Showing posts with label Buku Jangan Sentap Okey. Show all posts
Showing posts with label Buku Jangan Sentap Okey. Show all posts

Thursday, August 4, 2016

Jangan Sentap, Okey! @ Perpustakaan Awam Selangor

Jangan sentap okey! @ Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Alhamdulillah, sebenarnya di bumi tempat tinggal saya, Selangor ini, buku saya JANGAN SENTAP, OKEY! turut dijadikan buku bacaan dan pinjaman di merata perpustakaan awam.
Mengikut rekod di pautan di bawah, terdapat 78 naskah buku saya di serata perpustakaan awam negeri Selangor yang terletak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Jadi kenapa masih ragu untuk membeli atau membacanya? hehe.
LoveShow more reactions
Comment

Sunday, May 1, 2016

Perkampungan Penulis 2016 @ Majalah Anis Mei 2015

Perkampungan penulis 2016 @ anis.
Pertama kali beli majalah anis ini, ia gara-gara ada gambar saya dan teman-teman penulis semasa perkampungan penulis 2016 tempohari.
Ia anis keluaran terbaharu, mei 2016. Artikel itu di muka surat 93.
Alang-alang sudah membelinya, saya membacanya dengan tekun. Ia adalah satu majalah yang sangat berinformasi.

Saturday, April 30, 2016

Temui penulis tersohor : Tuan Nazali Noor

Temui penulis tersohor : tuan nazali noor.
Alhamdulillah , saya sekeluarga berkesempatan bertemu mata dengan penulis tersohor alaf 21 yang terkenal dengan buku 'ulu yam di liverpool' & 'ulu yam di liverpool 2', tuan nazali noor di aeon bukit tinggi petang tadi. Kami antara peminat terawal berbaris.
Saya juga membeli buku terbaharunya, 'anak-anak abah' yang bakal dilancarkan di pesta buku antarangsa 2016 ini.
Saya hadir sebagai peminat, bukan rakan penulis alaf 21. Sejujurnya, saya malu mengaku penulis ketika bertemunya kerana pengetahuan saya tidak setandingnya, manakan gagak boleh terbang seiring dengan enggan. Pun begitu, saya tahu beliau sangat baik dan merendah diri.
Doakan semoga saya dapat berkarya seperti beliau, dan sentiasa menjadi 'best seller'.
Like
Comment

Sunday, February 28, 2016

Jangan Sentap, Okey! : Cetakan 2 (vi)

Jangan sentap, okey! : cetakan 2 (vi).
Semasa di karnival karangkraf semalam, saya turut membeli buku saya sendiri yang diminta oleh rakan. Sejujurnya sebagai penulis, saya memang boleh membeli terus daripada penerbit dengan diskaun istimewa sepanjang tahun. Namun melihat dikaun disini juga tak kurang menariknya, saya beli sahaja disini. Kesian rakan yang berharap dan menunggu.
Apabila ingin menandatangani buku itu, saya dapati ia tertulis 'CETAKAN 1,2 (vi) - 2015' yang saya sendiri kurang jelas. Buku saya telah diterbit dan dijual mulai 01 JULAI 2015. diulang cetak kali kedua lebih kurang 2 bulan selepas itu.
Mungkin buku ini dicetak berperingkat kerana penerbit mempunyai ratusan judul menunggu cetakan.
Sebagai penulis, saya sangat gembira ada penerbit sudi menerbitkan karya saya kerana niat asal saya adalah berkongsi cerita mengenai pekerjaan saya sebagai ORANG HR tercapai.
Melepasi cetakan pertama sangat mengujakan dan saya BERTERIMA KASIH kepada sahabat yang menyokong karya saya.
Jika mendapat permintaan dan melepasi CETAKAN KETIGA, ia ibarat bulan jatuh ke riba.

Saturday, February 27, 2016

Jangan Sentap, Okey!

Jangan sentap, okey!
Segan pula bergambar dengan buku sendiri.

Sunday, January 3, 2016

Jangan Sentap, Okey! @ Pilihan Sebenar Pembaca Sinar

Jangan Sentap, okey! @ Pilihan Sebenar Pembaca Sinar.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2016 yang positif buat buku aku, 'JANGAN SENTAP, OKEY!' apabila di promosi di akhbar SINAR HARIAN hari ini, Ahad 03/01/2016, di muka surat Z3.
Sama ada ia memang PILIHAN SEBENAR PEMBACA seperti di canang akhbar ini atau sekadar karya masuk bakul angkat sendiri, hanya rakan pembaca yang boleh menghakiminya.
Sebagai penulis, aku sekadar menulis dari hati dan berkongsi pengalaman yang sedikit sebagai panduan dan renungan bersama. Kata rakan pembaca, ada kisah sayu hingga berjurai air mata, dan banyak juga kisah lucu hingga berdekah-dekah ketawa. Malah ada juga membaca tiada perasaan apa-apa. Anda jua yang menghayatinya.
Kepada sahabat yang menyokong dan memiliki buku aku, TERIMA KASIH sekalung budi aku ucapkan. Harap jika ada perkenan Sang Pencipta untuk buku seterusnya, berikanlah sokongan yang sama.
Ya, nikmat apakah yang hendak kau dustakan. Terima Kasih Tuhan.

