Monday, March 4, 2013

Keropok Lekor Ghani Black, Kuantan (Pahang)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebelum aku berceloteh panjang, aku nak ucap terima kasih pada Kak C'Za dari Melaka yang sudi memfollow blog aku ni. dah sekian lama dah takde orang follow, inilah kali pertama orang follow. so, rakan2 sekalian sudilah kiranya sesiapa yang singgah sini boleh jugak blog hopping ke blog sahabat aku itu di blog berikut http://fardaza.blogspot.com . so lepas ni aku bertekad, orang yg follow blog aku aku akan turut bagi kredir kepada blog mereka dalam entry aku yang tak seberapa ramai sangat follower ini.

hari ni aku nak cerita sikit je pasal keropok lekor yang menjadi kegemaran aku. kalau kat teganu mmg banyak la tempat keropok lekor sedap selain losong. area ladang dan seberang takir juga sedap. tapi belah selangor ni, ikhlas cakap aku belum jumpa satupun yang sedap. banyak jugak kilang atau pengusaha keropok lekor yang ada jugak dari teganu, kelantan atau pahang, tapi setakat nak makan sagu berbanding isi ikan memang banyak la.

ok, kalau aku ada masa atau adik aku yg tinggal kat kuantan nak balik kampung sesama, aku tak lupa suruh dia belikan keropok lekor dan otk2 dan sata kuantan. kali ni aku nak cerita kesedapan keropok lekor kuantan iaitu kat "Keropok Lekor Ghani Black".

kat kuantan memang banyak jual keropok lekor, sama ada ia diimport terus dari teganu, dan ada jugak dibuat di kuantan. sape kata hanya orang teganu reti buat keropok lekor. di keropok lekor ghani black ni memang mashyur kerena keropoknya memang lebih isi ikan berbanding sagu.







Alamat ? aku bagi contact number ni, korang call sendiri tanya alamat ye.

Keropok Lekor Ghani Black
019-9118908 / 014-8436769

2 comments:

wanita mutalib said...

Sy sukaaaa kepok lekor... thanks for the info :)

izman said...

my name is wanita,.....
same la kite. harap lepas ni suka dtg blog ni ye. hari2 kalau suka.