Saturday, October 31, 2009

Romeo Pencen : Kawan Atau Kekasih?

Dalam berkawan dengan seseorang, kadang2 kita tak tau apakah status perhubungan itu. sekadar kawan atau sebagai kekasih?

aku tak nafikan, bila kita suka seseorang, memang kita nak jadikan dia kekasih hati. tak kisahlah sebagai kekasih pertama dan terakhir, atau sekadar salah seorang kekasih.

sebagai lelaki normal, aku juga ada dilema ini. menyukai seorang wanita cantik, tapi si dia hanya mohon berkawan sebagai seorang kawan sahaja. hatinya belum terbuka untuk bercinta (atau sudah ada steady boifren??). tapi bila hati dah suka, dapat merapati si dia sudah cukup baik, walaupun hati rasa dihiris sembilu. siapa mahu hasrat hati ditolak mentah?. pada aku salam bersahabatan itu sebenarnya sudah cukup bagus berbanding direject terus. dengan bersahabat, kami boleh saling mengenali. mana tau suatu hari cinta akan terputik jua.

aku mengenai wan, seorang gadis kacukan kelantan siam yang masa itu terlalu muda usianya. masih belasan tahun. ia terjadi tanpa aku rancang. suatu hari, aku balik kerja agak awal, sesampai dirumah sewa di shah alam, kawan2 serumah sedang asyik menonton tivi. aku langsung tiada rancangan untuk hari itu. buah hati akupun agak sibuk dan tidak memungkinkan untuk makan malam bersama. argh..... bosannya hidup!!

aku duduk dimuka pintu, menghadap jalan raya 'laksana cina kalah judi'. pelawaan rakan serumah untuk menyertai minum petang langsung tidak berbekas dihatiku. mie, rakan serumah dan rakan sekolahku masa di jerantut dulu dah masak benar perangaiku. mereka terus menjamah minum petang tanpa memperdulikanku. pandanganku kosong, sekosong hati aku.

tiba-tiba aku lihat seorang gadis berjalan ayu mencuri tumpuanku. dengan berbaju t'shirt hijau dan berjeans biru, sopan sungguh ayunan kakinya. aku yakin si dia dapat merasakan tenunan mata mengikuti setiap hayunan langkahnya. heh! cuak kau, desis hati kecil aku. aku yakin si dia tak selesa diperhatikan sebegitu, apatah lagi dari lelaki yang berkampung dirumah bujang itu. hayunan langkahnya menjadi semakin tidak selesa, aku dapat lihat dari ayunan punggung dan kaki yang tidak sekata. ha.ha.ha....

aku cepat-cepat memanggil rakan serumah untuk mengecam siapakah gadis manis tersebut. bob, rakan serumah yang paling muda dapat mengecamnya dengan cepat. "itu sepupu saiful" kata bob. saiful adalah jiran kami yang tinggal tak jauh dari rumah kami. "heh... you can run, but you can't hide", getus hati kecil aku.

niat baik tidak boleh dilengahkan, saiful yang memang setiap petang bertandang ke rumah bujang kami, datang seperti biasa petang itu. aku menyapanya seperti biasa dan menariknya ke dalam rumah.

aku : pul,budok tino hok duduk sekali nge mu tu sapo?
saiful : hok mano?
aku : berapo rama' ore' tino dale rumoh mu?
saiful : rama' la. bini aku, adik aku, sepupu aku, anok aku. hok mano so?
aku : mano aku tau. tapi buke bini denge' anok mu la. dio aku nok wat gapo?
saiful : kalu hok mudo, adik aku denge sepupu aku la... hok mano so?
aku : aku mano kena' adik denge sepupu mu. tapi hok aku kene' tu kuruh, ite' manih.
saiful : kalu kuruh tu sepupu aku. we' (wan) namo dio. mu jange' main2, mok dio suruh aku jago dio sini.
aku : aku buke nok main, aku nok ko dio sngoti la.
saiful : makwo mu budok jawo tu mo nok letok mano?
aku : ala mu tau ke' dio doh nikoh, doh ado laki. aku nok tunggu dio berapo lamo pun aku tok tau.
saiful : kalu gitu bereh! aku buleh tulung, tapi mu ejas sediri la... tapi, male ni keno belanjo la..
aku : itu bereh! male ni aku belanjo semuo sekali make luar. mu wi nombor telefon dio kak aku deh...
saiful : dio tok paka henpon, tapi dio sokmo nge adik aku, adik aku ado henpon. mu telefon adik aku la. panda-panda mu la nok ejah dio. ni nombor adik aku tu (sambil memberi nombornya)
aku : bereh!

dapat je nombor telefon, aku terus ke bilik. orang kata, menda baik jangan dilengahkan. aku mendail nombor diberi dan memulakan bicara. dalam kurang 5 minit, kami dah mula berbual, tapi si dia kedengaran agak gugup. aku ajak si dia berjumpa di plaza alam sentral kerana disitu berdekatan tempat kerjanya dan sepupunya. si dia barangkali belum selesa untuk berjumpa dengan aku berduaan, dan menyatakan bahawa dia akan membawa rakan bersama. agak-agaknya muka aku ni ada rupa perogol bersirike?.

keesokkan harinya, usai kerja dan menyalin pakaian aku segera ke plaza alam sentral. kami berjanji berjumpa depan pintu masuk jam 630 petang. aku dah maklumkan yang aku datang dengan memakai baju hitam dan jeans biru. si dia akan memakai t'shirt kuning dengan jeans biru. ala... kalau dia tak cakap pakai apapun aku akan cam.

seperti dijanjikan, dan sebagai seorang lelaki budiman, akan menunggu lebih awal dari dijanjikan. janji jam 630 petang, tapi dalam jam 628 petang aku dah tercatuk disitu. menunggu dalam resah. macam2 perasaan wujud, apakah penerimaannya nanti. huh! sampai jam 730pm, si dia tak nampak bayang, nak aku call, dia takde henpon. aku hubungi sepupunya, tapi sepupunya itu sedang bekerja. apa nak buat, tunggu je la...

jam 745 pm, masih tiada kelibatnya. aku ambil keputusan angkat kaki. sah aku kena main, kata hati kecil aku. dalam kesedihan, aku menapak ke kereta dan menefelon awek sorang lagi untuk ajak makan malam. Alhamdulillah, line clear.

meskipun dipermainkan, aku masih positif dengan hubunganku dengan budak siam tu. aku terfikir nak jumpa sepupu budak siam tu. setelah menelefon, dan bertanya lebih kurang sebab akupun tak kenal dia,aku ke tempat kerjanya. aku melilau mencari, dan.... binggo! jumpa. muka cam pernah kenal pompuan ni. ceh... memang aku kenal. dia makwe kawan aku. senang urusan cam ni. dia sanggup tolong aku.

si dia tu sebenarnya dah tau sedikit sebanyak tentang aku, tu saje jauhkan diri. rakan sekerjanya yang dibawa untuk first date dengan aku adalah kawan adik aku dah pecahkan tembelang. so, itulah pasal tak jadi jumpa. dia terus balik.

sebab sepupunya dah mainkan jarum, keadaan dapat diperbetulkan. janji manis baru ditaburkan melalui telefon. si dia minta aku tunggu dia balik kerja depan mc donalds kompleks pkns. yahoo......! ya beda beduu...!

cam biasa, aku tunggu dia awal 3 minit. awal sangatpun buat ape, duduk sorang2 jugak. si dia muncul dan duduk disebelah. mak aii... manisnya senyuman. eee... rasa macam nak gigit je pipi dia.

dia : dah lame tunggu?
aku : baru je. dah abis kerjake?
dia : a' ah! kenapa awak nak jumpa saye?
aku : entah. hati dah terpaut rasanya.
dia : awak ni betul ke?
aku : iye. sejak tengok awak hari tu. saya rasa sasau semacam je. asyik teringat awak je.
dia : eleh, lelaki. pandai je bermain kata.
aku : lelaki lain saya tak nak komen. tapi saya memang suka kat awak.
dia : suka? tapi awak tak kenal saya?
aku : sekarang kita dah kenalkan?
dia : maksud saya, awak belum kenal hatibudi saya. baik ke saya.... sesuai ke saya...
aku : ala, kita masih muda, masih ada masa nak kenal hati budi masing-masing.
dia : saya pun belum kenal awak?
aku : oo... belum kenal saya? saya izman (sambil bangun dan menghulurkan tangan)
dia : (tersenyum manja dan bangun menyambut salaman) saya wan.
aku : (eee.... aku gigit jugakkan pipi budak ni, manis betul)jom, kita pergi mana-mana. duduk sini keraslah bontot saya. kita masuk mc d?
dia : ok. minum aje.
aku : apa2 aje yang tuan puteri titahkan, saya ikut.
dia : ee... awak ni gatallah.

