Thursday, May 28, 2015

Dialog Pasar malam 1

Dialog pasar malam 1.
Mlm td di pasar malam, seorg sahabat call; 'Woi man, tahniah terbit buku. Dgn karangkraf pulak tu. Lps ni mesti buku tu difilemkan jd drama bersiri'.
Aku tergelak & berkata 'woi.. ko gile ke hape. Buku aku tu BELUM TERBIT & ia bukan novel cintan. Ia kompilasi 59 kisah sukaduka aku di bhgn HR.'
'Oh ya ke?... tp ko jgn lupa diri bila populer bro'. Katanya lagi.
Aku ketawa lg kuat 'bro.. buku aku sebuah pun blm terjual, bukan novel cintan takat leleh dan aku penulis yg langsung org x kenal... tak mungkin aku begitu bro'.
'Tapi bro... berbaloikah jika nk tinggalkan isteri & keluarga yg sentiasa setia dgn kita di masa susah dan senang utk mimpi yg x pasti'. Kata aku lagi.
Dia diam.
'Ok bro, kita jumpa nanti. Buku yg ko nak tu nanti aku simpan bila dh siap nanti. Siap autograf lagi. Anak2 aku dh muncung blh ikat ni.... nk legolah, laicilah, buah pauhlah... senget bahu aku. Ok bye'. Aku mengakhiri perbualan.
Ingin mematikan talian, rupanya aku berckp sendiri. Riuh rendah psr mlm aku buat aku tak sedar telefon aku dh tiada bateri.
Nota kaki : cerita ni lebih kpd promosi.



Wednesday, May 27, 2015

Tak Marah

Tak marah.
Sambil menonton tv, anak2 yg baru lps peperiksaan pertengahan thn mggu lps & mggu sblmnya bertanya,
'Ayah, kalau periksa dpt markah rendah ayah marah tak?'.
'Ayah tak marah. Tapi kn guna masa utk belajar bg periksa seterusnya', aku menjwb tenang sambil mkn biskut julie's yg aku beli masa jualan kilang setiap hari jumaat.
'Betul ayah tak marah ni?', soal mereka lagi.
'Betul!. Cuma tak ada lg astro full channel, internet ayah potong, smartphone & ipad ayah simpan'. Aku menjwb bersahaja.
'Ala ayah ni, tu bukan tak marah. Tu sgt marah', kata mereka lagi.
Aku diam sahaja.

Tuesday, May 26, 2015

Buah Tangan Pertama.

buah tangan pertama.
alhamdulillah, inilah rupanya cinta hati aku yg telah siap.
ia hasil garapan dari kisah2 benar aku sbg org HR/sumber manusia.
aku taknak masuk bakul kemudian campak sendiri, carilah nanti di karangkraf, kedai2 buku utama atau nak cari dgn akupun boleh, dapat autograf percuma.
apa2pun Syukur kepada Allah.
Nota kaki : tangan aku dh mengeletar, pundi kencing aku dah rasa nk pecah. semoga buku ini dpt menghiburkan dan mendidik kita melalui penceritaan. ia ditulis dari hati, menggunakan pen yg anak aku hadiahkan masa hari jadi.

Untuk link ke facebook karangkraf, sila klik link dibawah.
https://www.facebook.com/pages/Buku-Umum-Grup-Buku-Karangkraf/209928179058897?fref=photo


