Friday, January 6, 2012

Anak Kalah, Bapa Kena Bayar

masih dalam mood sekolah. tahun lepas (2011) anak aku dan anak si saiful sama2 masuk darjah satu, tapi di sekolah berlainan. anak aku di sekolah kebangsaan area rumah aku dan anak saiful masuk sekolah tamil. opss... silap, anak saiful pun masuk sekolah kebangsaan juga. he.he....

macam biasalah sebagai bapa yang penyayang dan berbangga dengananak masing2, kami selalu berborak mengenai pencapaian anak2 di sekolah. si saiful ni anak dia selalu dapat nombor yang terbaik, anak aku takat biasa2 je. so, suatu hari si saiful ni mencabar aku untuk meningkatkan prestasi anak2 kami. anak2 periksa disekolah, anak siapa yang mendapat markah keseluruhan tertinggi berbanding anak yang satu lagi, maka bapa yang anaknya lebih rendah markah kena belanja anak dan bapa yang menang. ia meliputi sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

cabaran diterima.

ia bermula dengan peperiksaan akhir tahun. aku tak cakappun dengan anak aku pasal cabaran ni, tapi aku memang harap anak dapat markah tinggi. bukan sebab takut kena belanja, tapi nak anak berjaya dalam akademik.

dan bila keputusan akhir dikeluarkan sekolah, Alhamdulillah anak aku berjaya mengalahkan anak saiful. ala... dalam 2% je rasanya. tapi menang tetap menang. so, saiful terpaksa menyotakan janji, belanja makan.

dimasa ditetapkan aku dan luqman serta saiful dan anak2nya belanja makan di kfc port klang. bukan makanan mahal murah menjadi taruhan, tapi untuk menggembiran anak2. kali ni saiful kena bayar. untuk pencapaian sekolah kebangsaan nampak gaya macam aku kena bayar. keputusan masih tergantung sebab sekolah anak dia keputusan akhir sampai sekarang masih belum dapat. sekolah anak aku cepat. 2 hari lepas periksa, keputusan dah keluar, dah dapat buku rekod pencapaian dah. apa2pun, kita tunggu dan lihat.

sambil2 makan, seronok dapat lihat anak2 bergurau senda bersama. anak2 saiful yang kuat menyakat anak jantan aku tu. biasalah anak lelaki aku tu pemalu, macam aku la (apsal aku sendiri rasa nak muntah ni??). bila anak2 gembira, apalah sangat duit untuk belanja makan tu. tapi kalau tengok gambar, korang boleh lihat muka saiful agak kelat, banyak bayar ye.... ha.ha.ha.......

...............................................................................

sekadar berkongsi tips untuk mendidik anak2 menjadi pintar cergas, sila klik pautan dibawah:
Anak Pintar Cerdas

Wednesday, January 4, 2012

Kasut Karipap

anak2 aku mula balik bersekolah hari ni (4/1/12). samalah dengan anak2 orang lain kan. since masing2 dah tahun kedua di tadika dan sekolah rendah, aku dah tak kisah sangat. bagaimanapun aku tetap menghantar mereka ke sekolah pada hari pertama untuk menunjukkan aku ni juga seorang bapa mithali (ciss... menunjuk2 rupanya).

selain melaram dengan pakaian sekolah baru, masing2 tak kalah dengan beg angry birds masing2. sekarang memang musim angry bird, dari seratus orang, 2-3 orang je takde beg sekoalh angry bird. may be anak2 tak minat, atau mak ayah tak minat.

kasut juga tak terkecuali. macam2 fesyen ksut even rata2 pakai kasut putih. aku aku pakai kasut2 orang2 biasa2 je, jenis bata dan pallas. nak pakai jenama mahal, tak termampu.

cakap pakai kemampuan membeli kasut ni, aku teringat masa aku sekolah dulu. aku rasa pernah cerita pasal kasut marco. kali ni aku nak cerita pasal kasut karipap.

karipap berbentuk kasut? bukan! ini cerita kasut berbentuk macam karipap.

aku bukan dari keluarga senang. kasut sekolah memang beli brand cap ayam belanda je. er... maksud aku beli yang murah2 je. apa brand murah? kalau zaman aku dulu, brand murah cam fung keong, marco dan kasut karipap.

