Friday, October 16, 2009

DVD Upin & Ipin

malam rabu, luqman merengek2 nak tengok filem terbaru upin dan ipin. so, kebetulan aku nak ke tesco, aku janji nak belikan dvd tu. lepas beli sedikit barang di tesco, yang aku pergi sorang. anak2 asyik dengan main games dan tak mau ikut.

so, sebelum balik aku belikan mereka dvd upin dan ipin tu. mak aik.... mahal gilos! rm33.80 rasanya. dan dapat satu poster besar. gumbire sakan luqman dan pika dapat cerita tu. penatla ummi dia kena buka cerita tu tiap2 hari nanti.

since malam itu takde cerita best sangat, aku biarkan mereka layan cerita upin tu hingga jam 12 malam. 12 malam turn aku layan cerita eli stone pulak. aku follow cerita ni dari musim pertama lagi. best.

dan pada hari khamis (15/10/09), sebab masih lagi selera badak, aku makan di giant klang. giant ni sebenarnya 4-5 bulan sekali aku pergi. tapi aku pergi sebab si saiful baaaik punya promosi kesedapan makanan barat kat situ. cam biasa, yang aku makan dan reti makan cuma chicken chop. rege rm8.50 sepinggan.

bila dapat....... ayam dia agak keras, tepung gorengan ayam dia agak tebal dan rasanya kurang menyelerakan tekak aku. coleslow dia not bad, cuma aku tak suka makan pun. sos black pepper dia agak ceroi (cair) dan rasanya memang tak termasuk dalam kategori sedap di tekak aku. tapi aku tengok 2 lagi kawan aku yg makan menda yg sama berselera benor. ala si azmir dan shahrizal ni aku rasa kalau letak kayu lepastu letak sos pun diorang makan. budak2 bujangla katakan. apa2pun aku percaya kesedapan adalah subjectif. ada orang makan menda yg sama tapi akan beri pendapat yg berbeza. pada aku, apa yang aku makan hari tu aku rating suka2 hati aku sebagai 3/10.

6 comments:

ezzati said...

mulut lain2...biasala tu...aku pon ssh nk ckp mknn tu sedap...

upin n ipin...aku dh bg patung2 tu kt ank buah aku..cumei

Abang Long said...

Bila mai Taiping, Abang long belanja makan MEE UDANG.

Mak Su said...

bila ntah ada kuar kat tivi, dvd tu kena cetak rompak, harga jualan dalam 29.80 or 36.80... harga dvd ori dalam 39.90 kot...entahlah.. maksu tak checking2 lagi...

tak seronotnyer :(

izman said...

ezzati,
setuju tu. susah nak cakap? aku suka hati aku je cakap sedap ke tak sedap. mulut aku, aku bayar. he.3x..

izman said...

abang long,
insyallah.... saya pun teringin nak jumpa abang long, dah lama benar tak jumpa. kalau pergi makan mee udang tu lagi menarik. tapi yg tak sedapnya abang long masih 'berpantang', mesti saya makan sorang la nanti.

izman said...

mak su,
teror betul pencetak rompak tu samapai buleh buat sejibik mcm ori. tapi aku beli ori. ada poster besar tu. kita kena sokong industri filem malaysia.