dua sejoli (merpati dan gagak?) beriringan masuk ke mc d. hanya air sebagai umpan berbicara lanjut. si dia memohon agar kami berkawan dulu. ikatan sebagai 'kekasih' baginya cukup keramat. aku faham, mungkin dia ada kisah sedih ditinggalkan kekasih atau dia masih curiga dengan diriku. biarkanlah. sekurang-kurangkan aku masih ada peluang merapatinya.

hubungan kami makin akrab. tapi si dia sering mengingatkan bahawa kami sekadar kawan. aku tak kisah. cuma aku harus lebih panjang akal. setelah beberapa bulan bersama, suatu hari si dia bersuara dalam nada agak serius. masa itu kami makan malam bersama di foodcourt yasmin di shah alam. dalam suara yang agak gugup, dia bersuara...

dia : awak serius ke dengan saya?
aku : kenapa? awak kata kita kawan je. so kawan je lah.
dia : awak dah ada makwe lain ke? saya tengok setiap kali keluar, ade je perempuan call awak.
aku : ala, kawan. awakpun kata kita kawan, so... tak de masalahkan? sayapun tak pernah tanya awak kawan dengan siapa selain saya.
dia : ye la... itu saya nak tanya awak ni. awak seriuske dengan saya?
aku : memanglah saya serius. kan saya dah cakap masa pertemuan pertama kali kita dulu yang saya sukakan awak. kalau tak, tak kanlah saya setiap malam sanggup jemput awak balik kerja, temankan awak ke mana-mana. cuma, awak je yang langsung tak de perasaan kasih pada saya.
dia : bukan macam tu. saya ragu-ragu dengan awak sebelum ni. awakkan keluar 'u', ada kerja bagus. tak kan awak sudi dengan saya. saya ni kan takat spm je.
aku : ala, dah mula la tu. saya ikhlas berkawan dengan awak. saya tak pandang kelulusan awak tu. dah hati saya terpikat pada awak, apa boleh saya buat.
dia : betul ni?
aku : betul. dah, jangan dok mengarut lagi. makan cepat, dah sejuk dah nasi goreng pattaya awak tu. saya tak akan paksa awak, awak pun tau kan.
dia : sebab tau la saya tanya. kalau saya cakap awak jangan gelakkan saya ye?
aku : ok. cakaplah...
dia : sebenarnya........
aku : (hanya senyum....)
dia : ..... saya sebenarnya dah lama jatuh hati kat awak (sambil tunduk malu)
aku : (mengangkat dagunya dengan tangan)awak serius ke dengan apa yang awak sebutkan ini? jangan paksa diri kalau hati masih ragu.
dia : betul.. saya dah fikir masak-masak. saya memang sukakan abang.
aku : ape? abang? (sambil ketawa)
dia : (mencubit manja)janganlah gelak. mulai hari ni, wan akan panggil 'abang'.
aku : oklah, sebab awak dah bahasakan diri awak 'wan' dan saya sebagai 'abang'.... abang...pun gembira sangat. harap hubungan ini berkekalan.
dia : wan pun harap begitu. wan betul2 sayangkan abang (sambil mengambil tangan kanan abang dan menciumnya).
aku : dah la tu. makan cepat. lama2 macam ni, abang pun takut tak boleh kawan diri. kang ada yang campak anak dalam longkang nanti.
dia : eee.... gatal betul abang ni (sambil mencubit manja)
aku : aduii... sedapnya.....ha.ha..ha....




izzi note :
untuk bacaan dan hiburan sahaja, tak semestinya betul (ayat cover line).

Thursday, October 29, 2009

Bersama Tok Mat : Hantu India

Dari pengamatan aku ramai sahabat yg berkunjung ke blog aku ni suka sangat baca kisah2 hantu. kisah yang selalu diulang siar ialah kisah hantu dari cameron highland. kisah2 mistik camni memang banyak terjadi, pada aku sangat jarang la, tapi melibatkan pengalaman dengan datuk aku memang selalu la. sebab itulah aku dedikasikan melalui tajuk "Bersama Tok Mat".

so, untuk tidak menghampakan sahabat yg minat cerita2 suam-suam sejuk dan alam mistik, aku cuba menjadikan hari khamis malam jumaat sebagai hari bapa. err... maksud aku setiap hari khamis, entrynya ialah cerita seram kuku. cuma aku mengharapkan ianya dibaca dalam perspektif ilmiah dan bukannya boleh menjadikan kita tahyul dan syirik. kisah2 yang aku akan ceritakan adalah pengalaman kisah aku bersama datuk aku. Tok Mat tu datuk aku sebelah papa aku, so "Bersama Tok Mat" tu kisah2 aku bersama datuk aku la. selain kisah seram sejuk, kisah mengurus kehidupan semasa tinggal bersama datuk aku akan aku ceritakan termasuk pengalaman mengurus lembu beranak, bercucuk tanam dan sebagainya.

aku tinggal bersama tok mat selepas kematian mami aku masa aku berusia 8 tahun. papa aku berbini muda dan merantau ke serata perusuk alam untuk bekerja bersama syarikat orang putih. papa sanggup menjual kedai runcit, lesen membeli dan menjual getah di pekan damak kerana tawaran gaji lumayan. tambahan pula mak tiri aku memang tak pandai meniaga. kami anak2 yg masih kecil masih tidak mampu mengurus kedai.

jadi bermulalah episod hidup aku tinggal bersama datuk dan nenek di kg. batu balai. datuk pesara polis dan menetap disitu. datukku memang terkenal garang. apatah lagi datuk memang berkebolehan berbomoh dan bersilat. tiada satupun antara kami mewarisi ilmu perbomohan dan persilatan datuk kerana menurut datuk ilmu itu bukan boleh dipelajari. ia diwarisi.

meskipun datuk sangat garang, tapi dia memang sayangkan kami cucu2nya. pernah datuk membawa parang panjang ke sekolah adik aku hisyam kerana adik aku itu balik menangis kerana didera berjalan itik keliling sekolah, dan adik aku langsung tak boleh berjalan 2 hari. lintang pukang cikgu tersebut lari. nasib baik tukang kebun yang juga kenalan rapat datuk sabarkan. kalau tak, dan meninggal dunia cikgu cina perempuan tu.

masa mood datuk baik, ada jugak aku kenen2 nak belajar silat. datuk cakap tak payah belajar, dia pun tak belajar. datuk dia pun tak belajar. semua turun temurun. menurut datuk, penjaga (khadam)keturunan akan turun kepada mana2 waris yang disukai. dan segala kemahiran bersilat dan berbomoh akan dimiliki waris terbabit. sebagai anak muda sudah semestikan aku nak ilmu silat dan bomoh. dengan bomoh, aku boleh tundukkan mana2 pompuan yang aku suka dengan ilmu pengasih. dan dengan silat, aku boleh silatkan sesiapa sahaje yang cuba2 nak ganggu kekasih hati aku. ishh.ish.ishh.... sungguh keji impian aku masa tu.

aku masih ingat, pada suatu malam selepas solat maghrib, sedang kami ingin membaca Al-Quran dengan datuk, tiba2 makcik aku yang tinggal bersama tiba2 datang dan menyuruh jangan bising. "auntie aku ni sawan babi ke?. orang nak mengaji disuruh jangan bising" getus hati kecil aku. datuk aku lihat rilek aje. makcik aku kemudiannya duduk ditangga dapur dan membebel dalam bahasa yang tidak kami fahami.

datuk menyuruh kami berhenti mengaji dan menyimpan Quran. "yahoo... tak payah mengaji malam ni', jerit hati kecil aku (dasar jahil betul). datuk suruh kakak aku ke dapur menyediakan sepiring beras bersama bawang putih yang ditumbuk dan beberapa butir lada sulah (lada hitam). aku membontoti kakak ke dapur. kakak sudah tau apa yang perlu dibuat kerana kakak dari usia 30 hari kelahiran memang tinggal dengan datuk dan nenek. nak masak arahan datuk.

piring berisi beras, bawang putih dan lada suluh bertukar tangan. makcik aku masih ditangga dengan muka yang ditundukkan ke lantai. rambutnya mengerbang tidak terurus. sesekali makcik aku itu menarik2 rambut dia. datuk berdiri menghadap makcik. tangan kiri memegang piring, dan tangan kanan pula sesekali menggaul bahan2 tadi. aku lihat mulut datuk terkumat kamit membaca sesuatu dan sesekali menghembus ke piring. aku, kakak dan nenek hanya memerhati.