apa kejadahnya kasut karipap?
tak baik cakap jadah, tahun baru ni kena cakap yang baik2 je. kasut karipap ni juga dikenali sebagai kasut penguin. atau dikenali sebagai kasut kungfu, atau turut dikenali sebagai kasut cina mati. masut ni memang murah gile, sepasang tak sampai rm10. kena beli sepasang la, gile ke hape nak beli sebelah je.

mula2 ia dipakai oleh orang2 susah cam aku, lama kelamaan ia menjadi satu trend. hampir semua orang memilih memakai kasut ini. ia selesa dipakai, ringan, mudah dibasuh dan murah. digelar kasut karipap sebab ia tiada tali dan dihadapan kasut dijahit berkeluk2 macam karipap.

sekarang aku rasa kalau paksa anak2 aku pakai kasut macam tu, mau memberontak tak nak gi sekolah. ye lah, manjakan anak sangat. masa nak belikan anak2 kasut baru2 ni, aku just singgah kedai kasut, panggil sales girl, mintak diorang tunjukkan pelbagai patern kasut dari bata, pallas, line 7, dan pelbagai lagi. anak2 yang pilih mereka suka yang mana. aku cuma tengok salesgirl mencuba kasut, sesekali merasa takut2 terlalu ketat atau longgar. mereka puas hati, aku bayar. bukan bermaksud aku beli yang mahal, yang biasa2 juga. ala, kasut bata dan pallas zaman sekarang, may be setaraf dengan kasut karipap masa zaman aku dulu.

Tuesday, January 3, 2012

Ayah Bangga Dengan Luqman

hari ni (3/1/12) aku bercuti uruskan bayar yuran sekolah anak2. bayar yuran tadika utk pika. yuran sekolah rendah dan sekolah agama untuk luqman. sebab sekolah dalam jarak yg sangat dekat, kurang 1km dari rumah semuanya, semuanya senang dan cepat dibereskan.

yuran dan pelbagai bayaran yg patut tu aku bayar semua serentak. malas nak fikir bayar sikit2 tapi nanti pening kepala nak tau yg dah bayar atau belum. masih dalam kemampuan (sebab murah).

bab abis duit tu aku ketepikan dulu sebab itu dikira sebagai investment keatas anak2. biar mereka sekolah dengan senang dan selesa. yang aku nak cerita ialah....

selepas tadika, aku ke sekolah agama dulu. biasalah, sekolah kafa, yuran dia agak mahal tapi tak sampai rm300. even tak wajib ke sekolah agama, tapi amal kebajikan dan agama penting untuk anak2. sekurang2nya ada pegangan agama, barulah terjaga kehidupan. masa nak bayar yuran, aku cam biasalah cakap anak aku kelas ini, tapi nama anak aku tiada dalam senarai. ergh!!! terkejut aku ingat anak aku ada masalah, rupanya luqman dah ditukar dari kelas kedua ke kelas pertama. Alhamdulillah!

kemudian ke sekolah kebangsaan. beli dan bayar mana patut. masa nak bayar yuran pelbagai, nama anak aku juga tiada dalam kelas sepatutnya. dan alhamdulillah, luqman ditukar dari kelas ketiga dari empat kelas ke kelas kedua. syukurlah!

aku bukan nak berlagak kata anak aku pandai, sebab ia bukan sepandai mana. luqman memang kuat main, jarang sekali dia belajar kecuali bila aku suruh. akupun tak harap dia akan cemerlang dalam sekelip mata. aku tau pendidikan penting, tapi menikmati hidup dizaman kanak2 juga penting. aku tak marah jika dia tak skor (ummi dia yang marah2).

dalam bersekolah aku yakin dan percaya bahawa anak2 perlu dididik dengan berhemah dan memberi mereka peluang belajar dan bermain. pengalaman hidup aku bersekolah dulu membuktikan bahawa ada kawan2 yang dari sekolah rendah memang genius akhirnya tak kemana2. terperangkap dalam dunia pelajaran dan akhirnya gagal dalam hidup. ye lah, keluarga terlalu pentingkan pelajaran, sampai main pun takde. akhirnya hidup melarat.

