Saturday, January 31, 2015

KARIPAP GERGASI @ JOHAN SETIA, KLANG

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.

Unuk kali ni aku nak cerita mengenai KARIPAP GERGASI.

No! No! No! bukan untuk gergasi makan, tetapi orang yang bernafsu seperti gergasi, aku la tu... hehehe

inilah rupanya karipap gergasi yang dijual di kampung Johan Setia, Klang. Aku plan nak beli 3 biji iaitu karipap ayam, daging dan telur tetapi yang daging dah habis. so... cuba dua jenis lah. 

Kalau tengok saiz dengan pembaris anak aku tu... memang panjang. dalam 18CM. 


Ini karipap gergasi berinti ayam... dan kentang. harga RM2.50 sebiji.

Ini pula karipap gergasi berinti telur. harganya RM2.00 sebiji.


Rasanya: sama macam karipap yang biasa, cuma saiznya yang digergasikan. secara jujur aku tak kan beli lagi sebab kepuasannya tak sama macam mekan karipap biasa. yang nyata... aku rasa intinya kurang menyengat.

Rating : 5/10 (Karipap)

Lokasi :
GERAI MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KG. JOHAN SETIA, KLANG

Friday, January 30, 2015

ALMAEDA ARABIAN CUISINE - AYER @ 8 PUTRAJAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

atas urusan syarikat, hari ni (29/1/2015) aku ke Putrajaya.

 selesai urusan ngam2 lunch, so aku ajak member pergi makan. dia cadangkan nasi arab. biarpun aku diet, sebagai orang yg menghormati sahabat, aku lupakan diet seketika (uwekkkk).

restoran makanan arab ni terletak dikawasan yang baru dibuka di presint 8. nama bangunan pun dah buat aku tergelak AYER @ 8.


view dari restoran ni cantik. mengadap tasik putrajaya. makan kat dalam buleh, kat luar buleh.



ini set nasi yang aku pilih. kawan aku tu pun pilih ni jugak, senang masak sekali.
kami pilih LAMB KABSA.


 kesimpulan :
sebab aku yang bayar, pada aku memang sedap. nasinya banyak dan terasa rempahnya. portion kambing nampak macam rebus biasa2 je, tapi percayalah mmg sedap. lembut dan juicy. 
menambah kelazatan ialah kuahnya. aku sampai order 2 mangkuk setengah.

 untuk restoran ni, memang pada aku terbaik. aku rekomen pada peminat nasi arab untuk rasa. kalau sedap, korang tag lah fb aku. kalau tak sedap, korang soundlah sikit tokey kedai tu.

 

 alamat? ini peta lokasi aku ciluk kat fb restoran tu. korang carilah. 
kalau nak belanja aku makan, call aku.



Wednesday, January 28, 2015

WARUNG NASI AYAM BEREMPAH @ TMN SAINS SELANGOR 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semalam lunch aku dah bedal western food, so hari ni (28/1/15) dah sengkek, jadi aku makan kat warung tepi jalan je lah.

macam biasa, makan dekat2 je sebab aku lunch 45 minit je.

hari ni aku pergi makan di WARUNG NASI AYAM BEREMPAH yang terletak disebelah stesen minyak petronas Kota Damansara. Petronas tu ada Maybank Islamic.

area? taman sains selangor 1, Kota Damansara. ala.. korang cari je Segi College. tak jumpa SEGI? tepi jalan tu korang akan nampak TROPICANA MEDICAL CENTRE, jadi warung ni betul2 depan pagar hospital swasta tu.

kalau dalam 1130am korang nampak orang empat berbaris panjang tu, betullah tu. kalau ternampak muka aku tu, jangan lupa tegur. dah tegur tu tak reti2 nak belanja.



inilah rupa van/lori peniaga nasi ayam berempah. dulu pakai van je. sekarang dah siap ada warung. bungkus boleh, makan situpun boleh.

 ni rupanya hospital swasta Tropicana Medical Centre. warung tu tepi jalan dan diluar pagar,           jangan korang cari kat dalam pulak.
 
 kalau korang was-was, korang tengok kat van/lori tu nama ni. kalau betul, memang betullah.



 selain nasi ayam berempah, warung dan van ni ada jugak jual goreng pisang, 
buah2 potong, kerepok dan air bancuh.
 


ini set untuk yg nak bungkus. ada kuah ayam.

ini untuk set makan di warung. kuah siram sendiri nak banyak mana. tak cukup... tambah aje.

kesimpulan :
aku dah jadi pelanggannya dah dekat setahun, so memang sedaplah. lagi sedap bila hujung bulan macam ni, gaji tak masuk lagi, inilah sajian yg paling sedap.
harganya cuma RM5.50. complete set ada nasi, ayam berempah, sambal, timun, acar dan pilihan 2 jenis kuah.
kalau beli, korang ambik banyak sikit dia punya habuk ayam tu, memang marveles sedapnya.

ia banyak, ia sedap, dan yang penting ia murah.

alamat?
woi... alamat ke benda... kan aku siap bagi landmark kat atas tu. cari je lah.

oklah... aku bagi jugak lah...