Antara Neelofa dan Nora Danish

antara neelofa dan nora danish.
ekoran posting uwek, uwek semalam, ramai org ucap tahniah. takde!.. tak jadi mengandunglah!
terima kasih atas kata2 semangat utk mencuba lagi.
tapi... macam susah sikit la peluangnya.
kenapa?
ia kerana kes beberapa mlm lps, ala masa siaran akhir dewi remaja.
masa itu anak bongsuku leka tgk cerita lakonan nora danish, dia peminat tegar. nora jd hantupun kata lawa jgk. sori... aku tak minat janda.
bila dewi remaja start, anakku mira dtg panggil "ayah, cepat... cerita makwe ayah neelofa dh start".
aku bergegas depan tivi, tp anak bongsu x bg remote control.
"tak nak neelofa, nak nora danish", kata fahmi.
"jomlah tgk neelofa, nora danish tak cantik", pujuk aku.
"nora danish cantik!", tegas fahmi.
"nora danish mana ada cantik. abg luqman, kakak pika, kakak mira.. sape lagi cantik?, soal aku
"nelydia senrose plg cantik', kata luqman.
"tak.. emma maembong lagi cantik", kata pika.
aku pandang anak ketigaku mira, dia cuma diam.
"kakak mira rasa sape plg cantik?"
"mm... anna frozen", kata mira.
semua ketawa dgn pemilihan wanita plg cantik oleh mira, kartun yg dia minat.
fahmi yg tidak suka org lain cantik dari nora danish terus menangis dan mengadu pada umminya.
oh.. aku baru tersedar, permaisuri hatiku cucu-cicit raja jembal ada dibelakang, wajahnya serius laksana panglima hendak ke medan perang.
"semua jawapan salah. ummi sebenarnya yg paling cantik. ayang..., tolong buat teh tarik dan goreng keropok. laparlah..", aku meminta.
"buat sendiri. jom adik fahmi.. teman ummi tidur malam ni', jawab isteri.
aduh! tak menjadi juga impian kerajaan untuk populasi 70 juta.

Monday, May 25, 2015

Mengandung Lagi

Mengandung lagi.
Uwek! Uwek.....
Aku terjaga bila terdengar isteri kesayanganku muntah2.
Yes... aku bakal menjadi ayah lagi (kali kelima).
Aku bingkas bangun menuju ke arah isteri yg lesu di sinki.
Sbg suami budiman, aku mengusap lembut rambut sambil memicit leher isteri.
"inilah saat plg seronok bg abang. Sabarlah dugaan awal mengandung mmg begini. Ibu mengandung besar pahalanya...". Kataku.
Isteri segera menoleh & berkata "ayang bukan mengandung la".
Aku tidak percaya & bertanya "habis.. muntah2 tu?"
"Oh... masuk bilik blkg td nk ambik baju, ada tahi kucing luqman. Tu mesti dia terperangkap x blh keluar mlm td", isteri menjelas lanjut.
Aku bungkam, hajat nk cuti peristiwa hari ini tidak kesampaian.
"Abg luqman... bangun, pergi bersihkan tahi kucing itu sekarang", jerit aku geram.
Sambil bersarapan telur separuh masak, aku bertekad utk mencuba lagi. Tapi sblm itu, aku mesti sorok noriday kepunyaan isteri.

Saturday, May 23, 2015

Biar Ingat.

Biar ingat.
Sambil menikmati goreng pisang cheese buatan isteri tersayang, aku bertanya anakku luqman.
Ayah : masa luqman degil, ayah rotan ingat tak?
Anak : ingat.
Ayah : sakit tak?
Anak : tak kot, tak ingat.
Ayah : mungkin ayah rotan x kuat. Atau sbb dh lama x rotan. Lain kali ayah akan rotan kuat sikit. Ayah rotan tu supaya sakit & supaya luqman ingat.
Anak : apa la ayah ni... rugi x jawab sakit sangat.


