Showing posts with label Buku Karya Izman Pauzi. Show all posts
Showing posts with label Buku Karya Izman Pauzi. Show all posts

Thursday, August 4, 2016

Jangan Sentap, Okey! @ Perpustakaan Awam Selangor

Jangan sentap okey! @ Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Alhamdulillah, sebenarnya di bumi tempat tinggal saya, Selangor ini, buku saya JANGAN SENTAP, OKEY! turut dijadikan buku bacaan dan pinjaman di merata perpustakaan awam.
Mengikut rekod di pautan di bawah, terdapat 78 naskah buku saya di serata perpustakaan awam negeri Selangor yang terletak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Jadi kenapa masih ragu untuk membeli atau membacanya? hehe.
LoveShow more reactions
Comment

Sunday, May 1, 2016

Perkampungan Penulis 2016 @ Majalah Anis Mei 2015

Perkampungan penulis 2016 @ anis.
Pertama kali beli majalah anis ini, ia gara-gara ada gambar saya dan teman-teman penulis semasa perkampungan penulis 2016 tempohari.
Ia anis keluaran terbaharu, mei 2016. Artikel itu di muka surat 93.
Alang-alang sudah membelinya, saya membacanya dengan tekun. Ia adalah satu majalah yang sangat berinformasi.

Saturday, April 30, 2016

Temui penulis tersohor : Tuan Nazali Noor

Temui penulis tersohor : tuan nazali noor.
Alhamdulillah , saya sekeluarga berkesempatan bertemu mata dengan penulis tersohor alaf 21 yang terkenal dengan buku 'ulu yam di liverpool' & 'ulu yam di liverpool 2', tuan nazali noor di aeon bukit tinggi petang tadi. Kami antara peminat terawal berbaris.
Saya juga membeli buku terbaharunya, 'anak-anak abah' yang bakal dilancarkan di pesta buku antarangsa 2016 ini.
Saya hadir sebagai peminat, bukan rakan penulis alaf 21. Sejujurnya, saya malu mengaku penulis ketika bertemunya kerana pengetahuan saya tidak setandingnya, manakan gagak boleh terbang seiring dengan enggan. Pun begitu, saya tahu beliau sangat baik dan merendah diri.
Doakan semoga saya dapat berkarya seperti beliau, dan sentiasa menjadi 'best seller'.
Like
Comment

Saturday, February 27, 2016

Jangan Sentap, Okey!

Jangan sentap, okey!
Segan pula bergambar dengan buku sendiri.

Sunday, January 3, 2016

Jangan Sentap, Okey! @ Pilihan Sebenar Pembaca Sinar

Jangan Sentap, okey! @ Pilihan Sebenar Pembaca Sinar.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2016 yang positif buat buku aku, 'JANGAN SENTAP, OKEY!' apabila di promosi di akhbar SINAR HARIAN hari ini, Ahad 03/01/2016, di muka surat Z3.
Sama ada ia memang PILIHAN SEBENAR PEMBACA seperti di canang akhbar ini atau sekadar karya masuk bakul angkat sendiri, hanya rakan pembaca yang boleh menghakiminya.
Sebagai penulis, aku sekadar menulis dari hati dan berkongsi pengalaman yang sedikit sebagai panduan dan renungan bersama. Kata rakan pembaca, ada kisah sayu hingga berjurai air mata, dan banyak juga kisah lucu hingga berdekah-dekah ketawa. Malah ada juga membaca tiada perasaan apa-apa. Anda jua yang menghayatinya.
Kepada sahabat yang menyokong dan memiliki buku aku, TERIMA KASIH sekalung budi aku ucapkan. Harap jika ada perkenan Sang Pencipta untuk buku seterusnya, berikanlah sokongan yang sama.
Ya, nikmat apakah yang hendak kau dustakan. Terima Kasih Tuhan.

Friday, September 11, 2015

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH
Ucapan SYUKUR kepada ALLAH dan TERIMA KASIH kepada semua sahabat atas sokongan kepada semangat ilmunya dengan terus membeli dan membaca buku-buku anak tempatan.
Terima kasih kerana menyokong buku penulis kecil seperti saya. Insyallah jiwa besar saya akan lebih bersemangat untuk berkarya.

Thursday, August 27, 2015

Peminat.