kemudian datuk menghembus ke arah makcik yang masih duduk di tangga. tiba-tiba makcik mengangkat muka ke arah datuk. wajahnya cukup bengis dengan mata yang dijengilkan. aku juga cemas, tak pernah lagi aku lihat rupa makcik aku buruk sebegini sejak aku tinggal bersama mereka. aku lagi kecut perut bila makcik memaki datuk dalam bahasa yang kami tak faham biji butirnya. lagi aku kecut sampai telur masuk dalam bila suara makcik dah berubah jadi garau, suara lelaki.

datuk melempar gaulan beras bersama lada hitam dan bawang putih tadi. makcik bingkas bangun dan merenung datuk. datuk masuk tenang. datuk terus membaca mentera. dan datuk menjerkah makcuk supaya duduk. makcik duduk tapi mukanya masih garang dan matanya masih cengil. datuk terus melemparkan beras ke arah makcik. datuk merapati makcik dan terus memegang ibu jari kaki kiri makcik. makcik terus mengaduh kesakitan dan berteriak dalam bahasa yang kami masih tak faham. mau nak faham, makcik cakap tamil.

datuk mengarahkan makhluk yg bersembunyi dalam tubuh makcik bercakap bahasa melayu. ape ke bodoh punya hantu, kita kan duduk malaysia, cakap bahasa malaysia la... kan kan masa dia belum jadi hantu dulu dia tak gi sekolah belajar bahasa melayu, itukan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah estet. makhluk tersebut masih marah2 dalam bahasa tamil dan datuk terus menenyeh lada hitam ke kaki makcik. makcik meraung "ayyooo......" (bahasa selebihnya bahasa tamil, mana aku faham). dalam hati aku kagum dengan makcik, tak sekolah tamilpun boleh cakap tamil. hebat!

setelah diasak, makhluk ghaib itu mula berkomunikasi dalam bahasa melayu. datuk mula bertanya :

tok mat : siapa kau?
makhluk : aku ****** (nama aku dah lupa)
tok mat : kau datang dari mana?
makhluk : yini rumah aku.
tok mat : ini rumah aku. mana rumah kau?
makhluk : yini rumah aku. awak duduk rumah aku.
tok mat : kalau ini rumah kau, kenapa baru sekarang kau muncul?
makhluk : mana ada. aku suni juga duduk. awak worang ambik ini tanah aku.
tok mat : aku dah beli tanah ini. ini tanah aku. ini rumah aku. rumah kau sekarang dekat mana?
makhluk : aku rumah bawah pokok itu mangge. aku sama bini duduk sane.
tok mat : kau duduk situ, kenapa kacau anak cucu aku?
makhluk : awak punya anak sudah kacau rumah aku.
tok mat : anak aku tak tau ko duduk situ. aku mintak maaf. sekarang kau balik rumah kau. jangan kacau anak cucu aku lagi. kalau ko datang lagi, aku bunuh kau! (suara datuk tegas).
makhluk : wokey! aku balik. itu bawah pokok aku punya rumah, jangan kacau aku punya rumah. kotor punya jam jangan mari aku punya rumah.
tok mat : sudah! ko balik sekarang.

datuk terkumat kamit membaca mentera dan dada makcik aku lihat berombak-ombak. kemudian makcik mula hendak rebah dan cepat2 disambut datuk. datuk kemudiannya meminta air masak dari kakak. datuk membaca sesuatu dan meminum air tersebut. la... datuk aku dahaga rupanya kerana melayan makhluk tu berborak. sangkaan aku meleset, datuk menyemburkan air dalam mulutnya ke muka makcik. makcik mula sedar, tapi masih lemah. baki air jampi tadi diberikan untuk diminum. setelah beberapa ketika, semangat makcik mula pulih dan nenek menemankan makcik ke biliknya.

bila semua dah kembali pulih, datuk menyuruh kakak membuat nescafe susu kegemarannya. sambil minum datuk mula bercerita bahawa memang tanah rumah datuk memang dibeli dari orang india. datuk juga tau ditanah itu memang terdapat dua kuburan india yang mati masa zaman komunis dulu. biasalah, makhluk halus dan syaitan ini akan mengganggu anak cucu Nabi Adam bila kita alpa atau dalam tidak bersih (haid/nifas/berhadas).

Wednesday, October 28, 2009

Sampah Jadi Ais Krim Roti

lama aku tak update mengenai family aku. kali ni aku just nak share tentang aku dan anak2 mengemas stor pada hari ahad lepas (25/10/09).

masa hari kejadian, aku dan anak2 sibuk mengemas stor merangkap bilik studi, merangkap perpustaan mini. banyak benda yang aku humban keluar yang mana pada mata aku sangat menyemakkan. bayangkanlah dengan buku, majalah, novel, dan komik, penuh bilik tu. bilik tu juga wife jadikan stor dia simpan barang2 dia yang jarang digunakan. banyak barang2 plastik dan periuk lama aku dispose kan. serabut la...
banyak jugak la aku humban keluar termasuklah mentol lampu, spare part kereta yg rosak, sarang telur, kotak2, botol2 plastik kesayangan wife dan lain2.

dah siap, aku punggah sampah2 tu dalam kereta. aku bawa ke tempat kitar semula yg terletak kurang 100 meter dari rumah aku. jalan kakipun buleh, tapi sebab bawa anak2 dan kena lintas jalan, bawa kereta la senang (dasar pemalas). aku budget dapat la dalam rm1.50, tapi dapat rm7 hengget!!.....


dapat je duit aku terus bagi anak2. luqman dapat rm5 dan pika ambik rm2. pastu aku tanya mereka nak beli ape, mereka cakap nak makan ais krim besar. kami singgah kedai runcit berhampiran dan beli ais krim walls dan roti. anak2 nak makan ais krim roti. sebab malas nak mintak balik duit rm7 dari anak2, kena keluar duit sendiri la beli roti dan ais krim. oklah, asal anak2 gembira. senang lain kali boleh ajak mereka berkemas lagi.



balik rumah, mandikan anak2 dan kami makan ais krim roti berjemaah. wife tengok je la....

Saturday, October 24, 2009

Romeo Pencen : Kekasih Berkulit Gelap

Aku bukan romeo. romeo pencen tu saje aku nak jadikan tajuk besar supaya nampak cerita ni lagi hebat.

aku secara peribadi adalah seorang yang pemalu. yang kenal aku dah sahkannya. cuma sebagai lelaki yang bernafsu dan masa tu masih bujang, memang dah jadi tanggungjawab aku untuk mencari pasangan hidup yang secocok dengan aku. bukan memilih, tapi kena pilih. tak pilih kalau........ sendiri mau ingatlah (kes aku yang kahwin matching family ni kira dah pilih jugak la. family pilih. sebagai anak yang tidak durhaka dan pemalu, aku ikut je).

sebelum aku cerita panjang lebar dan berepisod2, aku nak tegaskan sekali lagi bahawa janganlah ambik kisah sangat cerita2 aku ni, sekadar berkongsi cerita & rasa. ianya bersifat hiburan, pengajaran dan buat renungan. kalau watak aku ditonjolkan sangat hebat tu, ala korang buat2 setuju je. ini blog aku, sudah tentu aku akan sembang macam aku hebaaat sangat. pokok pangkalnya korang kena baca balik perenggan kedua (aku pemalu).

dalam berkenalan dengan pelbagai wanita (yang tulen saje tau), aku tidak memilih sangat. aku berkawan dengan kerani, polis, pekerja kilang, pekerja tol, student u, rakan sekelas, rakan sebelah kelas, dan sebagainya. tak salah kenal hati budi masing2kan? dan tak salah jugak rasanya, dalam satu2 masa aku ada 'kawan' beberapa orangkan? dah nak kenal, kena la kenal ramai2 sikit.

secara biologinya, aku sukakan perempuan yang berkulit putih. tapi dalam kebanyakkan kes aku dapat yang berkulit sawo matang, kuning telur, dan ada juga warna hitam (err.. sensitif ke sebut warna kulit hitam?). ada jugak kes aku jumpa yang berwajah putih, tapi yang lainnya gelap. aku yakin ini kes terlebih pakai krim pencerah fair & lovely kat muka je. err... part lain kat badan buleh letak krim tu ke??

cerita pasal 'kawan' berkulit gelap ni. aku ada suatu cerita. aku dah lupa nama dia, tapi biarlah aku namakan dia izlin. dia junior aku masa ko-k kelanasiswa (pengakap). kami berkenalan semasa perkhemahan bersepadu. senior dan junior berkhemah sekali. sebagai senior dan berpengalaman luas dalam ilmu berpengakap, biasalah aku tentunya tidak melepaskan peluang menunjukkan kehebatan ilmu berpengakap, lebih2 lagi didepan siswi2 junior. masa tu ada satu awek yang aku dah aim. tapi sayang dah ada balak la....

tapi izlin ni muka berbaik2 dengan aku. bertanya itu dan ini. biasalah, lelaki baik dalam dunia ni dah kurang. kalau dah terjumpa mesti kena tackle punya (apsal aku sendiri nak muntah bila tulis ayat ni?). akupun dah tau, kalau dah ngendeng2 cam gitu, sah ayat nak menggoda punya. akupun biarkan diri aku digoda, cuma aku berusaha agar aku tidak dinoda. akukan masih teruna.

dari perkhemahan, kami makin baik. kawan2 cakap "man, ko layan je budak tu. budak tu loaded tu." err... jangan la cakap aku species 'jinggolo' pulak. aku ikhlas nak berkawan dengan dia, kalau dia nak belanja makan, nak bagi pinjam harta dia, nak beli hadiah tu, kira rejeki la....

sebab aku dah ada special girlfriend, dan majoriti kawan baik aku tau aku ni suka yang 'putih2', aku cakap dengan mereka aku tak ada apa2 ngan budak tu. bila nak jumpa, aku elakkan jumpa di tempat yang kawan2 aku lepak. mampos aku ke kutuk nanti. actually, budak tu takde lah hitam sangat. hitam2 manis je. tapi dia jenis lasak, asyik camping, ulang-alik pakai motor, bertambah metalik la kulit dia. aku dah banyak kali masa tu suruh dia pakai krim fair & lovely, tapi dia cakap 'abang izz, kasih sayang tu lahir dari hati, bukannya warna kulit'. aku mengangguk lemah sambil menyuap nasi goreng pattaya yang izlin belanja sambil berkata dalam hati 'ye lah, tapi semua orang tengok colour dulu cik adik sayang oi...'.

pernah sekali, tah apa kenasibnya, port aku makan berdua tu biasanya safe dari kawan2 aku yang juga kuat mengutuk terutama bond, bote dan fairuz. tapi suatu malam tu.....

aku macam biasa memesan nasi goreng pattaya. si dia on sekadar minum. on diet katanya. sedang asyik aku menyuap nasi kemulut. aku terpandang kelibat seorang kawan yang berbadan besar, dan tentunya bermulut besar juga. arrghhh! bancau! aku cuma membaca doa tolak bala dan berharap member tu tak nampak kami. alamak... dia ada group discussion kat cafe ni ke???. nak lari dah tak boleh, so aku cuma menundukkan muka. rambut aku yang agak panjang tu aku saje lurutkan ke dahi agar melindungi muka aku. lepas beberapa minit aku toleh, perghhh.... lega. member tu dah ilang. "discussion tempat lain kot" getus hati kecil aku.

"hey, may. macam berdua je. jauh datang makan?" tiba2 suara bond dari belakang. aku dah tak buleh lari lagi. aku cuma tersenyih macam kerang busuk. bond berkata lagi "hi, ni makwe izman kan?. saya rezal, kawan sebelah bilik dia. panggil saya bond. b.o.n.d. bond". aku lihat izlin tersenyum sampai ke telinga bila dinamakan sebagai makwe aku. arggh.... sebelum si setan ni cakap lagi banyak dan membocorkan lebih banyak rahsia, aku kena bertindak. "bond, ada group discussion sini ke?" aku bertanya. 'yup' kata bond. 'jom aku belanja ko makan'aku mempelawa bond sambil menarik badannya ke arah kaunter tempahan. sebab ia agak jauh, aku mula berkata "woi.. bond, ko jangan cakap bukan2. itu budak ko-k aku tu. junior. jangan pulak ko sebut pasal awek aku depan dia. mampos aku kena langgar dengan motor dia kang". 'ok' jawab bond ringkas. 'aku nak nasi paprik dengan air tembikai ais. ko bayar, aku tutup mulut" kata bond lagi. ciss... belum jadi ahli korporat lagi dah minta rasuah, teruk betul mamat ni.

alhamdulillah, rahsia aku ada awek kulit gelap selamat. cuma ia terbongkar bila dihidu oleh si razman masa kat ceramah di insitut pembangunan usahawan. tapi, rahsia ditangan razman aku percaya selamat. berani pecah rahsia aku, aku pecah jugak rahsia ko. ha.HA.HAAAAA.HAAAA!!!

Thursday, October 22, 2009

Bersama Tok Mat : Angin Pasang

Kisah ni sudah lama, mungkin masa tu aku masih awal remaja lagi. tok mat, gelaran untuk datuk aku. tok mat adalah seorang polis pencen yang kemudiannya meneruskan kelangsungan hidupnya menguruskan kebun. jika terdapat permintaan, tok mat juga sering membantu sesiapa yang memerlukan khidmatnya dalam membuang angin pasang dan juga lain2 perubatan perbomohan.

angin pasang adalah sakit yang ditakuti oleh kaum lelaki. ye lah, dah melibatkan kelakian. kalau kena angin pasang yang menyebabkan kerandut zakar membengkak dan sakit, apa lagi boleh dibuat dengan senjata hebat yang satu itu. jangan kata nak bawa ke medan tempur, nak kencingpun sakit sampai keluar air mata.

secara peribadi aku tak tau tok mat mendapat ilmu mengubat angin pasang ini dari mane. yang aku tau, titisan keluarga aku disebelah tok mat berasal dari palembang, indonesia. pernah jugak aku tanya2 masa mood tok mat baik, tok mat cakap "ilmu ni boleh belajar. urut je pakai minyak kelapa dan sedikit serapah". dari kecik, aku dididik jadi lelaki tulen, dan bab2 kelakian ni memang aku suka. aku pernah mintak nak belajar dengan tok mat cara ubati sakit angin pasang. tapi tok mat cakap "tak boleh!. kalau aku ajar nanti takut pulak mu tak reti pelepas angin. silap2 sendiri yang kena angin pasang dan takde zuriat". perghh! hebat betul penangan angin pasang ni, silap gaya orang yang mengurut pulak boleh kena angin pasang tersebut dan menjejaskan kelakian si pengubat. tak pelah, tak hebatpun takpe. menda tu mana ada spare parts kalau dah kong.

patutlah selepas tok mat mengurut orang, dan orang tersebut dah balik, tok mat akan .... dalam sila yang kemas, dada dibidangkan laksana hulubalang raja, tangan pula mendakap dada, aku lihat mulut tok mat terkumat-kamit mambaca serapah yang aku tak faham butirannya.bukan mentera kuno champa tapi aku dengar dari ayat-ayat Al-Quran yang aku tak tau diambil dari surah yang mana satu. sebentar kemudian, aku akan dengar tok mat akan mula sendawa, membuang angin pasang yang disinggahkan sebentar dibadannya dari pesakit semasa rawatan membuang angin barangkali. argh... mistik jugak menda ni. boleh main tumpang2 angin dalam badan orang lain pulak.

minyak urut tersebut tok mat buat dari minyak kelapa asli. kebetulan dibelakang rumah datuk memang banyak pokok kelapa dan bila bekalan minyak kelapa untuk mengurut dah kehabisan, tok mat akan mengerahkan cucunya untuk membantu. siapa lagi, yang tak boleh lari hanya aku dan kakak aku lah sebab kami tinggal bersama tok mat. kakak aku boleh jugak culas sebab dia cucu kesayangan, sedangkan aku............

proses membuat minyak kelapa bermula bila tok mat mula mengupah orang memanjat kelapa. biasanya monyet yang panjat. kemudian akulah yang akan mengumpul kelapa terbabit, membelahnya, dan memesinnya. berpuluh2 biji kelapa digunakan. sakit pinggang tuhan saje yang tau, tapi aku tak merungut sebab takutkan tok mat. dah selesai, kerja terbabit akan diserahkan pada nenek. nenek akan menanak kelapa tersebut. tapi sebelum itu, aku jugaklah yang akan menghidupkan api dapur arang. proses menanak minyak adalah sangat lama, dan nenek biasanya akan guna dapur arang. lebih jimat dan bermanfaat kata nenek.

semasa nenek menanak minyak, dapatkan aku culas sekejab. sesekali terdengar laungan nenek memanggil aku untuk meletakkan arang didalam dapur atau menjaga dapur sementara nenek bersolat atau mengediakan juadah. akhirnya, minyak terhasil. nenek akan menyaring minyak untuk memisahkannya dari serdak2 yang tertinggal. sebahagiannya disimpan dalam bilik datuk, dan ada yang nenek ambil untuk dijadikan minyak rambut. "bagus untuk rambut ni. rambut tak de kelemomor, tak bercabang". aku cuma mencebik dan berkata "bau tengik la mek".

jika ada pesakit yang datuk untuk berubat, tok mat akan menyuruh ke pangkinnya di kebun. jauh dari orang ramai. disitulah tok mat suka duduk sepanjang hari. berkebun, berubat dan berehat. malah, tok mat lebih rela mandi di telaga disitu dari mandi air paip. tok mat cuma balik untuk solat dan makan sahaja. disiang hari, tok mat lebih selesa melelapkan mata dipangkinnya itu dari tidur di tilam embuk dibiliknya. akupun tak faham. tapi bila malam, sudah semestinya tok mat kembali ke rumah.

biasanya aku atau kakak aku yang ditanggungjawabkan meletakkan minyak kelapa untuk mengurut. hanya minyak kelapa biasanya. kadang2 tok mat aku suruh letakkan bawang putih yang dah di tumbuk, ada gangguan luar katanya. kadang2, ada jugak kes yang tok mat suruh aku campurkan minyak kelapa dengan bawang putih dan lada hitam. itu biasanya kes tersampuk akibat kencing merata-rata lah tu. sesekali masa tok mat memeriksa kerandut pesakit, aku curi2 tengok jugak. ada yang dah sebesar bola pingpong, ada yang bengkak sebelah, ada yang bengkak dua2 belah, dan ada yang bengkak sampai keseluruhan zakar. aku aku jadi tok mat, aku jentik dulu. he.3x...

tok mat biasanya memang tak suka gangguan semasa mengubat. cukup sekadar dia dan pesakit. tapi kadang2 aku diperlukan berhampiran untuk mengambil dan membeli barang2 tertentu mengikut jenis kesakitan. jadi dapatlah aku skodeng telor orang lain. yang dirawat dengan minyak kelapa, bawang putih dan lada hitam tu kekadang aku gelak sensorang jugak, mau tak nya, dah la besar macam telur pingpong, pastu disalut dengan menda2 tu pulak. sesekali macam resepi telur goreng lada hitam chinese stail.

biasanya, hanya sekali rawatan. tok mat tak de pakai pengeras. rawatan tok mat hanya membantu dengan izin Allah agar senjata ampuh itu mampu mengeras semula. upah? tok mat bukan bomoh handal. bukan juga mencari makan dengan mengubat. tok mat ada pencen polis. tok mat ada kebun getah dan kebun buah-buahan, upahnya sekadar ikhlas. selalunya tok mat tak pernah ambik lebih dari RM20.00. kalau pesakit datang membawa biskut atau roti, tok mat dah tak ambik bayaran.

argh... sesekali terfikir juga bahawa ilmu mengubat angin pasang ini dah hilang dari keturunan kami. dalam 4 anak tok mat yg 2 lelaki dan 2 perempuan, papa aku sebagai anak yang sulung tidak berminat mempelajari dan diwarisi ilmu2 tok mat. pakcik aku berminat, tapi tok mat tak mahu perturunkan ilmunya. anak2 perempuan jugak berminat, tapi tok mat enggan mewariskan pada perempuan. adakah ilmu itu hilang terus? aku rasa tidak juga sebab tok ma pernah beritahu banyak ilmu boleh dipelajari dari membaca dan memahami. tok mat suka menulis mentera2 dalam buku notanya. aku yakin ada tertulis mengenai mentera ubati angin pasang. tapi, aku terlalu dangkal untuk membaca tulisan jawi tulisan tangan tok mat. arrghhh.... kena mula belajar jawi aku ni. jawi lama pulak tu. untung-untung boleh jadi tukang urut angin pasang. kalau dah teror nanti aku akan iklankan diri aku dalam surat khabar seperti berikut :-

"TOK MAN, PAKAR URUT ANGIN PASANG. WARISAN ILMU OLEH CUCU LELAKI TERTUA TOK MAT AL-PALEMBANGI.

RAWATAN LAIN : URUT BATIN, MENGUATKAN, MEMBESARKAN, MEMANJANGKAN DAN MAMPU TAHAN LEBIH LAMA DI RANJANG. KHAIMAT NASIHAT UNTUK BERISTERI RAMAI, PROSEDUR PERKAHWINAN DI SIAM DAN MENGELAK ISTERI TUA MENGESAN ADA BERISTERI MUDA JUGA DISEDIAKAN PERCUMA UNTUK PELANGGAN TETAP.

SILA TELEPON 012-123456789 UNTUK TEMUJANJI."

Wednesday, October 21, 2009

Restoran Asam Pedas Melaka

semalam (20/10/09) dan hari ni, pun selera aku masih selera gajah. semalam, tengahari aku dan saiful sempat lunch kat simpang 4 telok pulai (klang, selangor). kami pekena yong tau fu sup kat marisa YTFS. cam biasa, rasa kesedapannya masih sama. sebenarnya tak rancangpun nak gi makan situ, tapi disebabkan nak pergi beli kek kat trutti fruitti kat simpang 4 kudrat, kami terus lajak gi makan YTFS dulu la. dah lama tak makan. last makan situ rasanya sehari sebelum puasa. kek yg aku beli tu khas untuk meraikan hari jadi GM aku.




sebelah malam pulak, ada kawan lama ajak jumpa kat jusco bukit tinggi. dia nak tau berkaitan cara claim socso. dia ada kes tapi katanya HR department dia just tak ambik kisah untuk buat claim. dia ajak makan western food, tapi aku tak mau sebab naik jelak hampir selang sehari makan western. kami makan kfc. aku ambik set burger je. sebab masih nak berborak, dan ada sorang kawan lagi nak join semangkuk, kami lepak pulak kat starbucks. aku cam biasalah, iced latte. dalam jam 1030pm kot baru kami angkat kaki dari situ.

hari ni (21/10/09)kawan2 ajak makan kat luar lagi. memula tu diorang ajak kat foodcourt giant, aku dah muak. so, saiful suggest makan kat restoren asam pedas melaka di bandar bukit tinggi (klang, selangor). restoran ni di luar giant, ala sebaris dengan restoran kayu nasi kandar (dah tutup). perut aku tak berapa nak terima asam pedas, so aku makan ikan patin masak tempoyak. memang pekat dan sedap. aku ambik jugak sedikit ubi kentang masak pedas, celur jantung pisang dengan air asam dan tempoyak, telur asin dan air sirap bandung. yang buleh dikomen cuma jantung pisang celur, ia agak liat. lepas makan nasi, aku pekena pulak tapai pulut yang dibungkus dalam daun getah. kecik cinonet je, 3 bungkus rm1.00. harganya nasi cuma RM5.50. murahkan. since kali ni aku puas hati, lain kali kalau si saiful tu suggest tempat makan, aku boleh pergi.



oh ya... mengenang sokongan kawan2 yg meminta aku terus berkarya dan mengarut dalam blog ni, dan memandangkan aku dah pandai buat 'scheduled posting', aku dah ada banyak idea kenangan lama dan baru untuk dipublishkan bagi mengisi masa aku dan korang. antara idea2 yang aku cadang nak publish dalam episod2 termasuklah

1) Bersama Tok Mat - kisah aku dengan datuk aku. ikut datuk mengubat orang, berkebun, mengaji, dan sebagainya. banyak kisah2 mistik sejajar dengan sedikit kepakaran datuk aku dalam perbomohan.

2) budak hostel - kisah aku masa duduk hostel. ia termasuklah keluar curi2 dari asrama, memancing ikan di kolam sekolah, dating, dan sebagainya.

3) romeo pencen - kisah aku dalam berkasih. banyak aku saje tokok tambak untuk jadikan kisah aku lebih hebat dan aku insan yang pemalu.

4) lain2 tu nantilah kemunculannya.