kepada anak2ku, belajarlah dan bermainlah disamping menumpukan kepada agama, insyallah kamu akan berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hari berganti begitu cepat, dan kini kita telah meninggalkan tahun 2011. 2011 pergi jua sama ada kita suka atau tidak,sempat buat azam tahunan kita atau tidak.

dengan kehadiran tahun baru 2012 ini, diharapkan kehidupan kita akan bertambah baik untuk pengabdian kita kepada Allah, kepada diri, keluarga, dan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

untuk aku, sama je, ingin menjadikan diri dan keluarga aku lebih baik. macam2 plan dah dibuat cuma perlaksanaan sajaha yang perlu diusahakan, emmm... disamping berdoa.

1) pekerjaan - jika pekerjaan aku masih ditakuk lama, ada baiknya aku beralih kerja. kerja di syarikat sekarang sangat selesa dan mungkin dah tahap aku cari kerja lain untuk kareer lebih baik, dan gaji lebih baik. sebelum ni pun dah banyak kawan dan head hunter offer, tapi aku tolak bulat2. may be 2012 ni aku kena buka peluang kepada diri aku untuk menghadiri interview dan melihat harga aku dipasaran. kalau ada offer baik, why not?

2) keluarga - anak dah 4 orang. isteri masih seorang. emm... memang sorang la. so, kena cari macam2 peluang untuk menyara keluarga. alhamdulillah, rejeki tu ada, so far anak2 tak pernah tak pergi bercuti atau permintaan mereka yang patut2 tidak ditunaikan. anak ke 5??? tidak merancang, dan tidak menolak. why not? err... isteri kata nak rehat dulu.

3) pendapatan sampingan - isteri aku tak bekerja, so aku kena lipatgandakan usaha mencari duit untuk menyara mereka dan duit untuk simpanan keluarga. banyak juga aku buat termasuk jual beli di internet, banyak melibatkan jualbeli matawang lama. ada juga tolong jual cd penghalau syaitan iaitu ayat2 roqyah al sharieah susunan ustaz ahmad dusuki (rm70 utk 4 cd audio dan pos laju). ada juga jual lampin pakai buang bayi dan dewasa. ini aku buat offline sebab kos pos mahal dan aku ambik margin untung kecik je. sebenarnya beli untuk anak2 aku tapi ada permintaan, so jual jugak la kat kawan2. dan alhamdulillah, permohonan aku untuk buka kedai/gerai di lot majlis perbandaran dah diluluskan. cuma tunggu surat kelulusan pada 9/1/12. sebab kena renovation dan pelbagai prosedur lagi, aku jangka dapat buka dalam bulan feb 2012. ala gerai kecik je di kawasan perumahan. tak berasa strategik sangat, tapi sewa murah dan itu sebenarnya cuma starting point untuk aku berniaga secara profesional, aku rasa nak cuba. apa salah mencuba, sekarangpun stok memang menimbun kat rumah, pelanggan tetappun dah ada, cuma nak tambah pelanggan lagi je. eemm.... nak kena cari pembantu kedai pulak ni. aku nak perempuan cantik, wife aku membangkang, so, sape nak jaga gerai aku tu. isteri aku suruh duduk rumah je, jaga aku dan anak2 cukup. kalau ke kedaipun, just tengok2 kan pembantu. anak2 masih kecik, susah jugak sebab kedai pun kecik.

4) hobi - memang nak tambah koleksi duit2 syiling dan wang kertas aku tu. arnab dah makin bertambah. rasanya dah tak sesuai buat kat rumah. ingat nak sewa tapak atau lot kedai yang terpinggir sikit untuk ternak. tapi nak kena bincang dengan papa aku dikampung untuk buat reban besar sikit dan papa aku tolong jaga. arnab market memang ada. even aku bela dirumah sebagai hobi, ramai dah datang tanya dan beli. kalau ada rejeki dan peluang, ingat nak ke indonesia cari baka2 yang cantik2. sana murah, kat sini harga dah tahap dewa, tak mampu aku nak beli.

5) lain2. - apa2 yang aku nak buat, semuanya bergantung pada keperluan semasa. harap apa yang aku impikan tercapai.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.