesa dan efektif kerana ia meletakkan pekerja dan pengurus pada tahap yang sama, bukan di tahap yang mana satu pihak menentang pihak lain. Kedua-dua pihak bekerjasama untuk mencapai satu tujuan iaitu untuk mencapai prestasi cemerlang yang bukan hanya menguntungkan pekerja, tetapi juga pengurus dan keseluruhan organisasi.

Minggu hadapan, saya akan membincangkan tentang kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dan harus dielak ketika membuat penilaian prestasi.

Penulis adalah Pengarah Pemasaran di JSDC Training Consultancy dan boleh dihubungi di zurina61@yahoo.com. JSDC menjalankan latihan dan bengkel Pembangunan Diri untuk graduan, kaum wanita dan juga untuk golongan korporat.

Sumber maklumat dan gambar : Kosmo Online 05/08/2008