Tuesday, May 19, 2015

Perundingan Rohingya

perundingan rohingya.
abdul kalam, wakil org hanyut rohingya bersatu berlutut didepanku. biarpun disediakan bangku, mereka sedar bahawa taraf mereka tidak layak duduk sama tinggi dengan wakil negara berdaulat. disekelilingnya, ketua2 kaum berdebar menanti keputusan.
wakil negara islam berdaulat (NIB), & wakil orang hanyut rohingya bersatu (OHR):
NIB : wahai saudara2ku orang hanyut, ku mohon berlalulah kamu dari negara kami yg makmur ini. kami akan sediakan laluan selamat untukmu sehingga ke laut lepas.
OHR : sanggupkah tuan biarkan kami mati berpusara lautan? terimalah kami atas nama Islam.
NIB : kami bersimpati, tetapi negara kami tlh dipenuhi oleh PATI, kami tak sanggup lagi melihat anak watan kami merempat dibumi sendiri.
OHR : sekurang-kurangnya tuan masih mempunyai negara merdeka, kami ini pendatang dibumi sendiri. penguasa2 kami membuang kami sbg peribumi, jiran sami kami saban hari membantai tubuh2 kering ini.
NIB : mana mungkin begitu? di tanah itu bukankan ada wanita mulia. sanggup mati kerana watannya, sehingga dikalung nobel keamanan dilehernya.
OHR : itu cuma bg bangsa mereka yg mulia, kami ini bangsa tanpa negara, kononnya sejarah kami penjarah ekonomi semata. kami ini langsung tiada kartu negara.
NIB : habis kenapa kalian memilih negara kami?
OHR : kemana lagi tujuan kaki, sekadar mahu lari drp kejaran kafir harbi. kami ingin sekali mendapat perlindungan dari pemerintah 2 tanah suci, tapi mereka jauh, sudah tentu haluan kami kpd jiran yg mampu dijejaki, yg mengaku islam sepenuh hati.
NIB : ya, kenapa kami?
OHR : kami dengar dari saudara2 kami, penguasa tuan orangnya baik hati. dlm 2 dekad lalu, bangsa kami tuan naungi.
NIB : siapa penguasa itu?
OHR : Dr mahathir.
NIB : tidak mungkin! dia org yg zalim. peribumi ini menggelarnya mahafiraun.
OHR : sumpah wallahi, tidak mungkin org kami menipu pd tangan yg menghulurkan nasi. tuan rujuklah... bangsa kami telah jd peribumi yg berbudi, dlm undi pun ada bahagian kami.
NIB : sudahlah.. dia bukan lagi penguasa kami. dia kini sekadar pencacai menghura harakan negeri.
OHR : kalau begitu halnya, bagilah kami bantuan sebagai org islam, tuankan kepala pertubuhan negara OIC.
NIB : OIC? mana mungkin kami dpt membantu jika kamu belum membayar yuran ahli. persatuan hanya membantu ahli yg hakiki.
OHR : bolehkah tuan benarkan kami melata disini, kami janji kami setia, onar bukan budaya kami. lagipun, bukankah Tuhan kita menyuruh kita melata mencari rezki dimuka bumi.
NIB : tidak boleh! negara kami ada tanda negaranya. masuk dan keluar tentu perlu ikut hukumnya.
OHR : Tuhan jadikan negara ini bebas lepas, kita yg melukis sempadannya. bukankah pintu masuk dunia cuma ruang sempit dihujung rahim si ibu. dan untuk keluar dunia pula cuma ruang sempit dihujung halkum?
NIB : cukuplah tuan bermadah... kami tidak akan berganjak. nyahlah tuan2 dari bumi kami ini. pengawal negara... arahkan mereka ke lanchang mereka, alirkan mereka ke laut dan pastikan mereka tiba di perairan antarabangsa.
OHR : tuan... tuan......
wakil orang hanyut cuba menyembah kaki memohon simpati. soldadu setia terus menarik mereka pergi.
"abang, bangun bang. dah subuh!." gerak si isteri.
aku bangun dlm mamai, mmm... aku bermimpi rupanya.
isteri berkata lagi "kenapa, mengingau lagi. itulah tidur tak basuh kaki?".
aku melangkah ke bilik mandi.
dari kejauhan isteri menjerit lagi " jangan lupa niat mandi wajib bang".
aku senyum sendiri.


Catatan : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi bertarikh 19/5/2015.