Monday, October 19, 2009

Kaedah Merancang Keluarga

macam biasa lepas bersalin, dan lepas sebulan pihak klinik ibu dan anak akan menasihati ibu2 untuk merancang keluarga. sama jugak dalam kes wife aku. dia ditanya oleh doktor tentang apakah rancangan perancangan keluarga yg nak diamalkan. bagi yg sunti tu may be tak faham, perancang keluarga ialah suatu cara untuk merancang supaya tak beranak lagi dalam masa terdekat.

pada aku ia bagus sebab ia mampu memberikan kecergasan kepada si ibu untuk mengurus diri dan anak yang baru lahir. kalau tanya si bapa, hari2 mau je!

untuk pengetahuan am (bukan lucah). antara alat/ubatan untuk perancang keluarga yg aku tahu ialah kondom lelaki, kondom wanita, kaedah suntikan, iud, implan, kiraan waktu subur, kawalan ejuksi diluar atau tak bersetubuh langsung.

balik dari klinik, selepas anak2 dah tidur wife mula bertanya :

wife : bang, doktor tanya. nak merancang guna apa?
asben : ayang rasa nak ape?
wife : makan pil tak nak la. takut lupa makan terus lekat.
asben : kalau lekat tu rezeki.
wife : abang ni! kalau boleh biarlah amirah besar sikit.
asben : nak tunggu amirah darjah berapa baru nak beranak lagi?
wife : tah la.... kalau ikut hati 3 orang dah cukup. tapi ganjil pulak, kalau beranak sorang lagi, nak lelaki pulak. baru cukup 2 pasang.
asben : abang tak kisah. tapi kalau dapat pompuan lagi, kena beranak lagi 2 lepas tu sebab nak genapkan lelaki.
wife : biarlah dulu bang. penat nak jaga budak2 tu. nakal bukan main. tunggu dululah beranak lambat2 sikit. kalau 3 cukup pun ok.
asben : ok.
wife : tapi, kalau dah lama2 baru nak beranak, kang dah tua. umur lebih 30 ke atas banyak pulak risiko.
asben : ala... jangan risau, abang ok. 3 pun cukup. kalau nak anak lagi nanti, dan ayang dah tak larat beranak, abang kawin la satu lagi. abang cari yang muda, boleh beranak ramai sikit.
wife : (berlalu dari ruang tamu ke bilik)
asben : (alamak! kena tambah hari puasa lagi la ni.. mau 200 hari aku kena puasa ni. WAAAA......!!).

Sunday, October 18, 2009

XTVT Hari Deepavali

semalam (17/10/09) adalah hari deepavali. memang sepatutnya aku pergi menziarahi kawan2 keturunan india yg menyambutnya. tapi dalam jam 11am lebih aku diberitau ada pekerja yang cedera di kilang. since rumah aku dekat selalunya aku memang susah nak mengelat. yang paling penting ialah aku seorang yang bertanggungjawab. aku boleh suruh sesiapa yang suka hantar terutama saiful yang telah diiktiraf dan lulus untuk safety officer. jarak rumah aku dan kilang cuma kurang 5 minit, so berdesup aku datang.

isu sekarang ialah pekerja tu pekerja bangladesh. jadi nak hantar dia ke klinik memerlukan passport. kalau hari biasa dan bukan hari public holiday mana2 pekerja yang ada kenderaan bertayar buleh hantar. mereka cuma perlu inform klinik panel dan klinik panel akan call henpon aku untuk pengesahan. memang senang. buleh kata hampir semua pekerja kilang tu aku buleh cam nama dan mengesahkan mereka kerja dengan kami dalam kurang dari 0.05 saat. tapi kalau korang suruh aku cam muka, memang fail la aku. kami ada ramai pekerja bangladesh dibawah permit kami dan ada jugak sebelum ni lain2 dari outsource company.

aku minta orang panggil pekerja yang katanya ada kecemasan terbabit mengadap di opis aku. pekerja terbabit menunjukkan matanya yang berair dan katanya masuk habuk semalam (jumaat) masa bekerja dalam jam 3pm. itu yang aku hangin satu badan. ada kejadian accident tapi tak dilaporkan oleh mana2 pihak. pada aku even "near missed accident" harus dilaporkan. since nampak macam tak teruk, aku bersoal jawab dulu dengan pekerja terbabit. pekerja terbabit memaklumkan matanya termasuk habuk besi masa grinding besi. yang lagi aku marah dia tak maklumkan sesiapa pasal kejadian tersebut walaupun matanya sakit, malah meminta kerja lebih masa sehingga jam 7.45 malam. bila aku soal kenapa buleh kena sedangkan syarikat sediakan personal protective equipment (ppe) seperti google untuk mengelak kejadian seperti itu. pekerja itu enggan menjawab. degil.

aku senang je, aku suruh dia keluar dari opis dan aku enggan hantar ke klinik kerana dia enggan menjawab soalan aku. kalau kes patah atau putus dan lain2 kemalangan serius aku takdelah sekejam itu, tapi orang degil ni kena ajar jugak sekali sekala. dia keluar dari opis aku dan .........

aku terdengar suara tangisan. "waa....waaaa..... ammmaaa......waaa.... ishhh...ish...waa... srupppphhh (bunyi hembus hingus)". ni aku benci ni. aku panggil pekerja terbabit pergi tunggu kat kereta aku dengan memakai seluar. ala korang tau lah bangla ni suka sangat pakai kain sarung kalau tak bekerja. kebetulan saiful bekerja walaupun dia sepatutnya sambut deepavali (kuang.3x)aku suruh dia join semangkuk antar ke klinik. dah klinik panel tutup, aku ke klinik di area teluk gong. ada satu klinik buka. alhamdulillah!

lepas check in hotel... errr... maksud aku daftar pesakit, aku dipanggil ke bilik rawatan bersama pekerja terbabit. bangla tu bukan reti sangat cakap melayu. bahasa inggeris, cam haram jadah!. tapi sepanjang hidup aku inilah kali pertama aku jumpa doktor yang pada aku betul2 bahlul. dah la pesakit tu tak dirawat, asyik membebel pada pekerja dan aku sekali. aku cuba bercakap baik2, dan menerangkan keadaan. aku cakap kejadian berlaku semalam, dia cakap dah seminggu. pekerja tu cakap semalam, dia cakap kami bohong. dah la tak rawat, cuma pakai kanta besar dia tengok mata. cam tu akupun buleh jadi doktor! dia enggan merawatnya dan menyuruh ke mana2 hospital atau specialist. aku mintak surat refer untuk senang admission. dia enggan dan menyatakan dia tak mahu bertanggungjawab dan dia tak buat apa2 rawatan. untuk ceramah dia tu dia kenakan charge rm10.

since aku tak bawa kunci peti besi untuk mengambil passport original pekerja terbabit jika nak ke hospital, aku memutuskan untuk hantar ke mana2 klinik di port klang dulu untuk rawatan awal. korang taulah, kalau pergi hospital ni daftar je dah ambik masa sejam dua. nak jumpa doktor 2-3 jam. nak tunggu ubat korang tunggu lagi 2-3 jam. alhamdulillah, ada klinik yg bukak. klinik stella maris. sangat baik layanannya. bila cakap kes kecemasan, petugas segera membawa pesakit ke bilik rawatan dan membaringkan pesakit. sebagai HR yang baik hati sekali lagi aku meminta kebenaran untuk sama2 di bilik rawatan untuk membantu menerangkan kepada doktor. kalau aku biarkan bangla tu bercakap, memang jahanam. bayangkan nurse tanya umur (age), dia jawab 'yes'. tanya 'date of birth' dia jawab 'ok'. aku senak perut ketawa dalam hati.

aku tanya doktor mata dia ok ke. doktor kata ok cuma ada serpihan kecil menda dalam mata pekerja terbabit yang menyebabkan matanya berair dan pedih. aku relakan diri aku dibilik rawatan semasa doktor mencucuk dan mencuci matanya. kenapa aku sendiri tak jadi doktor ye? macam best je cucuk sana sini, cuci anggota tubuh macam tu je, best la. takpelah, kalau aku jadi doktor kang lain pulak jadinya. may be aku patut galakkan anak2 aku jadi doktor.

akhirnya penantian berakhir, doktor cakap semua dah ok. buleh balik. cam ne ni, doktor sorang tadi cakap macam kes ni menyebabkan dunia kiamat, tapi doktor muda ni sangat confident semua selesai. cost pula sangat berbaloi, cuma rm80 hengget je. aku ingat main 2-3 ratus. aku siap bagitau saiful untuk back up aku kalau aku kesuntukan duit sebab aku cuma ada rm2 rts dalam poket. situ mana buleh pakai kad gores dan bayar tu (kad kredit la..).

sebab aku jenis orang yang concern, pagi tadi masa aku pergi cari sarapan, aku singgap jab kat hostel mereka dan tanya khabar. alhamdulillah mata pekerja terbabit dah ok. cuma aku suruh dia titik jugak ubat mata setiap 4 jam seperti nasihat doktor.


oh ya... lepas bawa pekerja terbabit ke klinik semalam, aku ajak saiful makan tengahari. saiful ajak pegi giant. mentang2 la aku cakap nak belanja cepat je dia ajak aku makan western foods. aku dah serik makan western di foodcourt giant tu, dan biarkan saiful makan fish n chip kesukaan dia tu. siap pesan mushroom sup tu. aku cuma nak rasa yee mee with mushroom hot plate. keseluruhan dia aku suka. kuah dia sedap, memang pekat. ayam dia fresh (bukan ayam yg semalam tak laku dan direcycle semula), sayur sawi dia tak terlalu layu. mushroom dia pun pada aku not bad la... cuma sebijik mushroom pada aku memang tak cukup (woi.... nak lebih2 pun kena la padan dengan harga). err... harga dia dalam 4.60 kot. cukup murah dan berbaloi. cuma kombinasi yee mee tu dengan air tebu pilihan aku tak maching. air tebu tu jenis perisa bancuh yang terlalu manis. eeeee......