WARUNG NASI AYAM BEREMPAH
Sebelah Petronas Taman Sains Selangor 1
Berdepan Tropicana Medical centre
Taman Sains Selangor 1
Kota Damansara, 47810 Kota Damansara
Selangor Darul Ehsan.

Tuesday, January 27, 2015

MR STEAK HOUSE @ SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

memulakan tahun 2015 ni aku bertekad untuk mengaktifkan semula blog ini yg telah lama bersarang labah2.

topik yg aku suka semestinya..... MAKAN.

hari ni, 27/01/2015, aku telah lunch di sebuah restoran berdekatan tempat kerja aku iaitu MR STEAK HOUSE.

dekorasi restoran ini menarik.






aku telah memilih chicken chop. itu je lah western food yang aku reti.



chicken chop ini didatangkan dengan mushroom souce. mmm....nice.
keseluruhannya aku suka. semestikan akan datang lagi.

alamat ? 
korang tengok je lah kat resit tu ye.
















Monday, January 26, 2015

PESANAN UNTUK ANAKKU : ROTAN

Rotan.

Anak2ku, ayah yakin kamu semua dh tau menteri ckp di masa dpn, kuasa rotan ayah tlh ditarik. Ayah blh dipenjara jika berani menggunakan terhdp kamu.

Sbg pengundi BN setiap kali pilihanraya ayah akur, itulah model pemimpin yg ayah selalu sokong biarpun datuk kamu ckp byk pemimpin mereka lebih bodoh dari unta mekah. 

Dlm kamu bergembira bila rotan ayah nanti sekadar buat telunjuk mengajar mengaji, ayah nk kamu ingat berapa kalikah ayah pernah gunakannya utk menghukum kamu?

Ya... ayah tau mmg sakit bila dirotan. Ayah kecil2 dulu lg byk kena berbanding kamu. 

Ayah merotan bukan kerana ayah suka, tetapi supaya kamu ingat agar tidak keterlaluan dlm bergaduh adik beradik, tidak lalai dlm urusan agama, dan tidak lalai dlm pelajaran.

Ketiga2 sebab itu bukan utk ayah, tp utk hidup kamu. 

Ayah tidak punya harta utk kamu bermewah. Ayah juga tidak mengharap harta kamu bila ayah dh tua nanti. Duit epf ayah ada, rasanya cukup rm500k sementara ayah pencen. 

Masa tu ayah dh cukup tua dan x larat utk berbini baru. Cukup sekadar ayah bawa ummi kamu bercuti ke paris dan buat haji di mekah.

Anak2 ku,
Dlm membesar dan menyekolahkan kamu, tlh bergunung hutang yg ayah buat. Ayah bawa bekal utk ke pejabat. Pagi roti, petang roti juga.

Perut ayah buncit bukan sebab makan mewah tp sbb kesan sampingan ibu roti yg ayah makan setiap hari.

Anak2 ku,
Ayah yakin kamu akan membaca entry ayah ini, jgn terlalu gembira dgn larangan rotan sbb ayah tak akan mematuhinya. 

Apalah sgt hukuman itu berbanding melihat kamu berjaya, hidup beriman dan rukun adik beradik.
Ayah puas hati di hadapan Allah nanti biarpun dihukum di dunia kerana ayah dah cuba laksanakan t/jwb ayah. Ayah harap kamu juga dpt berdiri disana dgn megah yg kamu bukan anak derhaka.

Sunday, January 18, 2015

telatah anak izman : TEMPE

Tempe.

Lokasi : pasaraya.

Anak2 : kenapa ayah x pernah langsung beli tempe?
Ayah : ayah pernah dikecewakan wanita jawa banting. Jadi ayah x nak ada apa2 jawa dlm rmh, termasuk asam jawa. 
Anak2 : oo....
Ummi : ye lah tu ( sambil mencebik).




Friday, January 16, 2015

BERDOALAH !

Berdoalah!

Aku yakin diketika ini ramai ahli keluarga hj Daud masih belum lena lantaran ada ahli keluarga yg sdg diuji dgn kemalangan kenderaan beberapa hari lepas.

Biarpun jasadku jauh di klang, sbg keluarga aku juga merasa sakit dan sedihnya; Darahnya & darahku dari benih yg sama. 

