Sunday, May 29, 2011

Adegan Telur Sotong

malam tadi, isteri memasak sotong rebus sebagai hidangan utama. biasalah hidangan yang disukai anak2. saban minggu, itulah sotong adalah hidangan wajib bagi keluarga kami. kadang2 sotong goreng, sotong masak merah, sotong celup tepung, sotong petai, dan paling wajib ialah sotong rebus. tak kisahlah kalau tiap2 minggu makan sotong asal anak2 gembira, jangan jadi lembut cam sotong dah la. mintak dijauhkan.

dalam membeli sotong di pasaraya besar atau kedai acheh, anak2 dah siap pesan suruh beli sotong yang ada telur sahaja. kalau hidangan sotong yang takde telur, memang tak makanlah anak2. sama je bagi luqman dan pika. memilih betul budak2 sekarang. aku dulu jangan kata nak makan telur sotong, makan telur ayam pun dah kira beruntung. kalau tak, makan nasi dengan ikan kembung, ikan pelaling, ikan jaws dan seangkatan dengannya.

aku masih ingat, masa kecik2 dulu aku boleh pilih apa aku nak makan sebab papa aku ada kedai runcit dan pembeli getah berlesen di pekan damak. bukan setakat sotong, ketam, udang, malah kepala keretapi pun kalau aku nak makan, mami aku akan masakkan. setelah mami meninggal masa aku darjah 2, papa aku kahwin lain dan mula hidup merantau. aku dibesarkan oleh datuk dan nenek. datuk aku garang yang amat. even papa kirimkan duit setiap bulan dan datuk ada pencen polis, mereka lebih mengawal perbelanjaan. makan ala kadar je. makan sedap yang mewah sangat jarang. setakat ayam tu biasalah sebab ayam bela sendiri. ikan dan kerang tu biasalah sebab murah dan senang. kalau nak makan yang mahal, kena tunggu datuk terima pencen atau aku dapat markah peperiksaan yang baik. sebab aku agak pandai (cit, puji diri sendiri)setiap kali masa penyampaian hadiah, sekurang2nya 3-4 hadiah mesti aku dapat. paling bodohpun dulu aku akan dapat nombor 4. even dapat nombor 4, hadiah matapelajaran terbaik tu banyak aku akan dapat. balik rumah, nenek akan masakkan telur puyuh masak berlada untuk aku. arghh... rindunya aku kat nenek. kadang2 masa aku nnak makan sedap tapi datuk tak belikan menda2 mahal untuk dimasak, nenek akan masakkan aku gulai kuning telur itik. perghh.. sedap!

opss... dah lari tajuk. aku sebenarnya nak cerita pasal anak2 aku dan sotong rebus.

peristiwa biasa bila makan ramai2 dan makan sotong rebus ialah anak2 akan makan sotong dulu, telur sottong akan disimpan dulu. abis makan nasi, baru makan telur sotong. telor sotongkan sedap. kalau dulu; luqman dan pika akan duduk bersebelahan di meja makan. senang nak perhatikan mereka.

suatu hari tu, kami makan sotong rebus. luqman asyik mengumpul telur sotong sambil memakan isi sotongnya. pika turut mengumpul, tapi kemudiannya memakan tellur sotong bila nasinya dah habis dahulu. cam biasa kami ibubapa asyik pesan suruh makan nasi dan lauk sekali, baru nasi berasa lebih sedap. "makan la telur sotong tu" pesan kami. pika cepat2 cakap "pika punya dah abis". luqman mencelah "telur sotong luqman ada lagi". sambil luqman bercakap, pika yang duduk disebelah luqman mencapai telur sotong kepunyaan luqman dan memasukkan kedalam mulutnya. kami terkejut dengan kespontanan pika. luqman dan menangis dan meronta2. pika dengan selamba mengunyah telur sotong kepunyaan luqman.

apa kami boleh buat? takkan nak rebut sesuatu dari mulut anak. tak kan nak memukul anak. even menda tu agak kasar, tapi itulah budak2. luqman menangis tak berhenti, aku memujuk luqman dan membawanya kekedai.

sekarang mereka berdua masih sukakan telur sotong rebus. cuma, kedudukan di meja makan dah diubah. pika akan duduk bersebelahan aku, manakala luqman disebelah umminya. kalau masih mengumpul telur sotong, masing2 dah tak leh mencapainya.

4 comments:

Anonymous said...

haha
pika pembuli adik
normal ler tu

Abam Kie said...

saya semasa kanak2 selalu gak bergaduh dgn abg..

izman said...

aimi & pakcik hashim :
ko silap kapten, pika tu adik. adik buli abang. ha.ha,ha,,,

izman said...

daddy zuki :
ye ke ia normal, saya dulu bergaduh dgn adik2 je.