Tuesday, May 19, 2015

Perundingan Rohingya

perundingan rohingya.
abdul kalam, wakil org hanyut rohingya bersatu berlutut didepanku. biarpun disediakan bangku, mereka sedar bahawa taraf mereka tidak layak duduk sama tinggi dengan wakil negara berdaulat. disekelilingnya, ketua2 kaum berdebar menanti keputusan.
wakil negara islam berdaulat (NIB), & wakil orang hanyut rohingya bersatu (OHR):
NIB : wahai saudara2ku orang hanyut, ku mohon berlalulah kamu dari negara kami yg makmur ini. kami akan sediakan laluan selamat untukmu sehingga ke laut lepas.
OHR : sanggupkah tuan biarkan kami mati berpusara lautan? terimalah kami atas nama Islam.
NIB : kami bersimpati, tetapi negara kami tlh dipenuhi oleh PATI, kami tak sanggup lagi melihat anak watan kami merempat dibumi sendiri.
OHR : sekurang-kurangnya tuan masih mempunyai negara merdeka, kami ini pendatang dibumi sendiri. penguasa2 kami membuang kami sbg peribumi, jiran sami kami saban hari membantai tubuh2 kering ini.
NIB : mana mungkin begitu? di tanah itu bukankan ada wanita mulia. sanggup mati kerana watannya, sehingga dikalung nobel keamanan dilehernya.
OHR : itu cuma bg bangsa mereka yg mulia, kami ini bangsa tanpa negara, kononnya sejarah kami penjarah ekonomi semata. kami ini langsung tiada kartu negara.
NIB : habis kenapa kalian memilih negara kami?
OHR : kemana lagi tujuan kaki, sekadar mahu lari drp kejaran kafir harbi. kami ingin sekali mendapat perlindungan dari pemerintah 2 tanah suci, tapi mereka jauh, sudah tentu haluan kami kpd jiran yg mampu dijejaki, yg mengaku islam sepenuh hati.
NIB : ya, kenapa kami?
OHR : kami dengar dari saudara2 kami, penguasa tuan orangnya baik hati. dlm 2 dekad lalu, bangsa kami tuan naungi.
NIB : siapa penguasa itu?
OHR : Dr mahathir.
NIB : tidak mungkin! dia org yg zalim. peribumi ini menggelarnya mahafiraun.
OHR : sumpah wallahi, tidak mungkin org kami menipu pd tangan yg menghulurkan nasi. tuan rujuklah... bangsa kami telah jd peribumi yg berbudi, dlm undi pun ada bahagian kami.
NIB : sudahlah.. dia bukan lagi penguasa kami. dia kini sekadar pencacai menghura harakan negeri.
OHR : kalau begitu halnya, bagilah kami bantuan sebagai org islam, tuankan kepala pertubuhan negara OIC.
NIB : OIC? mana mungkin kami dpt membantu jika kamu belum membayar yuran ahli. persatuan hanya membantu ahli yg hakiki.
OHR : bolehkah tuan benarkan kami melata disini, kami janji kami setia, onar bukan budaya kami. lagipun, bukankah Tuhan kita menyuruh kita melata mencari rezki dimuka bumi.
NIB : tidak boleh! negara kami ada tanda negaranya. masuk dan keluar tentu perlu ikut hukumnya.
OHR : Tuhan jadikan negara ini bebas lepas, kita yg melukis sempadannya. bukankah pintu masuk dunia cuma ruang sempit dihujung rahim si ibu. dan untuk keluar dunia pula cuma ruang sempit dihujung halkum?
NIB : cukuplah tuan bermadah... kami tidak akan berganjak. nyahlah tuan2 dari bumi kami ini. pengawal negara... arahkan mereka ke lanchang mereka, alirkan mereka ke laut dan pastikan mereka tiba di perairan antarabangsa.
OHR : tuan... tuan......
wakil orang hanyut cuba menyembah kaki memohon simpati. soldadu setia terus menarik mereka pergi.
"abang, bangun bang. dah subuh!." gerak si isteri.
aku bangun dlm mamai, mmm... aku bermimpi rupanya.
isteri berkata lagi "kenapa, mengingau lagi. itulah tidur tak basuh kaki?".
aku melangkah ke bilik mandi.
dari kejauhan isteri menjerit lagi " jangan lupa niat mandi wajib bang".
aku senyum sendiri.


Catatan : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi bertarikh 19/5/2015.

No comments: