atas urusan syarikat, hari ni (29/1/2015) aku ke Putrajaya.
selesai urusan ngam2 lunch, so aku ajak member pergi makan. dia cadangkan nasi arab. biarpun aku diet, sebagai orang yg menghormati sahabat, aku lupakan diet seketika (uwekkkk).
restoran makanan arab ni terletak dikawasan yang baru dibuka di presint 8. nama bangunan pun dah buat aku tergelak AYER @ 8.
view dari restoran ni cantik. mengadap tasik putrajaya. makan kat dalam buleh, kat luar buleh.
ini set nasi yang aku pilih. kawan aku tu pun pilih ni jugak, senang masak sekali.
kami pilih LAMB KABSA.
kesimpulan :
sebab aku yang bayar, pada aku memang sedap. nasinya banyak dan terasa rempahnya. portion kambing nampak macam rebus biasa2 je, tapi percayalah mmg sedap. lembut dan juicy.
menambah kelazatan ialah kuahnya. aku sampai order 2 mangkuk setengah.
untuk restoran ni, memang pada aku terbaik. aku rekomen pada peminat nasi arab untuk rasa. kalau sedap, korang tag lah fb aku. kalau tak sedap, korang soundlah sikit tokey kedai tu.
alamat? ini peta lokasi aku ciluk kat fb restoran tu. korang carilah.
kalau nak belanja aku makan, call aku.
2 comments:
First time saya makan nasi arab ialah semasa meeting NGO Jamaah islah Malaysia di Anjung Puteri. Katerer dia buat nasi Arab.
Walaupun kambingnya kehabisan, makan dengan serdak kuahnya pun memang sedap.
Sejak itu saya dah jatuh cinta dengan nasi arab nih!
Abg IM,
betul tu, kalau org yg pandai masak nasi arab... nasi dan kuahnya pun dah cukup sedap. ada kambing lagi best.
Post a Comment