Friday, October 16, 2009

DVD Upin & Ipin

malam rabu, luqman merengek2 nak tengok filem terbaru upin dan ipin. so, kebetulan aku nak ke tesco, aku janji nak belikan dvd tu. lepas beli sedikit barang di tesco, yang aku pergi sorang. anak2 asyik dengan main games dan tak mau ikut.

so, sebelum balik aku belikan mereka dvd upin dan ipin tu. mak aik.... mahal gilos! rm33.80 rasanya. dan dapat satu poster besar. gumbire sakan luqman dan pika dapat cerita tu. penatla ummi dia kena buka cerita tu tiap2 hari nanti.

since malam itu takde cerita best sangat, aku biarkan mereka layan cerita upin tu hingga jam 12 malam. 12 malam turn aku layan cerita eli stone pulak. aku follow cerita ni dari musim pertama lagi. best.

dan pada hari khamis (15/10/09), sebab masih lagi selera badak, aku makan di giant klang. giant ni sebenarnya 4-5 bulan sekali aku pergi. tapi aku pergi sebab si saiful baaaik punya promosi kesedapan makanan barat kat situ. cam biasa, yang aku makan dan reti makan cuma chicken chop. rege rm8.50 sepinggan.

bila dapat....... ayam dia agak keras, tepung gorengan ayam dia agak tebal dan rasanya kurang menyelerakan tekak aku. coleslow dia not bad, cuma aku tak suka makan pun. sos black pepper dia agak ceroi (cair) dan rasanya memang tak termasuk dalam kategori sedap di tekak aku. tapi aku tengok 2 lagi kawan aku yg makan menda yg sama berselera benor. ala si azmir dan shahrizal ni aku rasa kalau letak kayu lepastu letak sos pun diorang makan. budak2 bujangla katakan. apa2pun aku percaya kesedapan adalah subjectif. ada orang makan menda yg sama tapi akan beri pendapat yg berbeza. pada aku, apa yang aku makan hari tu aku rating suka2 hati aku sebagai 3/10.

Wednesday, October 14, 2009

Alahai Anak Perempuan Ku Sayang...

nampak gaya aku macam kena sindrom malas buat entry blog. kalau dulu mau tiap2 hari aku update, kini dah jarang2. adakah kerana aku dah bosan? BUKAN! aku masih rindu berblog termasuk buat entry baru dan menjelajah blog kawan2. idea berblog ni kadang2 banyak sangat, tapi kadang2 hampir sejam bukak blog masih nganga tak tau nak tulis ape. ada kawan cakap buat entry scheduled post masa tengah banyak idea, tapi aku masih beru reti nak buat schedule entry (aduiii.... nampak sangat ketinggalan keretapi aku ni).

dari senin sampai hari ni, hari2 ade je muka aku di putrajaya. biasa sampai malam. kalau malam kalau ada sesiapa pernah termasuk dalam blog ni dan tercam muka aku di alamanda putrajaya, memang muka aku lah tu. siang aku makan kat taman warisan pertanian, dan malam kat alamanda. sebab aku masih lagi dalam selera badak, aku prefer fast food, western, chinese food dan seangkatan dengannya.

keluarga? semua sihat. anak ketiga kamipun semakin aktif. cuma bila keluarga, rakan taulan datang menjenguk kami, maka terkeluarkan ayat "baby ni gelap sikit ye, tak macam abang dan kakak dia yg putih". baru aku nak keluarkan ayat carutan maka mereka cepat2 cover ayat mereka dan berkata "ala ikut ayah dia kot. orang tua2 kata anak perempuan biasa ikut ayah dia. anak manja ayah la tu nanti". nasib baik! kalau tidak, aku hidang air campur racun tikus la....

cerita pasal anak perempuan selalu lebihkan ayah aku memang setuju sangat. anak perempuan aku pika, dalam sehari 3-4 kali akan call aku mengadu. kejab call "ayah, ummi marah pika". kejab lagi "ayah, luqman pukul pika". kadang2 tu saje call nak tanya kabar aku "ayah....... ayah balik pukul berapa?", atau ayah yang buat aku lagi sayang kat pika seperti "ayah, pika sayang ayah". bila balik rumah je, dalam 15 minit pertama atau lebih spesifik bukak je grill rumah, aku disambut dengan pelukan dan ciuman pika. dia mesti nak jadi orang pertama peluk dan cium aku. kalau luqman yang peluk aku dulu, panjangle rajuk dia, dan kadang2 menangis sakan.

aku cuba untuk tidak memilih memberi kasih sayang atau sesautu berlebihan pada si abang atau si adik, tapi aku yakin anampak ketara jugak aku lebih manjakan si pika. bukan aku tak sayangkan luqman, sama sayang sebenarnya. tapi luqman sendiri dari dulu cenderung sayangkan ummi dia. semua benda dia cerita kat ummi dia. setiap kali balik tadika aku akan tanya "hari ni belajar ape?". luqman akan jawab "belajar ABC". aku tanya lagi "hari makan ape?". luqman jawab "nasi". 5 hari seminggu, itulah jawapan dia. tapi......... bila luqman dengan ummi dia! macam2 cerita keluar. kat tadika tengok upin dan ipinlah, cikgu bawak jalan2lah, makwe dia bagi coklatlah (opss! aku cakap anak aku ada makwe?). ye... itulah, kalau aku lambat jemput, budak perempuan itu akan setia menunggu luqman depan tadika sampai aku datang. budak perempuan tu pulak dah umur 6 tahun, luqman bulan 12 tahun ini baru cukup 5 tahun.

aku ada cakap dengan luqman aku kalau boleh nak masukkan ke tadika Islam tahun depan, tapi luqman cakap nak masuk sekolah dengan 'makwe' dia tu. budak tu masuk sekolah rendah la.... tak kan aku nak daftarkan luqman ke pra sekolah. aku risik2 pra sekolah situ cuma untuk orang gomen dan orang yg pendapatan isi rumah kurang rm1500 sebulan, tak kan demi cinta anak aku nak kena ubah payslip aku (he.3x..... itulah bestnya ada kuasa power rangers. tapi jangan buat, berdosa).

kepada luqman dan pika, ayah sayang kamu berdua sama. tanpa gelak tawa kamu sehari, ayah jadi hampir gila. baby ketiga, zulaikha juga ayah sayang. cuma kamu masih terlalu kecil untuk memahami kasih sayang seorang ayah. dan untuk isteri tercinta, lagilah abang sayang.

Saturday, October 10, 2009

Cakap Bahasa Baby

perghh..... lama betul rasanya aku tak update. terima kasih pada yg prihatin tanya sama ada melalui blog, email, sms atau phone. memang niat niat selalu update tetapi dalam minggu ni ada beberapa peristiwa besar yang menghalang aku berbuat demikian. tengoklah, kalau ada kesesuaian nanti, aku akan ceritakan.

biarpun tak berblog, kehidupan rutin masih berjalan seperti biasa. dirumah, aku masih seronok melayan keluarga, terutama melayan kerenah anak bongsu kami.

paling seronok, luqman dan pika suka sangat melayan dan mencium baby kecil, amirah. sampai kadang membuat amirah rimas dan menangis. malah, wife akupun sampai marah kat luqman dan pika kerana perbuatan mereka yg kerap mencium amirah membuatkan amirah selalu terjaga dari tidur.

bab melayan kerenak si amirah tu pada aku biasa2 je. bangun biasa nak susu, then dah kenyang dia akan main2 sekejab atu tidur semula. beberapa hari lepas sambil2 doq layan tivi, luqman dan pika leka berada disisi adik kecil. wife aku yang ingin ke dapur menyuruh luqman dan pika melayan bercakap dengan amirah yang baru berusia dalam 30 hari itu. aku yang memerhati sambil membaca akhbar mula terdengar bunyi yang pelik.

luqman : uuuu.... aa..... eee....
ayah : luqman buat apa?
luqman : ummi suruh luqman cakap dengan adik (merujuk kepada amirah)
ayah : abis, kenapa cakap macam tu?
luqman : luqman mana tau cakap dengan adik. adik tak pandai cakap macam luqman.
ayah : la... luqman cakap guna bahasa luqman la...
luqman : abis, adik boleh faham ke?
ayah : boleh. nanti dia besar, dia boleh cakap macam luqman jugak.
luqman : oo... macam tu ke..