Dari jauh ku kirim bacaan yasin agar sepupuku diberi kelegaan dan kesembuhan dgn izin Allah.
Dlm bersedih dan berdukacita jgn kita lupa bhw Allah yg mengatur ajal dan maut.
Ketahuilah bahawa sakit bukan syarat mati.
Aku teringat suatu kisah.
Beberapa tahun lepas, papaku yg mengidap kencing manis, sakit jantung & kanser paru2 sgt nazak di hosp jerantut. Kami adik-beradik telah dinasihat utk bersedia utk sesuatu yg terburuk, kematian.
Aku, kakakku Idayu Pauzi, adik2ku Imran Pauzi Imran & esam Andika Hakimi dan adik2 lain bergilir menjaga papa di wad. Sesaatpun kami tak sanggup berpisah. 

Ada kalanya kami berebut berjaga, sampai nurse halau keluar kerana max 2 org shj dibenar menjaga pesakit. Xpe, aku berjaga diluar. Mmg aku takut tinggal diluar sbb bilik mayat berdekatan.
Guard & nurse wad? Mereka pun tidur jgk. Ada sorang jg kaunter dan selebihnya akn tidur di bilik khas nurse. Tu biasa sepanjang aku jg papa aku. Biarpun aku ketakutan, aku lbh takut kehilangan papa aku. Hanya papa yg kami ada stlh mami aku meninggal dunia semasa aku berusia 8 thn.

Di subuh itu papa sakit tenat, matanya terbeliak, nafasnya spt lembu disembelih. Doktor kata sudah tiada harapan. Kami disuruh redha dan memanggil ahli keluarga jika nk bertemu papa semasa beliau masih bernyawa.

8am itu, kenalan papa yg juga seorg imam bertandang. Lantas bertemu dgn aku. Katanya hidung papa sudah jatuh, sendi2 sudah merenggang. Mmg itu tanda ajal sudah di kerongkong katanya.

Tadi kata doktor, ini kata imam: serupa, maut akan tiba bila2 masa sekarang. Aku panggil ibu tiriku, kakak dan adik2 berbincang dan memutuskan utk maklum kpd ahli keluarga besar. 

Kurang 1 jam, hosp jadi sesak. Segenap ahli keluarga & jiran dtg melawat. 

Tiada sekatan melawat lagi. Petugas am wad dah bagikan surah yasin buat kami. Bacaan yasin tidak putus2 hingga ke ptg.

Menjelang maghrib, hanya kami keluarga terdekat sahaja yang ada. Pelawat sudah tidak dibenarkan masuk ke wad. Aku meminta diri utk solat bersama imran. Papa dijaga oleh kakakku , esam dan ibuku.
Usai solat, baruku sedar bahawa aku tidak makan dari pagi. Seluruh ahli keluargaku juga begitu.
Aku dan imran ke bandar jerantut utk mcari nasi. Tiba2...

Esam call bgtau papaku nk mkn bubur nasi marrybrown. Berbakul sumpahku pd esam. Mana mungkin papa yg dari subuh seperti ayam disembelih tiba2 meminta bubur nasi.

Telefon disuakan, suara papa ditalian. Air mata aku bercucuran. Aku menjerit keriangan.
Papa makan bubur nasi marrybrown dgn berselera. Teh air kegemarannya juga dihirup seolah2 beliau tidak pernah sakit.

Malah papa menyuruh kami adik beradik balik ke rumah jenguk anak2 dan ibu yg disuruh menemaninya. 

org kata papa tlh 'cheated death'. Tapi sebenarnya Allah belum putuskan nyawa kerana sakit dan nazak bukan syarat utk suatu kematian.

Papa hidup utk suatu tempoh yg agak lama sehingga beliau di jemput ke alam abadi dgn begitu pantas dan mudah.

Al fatihah buat papaku Pauzi bin Muhammad.

Utk keluarga ayahda shaari, bersabarlah disaat getir ini. sama2 lah kita berdoa agar Ahmad Naqiuddin masih diberi peluang utk berbakti kpd Allah dan Rasulnya di atas dunia ini. Semoga beliau diberi kesembuhan dgn izin Allah.

Gambar kenderaan Ahmad Naqiuddin yang kemalangan. Ehsan ahli keluarga melalui whatsapp.


UPDATED : Arwah Ahmad NAquiddin bin Shaari telah meninggal dunia pada 16/1/15 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Damak, Jerantut.

Al Fatihah.

Thursday, January 8, 2015

KOLEKSI GELAS COLGATE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni aku nak tunjuk gelas freegift ubat gigi COLGATE. aku bukan pengguna ubat gigi colgate ni, tapi bila ada gelas free, aku mintak la dengan tokey kedai runcit suruh jual kat aku. 

Ini gambar untuk 2 gelas yang berlainan. Aku ada 2 set.



Kalau ada mana2 kolektor yang berminat dengan gelas COLAGATE ni, aku sanggup lepaskan dengan senang hati. harga RM15 termasuk pos. whatapps 018-2678719.

Monday, January 5, 2015

DUIT HASIL BLOGGING - NUFFNANG


Alhamdulillah . . . Dpt juga duit hasil blogging walaupun dh x aktif. 
Azam thn 2015 ni nk aktif balik blog lah.