Sunday, May 17, 2015

Doa Untuk Rohingya

Doa utk rohingya.
1. Sambil menikmati enaknya ubi rebus cicah nyor, aku senyum kerana makanan fakir ini tlh mjd sajian istimewa di hotel mewah.
2. Tiba2 dicorong radio kedengaran lagu sahabat mengenai rohingya:
'Selamat malam rohingya,
Meski lena mu di sisi mayat,
Jgn menangis sahabat,
Tuhan sedang mengujimu.,
3. Terasa ubi kayu tersekat dihalkum.
aku teringat ttg nasib pelarian rohingya yg diberi mkn sekadarnya & dihalau kembali ke lautan lepas.
4. Aku berterima kasih pd pimpinan negara kita yg menerima mereka walau tanpa rela. Ngo2 kita juga begitu membantu, syukur padaMu ya Allah kerana masih memberi cahaya hati kpd penguasa2 kami.
5. Aku setuju dgn sesetgh pemimpin & NGO bhw menerima mereka ibarat menanggung biawak hidup. Tp jika kita dahulunya sanggup menanggung biawak hidup dari bosnia, palestin, syria, acheh, sulu, pattani, & moro; apa ruginya satu lg biawak hidup?
6. Hari ini mungkin kita merasa rugi kerana kita fikir yg berkuasa akn mengguna hasil GST kita utk mengisi perut rohingya ini. Jgn khuatir, perut mereka kecil, beras segengam cukup mengenyangkan sekeluarga berharian lamanya. Mereka sudah terbiasa berpuasa tanpa berbuka. Malah seringkali berpuasa membawa mereka ke pusara.
7. Jika kita masih berprasangka, hasil GST rm42 juta sehari bakal menggendutkan rohingya, anggap saja ia zakat negara. Insyaalah Tuhan akn mensejahterakan Malaysia & pahala kembali ke poket kita yg saban hari membyrnya.
8. Jika kita berbanting nyawa menyelamat nyawa anak bosnia dihujung senjata atas nama Islam yg mulia, rohingya ini juga sama walau hitam kulitnya. Ingatlah, Bilal bin rabah lebih hitam, tapi suaranya menjd dambaan malaikat di syurga.
9. Kpd bangsa melayu yg mulia, aku percaya rohingya ini akn membalas jasa. Menghidupkan koloni mereka bermakna undi utk anda juga.
10. Suatu hari nanti aku percaya akn wujud ras baru yg juga utama, seiring dgn cina, singh & india.
11. Atau blh jd juga mereka berasimilasi dgn kita, menjd kaum spt babanyonya, banglasia & cindia.
12. Jika kita masih curiga menghulur tunai atau kain carik lama, cukuplah sekadar dipanjatkan doa untuk mereka, agar teroris buddha myanmar mati terbakar dineraka.
'Selamat malam rohingya,
Dunia sedang tidur lena,
Kami doakan untukmu,
sejahteralah selalu.'



Catatan : Dipetik daripada posting facebook peribadi Izman Pauzi bertarikh 17/5/2015.


Saturday, May 16, 2015

Hari Guru

Hari guru.
Dari semalam alam maya dibanjiri mesej selamat hari guru. 16 mei Hari guru? So what!
Apa bezanya hari guru dgn hari2 lain?
Apa bezanya hari guru dgn hari ibu, hari bapa @ hari khamis mlm jumaat?
Tak kedengaran agamawan atau ustaz ustazah menyebar info ia bidaah. Nabi kita tak buat.
Tiada satu cerdikpandai yg dpt sahkan ia sebenarnya satu perayaan kristian spt mereka kata pd hari ibu?
Guru cuma pekerjaan.
Tempat kerja mereka adalah sekolah, kolej, pondok, universiti.
Apa istimewanya guru berbanding doktor, hakim, menteri cgpa 3.85 @ pegawai HR?
Mereka juga guna ilmu utk kemaslahatan masyarakat.
Guru dibayar gaji.
Mereka juga melawan bila hak mereka dinafikan.
Cth? Psl sistem key in rekod berkomputerpun nk lawan kerajaan berdemokrasi.
Lagi gila, salah satu tokoh yg melawan itu adalah cikgu yg pernah melempang aku hampir setiap hari dulu, cikgu izman idrus
Kenapa dgn aku?
Bila tiba 16 mei, aku teringat penderaan yg cikgu2 ini pernah buat pd aku.
Cikgu raden pernah ketuk aku dgn rekorder sbb salah note masa latihan koir sekolah. Bergegar medula oblongata aku 3 hari.
Cikgu zaini pernah marah aku dpn makwe yg sdg aku ngorat, x sempat couple dah putus.
ustaz el/mohd jaafar pernah rotan bontot aku sbb x reti doa iftitah. Lagi haru aku kawin dgn adik isteri dia.
Cikgu isa hari pertama mengajar sains dh mencarut dlm kelas. Ada ke patut suruh kami sebut 'buret' utk alatan radas makmal. Bila kwn aku sebut kn marah. Ckp bacaannya 'biu ret'. Dh la mencarut, ajaran sesat pula.
Cikgu matematik aku mmg x nk ingat namanya, suka denda aku jln itik bila salah mengira. Tambah berdosa aku sbb aku terlihat spender bdk cina plg lawa kelas aku masa jln itik berjemaah. Terpaksa aku baligh sblm masanya.
Cikgu izman idrus, dh la guru kelas, cikgu perdagangan & mentor aku utk group mentor mentee. Pernah dia lempang aku double sbb aku jwb eksport utama arab saudi ialah minyak atar. Habis apa.... untake?
Cikgu red sonja, cikguke hapa kuat merajuk. Salah ke aku jwb 'maka tiadalah ia kedal lagi' sbg 'wanita itu sudah tiada dara lagi' utk subjek sastera hikayat melayu sang sapurba dan malim lebar daun. Natijahnya, aku diminta oleh cikgu kelas kesayanganku cikgu normah utk meminta maaf.
Huh... jika nk aku senarai apa cikgu2 tu buat pd aku, 7 hari 7 mlm belum tentu habis.
Aku hairan mengapa kita begitu mudah menulis 'selamat hari guru' utk mereka.
Siap tulis 'terima kasih cikgu yg pernah mengajar saya di tadika, sek rendah, sek menengah, univ'....
huh! Itu je yg kau boleh ucap pd cikgu yg pernah lempang masa ko ponteng sekolah dulu, baca surat cinta diperhimpunan, public caning sbb merokok dlm tandas.
Oh... ayat kn tapis sbb kau kini dh jd ahli politik, cikgu juga, tokoh masyarakat, dermawan, kerja kilang.. hipokrit!
Pd aku, aku tak perlu sebarang retorik utk guru2 ini. Ramai yg oldskol, mereka x reti smartphone. Dan ramai juga yg telah meninggal dunia. Jd, Mereka x membaca posting2 itu.
Utk semua guru, cukup aku katakan bhw biarpun dimulutku pernah ada nistaan untukmu, dihatiku pernah ada dendam buatmu.... tapi didalam sujud & dan doaku, sentiasa ada bahagian buatmu.
Al fatihah.