Friday, October 2, 2009

Bersama Tok Mat : Hujan Air Batu

semalam (01/10/09) Utusan Online (http://jerantut-pahang.blogspot.com/2009/10/hujan-air-batu-fenomena-biasa.html)menceritakan tentang fenomena hujan air batu di daerah kelahiran aku, jerantut (pahang).

aku memang tak pelikpun. cuma yang merasa ditimpa air batu sebesar penumbuk tu akan merasa sakit gile la... aku juga yakin takat cermin kereta, atap zink terutama yang dah berpuluh tahun tak berganti tu akan bolos kena hempakan air batu yang besar gedabak tu.

ia bukan kali pertama berlaku di daerah jerantut, dan aku yakin ditempat lain pun pernah terjadi jugak. secara peribadi aku pernah mengalami peristiwa air batu ni masa remaja dulu.

begini kisahnya.....

kejadian ini berlaku masa aku tingkatan satu barangkali. masa itu aku tinggal di kampung batu balai bersama datuk dan nenek kerana papa tinggal dan bekerja di kelantan. malam itu seperti malam2 lainnya, selepas membawa masuk lembu ke kandang dan menghidupkan unggun api dikandang, aku segera mandi dan bersiap untuk solat maghrib berjemaah bersama datuk.

lepas solat berjemaah, aku dan kakakku bersiap2 pula untuk mengaji Quran dengan datukku. semasa aku mengaji Quran bersama nenek sementara kakak aku mengaji dengan datuk, tiba2 bekalan elektrik padam. blackout! yahhoooo!! (oppss!)

ingat dapat ponteng mengaji pada malam tu kerana bekalan letrik terputus, tapi tersasar. datuk aku suruh nyalakan pelita dan lilin dan acara mengaji diteruskan. kejam betul datuk aku ni (tapi untuk ilmu akhirat tu...).

lepas mengaji, nak ulangkaji pelajaran tak boleh. nak tengok tivi lagila tak boleh. so, kami main bayang2. berlatarbelakangkan api lilin, kami guna tangan untuk buat bentuk2 seperti arnab, rama2 dan sebagainya. tiba2 kedengaran bunyi kuat pada atap zink dibahagian dapur. rumah datuk beratap 'edek' tapi dapur beratap 'zink'. datuk bersuara "hujan air batu tu. pergilah kutip. kalau dapat, telan air batu tu".

mandi hujan? ini green light ni. hujan air batu pun kami bedal jugak. pintu bahagian dapur dibuka dan menggunakan torchlight dapat dilihat ketulan ais batu sebesar guli. datuk suruh kami kutip dan makan. apa lagi, aku dan kakak redah hujan dan kutip air batu tu dan sumbat dalam mulut. rasa apa? rasa ais batu la, tawar je. kenapa tak de rasa sirapke, ribena ke?.... tapi yang nyata aku rasa sakit! mau tak sakit, ketulan ais batu sebesar guli dan ibu jari menimpa kepala dan badan. tapi semangat main hujan punya pasal, aku tahan je.

lama main hujan akupun dah tak tahan sejuk dan kena hujanan air batu. aku masuk dalam rumah, ke dapur dan ambik periuk. dengan periuk diserkap dikepala, aku keluar main air hujan air batu lagi. gile ko.... bunyi hempap air batu pada periuk tupun cukup kuat, bingit telinga aku. dan.....

"dah main hujan tu. MASUK!" bunyi suara datuk. aku pun patuhla seperti kambing dicucuk hidung. masuk rumah, mandi semula dengan air kolah dan bersila mengadap kopi panas nenek buat. sambil kami main2 hujan tu, sempat jugak nenek masak air dan buat cucuk kodok ikan bilis. tu aku sayang nenek.

masa main hujan ais batu tu, banyak jugak aku dan kakak kutip ketulan air batu dan simpan dalam peti ais. tapi dah tak de bekalan elektrik sampai pagi, ais batu tu mencair le. datuk cakap sape telan hujan ais batu tu 'cerah hati'. tu aku telan banyak. masa tu tak de pencemaran, cuba ada hujan air batu kat area klang valley dan korang kutip ais batu yang jatuh tu dan telan. aku yakin kalau tak kena keracunan makanan, tentu ada yang jadi aruah. itu buka hujan ais rahmat, itu hujan ais berasid.

Thursday, October 1, 2009

Kenduri Durian

Patang tadi (01/10/09)hampir seluruh opis dan kilang tempat aku kerja berbau durian. ini gara2 kemurahan hati chairman syarikat kami iaitu dato tan kim hor (TKH) memberi durian dan manggis dari dusunnya di pahang kepada kami. tak pelikpun, tiap2 tahun datuk akan jamu kami durian. tahun lepas, hanya pegawai2 dan pekerja opis saje yang dapat makan, tapi tahun ini jumlah durian diberi berlipat kali ganda, dan semua pekerja yang hampir 200 orang dapat merasainya.

untuk menyenangkan semua, dan tak mau ada yg berebut, durian dah diagih2kan mengikut department. untuk aku dapatlah 4-5 biji durian dan tah berapa puluh biji manggis. manggis aku tak suka sangat tu aku tak ambik banyak. 4-5 biji durian tu untuk bawa balik, ada yang dah kami pulun ramai2 kat opis. perghh! harum semerbak opis dengan bau durian. I Like!! durian yang aku dapatpun aku belum belah lagi, ini gara2 masih sendat dengan durian yang akikah ramai2 tadi. ye lah.. kawan2 yang tak berapa suka durian tu bagi je kat kawan2 untuk makan di opis, so kenyang la kami. nak2 lagi majoriti kat bangunan opis aku tu memang hantu durian. tapi memang betul la isi durian ni memang best. isi kuning dan oren. memang fresh dari ladang punya. punya la fresh, bukan setakat sendawa, kentut pun masih dapat cium aroma asal durian (kuang.3x).

cerita pasal durian aku teringat kisah aku kutip durian masa duduk hostel dulu. masa tu upper six kat sekolah menengah jerantut (smj). sebelah hostel lelaki ada sepokok durian yang lebat buahnya. diorang ada cakap tak boleh ambik sebab harta asrama, tapi aku bedal je. kalau aku tak bedal, orang lain bedal pulak. lagipun asrama mana reti makan durian, warden asrama may be makan kot!

yang trill pasal durian asrama ni ialah ia jenis pokok lama, mereka kata berpuaka. tapi durian punya pasal, kami peduli ape. yang jadi ketua mencari durian ni ialah ketua pengawas sekolah iaitu nazri (mat bomba), diikuti dengan ketua asrama lelaki iaitu nix. aku, mahadir jaafar, dan cikli jenis ikut2 je. tak heranpun sebab rumah aku kat kampungpun banyak durian. tapi biasalah, jenis menda kena berebut dan tanpa keijinan ni memang seronok. err... kami bukan mencuri ye adik2, kami ambik yang gugur je.

bayangkan si mat bomba tu sanggup kunci jam 4 pagi semata2 untuk cari durian. dengan kain sarung tu kami cari durian, tapi ada lampu suluh la. dapat durian, kami bawa masuk bilik studi dan makan berjemaah. kat asrama mana buleh bawa parang atau pisau, so kami pakai kayu yang ditajamkan. kekadang tu kami jolok je pakai pen. nasib baiklah durian tu jenis senang dikopek.

yang paling syiok tentang makan durian diasrama ialah kami akan jadi hero kalau satu asrama tau kami yang selalu dapat durian. lagi syiioook, lepas solat subuh tu bau aroma durian dapat dikeluarkan dari tubuh. perghh... nyaman betul.

kalau hari sabtu dan ahad pulak kami akan cari durian di puripen (pusat riadah pendidikan) di kawasan sekolah kami, ala tak jauh dari asrama. kami buat2 jogging reramai dan cari2 durian la. kalau terjumpa yang gugur tu, rejeki kamilah. tapi ada selalu jugak kami terlambat dan orang lain dan belasah dulu. apa nak buat bukan rejeki kami makan durian gugur. rejeki kami ialah panjat pokok durian dan petik dari pokok. yang mana dah berbau sikit tu dah kira halal untuk dimakan. petik dan kami makan ramai2. sesekali terpetik durian mengkal (belum masak, tapi dah agak sedap dimakan), kami pinjam parang dari dewan makan dan makan jugak. hasilnya, bau kentut yang 8X lebih piang bau dia. kalau ada sorang kentut dalam bilik studi, memang kena studi kat bilik lain la jawabnya. tapi, bestlah suasana itu.