Peminat.
berbual-bual dengan rakan, rata-rata agak cemburu dengan aku kononnya aku kini telah berubah status dari orang biasa kepada dewa-dewa semata-mata aku telah menjadi penulis buku.
'Wah best la kau Man, buku kau dipasarkan merata Malaysia, tentu ada peminat jumpa nak ambik autograf', antara kata-kata mereka.
Itu untuk artis, atau penulis buku yang dah ada nama. untuk aku yang berdiri sebelah buku, ada pengunjung koyak plastik dan baca buku tulisan aku sambil ketawa terbahak-bahak tapi haram tak tau penulis sedang mengharap nak sign autograf kat sebelah pun ada. mereka tak tahu, atau cam aku langsung. huh!
oh.. aku ada kisah peminat yang cam aku.
beberapa minggu lepas, aku berdiri didepan pasaraya sambil menunggu isteri dan anak-anak yang masih sakan membeli. aku malas nak ada sekali sebab kalau aku ada, lagi banyak mereka membeli, akukan mesin cetak duit!
hari itu aku berpakaian biasa-biasa sahaja, cargo pants yang senteng kakinya, baju bundle tanpa kolar dan berselipar crocs pasar malam. aku bersandar di dinding.
tiba-tiba aku terpandang beberapa gadis memandang kearahku sambil menolak antara satu sama lain. aku toleh kiri kanan, sah! hanya aku seorang disitu.
'Mereka pasti peminat aku', getus hati kecil aku. namun aku sengaja buat endah tak endah, cuba jual mahal.
Berlaku tolak menolak antara mereka. dan salah seorang yang paling comel mengalah dan berjalan ke arahku.
Jantungku berdengup kencang, ada juga peminat walaupun editor puan Sity Normala Salim letak gambar hitam putih untuk muka aku dalam ruangan penulis buku. Ada jugak peminat yang dapat cam. Yes!
dia semakin hampir, aku buat-buat tak perasan. tapi dengup jantung aku semakin kencang. Alhamdulillah, inilah sejarah hidup aku, peminat pertama nak minta sign autograf dan berselfie.
'Assalamualaikum', sapanya lembut. aku segera menoleh dan menjawab salamnya.
'Pakcik, lori belakang kereta myvy merah tu pakcik punya ke? minta alih boleh tak? kami dah lambat nak gi kolej ni', katanya lagi.
'Bukan anak, lori 1 tan tu bukan pakcik punya. pakcik bawak kontena, tu pakcik park hujung sana tu', jawab aku spontan (baca : dalam suara yang geram, tapi dipendamkan).
'Oh maaflah! ingat pakcik punya. takpelah, terima kasih pakcik', ujarnya sambil berlalu.
malam itu aku menjadi murung. jam 11 malam tapi aku masih tidak mampu melelapkan mata. aku start kereta dan mencari restoran mamak berhampiran yang masih buka. aku memesan roti jantan dan sekeping roti kosong garing, beserta teh tarik kurang manis.
alhamdulillah, aku dapat tidur lena selepas itu. mmm.. rupanya aku tidak boleh tidur dalam keadaan perut lapar.

Thursday, May 28, 2015

Dialog Pasar malam 1

Dialog pasar malam 1.
Mlm td di pasar malam, seorg sahabat call; 'Woi man, tahniah terbit buku. Dgn karangkraf pulak tu. Lps ni mesti buku tu difilemkan jd drama bersiri'.
Aku tergelak & berkata 'woi.. ko gile ke hape. Buku aku tu BELUM TERBIT & ia bukan novel cintan. Ia kompilasi 59 kisah sukaduka aku di bhgn HR.'
'Oh ya ke?... tp ko jgn lupa diri bila populer bro'. Katanya lagi.
Aku ketawa lg kuat 'bro.. buku aku sebuah pun blm terjual, bukan novel cintan takat leleh dan aku penulis yg langsung org x kenal... tak mungkin aku begitu bro'.
'Tapi bro... berbaloikah jika nk tinggalkan isteri & keluarga yg sentiasa setia dgn kita di masa susah dan senang utk mimpi yg x pasti'. Kata aku lagi.
Dia diam.
'Ok bro, kita jumpa nanti. Buku yg ko nak tu nanti aku simpan bila dh siap nanti. Siap autograf lagi. Anak2 aku dh muncung blh ikat ni.... nk legolah, laicilah, buah pauhlah... senget bahu aku. Ok bye'. Aku mengakhiri perbualan.
Ingin mematikan talian, rupanya aku berckp sendiri. Riuh rendah psr mlm aku buat aku tak sedar telefon aku dh tiada bateri.
Nota kaki : cerita ni lebih kpd promosi.