Catatan : Dipetik daripada posting facebook Izman Pauzi bertarikh 16/5/2015.

Monday, May 11, 2015

Ayah & Ibu

ayah & ibu.
tatkala org melihat anak2 sihat, ceria & bergaya di sekolah,
org akan berkata ' bolehlah, ayahnya org ada2, tentu cukup gizinya'.
tatkala org melihat anak2 berjaya dlm periksa,
org akan berkata, 'padanlah, ayahnya org berjaya, keluaran universiti orangnya'.
tatkala org melihat anak2 tinggi budi dan santunnya,
org akan berkata, ' baguslah, bukankah anak2 cerminan si bapa, ayahnya penguasa'.
aduhh!
lembu punya susu, sapi dpt nama.
aku asyik mengejar rezki, isterilah mengurus segalanya.
menghargai ibu bukanlah sehari, ia wajib hingga ke mati.
terima kasih Nik Norfaizar Razali kerana sudi menjadi ibu kepada anak2ku.


Catatan : Dipetik daripada posting facebook Izman Pauzi bertarikh 11/5/2015.

Thursday, May 7, 2015

Restoran Khalifah, Kota Damansara


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

sebab takde idea nak tulis apa, aku just nak share restoran dan makanan aku makan tengahari tadi (07/05/2015). lokasinya 5 minit je dari opis aku, so.... dekat sgt lah ye

Restoran Khalifah ni ada banyak cawangannya. ini yang dekat dengan aku.

tadi aku try makan cheese naan dengan ayam tandoori. inilah rupanya menu yang aku makan tadi.


pada aku, cheese naannya sangat lembut dan sedap. aku suruh dia bagi hangit2 sikit tadi, tapi dia risau aku x boleh makan. heh.. geram betul.
kuah dhal dengan sambal hijau boleh tahan, tapi aku tadi minta gulai ikan. memang kombinasi yang menarik. 
ayam tandoori? pada aku ayam tandoori disini kurang menyengat. rempah dia tak sekata. 

Rating : 6/10 (Cheese Naan & Ayam tandoori)

Lokasi? 
malas aku nak cerita, korang tengok sendiri je lah kat resit tu.