Thursday, December 31, 2015

Tanya Sekadar Tanya

Tanya Sekadar Tanya.
Semasa urusan persekolahan anak tadi, aku terjumpa ramai kenalan. selain bertanya khabar, mengutuk polisi Barisan Nasional, mentertawakan YB Ahmad Maslan, mereka juga bertanya mengenai buku karanganku (Nota : aku tidak mengutuk, aku sekadar mengiakan sahaja).
"Eh Man! bila buku kedua kau nak keluar?", soal mereka.
"Belum lagi. Ada perancangan nak keluarkan buku kedua sebab manuskrip dah hampir siap. Cuma aku nak ambil masa nak semak semula, kemaskan bahasa dan tunggulah buku aku laris sikit. buku akupun baru dipasarkan Julai lepas", terangku panjang lebar.
"Aduyai... lama tu. Sementara nama kau tengah 'panas' ni, terbitlah buku baru. Kami kawan-kawan 'support' kau punya", kata mereka memberi semangat.
"Buku kedua ye... buku pertama dah beli belum?", soalku lantang.
Mereka diam seribu bahasa.
"Gampang betul la korang ni!", kataku lagi. mereka terus tunduk dan menghisap rokok (nota : vape dah hukumnya haram).
Nota : Gampang mengikut kamus kampung aku ialah celaka, malaun, binawe, lahabau, babi dan anak haram. Ia adalah kata-kata kejian atau hampuran kepada kawan-kawan yang rapat dan tidak bermaksud menghina. Ia diguna secara meluas di pedalaman Pahang.

Wednesday, October 7, 2015

izman @ selangor fm.

Izman @ selangor fm.
Alhamdulillah, selesai sudah wawancara aku sebagai penulis buku 'jangan sentap, okey!' Dalam slot bersama Deejey Adam Mukriz jam 315pm tadi. 

Gugup?
Sejujurnya ia datang lengkap dengan darah gemuruh, panik, gugup dan nak terkucil. Itu aku akui. Dan perasaan itu sangat mengujakan. Biasanya aku dapat tengok muka cuak orang ditemuduga, kali ini deejey pula yang tengok muka pegawai HR cuak diwawancara. Pendengar mungkin senyum dengar suara orang terketar-ketar di radio. Haha. 

Apa-apapun, ia adalah pencapaian terbaharu dalam hidup aku sebagai penulis baru. Ye lah... mulanya terbit buku, buku diulang cetak, keluar surat khabar dan kini keluar radio. Mana tahu di lain masa keluar tivi dan slot tandatangan peminat pula. Dengan sokongan sahabat, aku yakin ia terlaksana.
Terima kasih group buku umum alaf 21 dan group pemasaran karangkraf kerana gigih mempromosi buku aku. Tanpa mereka, buku aku takkan kemana.
Tabik.

Wednesday, September 23, 2015

Cetakan 1 dan 2.

Cetakan 1 dan 2.
Biarpun buku JANGAN SENTAP, OKEY! cetakan pertama dan kedua sama sahaja kandungannya, aku menyimpan keduanya untuk kenangan.
Semoga buku ini kebih diterima baik oleh pembaca.

Monday, September 21, 2015

Pilihan Motivasi Terbaik

Pilihan motivasi terbaik.
Teruja dengan gambar yang dikirim sahabat lama aku, bro Kuantan Klasik. Dia mengambil gambar poster buku aku di pesta buku popular di kuantan pahang yang berlangsung sepanjang cuti persekolahan ini.
Sama ada ia buku motivasi terbaik atau sekadar syok sendiri, anda nilaikanlah sendiri.

Friday, September 18, 2015

Pesta Buku Popular di Kuantan

Pesta Buku Popular di Kuantan.
Kepada peminat buku yang nak dapatkan buku aku dan lain-lain dengan harga diskaun, sila ke pesta buku berikut:-
PESTA BUKU POPULAR
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang. 
18 hingga 27 September 2015.
Sahabat aku yang pergi dan beli, tolong ambil gambar dengan poster buku aku hak besar gedabak tu. Pastu pos kat facebook.
Hadiah?
semoga Allah jua membalasnya.

Thursday, September 17, 2015

Jangan Sentap, Okey! @ Popular Starmall Mentakab, Pahang

Sahabat saya, Ayie Robben menunjukkan buku saya yang ditemui di KEDAI BUKU POPULAR STARMALL MENTAKAB, PAHANG pada 17 September 2015.

Sunday, September 13, 2015

Yeah.. Aku Masuk Surat Khabar!

Yeah... aku masuk surat khabar!
Dari pagi tadi hidungku kembang tak kuncup-kuncup, dan aku senyum tak henti.
Ia gara-gara kisah dan muka aku masuk surat khabar SINAR HARIAN hari ini , 13.9.15 di sisipan ZASS , ruangan GILA BUKU @ PROFIL , muka surat Z6 (nota : aku sengaja tulis semuanya supaya korang beli dan baca juga).
Semoga peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan karya aku lebih dikenali dan dibeli. 
Syukur Alhamdulillah.

Friday, September 11, 2015

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH
Ucapan SYUKUR kepada ALLAH dan TERIMA KASIH kepada semua sahabat atas sokongan kepada semangat ilmunya dengan terus membeli dan membaca buku-buku anak tempatan.
Terima kasih kerana menyokong buku penulis kecil seperti saya. Insyallah jiwa besar saya akan lebih bersemangat untuk berkarya.